Sunday, 31 May 2015

DIARY PENGIDAP PNEUMONIA

Faheimy anak ke lima saya..dilahirkan pada 7 February 2012..Selesai cuti bersalin 2 bulan, kena masuk bertugas semula..cikgu ..cuti dua bulan jer..
Semasa Faheimy 2 bulan, saya hantar dia ke Taska Manja Bonda, tak da pilihan lain, terpaksa hantar juga sebab memang susah nak cari orang nak jaga anak yang tinggal berhampiran rumah...Faheimy memang menyusu badan.Full ..sebab  masa tu susu melimpah ruah..siap pam dan bawa ke taska..nasib baik la pengurusan taska ni tak kisah..boleh jer bagi susu ibu walaupun agak rumit sikit la kan...

Tinggal kat taska memang berisiko..dari segi keselamatan memang tak da masalah cuma dari segi kesihatan.Walaupun baby ada bilik khas  dan terasing dari kanak kanak lain, risiko mendapat demam dan selsema memang agak tinggi. Faheimy jarang demam dan selsema,kadang kadang selsema lepas tu cepat juga eloknya..

Satu hari tu, masa tu Faheimy berusia dalam 5 bulan..dia selsema, tak tahulah jangkitan tu dari taska atau dari rumah...dah lupa..pada awalnya ingatkan selsema tu biasa saja macam selalu.Tak pun pergi klinik.Kemudian dia mula demam dan batuk..lepas tu saya bawa dia ke klinik A...Doktor bagi ubat demam, ubat selsema dan antibiotik..kata doktor antibiotik tu dos rendah jer..kata doktor tu sendiri, antibiotik tak berapa elok untuk bayi..tapi boleh kalau dos rendah...

Dah makan ubat,tapi semakin hari semakin bertambah teruk batuk dan selsema..bila bernafas, kita dapat dengar bunyi nafas dia kuat..kahak banyak tapi macam tersekat..tak nak menyusu dan asyik menangis jer..demam waktu malam..Tak puas hati saya bawa lagi pergi klinik B pula..bagi ubat lagi..sama juga..ubat demam, ubat selsema, antibiotik..makan ubat lagi..tak baik juga..akhir sekali nak puaskan hati lagi, saya bawa pula ke klinik pakar kanak kanak..kat klinik tu, doktor bagitahu yang anak saya macam kena semput..so doktor bagi dia nabulizer..selesai tu, dapat ubat juga lagi..makan ubat tu juga ..

Keesokan harinya,masa tu saya kat sekolah,pengusaha taska telefon beritahu  anak saya demam batuk makin kuat..hati dah resah ni..balik jer dari sekolah terus call suami untuk bawa ke hospital..so kami ambil keputusan untuk pergi ke hospital paling dekat iaitu Hospital Alor Gajah..Sampai kat hospital tu dah habis waktu pejabat..so kami daftar sebagai pesakit luar..

PNEUMONIA

Lepas penat tunggu turn..akhirnya nama Faheimy dianggil..nurse tanya anak sakit apa? Saya jawab la demam dan selsema..kemudian nurse tu suruh kami tunggu untuk rawatan lanjut..ya Allah..masa tu tuhan aja yang tahu..daripada pukul 5 kami datang sampai dah lebih pukul 8 nama tak juga dipanggil..orang yang datang kemudian dah lama dapat jumpa doktor..Faheimy dah meronta ronta menangis, menyusu pun tak nak..rasa macam nak putus pinggang duduk pangku dia..

Sebab dah tunggu terlampau lama..akhirnya suami ambil keputusan untuk masuk jumpa dengan doktor..lepas suami menyuarakan rasa tak puas hati pada doktor.. akhirnya doktor panggil kami masuk....lasa macam nak jer ku lempang nurse tadi..boleh katanya terlepas pandang..ingatkan demam biasa...anak kita dah separuh nyawa boleh terlepas..kalau tak sakit tak yah la datang ..huhu..masa tu perasaan marah memang sangat tak dapat dikawal..kesian sangat tengok keadaan Faheimy..dah lembik..tak minum apa2..hanya air mata jer jatuh tengok dia..

