Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Saturday, 6 January 2018

KOMPLIKASI BATU KARANG MEMBAWA KEPADA KEROSAKAN BUAH PINGGANG

Batu karang adalah kristal yang terbentuk akibat daripada kepekatan air kencing yang tinggi yang terbentuk samada dalam ureter, dalam buah pinggang atau di pundi kencing.

Batu karang yang terbentuk di buah pinggang atau ureter menyebabkan halangan air kencing untuk mengalir. ini menyebabkan jangkitan kuman pada buah pinggang atau boleh membawa kepada pembentukan nanah. Akhirnya jangkitan ini masuk kedalam darah dan pesakit akan mengalami masalah dan perlu dirawat segera. Mereka perlu mendapatkan antibiotik dan halangan air kencing yang mengalir di atasi dengan memasukkan tiub kedalam ureter atau tiub kedalam buah pinggang untuk alirkan air kencing yang telah dijangkiti kuman. 


halangan yang kronik akan menyebabkan kerosakan buah pinggang. Jika halangan tersebut berlaku di kedua-dua belah buah pinggan, maka pesakit akan mengalami kegagalan buah pinggang. 

Batu karang di pundi kencing juga boleh menyebabkan jangkitan kuman. Batu ini menghalang dengan tersekat pada pangkal pundi kencing.Dalam situasi ini, pesakit tersebut akan menghadapi kesukaran membuang air kecil dan terdapat pengumpulan air kencing. Jika ia berlaku untuk tempoh yang lama tekanan kebelakang mungkin akan memberi kesan kepada ureter dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan buah pinggang. Otot pada pundi kencing yang gagal mengeluarkan halangan tersebut akan meregang dan kemudiannya menjadi kegagalan otot. Ini adalah penting kerana pesakit mungkin tidak dapat mengeluarkan air kencing dari pundi kencing biarpun batu tersebut telah dikeluarkan.

Jika batu karang kurang dari 4mm , ia akan keluar sendiri. Tetapi pesakit perlukan rawatan jika batu tidak keluar dan menyebabkan kesakitan. batu boleh membesar dan kompilaksi seperti jangkitan kuman akan berlaku. Fungsi buah pinggang akan semakin lemah dan akhirnya rosak.

Extracorporeal Shockwave Lithotripsy (ESWL)

pembuangan batu dengan cara menggunakan gelombang yang dikeluarkn oleh mesin yang akan  menembusi badan pesakit dan memecahkan batu kepada ketulan kecil. Serpihan kecil akan keluar melalui air kencing. X-ray digunakan untuk kesan loaksi batu karang tersebut. Cara ini sesuai dikalankanuntuk batu karang yang kurang dari 2 cm dan berada di dalam ureter .Ini adalah prosedur pesakit luar dan biasanya pesakit akan diberi suntikan penahan sakit dan ubat tidur. Batu yang lebih besar memerlukan beberapa kali siri rawatan.
Kesan lebam mungkin boleh dilihat di bahagian belakang. Lazimnya terdapat kencing berdarah, kadangkala pendarahan ini akan menyebabkan darah beku yang besar di sekeliling atau di dalam buah pinggang. Jika terlalu besar, ia akan menekan buah pinggang. Jangkitan boleh berlaku dan pesakit akan demam dan sakit belakang. Serpihan batu itu mungkin tidak keluar kesemuanya dan akan membentuk jalur yang menghalang ureter. Oleh kerana itu tiub akan dimasukkan untuk mengeluarkan air kencing dari pundi kencing dan buah pinggang sebelum ESWL.




Penjagaan Buah Pinggang>>>>>>KLIK SINI
Percutaneous Nephrolithotomy

Hirisan kecil akan dilakukan pada belakang pesakit di bahagian pinggang untuk memasukkan alat berteleskop. Batu karang dilihat dan dipecahkan dengan laser, ultrasound atau angin. Di akhir rawatan, pesakit akan ada tiub sementara untuk mengalirkan air kencing . Pesakit perlu dibius penuh dan sesuai untuk pesakit yang saiz batu karangnya lebihj dari 2 cm dan gagal ESWL. Komplikasi mungkin berlaku dengan jangkitan kuman dan pendarahan semasa rawatan. 


