Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

Monday, 30 March 2015

PETUA TRADISIONAL GEBUKAN KULIT



CARA CARA MENGGEBUKAN KULIT WAJAH DENGAN MENGGUNAKAN BERAS


  1.  Beras di rendam beberapa jam untuk melembutkan.
  2.  Selepas itu tumbuk beras sehingga lumat. 
  3. Campurkan beras bersama dengan susu atau yogurt. 
  4. Lumurkan pada kulit untuk membantu menghilangkan kulit mati dan menggebukan kulit. 
  5. Untuk kesan yang lebih bagus, buat sekali seminggu.


CARA MEMBERSIHKAN KULIT WAJAH DENGAN MENGGUNAKAN AIR BERAS


  1. Caranya, bila kita mencuci beras untuk dimakan, air basuhan beras yang kali pertama itu diasingkan. 
  2. Tuangkan air basuhan pertama dalam bekas lain dahulu, teruskan basuh beras sehingga bersih dan masak nasi dahulu, barulah air yang kita asingkan tadi di gunakan untuk mencuci muka
Cuci muka dengan air basuhan beras yang pertama setiap dua hari sekali.


CARA  KECUTKAN JERAWAT MENGGUNAKAN KULIT KAYU MANIS


Setiap kali datang bulan boleh di katakan jerawat batu akan singggah pada wajah, cara untuk menghilangkan  jerawat daripada singgah pada wajah adalah dengan cara menyapu kulit kayu manis. Biasanya kita dapat rasa bila jerawat akan keluar, kulit akan sedikit kemerahan atau rasa sedikit sakit bila di tekan. 

Sapukan air asahan kulit kayu manis.Pastikan kulit kayu manis sentiasa terendam dalam bekas kecil dalam bilik air berasama batu asah. Kita hanya perlu mengasah kulit kayu manis dan tampal pada tempat yang perlu. Jerawat biasanya akan mengecut, kadang-kadang tidak keluar terus. Kulit kayu manis juga sangat bagus untuk menghilangkan parut.




Berikut adalah testimoni mereka menggebukan kulit...


tips gebukan kulit



tips gebukan





Pengedar shaklee Masjid Tanah,Melaka
0108798077



Wednesday, 25 February 2015

UBAT TAHAN MENGANTUK TANPA DADAH

Assalamualaikum..dah malam ni tapi saya rasa hari  ni tak letih la pulak.Dok saja saja buka fb ,ramai kawan kawan saya yang dok upkan status , letih lesu selepas balik dari kerja.So kali ni saya nak kongsi sedikit tentang cara bagaimana nak kekal cergas tanpa rasa mengantuk ditempat kerja

7 cara elak rasa mengantuk di tempat kerja

1. Basuh Muka
Cara ini lebih sesuai dilakukan oleh kaum adam kerana selalunya wanita bersolek ke pejabat. Tetapi percayalah bahawa cara ini adalah cara yang paling berkesan untuk kembali cergas.
2. Hampiri kawasan yang bercahaya.
Pandanglah ke luar jendela. Cahaya yang lebih terang dipercayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda
3. Dengar Muzik
Tidak salah sekiranya anda mendengar muzik di pejabat sekiranya perkara ini tidak mengganggu konsentrasi anda bekerja. Tetapi, jangan sampai muzik tersebut mengganggu kerja pulak
4. Senaman ringan
Lakukan sedikit pergerakan anggota badan, tangan, dan kaki. Elakkan dari duduk terlalu lama di atas kerusi sebaiknya berjalan seketika sambil menghirup udara yang segar.Kalau cikgu memang takan duduk setempat la kan.
5. Wangian aromaterapi
Letakkan pewangi bilik di atas meja pejabat anda agar wangian tersebut dapat merangsang anda untuk kembali segar. Antara bauan yang sesuai adalah dari jenis ‘mint’ atau ‘lemon’.

Kronik nih...

6. Pandang pohonan hijau
Sesekali pandang ke luar jendela dan nikmati pemandangan pohonan hijau kawasan persekitaran anda. Perkara ini dapat membantu kita menghargai alam semulajadi yang cantik dan membantu menghilangkan rasa mengantuk.
7. Ketahui bagaimana Maria Alwi atasi masalah mengantuk dan keletihan 


Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.



Pengedar shaklee Masjid Tanah,Melaka
Pos seluruh Malaysia
Suhaila
0108798077

CARA ELAK SEMBELIT SEMASA BERPANTANG

Hari ni saya nak share tentang pengalaman saya semasa berpantang.Saya telah berpantang selama 5 kali dah..al maklumlah dah anak 5 kan.Selepas fasa kesakitan nak melahirkan ,ibu ibu mengalamai fasa yang pada saya sangat membosankan..hehehe..