Dapat jer masuk ke bilik doktor..check...terperanjat beruk aku bila doktor kata paru paru anak saya ada masalah..dan demam dengan suhu mencapai hampir 41 C..rasa nak gugur jantung aku..doktor dengan segera membawa anak saya ketempat untuk nabulizer..hanya tangisan dia mememacah keheningan malam kat hospital tu..menangis dan menangis sambil asap nab tu dia sedut sikit sikit..sampai satu tahap dia terlalu letih dan tertidur...selesai habis gas tu nurse bawa Faheimy ke dalam ruang pesakit ..suntik ubat,nurse bukakan baju ..dan lap seluruh badan Faheimy..sebab suhu badan dia sangat tinggi..lepas tu menangis ..menangis dan menangis lagi...ibunya juga sambung menangis..

Selepas suhu badan Faheimy agak terkawal..doktor arahkan supaya Faheimy di X ray.. semuanya berjalan dengan cepat sekali..lepas dah kena hamput dek suami den tadi kannn..huhu..bila hasil x ray keluar..jumpa doktor semula..memang sah..jelas dan nyata,hasil dari x-ray tu memang nampak titik titik pada paru paru Faheimy menunjukkan paru paru dah dijangkiti kuman..so sekali kali doktor keluarkan arahan untuk hantar Faheimy ke hospital Melaka dengan ambulan..tak boleh ditunggu lagi..

Sepantas abc,..ambulan tersedia..jadi hari ini dalam sejarah saya naik ambulan ..huhu..faheimy dah terbaring atas katil dengan hidungnya dipasang alat nabulizer tu..dia tetap menangis..tangan dan siap kena masukkan jarum untuk masukkan ubat..meronta ronta sampai nak tercabut jarum tu..dapatla juga sedut gas tu sekejap..lepas tak tahan dia menangis..terpaksa saya pula berbaring atas katil beroda tu..susukan dia pula..dah la pekerja tu ada lelaki pulak tu..sib baik la aku ni kecik..malu dah letak tepi..demi anak..

NAIK AMBULAN

Keadaan dalam ambulance

Ni la pengalaman naik ambulan yang pertama..pemandu ambulans tu bawa macam pelesit...haha..punya la laju..rasa macam nak gugur jantung aku tengok dia menyelit sana sini..seram betul..sekejap jer dah sampai hospital Melaka..Suami dah balik rumah ambil baju dan keperluan kami berdua..di unit kecemasan..kami terus dilayan dengan sangat pantas..tak lagi macam tadi..yang bestnya..dengan aku aku sekali naik katil tu pegang anak..ditolak adik adik tu kebilik rawatan..

Dalam bilik rawatan tu doktor temuduga aku sekali lagi..cerita la semula..layanan untuk aku dah macam tuan peteri la pula..siap bagi air kotak..bawa ketempat khas soh susukan faheimy..doktor memang pandang serius kalau baby tak nak minum susu..memang Faheimy time tu dah flat..pasang la wire sana sini..selesai doktor masukkan ubat ..saya dapat tempat diwad..tak perlu tunggu lama terus kami masuk wad kanak kanak..

Ya Allah penatnya..dari pagi kat sekolah sambung pulak sampai ke malam kat hospital tanpa rehat..tapi itu tak penting.. yang penting nyawa anak adalah nombor 1..Faheimy dah kepenatan dan dia tertidur..di wad kanak kanak..memang tak ada katil untuk ibu yang jaga anak..kerusi malas ada la..RM 10 satu malam....so untuk menyusukan Faheimy yang dipasang wayar tu.. terpaksalah si ibu tidur sekali atas katil kanak kanak yang kecik tu..sib baik la aku ni kecik..boleh la ..tak yah la tidur atas kerusi..sakit badan..