Ureteroscopy
Prosedur ureteroscopy melibatkan memasukkan sejenis alat melalui urethra, pundi kencing dan ke dalam ureter. Batu karang akan dipecahkan, dikeluarkan dan tiub sementara akan dipasang dalam ureter untuk mengeluarkan air kencing. Prosedur ini dilakukan dengan bius penuh dan sesuai untuk batu karang dalam ureter yang besar, tidak dapat dilihat dengan x-ray atau gagal dipecahkan dengan ESWL. Komplikasi yang biasa termasuk kecederaan pada ureter, jangkitan dan pendarahan.


Pembedahan Terbuka
Ini jarang dilakukan sekarang kerana kebanyakan batu boleh dikeluarkan dengan cara yang lebih mudah. Untuk pesakit yang mempunyai batu karang yang besar, ia masih lagi menjadi pilihan. Kadangkala apabila buah pinggang dengan batu karang ini menjadi berparut dan tidak berfungsi dengan baik, ia akan dikeluarkan. Masih lagi ada peranan pembedahan terbuka untuk membuang batu karang yang besar.

CARA PENJAGAAN BUAH PINGGANG SENDIRI





Hubungi KakSu
0108798077

Sunday, 24 December 2017

APAKAH LIMFOMA NON HODGKIN?


Limfoma merujuk kepada keganasan sistem limfatik. Sistem limfa adalah rangkaian nod (simpul tisu) yang disambungkan oleh keseluruh tubuh. Bersama-sama, nodus limfa mengalirkan produk cecair dan sisa dari badan. Nodus limfa berfungsi sebagai penapis kecil, mengeluarkan organisma dan sel-sel asing.


Limfosit, adalah sejenis sel darah putih yang membantu melawan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria, virus, atau kulat. Fungsi nodus limfa adalah untuk mengelakkan jangkitan dari memasuki aliran darah. Apabila sistem limfatik melawan jangkitan aktif, kita mungkin dapati bahawa beberapa nodus limfa di kawasan jangkitan menjadi bengkak dan lembut. Ini adalah tindak balas normal kepada jangkitan.

Lymphoma berlaku apabila sel-nodus limfa atau limfosit mula membiak secara tidak terkawal, menghasilkan sel kanser yang mempunyai keupayaan yang tidak normal untuk menyerang tisu-tisu lain di seluruh badan. 

Dua jenis utama limfoma adalah limfoma Hodgkin dan limfoma bukan Hodgkin. Perbezaan dalam kedua-dua jenis limfoma adalah ciri unik tertentu dari sel-sel limfoma yang berbeza.

Limfoma bukan Hodgkin diklasifikasikan lagi kepada pelbagai subtipe berdasarkan sel asal (B-sel atau sel T), dan ciri-ciri sel. 




Lymphoma Non-Hodgkin adalah lebih biasa daripada limfoma Hodgkin. Limfoma Non-Hodgkin adalah penyebab kematian ketara ketujuh di Amerika Syarikat. Risiko membina limfoma bukan Hodgkin meningkat dengan usia dan ia lebih biasa pada lelaki berbanding wanita dan di Caucasians. 


Apa yang menyebabkan Lymphoma Non-Hodgkin?
Penyebab sebenar limfoma bukan Hodgkin tidak diketahui. Walau bagaimanapun, terdapat banyak keadaan perubatan yang dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit ini:


1.Sindrom genetik: Sindrom Down, sindrom Klinefelter (keadaan genetik pada lelaki disebabkan oleh kromosom X tambahan)

2. Gangguan imun, dan rawatan mereka Sindrom Sjögren (gangguan kekebalan yang dicirikan oleh kekeringan membran lendir yang luar biasa), arthritis rheumatoid, sistemik lupus erythematosus

3. Penyakit celiac, penyakit yang melibatkan pemprosesan komponen tertentu gluten, protein dalam bijirin

Penyakit radang usus , terutamanya penyakit Crohn, dan rawatannya

4. Psoriasis

5. Sejarah keluarga limfoma

6. Bakteria: Helicobacter pylori, dikaitkan dengan gastrik dan ulser gastrik; 7. Borrelia burgdorferi, dikaitkan dengan penyakit Lyme; Campylobacter jejuni; Chalmydia psittaci

8. Virus: HIV, HTLV-1, SV-40, HHV-8, Epstein Barr virus, virus hepatitis
Translocation kromosom bukan rawak dan penyusunan semula molekul