Lebih menyiksakan jika semasa awal awal melahirkan anak tu , kalau kena sembelit.Ketika luka jahitan masih baru..ngilunyer kalau nak diceritakan semula.Tapi yang hairannya kenapa semasa mengandung atau tak mengandung jarang sangat kena sembelit .Kenapa semasa dalam pantang selalu sangat kena sembelit? Kalau terasa nak buang air besar,itulah masa yang paling menakutkan..sakit sangat,tempat jahitan dan luka belum sembuh, kena pula sembelit.
sembelit
Gambar Hiasan

Korang tau tak kenapa kita sering sembelit semasa berpantang?

  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa
  • Sistem pencernaan kita berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.
  • melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
  • pernah melahirkan bayi sebelum ini;
  • mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit;
  • mendapat jahitan.


7  Cara Bagaimana hendak meredakan sembelit selepas bersalin?


  1. Menyusukan anak membuat kita dahaga, jadi kita perlu banyak minum. 
  2. Bangunlah dari katil sebaik saja kita bersalin dan bawa berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika kita masih di hospital, atau semasa di rumah. Berduduk atau berbaring untuk masa yang lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.
  3. Kalau terasa hendak ke tandas , jangan pula tidak mengendahkannya. Duduk sepenuhnya di tandas duduk, jangan sesekali mencangkung
  4. Luruskan belakang  dan angkat lutut  supaya lebih tinggi dari punggung. Jika boleh, letakkan kaki  atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki kaki. Letakkan siku  atas lutut. 
  5. Tujuannya ialah supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung sebab ini cara yang paling baik untuk menggerakkan usus. 
  6. Mula dengan rutin makan dan minum secara teratur sebaik saja  melahirkan bayi . Cuba makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan, dan minumlah banyak cecair.
CARA MUDAH ATASI SEMBELIT.KLIK LA SINI JOM..






Anda mungkin meminati

CARA ATASI BUASIR SEMASA MENGANDUNG


Pengedar shaklee Masjid Tanah,Melaka
Suhaila
0108798077

Sunday, 22 February 2015

BOMOH SASARKAN DOUBLE CHIN UNTUK MINYAK DAGU????

Orang perempuan pantang mak nenek dia kalau orang sebut pasal gemuk..ada yang suker ke??????.maybe ada yang suka sebab selama ni dia memang impikan nak gemuk sebab dia memang cekeding.Hari ni saya mula terasa yang diri saya semakin gemuk..masa dok selfie dgn anak anak tadi..bila tengok semula gambar tu, nampak sangat dah ada double chin..hooooo..bukan masalah tak cantik ,tapi masalah berbagai penyakit yang datang nanti....

Dagu berlapis ni istilah ‘pasar’ yang merujuk kepada lebihan lemak bawah kulit yang wujud dan terkumpul di antara dagu dan leher.Nampak tak..dah banyak lemak la tuuu Persoalan yang diyakini timbul ialah, macamana  masalah dagu berlapis boleh terjadi? Punca dagu berlapis ialah makan yang berlebihan, cara duduk, cara tidur dan berjalan yang tidak betul. 

7 cara nak menghilangkan dagu berlapis

  1. Makan secukupnya. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang..sunnah nabi tu...Elakkan makanan berminyak dan berlemak. Gemuk dan dagu berlapis ibarat lagu dan melodi.
  2. Elakkan tidur selepas makan. Memang best kalau tidur lepas makan....Jika anda biasakan diri untuk tidur selepas makan, muka anda akan menjadi tembam, dan kulit dagu anda akan melabur banyak sel-sel lemak ke dalam kulit anda. Pelaburan seperti ini sia-sia. Malah 'bomoh-bomoh' tertentu mungkin suka menjadikan anda sebagai sasaran untuk bekalan mentah minyak dagu.
  3. Gunakan teknik urutan untuk memecahkan lemak pada dagu. Urutan hendaklah secara menaik, iaitu dari bawah dagu ke atas dagu, sama seperti mencuci muka dengan benda-benda yang digunakan untuk mencuci muka.
  4.  Kawal pengambilan kalori dan juga bersenam.Paling berkesan kalau rajin bersenam,bukan sahaja dagu, satu badan akan cantik...
  5. Kunyah Gula Gula Getah Kunyahlah sebiji gula – gula getah biar sampai kebas baru berhenti. Ketika mengunyah gula-gula getah, otot muka bersenam la tu...
  6. Tidur dengan muka menghadap ke atas. Kaedah tidur seperti ini bertujuan untuk mengelakkan dagu dan leher daripada bercantum.
  7. Disebabkan double chin ni berpunca utama dari lemak dan minyak makanan, maka bolehlah amalkan OMEGA GUARD yang , LECITHIN ,PHYTOCOL yang boleh membantu melarutkan lemak dan menghalang lemak LDL terus meresap kedalam salur darah...kalau nak harap jaga makan saja susah sikit saya nih..selalunya susah nak elak makanan berlemak dan berminyak nih..
    Double chin
Apa apun yang kita buat, paling utama adalah buat dengan istiqomah.Kesihatan adalah anugerah Allah tak terhingga..bila badan siaht,otak cerdas, wajah ceria dan cantik mata memandang...ok bye...cau...