Alhamdulillah..selepas beberapa jam nurse akan pasangkan nab tu lagi..pastu..nurse ajar saya pula macamna nak bagi anak nab tu..sampai pandaila aku ni..semakin hari Faheimy semakin sihaat..demam panas dia semakin turun..dan batuk kahak dah berkurang..selepas 3 hari dihospital..akhirnya doktor benarkan Faheimy balik..leganyaa...tapi 2 minggu selepas tu, mesti datang semula untuk rewatan susulan...

Syukur alhamdulillah..jangkitan kuman tu tak berlarutan..terima kasih kepada nurse dan doktor Hopital Alor Gajah dan hospital Melaka yang membantu anak saya sehingga sihat semula..Peristiwa ni menjadi pengajaran buat saya..jangan dibiarkan selsema dan batuk berpanjangan..segera cari penawar ...anak kecil antibodi belum cukup kuat ..walaupun dah susukan ibu..kalau tak susukan ibu antibodi lebih lemah..

Kisah ini adalah sekadar perkongsian pengalaman anak diserang pneumonia..mungkin ada dikalangan korang yang mengalami situasi yang lebih perit dari saya..semoga perkongsian ini bermanafaat buat anda yang membaca...
pneumonia
Test kerusi roda pak lang..


Faheimy sekarang semakin sihat dan sejak dari kes tu, tak ada lagi perkara yang sama berulang....takut ia berulang kembali saya ambil langkah pencegahan..kuatkan sistem imun...ikuti entry saya nanti..apa yang saya bagi dia makan selepas usia dia setahun sehingga ke hari ini...


Senyuman pengubat luka hati ibu..

PNEUMONIA MENGANCAM NYAWA

CARA RAWATAN PNEUMONIA

Saturday, 30 May 2015

02:37

JUS NENAS UNTUK PESAKIT BATU KARANG


Assalamualaikum..dalam entry yang lepas saya kongsikan pengalaman saya mengalami masalah batu karang..Dalam entry kali ini saya ingin kongsikan apa yang saya lakukan untuk mengelakkan agar batu karang kembali menyerang...


TIPS ELAK BATU KARANG

*Minum banyak air masak/kosong/suam untuk membersihkan air kencing.Air yang banyak dapatmenyingkirkan toksin yang terkumpul di dalam badan.


*Elakkan minuman manis, terutama minuman berkabonat (banyak asid)

*Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli kentang keledek berasaskan tepung gandum bunga kobis dan pisang boleh mengatasi masalah kekurangan ini.

*Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam lobak merah ,daging strawberi koko coklat dan teh.

*Kurangkan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin,jeruk dan coklat

*Banyak makan sayur sayuran dan buah-buahan kaya serat.

*Kurangkan sumber protein haiwan,sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

*Kurang minum kopi teh dan alkohol.


Berikut merupakan amalan penawar yang mungkin biasa dilakukan untuk mengatasi masalah batu karang.




Penawar Batu Karang


Nanas penawar sembuh penyakit batu karang.

Bagi penghidap penyakit batu karang , kupas sebiji nenas dan cincang. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari. atau cuba cari salur nenas campur dengan gula batu. InyaALLAH boleh sembuh.






batu karang



Lobak putih


Minum air lobak putih yang dijadikan jus seminggu 2 kali jangan diamalkan hari-hari sebab air 1/2 lobak putih adalah tajam.Kalau tak tahan nak minum air lobak, jadikan sebagai masakan sayur rebus.

batu karang

Epal hijau, minyak zaitun

5 hari yang pertama minum 4 gelas air epal hijau setiap hari, kalau makan 4, 5 biji epal hijau pun boleh juga.
Jus epal ni melembutkan batu karang.


batu karang



Suplemen 


Oleh kerana saya tidak konsisten dan kurang masa untuk mengamalkan minuman dan jus seperti di atas, saya mengambil jalan lebih mudah dengan mengamalkan vivix.Syukur alhamdulillah sehingga ke hari ini masalah batu karang saya tidak lagi kembali..