Sunday, 17 December 2017

DIET UNTUK PESAKIT KANSER LIMFOMA


Setiap daripada kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang setiap hari. Bila tubuh badan kita diserang dengan penyakit, maka keperluan pemakanan juga akan meningkat  terutamanya apabila sedang mendapat rawatan. 

pemakanan kanser


KESAN SAMPINGAN RAWATAN ANTI KANSER 
Semasa menjalani rawatan, pesakit kanser akan mengalami penurunan sistem ketahan badan yang sangat lemah. Berat badan juga akan berkurang dan ia akan memberi kesan kepada rawatan anti kanser kepada pesakit. Kesan sampingan yang dialami termasuklah:

a) Hilang selera makan
b) Sakit mulut/tekak
c) Mulut kering
d) Loya / muntah
e) Cirit-birit
f) Perubahan deria rasa dan bau
g) Kurang sel darah putih


Pesakit kanser memerlukan pemakanan tinggi kalori dan protein bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada pada tahap yang optimum bagi menghadapi proses rawatan kanser yang diberikan. Ia adalah kerana pesakit kanser mudah menjadi lemah dan tidak bertenaga akibat penyakit kanser juga semasa menjalani rawatan. Ia di akibatkan oleh kerana kesan sampingan rawatan dan pesakit juga mudah terdedah kepada risiko jangkitan kuman.

PROTEIN DAN KALORI YANG MENCUKUPI DIPERLUKAN UNTUK:
a) Mengekalkan dan memperbaiki sistem pertahanan tubuh yang baik.
b) Menggantikan tisu-tisu yang rosak atau tercedera.
c) Mengurangkan risiko dan jangkitan kuman.
d) Mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DIET TINGGI KALORI DAN TINGGI PROTEIN?
Diet tinggi kalori dan tinggi protein adalah diet yang dapat membekalkan tenaga dan protein yang diperlukan oleh tubuh badan pesakit kanser bagi memastikan tahap kesihatan yang optimum. Pesakit kanser boleh mengambil ESP sebagai protein tambahan kerana ia NON GMO dan rendah indeks glisemik yang sangat membantu memberikan tenaga lebih lama.


TIPS UNTUK MENINGKATKAN KALORI DAN PROTEIN  
  1. Tambah susu atau/dan gula dalam pudding, telur hancur, lempeng dan ABC.
  2. Celup roti dalam telur dan susu, kemudian goreng dengan mentega/marjerin dan makan dengan madu/jem.
  3. Tambah keju dan mentega di dalam sandwich.
  4. Tambahkan sos salad dalam salad sayur-sayuran.
  5. Tambah telur dalam cucur dan cicah dengan sos atau kuah kacang.
  6. Tambahkan minyak bawang goreng ke dalam sup atau bubur.
  7. Gunakan formula khas tinggi kalori dan protein sebagai minuman
  8. Tambahkan lemak, minyak, mentega kacang, gula, jem, kaya dan madu dalam makanan dan minuman harian menhgikut kesesuaian.
Selain daripada makanan harian yang seimbang dan berkhasiat, pesakit juga boleh mengamalkan vitamin yang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh.
VITAMIN C
pemakanan kanser

  • Untuk merangsang pembentukan sel kulit yang sihat
  • Untuk merangsang pembentukan collagen
  • Untuk tulang, gigi, gusi yang sihat
  • Untuk menyokong kesihatan otot, cartilage (tisu), dan saluran darah
  • Juga membantu melindungi kerosakan sel akibat serangan kanser pada sel sel.

Shaklee menghasilkan Vitamin C dari kanji jagung (corn starch) yang merupakan sumber asli Vitamin C.Kaedah Sustained Release ini membolehkan vitamin C diserap ke dalam badan sepanjang 5 jam untuk memastikan badan anda mengandungi Vitamin C disaat anda memerlukannya. Ia bersamaan dengan pengambilan 1.5 biji oren setiap jam selama 5 jam. SR Vitamin C ditambahkan dengan 120 mg Citrus Bioflavanoids Complex. Bioflavanoids membantu penyerapan vitamin C
NUTRIFERON
pemakanan kanser

  • Kajian menunjukkan nutriferon mampu merangsang dan meningkatkan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan badan membunuh T cell dan B-cell dan Makrofag. Ia sangat membantu pesakit  kanser yang mengalami msalah rendah tahap keimunan. 
  • Bantu melawan kanser dan tumor otak dimana polisakarida yang terdapat dalam interferon semulajdi merangsang dan  mengaktifkan immunoglobin melawan sel sel tumor dan kanser.
  • Membantu ketidak selesaan semasa rawatan kimoterapi.