-salam sayang-
      DKIK (Duniaku inspirasiku)

Saturday, 27 September 2014

PETUA KEMBALI LANGSING SELEPAS BERANAK 5

Hari ni terasa pulak nak share tentang amalan saya dalam pantang. Walaupun dah beranak 5 berat badan saya masih lagi maintain macam muda muda dulu...hehe..Sebab tu saya sangat menyarankan kepada ibu ibu sekalian agar menitik beratkan amalan berpantang selepas melahirkan anak.Ke lima lima nak saya lahirkan secara normal

Jadi saya nak celoteh sikit pasal anak muda sekarang.Ramai juga di kalangan anak muda sekarang yang tidak endahkan waktu berpantang.Biasanya saya berpantang selama 44 hari.Itu pun dah cukup baik.Ada juga kawan kawan yang berpantang sehingga  100 hari.Tapi saya tak mampu nak buat macamtu..Tapi ada lagi yang langsung tak mampu nak buat 44 hari jer pun.Baru 2 minggu dah kendong baby ke shopping complex.Memang sekarang korang rasa badan sihat.Tapi tunggulah nanti ,bila usia masuk 30 an jer dah mula sakit sana sini.Longgar sana sini.

Amalan dalam pantang cara saya:

1.Pemakanan.1 minggu pertama saya hanya makan ikan yang di goreng dengan kunyit hidup serta sayur sawi yang di masak kering.Memang kering betul.Tak da air. Pedas pun tak..Telan je lah.Ini bagi mengelakkan daripada bayi tak dapat tahan pedas dan mugkin sakit perut jika ibu makan yang pedas pedas.Langsung tak makan buah buahan yang sejuk seperti betik.Buah tempatan biasanya sejuk.Takut pulak kena kancing gigi.

Apabila masuk minggu ketiga atau ketik luka dah elok, barulah mak bagi makan ayam atau telur serta lauk berkuah.Baru la terasa nikmat nak makan.

2.Bengkung.Wajib berbengkung.Hari pertama ja dan pakai bengkung sebab bila kita pakai bengkung,perut yang menggelebeh selepas melahirkan bayi akan terasa lebih kejap.So mudah untuk bergerak.

Sebelum bengkung..ramuan yang perlu disapu pada perut.

  • minyak angin
  • kapur ditambah dengan limau.ia dipercayai akan memanaskan bahagian perut dan disamping tu dapat membantu mengecutkan semula otot otot perut yang dah kendur.tapi tahan jerlah..panas berpeluh peluh..dan gatalnyer..tapi sebab nak slim..kugagahi jua
  • paling elok pakai bengkung adalah di waktu pagi selepas mandi dan waktu petang selepas mandi juga.Ikat bengkung sekuatnya supaya tak mudah terbuka dan lilitkan bengkung tu sampai ke bahagian punggung.Ingat ye.punggung kita pun aligmen dah lari..kasi padatkan semula.jangan biarkan jatuh menggelebeh
  • kalau rajin buka bengkung, bolehlah sapu minyak panas ,air limau dan kapur selalu.
  • bila kita berbengkung, masa tu lah nampak kita berjalan penuh sopan,kepit jer..hehe..secara tak langsung bahagian bawah kita pun tak terbuka
3.makan jamu pada saya adalah wajib.Jamu yang saya guna dulu ialah Nona Rogay, Salindah ,dan yang terkini adalah Leesa formula.Masa berpantang kelima lima anak ni saya belum jumpa dengan ShakleeKalau nak makan jamu, biasanya tak boleh makan pada minggu pertama sebab miungkin jamu yang panas akan memberikan kesan pada perut baby.So minggu kee dua atau ketiga boleh la makan sampai la habis pantang.Bagusnya makan jamu untuk mengecutkan peranakan, melancarkan perjalanan darah serta menyingkirkan toksin yang ada dalam badan

4.Berurut memang wajib ,saya akan berurut pada hari ke tiga atau ke empat selepas bersalin.Tujuan berurut adalah untuk melancarkan kembali perjalanan darah keseluruh anggota badan.Berurut juga dapat menaikkan kembali dan membetulkan kedudukan peranakan kita yang mungkin jatuh atau berubah posisi.Selepas berurut badan rasa lebih segar an ringan untuk bergerak.Biasanya saya akan berurut selama 7 hari.