Sekiranya ingin  mencuba menggunakan makanan tambahan yang sesuai untuk membantu dalam mengatasi masalah batu karang ,anda boleh mencuba set dari shaklee iaitu  alfalfa,ostrematrix atau vivix.


  ALFALFA       : Mengurangkan keradangan   akibat  batu karang
batu karang




 Mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah      pembentukan batu karang.

* Ada magnesium dan vitamin D untuk membantu penyerapan 

kalsium dengan  sempurna



batu karang

Vivix:mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular

batu karang


Mungkinkah  anda juga mengalami masalah seperti brother dalam video ini?




Saya adalah pengedar Shaklee
COD kawasan Masjid Tanah,Sungai Udang,Alor Gajah,Pengkalan Balak,
Perkhidmatan pos keseluruh Malaysia

Hubungi :suhaila 

  ******** 010 8798077  (^  _ ^) *******

TANDA TANDA SAKIT BATU KARANG



Penyakit batu  karang terbentuk apabila perubahan berlaku pada  air garam, mineral dan bahan bahan lain yang di temui dalam air kencing. Sebatian kimia lain yang boleh membentuk batu-batu dalam saluran kencing termasuk asid urik dan cystine asid amino. Dehidrasi melalui pengurangan pengambilan cecair dan senaman berat tanpa penggantian cecair yang mencukupi meningkatkan risiko batu karang. Sesetengah orang lebih cenderung untuk mendapatkan batu karang kerana keadaan perubatan atau sejarah keluarga, sebagai kecenderungan untuk membentuk batu buah pinggang juga boleh di warisi. 



Batu karang di buah pinggang

Tanda sakit batu karang atau symptoms batu karang

Saya adalah salah seorang pengidap batu karang.Saya mengalami kesakitan yang sangat  teruk . Gejala dan tanda-tanda termasuk  kekejangan dan sakit di bahagian belakang .Saya juga mengalami kencing yang tidak lawas. Terseksa rasanya apbila hendak membuang air kecil.Selepas mengalami kesakitan yang tidak tertahan saya telah menerima rawatan di klinik swasta yang berdekatan.Doktor mengimbas bahagian belakang dan mendapati ada batu dibahagian sebelah kiri buah pinggang.Saya juga mengalami jangkitan kuman di saluran kencing bersama-sama dengan batu itu, menyebabkan saya demam dan mengigil.Doktor memberi rawatan segera dengan ubat penahan sakit dengan satu suntikan.Kemudian saya diberikan ubat untuk memecahkan batu.



batu karang




Ini gambaran yang terjadi pada saya selepas scan

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. 


Selepas 2 hari kesakitan berkurang.Saya masih meneruskan pengambilan ubat doktor.Selepas kehabisan dari ubat doktor ,atas nasihat dari seorang teman,saya telah mencuba suplimen shaklee iaitu ostrematrix dan omega.Selepas pengambilan ke dua-dua produk tersebut,masalah kencing tidak lawas da kesakitan dibahagian kiri pinggang sudah berkurangan dan sehingga kini saya masih meneruskan pengambilan ostrematrix dan omega.Alhamdulillah tiada lagi rasa sakit seperti sebelum ini.Malah saya merasa lebih sihat.Disamping pengambilan suplimen shaklee saya juga mengamalkan tips berikut sebagai langkah pencegahan agar masalah tidak berulang kembali.

Ikuti kisah seterusnya bagaimana cara saya atasi masalah batu karang 





ANDA MEMPUNYAI MASALAH CYST? 