VIVIX
pemakanan kanser
Seperti yang kita tahu bahawa, tubuh yang diserang kanser akan merosakkan sel sel badan sehingga menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi lemah dah mudah diserang penyakit. Ketika rawatan kimoterapi pula, sel sel kanser akan dibunuh dan sel sel yang sihat juga mengalami nasib yang sama. Pesakit mengambil masa yang sangat lama untuk mengembalikan sel sel yang sihat.
Vivix adalah minuman tambahan yang dihasilkan daripada tumbuh tumbuhan . Kandungan resviratrol dan polifenol di dalam vivix akan bertindak sehingga ke tahap sel. 
  1. Vivix membantu melindungi dan membaiki DNA SEL badan.
  2. Vivix juga mampu meningkatkan prestasi sel. Sel perlu bekerja. Ia perlukan sesuatu yang sihat. Tetapi apabila AGE PROTEIN yang ada banyak dalam sel, maka ia akan menyerang  sel sel badan kita yang sihat. Lama kelamaan sel badan akan lemah dan akhirnya sel akan mati. AGE PROTEIN ialah protein daripada gula berlebihan yang tak digunakan di dalam badan. AGE PROTEIN sangat jahat. Ia akan menyebabkan sel badan berhenti berfungsi akibat kerosakan sel. Apabila sel mati , seluruh badan tidak  akan dapat berfungsi dengan baik.
  3.  Kandungan dalam Vivix membantu meningkatkan tenaga sel. Kita tahu bahawa, sel kita kita akan sentiasa bergerak-gerak dan sel ni akan dibahagikan untuk ia menjalankan fungsinya. Dengan pengambilan Vivix, ,kajian menunjukkan ia membantu meningkatkan kadar penghasilan tenaga sel iaitu mitochondria dalam sel meningkat.
  4. Menggalakkan kekuatan Telomere. Shaklee ada buat kajian, bila orang yang makan vivix ni, pemendekkan telomere (protective cap untuk DNA), dalam sel kita ada DNA. Kadar pemendekkan telomere 40% untuk orang yang consume Vivix. Maksudnya kadar pemendekkan telomere untuk pengguna vivix 40% lower daripada orang yang tak makan Vivix.

 Vivix sangat membantu mencegah kanser dengan melindungi sel dan memperbaiki sel sehingga ke DNA. Ia sangat sesuai untuk diamalkan oleh pesakit kanser dan juga mencegah daripada kanser.

RAWATAN PESAKIT LIMFOMA BUKAN HODGKIN

Setelah disahkan diserang kanser limfoma, sudah pasti kita mahu mencari penawarnya. Rawatan  bergantung kepada jenis limfoma yang kita miliki dan sejauh mana ia telah merebak.

Rawatan utama untuk limfoma bukan Hodgkin 

1. Kemoterapi.

Ia menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser.

rawatan kanser limfoma

2. Immunotherapy

Ia menggunakan sistem imun badan anda sendiri untuk menyerang sel-sel kanser .Imunoterapi adalah pencegahan atau rawatan penyakit menggunakan bahagian tertentu sistem imun sendiri. Dalam sesetengah kes, imunoterapi menggunakan bahan yang terbentuk daripada organisma hidup untuk meredakan tindak balas imun dan merawat penyakit keradangan seperti arthritis. Dalam kes-kes seperti kanser, bahan-bahan ini meningkatkan kuasa sistem imun untuk melawan kanser.


rawatan kanser

Sel tumor tidak dapat merebak kerana di halang oleh T-cell yang dapat melawannya.


Gambaran immunotherapy. Hijau ialah t-sel, merah sel tumor. 


3. Terapi radiasi
Ia menggunakan sinar bertenaga tinggi untuk memusnahkan sel kanser.
Jika rawatan ini tidak berfungsi, anda mungkin mempunyai pemindahan sel stem. Pertama anda akan mendapat dos kemoterapi yang sangat tinggi. Rawatan ini membunuh sel-sel kanser, tetapi ia juga memusnahkan sel stem dalam sumsum tulang anda yang membuat sel-sel darah baru. Selepas kemoterapi, anda akan mendapat pemindahan stem sel untuk menggantikan yang telah musnah.