5.Makan makanan yang berkhasiat, ikan segar, lebihkan protin seprti ikan dan daging serta sayur sayuran dan buah buahan.Satu masalah besar ialah sembelit ketika dalam pantang...adusssss..Tuhan aja yang tahu..so banyakkan makan buah tapi ingat jangan buah yang sejuk sejuk macam betik.Limau dan pisang ok.Tapi kalau nak lagi senang korang boleh try ostrematrix,insyaallah korang tak akan trauma bila nak buang air ..

6.Minum air kosong .tk boleh minum teh yang biasa tu sebab teh angin.kalau dah teringin sangat minumlah cinch tea.Dulu saya tak jumpa pun.Korang boleh amalkan cinch tea ni sebab ia akan detox disamping memberi tenaga untuk berjaga malam..baby selalu nangis kan..cinch tea ni membantu juga untuk menguruskan badan.

Bagi anda yang malas nak makan jamu yang perlu dibancuh ,nak telan kena tutup tutup hidung,sekarang korang boleh dapatkan set vitamin yang sangat berbaloi.Disamping dapat memabntu mengembalikan bentuk badan macam anak dara, kulit korang pun akan menjadi bertambah gebu dan cantik.Baby yang menyusu pun boleh dapat kesa yang sama.Boleh la try ESP, Vitamin c, B complex, Vitlea, Omega,Zinc ,Alfalfa..senang cepat dan jika korang istiqomah makan vitamin ni ,fuhhh..dapat kembali bentuk badan yang di idamkan..isnyaallah..Set berpantang ni korang boleh pilih ikut bajet. Setiap satudi jual berasingan.

Kalau time ni ,anak dah semakin membesar,perut korng pun semakin membesar tapi tak da baby, tu tandanya terlebih makan..Pakai kain pun dah tak muah..Try la makan HERBLAX kasi detox semua ,kasi cuci usus usus yang tersekat dengan sisa2 pemakanan.Disamping tu boleh cuba OMEGA GUARD yang membantu memecahkan lemak dan mengurangkan  kolestrol .
Okey..setakat tu dulu perkongsian saya kali ni.Harap harap dapat memberi manafaat kepada korang yang membaca..kalau nak chat dengan saya pun boleh..

ibu bersalin


su|shaklee Masjid Tanah|Kuala Sungai Baru|Sungai Udang|Pengkalan Balak|ALorgajah|Pos seluruh Malaysia.

suhaila abdul
010 8798077

Saturday, 21 June 2014

TIPS ELAK KEJANG SEMASA HAMIL

Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil.Biasanya berlaku dalam trimester kedua  dan ke tiga. 
Kejang

Mengapa kejang berlaku pada ibu mengandung?

Ia berlaku kerana asid berkumpul dalam serat otot lalu menyebabkan otot menjadi kejang.Kebiasaanya di bahagian betis.Memang sangat terseksa jika ia berlaku pada waktu malam.Walaupun kadang kala kesakitan berlanjutan beberapa minit, ia tidak akan merosakkan otot

Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium dan magnesium dalam darah mungkin menjadi puncanya.Malah rahim semakin membesar turut memberikan tekanan ke atas salur darah besar pada kaki lalu memberi keaan kepada otot kaki.

 Disini saya kongsikan beberapa tips mudah yang boleh diamalkan.

1.Pakai kasut yang sesuai dengan ibu mengandung iaitu kasut yang tumitnya agak rata.Kasut bertumit tinggi akan menambahkan tekanan pada kaki,memandangkan berat ibu semkin bertambah.

2.Selalu membuat urutan ringan di bahagian betis dengan minyak angin untuk keselesaan.

3.Semasa tidur,alaskan bahagian kaki supaya lebih tinggi dari paras kepala.


4.Amalkan pemakan seimbang,lebihkan protin terutamanya susu tinggi kalsium

 5.Amalkan makan badam yang ada kandungan vitamin D dan magnesium

6.Bagi ibu2 yang bermasalah loya semasa minum susu tepung atau susu segar,dengan mudahnya ibu ibu boleh mendapatkan khasiat vitamin seperti kalsium,magnesium,fosforus,vitamin D,zinc, kuprum, manganes dan boron daripada tablet OSTREMATRIX.Dengan mengamalkan pengambilan 4 biji sehari, ibu ibu dapat mengatasi masalah kekejangan ketika hamil.


Selamat mencuba