JOM DENGAR APA KATA KAKAK NI

Thursday, 28 May 2015

PNEUMONIA MENGANCAM NYAWA

Terkenang suatu ketika dahulu apabila si kecil saya Faheimy ketika berusia 5 bulan telah mengalami kesukaran bernafas  membawa kepada jangkitan kuman pada paru-paru.Pada mulanya saya merasakan ia adalah selsema biasa.Selepas mendapatkan rawatan dari klinik swasta,selepas makan ubat selsema dan batuk beserta antibiotik,masalah selsema dan batuknya tidak berkurangan malahan semakin bertambah .Batuknya menjadi semakin serius.Sesak nafas dan akan menangis tersekat-sekat.Apabila saya bawa ke hospital untuk rawatan lanjut,doktor mengesahkan bahawa paru-parunya telah dijangkiti kuman dan perlu ditahan wad.

Sedihnya tengok bila tangan yang masih kecil dimasukkan jarum untuk mengambil darah dan juga untuk memasang jarum untuk masukkan ubat..Hati ibu mana tidak sedih.kemudian dia akan meronta-ronta kesakitan dan rimas bila dikenakan nabulizer.Terpaksa terima semuanya demi melihat dia kembali sihat.Selepas tiga hari rawatan dihospital,selsema dan sesak nafas semakin berkurang.Alhamdulillah dapat discharge,namun perlu penjagaan rapi dirumah agar tidak dijangkiti semula dangan selsema atau batuk dari abang atau kakaknya pula.

PNEUMONIA


Faheimy memang sering menghadapi masalah selsema kerana anak saya dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak,tapi saya terpaksa sentiasa memastikan masalah selsema dan batuk tidak dibiarkan berlarutan.Bila anak sendiri dan kena jangkitan kuman barulah tahu bahawa ia adalah satu penyakit yang dipanggil pneumonia.Selama ini biasa dengar tapi tak tahu detail.Pneumonia jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan jangkitan pada otak.Disini saya nak kongsikan serba sedikit tentang pnumonia.

Pneumonia adalah penyakit yang disebabkan jangkitan virus, kuman atau bakteria ke bahagian paru-paru seseorang dan biasanya, ia banyak dihidapi golongan kanak-kanak dan tua.
Awalnya, selepas dijangkiti virus, kuman atau bakteria, seseorang akan mengalami simptom-simptom pneumonia seperti batuk serta selsema sebelum ia merebak ke dalam sistem pernafasan dan menyerang paru-paru. Pakar Perubatan Kanak-Kanak, Dr Yong Junina Fadzil, berkata penyakit itu perlu dikesan dan dirawat secepat mungkin bagi mengelaknya menjadi serius sehingga boleh meragut nyawa.Pneumonia mempunyai banyak simptom antaranya demam panas, batuk berkahak atau tanpa kahak, sakit dada, tiada selera makan, rasa tidak sihat, sering merengek (bayi dan kanak-kanak), pernafasan laju, susah bernafas, muntah dan cirit-birit.



Faheimy 2 tahun


INFO Pneumonia 
Golongan berisiko:



  • Kanak-Kanak terutama pada usia lima tahun dan ke bawah
  • Dewasa terutama pada usia 65 tahun dan ke atas
  • Mempunyai tahap sistem ketahanan badan rendah seperti pembawa HIV/Aids
  • Penghidap masalah kesihatan yang kronik
  • Individu di kawasan sesak atau kotor

  • SIMPTOM PNEUMONIA
  • Demam panas
  • Batuk berkahak atau tanpa kahak
  • Sakit dada
  • Tiada selera makan
  • Rasa tidak sihat
  • Sering merengek (bayi dan kanak-kanak)
  • Pernafasan laju atau tercungap-cungap
  • Sukar bernafas
  • Muntah
  • Cirit-birit

    LANGKAH PENCEGAHAN
    1. Menjalani gaya hidup sihat
    2. Mengutamakan kebersihan diri
    3. Mengamalkan penyusuan susu ibu
    4. Pengambilan minyak ikan(omega 3)makanan tambahan
    5. Elak di kawasan sesak
    6. Menutup hidung ketika cuaca buruk.
    7. Meningkatkan daya tahan (vitamin c)

    Mungkin anda juga mengalami masalah yang sama seperti Farhana...



    Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek from iReach HD on Vimeo.

    Wednesday, 27 May 2015

    CARA BUAT KELAS YANG MENARIK MINAT

    Assalamualaikum..

    Korang pernah jadi anak murid kan? Apa perasaan korang kalau masa cikgu mengajar , cikgu je yang bercakap..ko dengar jer..bila cikgu tanya ..faham tak korang??? mesti ko jawab ..faham cikguuuu..tapi bila cikgu tanya..hampeh..tak faham pun..haha...sebab ko asyik setuju jer dengan apa yang cikgu cakap..mana tak setujunye..asyik tersenguk senguk ..ada yang dah siap tido sampai keluar air liur basi...kui..kui..tapi kalau anak murid saya kat kelas ..tak sempat nak lelap...sebab suara cikgu dia macam petir..sapa yang kuyu..mesti dia yang kena jawab...mungkin itulah pengalaman korang semasa sekolah dulu dulu dan mungkin sekarang kut....

    Haaa...hari ni saya nak kongsi cerita kelas yang best yang pernah saya join..hai..cikgu yang dah tua pun pegi kelas juga ke? of course la..selagi hayat dikandung badan..selagi tu kena tuntut ilmu..ilmu Allah tu kan sangat luas..selalunya dapat ilmu dalam dunia pendidikan jer..sekarang dunia perniagaan pula...

    Masa first time nak pergi kelas basic shaklee dulu,dalam kepala saya membayangkan nak masuk kelas macam pergi dewan seminar ke..masuk dewan kuliah ke...,mesti pakai baju cantik cantik..mesti pakai formal...bila first time join kelas...terperanjat beruk saya...hahaha..nak tau kenapa? Saya tengok diorang yang datang siap bawa tikar bantal, siap bawa anak kecik,siap bawa stroller..macam nak pergi berkelah...macam macam lagilah...

    Bila kelas mula..tok guru yang nak mengajar tu pulak mengajar sambil dukung anak,hahaha..main main misai ayah dia..kelakar pun ada..tapi suatu yang menarik ..bila kelas mula..si anak anak kecil mula bermain main kat belakang, baring baring , makan makan...bila si siisteri nak bercakap..si suami dukung anak..bila si isteri nak bercakap..si suami pula jaga nak...hebatnya diaorang nie....meriah sangat kelas ..pendek kata anak anak bukanlah penghalang untuk kita mencapai matlamat...malahan anak anak dan keluarga merupakan pendorong mereka mereka ini untuk jauh kehadapan...

    Satu lagi bestnya kelas dengan geng geng shaklee ni..korang tak akan rasa rendah diri atau rasa malu..sebab leader leader ni sangat sporting..ko tanya jela apa apa pun yang ko nak tahu..mesti ko takan hampa...kalau boleh semua ilmu yang diorang ada nak dicurahkan  kat kita..tinggal lagi ko mampu ke tak ja nak sumbat dalam otak ko....

    Of course la kelas kelas diorang tak bosan..ko tak sempat nak mengantuk pun...bukan duduk mendengar jer..ada aktiviti, bersenam lah,berjogetlah..menyanyi..ada sorang leader tu namanya Faiz..mana dia pergi mesti ada gitar...haha..suka betul dia nak nyayi...dialah penghibur kitorang...

    Kelas yang best mesti ada makan makan yang best..dah penat menimba ilmu..apa lagi..makanlah...selalunya buat potluck..makanan lebih daripada cukup..pendek kata ..kalau korang masuk kelas kami ni..walaupun first time pergi..ko akan rasa macam dah kenal bertahun tahun..itulah kelebihan kami..ikatan dan jalinan ukhwah dari bisness iaitu Shaklee..