Dua jenis pemindahan sel stem boleh dilakukan:

1.Transplantasi autologous menggunakan sel stem anda sendiri.

2.Transplantasi allogeneic menggunakan sel stem yang diambil dari penderma.

Rawatan limfoma boleh menyebabkan kesan sampingan. Berbincang dengan doktor yang merawat .Juga berbincang dengan pakar nutrisi tentang perubahan diet dan senaman anda yang akan membantu anda berasa lebih baik semasa rawatan dan dapatkan bantuan jika anda tidak pasti jenis makanan yang dimakan. 


MAKANAN PESAKIT KANSER
Pesakit kanser memerlukan makanan yang membantu kuatkan sistem imun 

4.Penjagaan pemakanan
Penjagaan kesihatan diri sendiri serta latihan seperti berjalan atau berenang boleh melegakan keletihan dan membantu anda berasa lebih baik semasa rawatan seperti kemoterapi dan radiasi.  Kanser limfoma mempunyai peluang untuk sembuh. Kesembuhan anda bergantung kepada

  • Jenis limfoma yang dihidapi
  • Sejauh mana kanser telah tersebar
  • Usia
  • Jenis rawatan yang di ambil
  • Tahap kesihatan anda sama ada anda mempunyai penyakit lain selain dari limfoma
  • Sokongan daripada keluarga dan orang yang telah melalui penyakit ini.


Friday, 15 December 2017

5 SEBAB MEMBAWA RISIKO KEPADA KANSER LIMFOMA

Selepas pengumuman dari artis Gegar Vaganza, Elyana tentang masalah kanser limfoma beliau sudah berada pada tahap 4 , membuatkan ramai yang tertanya tanya apa itu kanser limfoma. Termasuklah kakSu sendiri yang juga ingin tahu lebih lanjut tenttang penyakait kanser limfoma tersebut.

Limfoma Hodgkin (HL) boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kita harus  berjaga-jaga kerana sehingga kini banyak kes limfoma masih tidak dapat dijelaskan puncanya. HL merupakan kanser darah yang bermula dari sel lymphocytes, iaitu sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh menerusi bendalir dikenali sebagai limfa, yang merupakan sebahagian daripada sistem imun manusia.

Punca Limfoma


Punca penyakit ini  masih belum diketahui. Namun, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyumbang kepada risikonya, iaitu:
i)Pendedahan kepada bahan toksik seperti racun serangga, racun rumpai, dan benzene.

kanser limfoma

Racun makhluk perosak merupakan racun berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan manusia dan alam sekitar. Disebabkan penggunaan racun makhluk perosak yang banyak di dalam sektor pertanian dan di rumah, bahan kimia toksik ini kini terdapat di dalam semua hidupan daripada sekecil hidupan sehinggalah kepada manusia. Sesetengah racun makhluk perosak mungkin berkarsinogen, boleh menjejaskan sistem endokrin atau hormon dalam tubuh.

ii) Jangkitan bakteria dan virus seperti HIV, EBV, helicobacter pylori, hepatitis B dan C.

kanser limfoma

HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. 
ii) Penyakit auto-immune
Penyakit autoimun (AI) adalah penyakit dimana sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri. Ia terjadi kerana sistem imun badan gagal membezakan sel atau tisu badan dan menanggap sel tersebut adalah sel asing. Disebabkan kegagalan tersebut maka ia boleh menyerang pelbagai organ dan tisu. Sebenarnya sistem imun tubuh atau disebut imuniti (kekebalan) adalah sistem yang berfungsi untuk melindungi tubuh dari ‘ancaman’ yang membahayakan tubuh seperti jangkitan bakteria, virus dan fungus.


kanser limfoma

iii) Penggunaan ubat immunosuppressive selepas pemindahan organ.
Pemindahan organ seperti buah pinggang atau organ-organ lain memerlukan pesakit mengambil ubat immunosuppressive yang boleh menyumbang kepada pesakit diserang kanser limfoma
iv) Penyakit keturunan / genetik
Penglibatan faktor genetik atau keturunan dikatakan juga antara faktor penyebab, kerana kelainan genetik melibatkan kehilangan gen penindas yang berupaya menyebabkan terjadinya kanser 
kanser limfoma

Apabila nodus limfa membengkak, lymphocytes yang tidak normal akan membentuk sel tumor yang boleh menyebabkan berlakunya limfoma Hodkins (HL). Jika dilihat dari gambarajah di atas, kanser yang menyerang di seluruh bahagian limfa di dalam tubuh kita menandakan tahap yang semakin kronik.

