Friday 21 August 2015

5 PENYAKIT AKIBAT STRESS

Zaman sekarang kadar stress semakin tinggi. Stress adalah punca utama kepada kebanyakkan penyakit. Kenapa mereka stress? kerana hidup dizaman sekarang adalah jauh lebih sukar. Orang zaman dulu tak ada tanggung loan rumah 30 tahun..orang zaman sekarang hutang keliling pinggang!! mana tak stress?? Pengambilan Supplemen seperti B complex contohnya memang membantu dalam menurunkan kadar stress.
(#supermomshakleestory)


Dalam entry yang lepas saya ada share tentang cara saya atasi stress.Hari ni nak share pasal stress juga..tapi nak share apa akan jadi kalau stress kita dibiarkan tanpa diatasi..bahaya rupanya..

Jom kita tengok..samada kita tergolong atau tak dalam golongan orang dibawah ni..


stres

5 PENYAKIT AKIBAT STRESS


1.OBESITI

 Korang obesiti ke? Cepat cepat pergi timbang..kira sekali dengan BMI yer..Kebiasaannya orang yang stress akan cenderung untuk makan lebih banyak sebab nak alihkan pemikiran negatif.Walupun tak lapar tapi tetap nak makan.Pengambilan makan ringan ,snek tinggi garam , minuman berkarbonat danberperisa, diambil secara berterusan menyebabkan berat badan semakin bertambah.

2.PENYAKIT JANTUNG

Akibat dari makan yang tidak terkawal dengan pemakanan yang tidak sihat , boleh mengkibatkan penyakit berkaitan kardiovaskular seperti tersumbatnya pembuluh darah atau jantung.


3.KERAP SAKIT

Cuba check diri korang.Selalu sangat tak sakit? kemungkinan stress adalah penyebabnya.ia juga ada hubungan antara stress akut dan daya ketahanan badan.Ini kerana beberapa hormon stress yang dikeluarkan oleh badan boleh mempengaruhi kemampuan kelenjar thymus untuk mengatur aktiviti sel darah putih.Akibatnya daya ketahanan badan akan menurun untuk melawan penyakit.

4.GANGGUAN KITARAN HAID

Adakah waktu ni kitaran haid korang terganggu? Kalau ya apa kata cepat-cepat pergi buat pemeriksaan dari pakar. Kitaran hadi tidak teratur bukan penyebab ketidakseimbangan hormon tetapi mungkin disebabkan stress yang berpanjangan..awas ya..

5.DEPRESI

Apabila stress tidak diatasi , ia boleh mengakibatkan depresi.Terlalu fokus pada kerja hingga lupa nak berehat.Tak ada masa untuk diri sendiri untuk bercuti.Jadi keadaan stress yang berterusan menyebabkan seseorang itu gelisah dan sedih berterusan.Lama kelamaan ,depresi mempengaruhi keadaan badan secara fizik,gangguan kesihatan mental dan sebagainya.

6 CARA ATASI STRESS

No comments:

Post a Comment