ANAK SAYA BEBAS DARI MASALAH LIMFOMA TAHAP 4


Suhaila Abdul
0108798077
Trusted SID
Since 2013

Tuesday, 28 November 2017

CARA ATASI SAKIT TULANG BELAKANG

Sakit tulang belakang atau slip disc memang sangat menyeksakan..pergerakan terhad dan susah nak jalankan ibadat seperti kebiasaan.

.
SAKIT BELAKANG


Tapi ini pengakuan seorang pesakit slip disc selepas mengamalkan kolegen shaklee..


Slip disc
***********************************

Dulu mak saya sakit tulang belakang - slip disc.

Nak solat pun susah. Tak boleh rukuk atau sujud.

Nak buat kerja rumah pun susah.

Mak kata sakit tu kalau orang tersentuh sikit je belakang mak, mak dah rasa sakit sangat.

Puas mak makan macam-macam, sakit mak tak hilang.

Pembedahan pun mak dah buat. Sama juga.

Satu hari, ada kawan berkongsi yang sakit tulang belakang mak dia hilang selepas makan collagen dari Shaklee.

Jadi saya pun belikan untuk mak beberapa kotak Collagen Shaklee.

Selang tak lama lepas tu, saya tanya mak ok dah ke sakit tulang belakang mak?

Mak kata alhamdulillah getting better, dah boleh solat macam biasa, dah boleh buat kerja rumah, dah boleh masak macam biasa.

Walaupun Collagen Shaklee harga dia macam pricey, tapi memang berbaloi sangat belanja mak.

Testimoni slip disc




Wednesday, 22 November 2017

CARA SEMULAJADI SEMBUHKAN ECZEMA

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4

TESTIMONI 20 : FADZILAH ISMAIL
.

[MASALAH ECZEMA DAN ASMA BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]

.

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
.

Saya Fadzilah binti Haji Ismail. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya bersama shaklee dari tahun 2012. So sejak kenal shaklee banyak sangat perubahan dalam kehidupan peribadi saya. Tapi kat sini saya nak share satu. Perubahan ketara lepas amalkan VIVIX SHAKLEE. 

.

Saya ada masalah eczema dari kecil. Masa umur 4 tahun mak cerita memang ulang alik hospital jumpa pakar. Bila dah masuk alam persekolahan kene asma pulak. Tapi gatal-gatal eczema masih ada, cuma tak seteruk masa kecil. 

.

exzema
Gambar Google


Saya alah dengan habuk dan seafood. Memang kalau makan udang, kerang, sotong, ketam memang nikmat sangat menggaru lepas tu. Telur pun saya alah jugak. Kalau makan kat kedai memang kene order specific.. Hihiii.. contohnya nasi goreng taknak telur dan nak ayam je. Sebab ada kedai/restoran yang masak letak udang sotong kan even nasi goreng biasa je pun. 

.

Memang kena memilih dan berpantang makan. Seksa sangat bagi saya yang kuat makan ni. Kalau teringin sangat, saya makan je, tapi lepas tu layan gatal dan menggaru la jawabnya. Dan kalau kene habuk pulak asma menyerang. Makanan pun banyak jugak kene pantang orang yang ada asma. 

.

Eczema dan asma(lelah) doktor cakap adik beradik. Saling berkaitan. Tapi ada je yang ada eczema tapi takde asma manakala ada asma takde eczema. Dan saya insan special sebab dua-dua ada. Hihiii... Eczema ni banyak penyebab antaranya berpunca dari darah. Saya memang ada keturunan eczema dan asma.

.

Orang yang ada eczema dan asma ni tau la macam mana azabnya kalau tersilap makan. Lain orang lain makanan yang dia alah. Ada yang alah ayam dan daging pun tak boleh makan.

.

Kemuncak masalah eczema saya masa mengandungkan anak ketiga, eczema agak teruk jugak kat bahagian kaki. Dan berlarutan sampai selepas bersalin. Mungkin hormon mengandung dan umur dah masuk 30an, menjadi-jadi gatal dia tu. (boleh tengok gambar sebelum). 

.

Sebab kene dekat jari kan. Nak makan susah kene pakai sudu garfu dah macam mat saleh dah rasanya. Hihiii.. Tambah plk kita ibu nak kene buat kerja-kerja rumah tu semua guna air kan. Tangan yang gatal ni bila kene air lagi menjadi-jadi gatalnya. Memang derita sangat. Nak membasuh kene pakai glove. Kadang masak pun tak. Sedih sangat.

.

Lama-lama tak tahan try add on vivix sebab vitamin lain tu memang dah makan. Bila konsisten set yang macam dalam gambar (vivix, vitalea, vita c, bcomplex, garlic) secara konsisten dan amik nutriferon 3x sehingga serta sapu krim Herbal Bland alhamdulillah tanpa sedar saya dah boleh makan tanpa sudu. Dah boleh masak tanpa risaukan tangan yang pedih dan gatal-gatal. Alhamdulillah syukur sangat. Asbab dengan shaklee masalah kat jari dan kaki dah sembuh. #shakleeeffect

.
Sebelum dan selepas


Cuma pesanan saya kepada yang ada masalah macam saya, selain teruskan makan suplemen, kawal pemakanan kita juga. Sebab eczema yang berkait dengan darah akan kekal dengan kita sampai mati.  Tapi bila kita kawal makan dan amal suplemen akan mengurangkan simptom yang sebelum ni selalu kene hadap dan tak mustahil akan sembuh juga. Sekarang dah berani makan seafood dan kalau gatal-gatal datang pun cepat recover.

.

Saya sangat-sangat sarankan yang ada masalah macam saya cuba konsisten dengan vivix sebab vivix ni bantu sel-sel yang tak sihat. Manakala Set Asas (vitalea, vita c dan bcomplex) pula membantu mencukupkan nutrisi yang kurang dalam diet kita. Bila sel badan kita sihat​ dan badan kita cukup nutrisi in shaa Allah masalah kesihatan kita cepat baik. Semuanya dengan izin Yang Maha Esa.

Jika anda mempunyai masalah yang sama, segera bertindak sebelum masalah menjadi semakin kronik. Amalan secara konsisten sangat mambantu untuk kembali pulih seperti asal.

Boleh dapatkan set exzema dengan hubunggi kaksu di 0108798077

Monday, 20 November 2017

CARA MENGAWAL PENYAKIT TIBI DARI MEREBAK


Tibi bukan penyakit yang baru. tapi dah menyerang manusia sejak zaman firaun lagi. Menurut Pakar Perubatan dari Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Abdul Malik Jamal Buhari, kebiasaannya tibi menyerang penduduk di negara dunia ketiga dan berpendapatan rendah . Pendapatan yang rendah menyebabkan mereka kekurangan nutrisi dan mengakibatkan sistem imunisasai adalah lemah. Kuman tibi merebak dengan sebarang cara di mana lembapan di bebaske ke udara oelh pesakit tibi dan di sedut masuk kepada orang lain.
Makanan tak seimbang menyebabkan rendah sistem imunisasi

Faktor serangan tibi 
kekurangan nutrisi
Mereka yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk mendapatkan makanan semimbang dan sihat menyebabkan sistem imunisasi lemah. Apabila sistem imunisasai lemah maka mereka sangat mudah di jangkiti tibi
Faktor penempatan
Penduduk yang sesak meningkatkan risiko untuk dijangkiti kerana udara semakin tercemar dan mudah tersebar melalui udara.
TIBI MENYERANG DI MANA MANA BAHAGIAN TUBUH
Kata Dr. Abdul Malik, secara lazimnya kuman tibi menjangkiti paru-paru (tibi pulmonari) tetapi ia juga boleh menjangkiti bahagian-bahagian badan yang lain misalnya nodus limfa, tulang belakang, serviks, malahan di mana-mana sahaja bahagian dalam tubuh badan.terdapat juga kes  di mana pesakit mengalami jangkitan tibi pada serviks yang menyebabkan ia terpaksa dibuang, Bagi pesakit tibi serviks, simptom yang biasa berlaku adalah pendarahan dan sakit ketika melakukan hubungan seks. Bagi pesakit tibi usus pula, mungkin berlaku masalah kembung perut dan cirit-birit.

BAGAIMANA NAK MENCEGAH TIBI DARI MEREBAK?
  • Biasanya suntikan BCG diberikan kepada bayi baru lahir. Kalau tak da tanda yang timbul kat lengan kiri maknanya suntikan tu tak menjadi.
  • Kaum keluarga serumah dengan pesakit tibi perlu buat saringan di hospital
  • Rumah yang terbuka dengan udara boleh keluar masuk setiap hari
  • Cepat-cepat ke hospital bila  ada batuk berterusan lebih dari 2 minggu
  • Memastikan rumah dan bilik tidur di masuki cahaya matahari. Cahaya matahari membantu mengelakkan bakteria membiak
  • Makan makanan sihat serta banyakkan makan sayur dan buah-buahan
  • Elakkan makan makanan berasaskan tenusu 
  • Elakkan makan makanan yang mengandungi gula dan roti putih sera pasta kerana makanan ini memanjangkan umur bakteria hidup dalam badan
  • Mendapat rehat yang secukupnya
  • Elakkan bersesak sesak ditempat awam dan tempat berisiko penyakit
cara tibi menular




Anda boleh klik DISINI untuk mengetahui bagaimana cara tibi boleh di kawal dan di rawat





Saturday, 18 November 2017

KENAPA ORANG SAKIT CARI VITAMIN BUKAN CARI UBAT JANGAN CARI NAHAS TAU


Dulu kakSu pelik kenapa shaklee kata vitamin bukan untuk merawat penyakit . Tapi kenapa kalau ada sakit diorang yg jual vitamin suggestkan vitamin tu vitamin ni.

Kata bukan ubat tapi kenapa bila orang tu sakit kita bagi pulak vitamin?


Itu masa belum faham pasal fungsi vitamin dan tak pernah ambil tahu pun pasal vitamin selamat ke tak. 

Dulu kakSu adalah org yng tak pernah makan vitamin. Hidup ni bergantung penuh dengan makanan harian. Sayur jarang2 makan, lauk hari2 masak berlemak, tumis2 goreng goreng.


solo


Sayur tak tanam sendiri tapi semua beli.
 Kadang kadang makan makanan segera KFC McD pizza hut. Minum air manis , kurang minum air kosong.
Bila umur bertambah baru la badan rasa sakit sana sini. Lemau, kulit mula kusam dan kering, masalah period dan macam2 la penyakit yang datang.
Hmmm..bila dah terjerumus dlm makan suplimen baru tahu. Memang la suplimen bukan ubat. Kita dicadangkan apa2 jenis vitamin yg bersesuain dengan masalah kita sebab simptom simptom tu menandakan kita kurang nutrien.


Kalau tak berak seminggu maknanya kurang air. Kalau kurang kena la minum air banyak2 makan serat banyak, pastu kita suggest HERBALAX kasi taik yg teesumbat tu dikorek2 bawa keluar. Bukannya HERBLAX tu ubat.
Kalau kulit kering, letih, sasau, stress, maknanya banyak sangat toksin dalam badan. Makanla VIVIX, B COMPLEX, DTX COMPLEX dll.
Kalau ada cyst atau ketumbuhan kita suggest VIVIX juga sebab cyst tu tandanya ada kelainan sel dlm badan tu. Vivix pun bukan ubat. Dia berfungsi nak bagi renew sel je.

Jadi kesimpulannya makan suplimen ni bukan masa sakit. Kita makan masa kita rasa SIHAT. Bukan ko tau pun ko tu SIHAT pada hal macam2 penyakit ada dlm badan cuma SAKIT tu tak BOOM keluar je lagi.

Jadi jangan dok makan vitamin culas-culas (TIPU TIPU DIRI SENDIRI) pesan untuk diri sendiri juga . Penyakit dah hilang sebab badan kita cukup zat dan vitamin. Serupa macam tak makan buah, maka tak dapat la vitamin. 



Jangan lupa kakSu nak bagitau. Promosi VIVIX tinggal lagi 14 hari ja tau. Harap2 korang tak terlupa la.


BELI VIVIX



Kak Su0108798077