    Sejak join Shaklee dan kelas kelas Shaklee yang jauh atau kelas yang dekat , memang banyak perubahan yang dapat saya rasa..terutamanya ....soal hati...sukar nak diungkap disini..nanti kita cerita kat masa lain yek..disamping tu juga..yang best..dulu saya buta jugala pasal  IT tapi alhamdulillah..saya sekarang saya dah punya blog sendiri..

    Saya banyak aplikasikan ilmu ilmu dari kelas Shaklee untuk saya terapkan dalam kerjaya saya sebagai pendidik..lebih masa saya terisi dengan perkara lebih bermanafaat berbanding dulu..dan saya sangat happy dengan kerjaya saya sekarang...happy dengan kerjaya sebagai pendidik dan membantu insan lain ke arah kehidupan yang lebih sihat bersama shaklee...

    Jatuh bangun orang yang berjaya adalah kerana dia tak bosan dengan rutin hariannya...korang nak jadi orang berbakat? ,macamana?

                          Cara Nak Jadi Orang Yg BERBAKAT from iReach HD on Vimeo.


    Kalau korang berminat nak join dengan kami..sangat sangatlah di alu alukan...korang akan rasa sendiri seperti apa yang saya rasa..awesome....


    Nak join mai la hubungi saya..telegram, wassup, sms pun boleh..0108798077...

    Tuesday, 26 May 2015

    SAMBUTAN HARI GURU 2015

    Dah 18 tahun dah rupanya saya jadi cikgu.Sekejap benar la rasanya.. 17 tahun sambut hari guru..yang sekali tu tak dapat sambut ..sebab masa hari tu berpantang anak ke 4 Dania..dia lahir 15.5.2008..

    So tahun ni sambut kat SMK Ghafar Baba untuk tahun ke 6 disini.Tema Hari Guru 2015  “Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”. Amat bertepatan sekali dengan kehendak semasa agar pembentukan akhlak pelajar harus seiring dengan ilmu yang diperolehi di sekolah. Inilah cabaran guru di abad ke-21 ini.
    Tema Hari Guru 2015 tahun ini yang lebih menumpukan kepada aspek pembentukan akhlak dan sahsiah murid berteraskan ilmu dilihat bertepatan dengan kehendak dan keperluan semasa masyarakat sekarang. Sememangnya kita semua tahu apa guna lahirnya individu yang bijak tanpa ada akhlak yang berkualiti tinggi
    Bagi memriahkan majlis, guru guru pun ada  tema, tema pakaian jer iaitu  warna purple..Walaupun tahun ni kurang meriah seperti tahun tahun yang lalu, tapi semua guru happy diatas sambutan yang dijalankan buat guru guru semua.

    Hari guru

     Lima mak dara..posing sblm diarak oleh anak anak murid

    Bermula dengan bacaan yassin, semua guru dok berposing la .Itu acara wajib ,semua  guru bergambar, bukan senang nak kumpul semua guru sekaligus.mesti ada yang tak ada..Kami diarak oleh anak anak murid ke dataran perhimpunan..rasa macam tuan puteri la pulak..hihi...

    Selesai baca perutusan , sesi anugerah kepada guru-guru diatas pencapaian masing masing.Hadiah disempurnakan oleh Tuan Pengetua Pn Hjh Khalijah Abdul Rahman.Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah VLE FROG, Anugerah guru datang awal, Anugerah Keakuran RPH dan juga penyampaia sijil kepada semua guru guru yang terlibat dalam PISA yang baru sahaja berakhir pada bulan April lepas..

     Alhamdulillah..dapat juga anugerah ..yang penting sijil tu untuk penilaian prestasi guru.

    Jom la layan dengan gambar gambar aktiviti  hari tu  
    Hari guru 2015

    Guru guru SMKGB  2015


    Hari guru

        Terima kasih x students SGB yg sudi dtg   memeriahkan majlis



    Sambutan hari lahir pengetua Pn Hjh Khalijah Abd Rahman..hadiah kek birthday untuknya...yummy..


     Pelajar pelajar kelas Jepun



    Sambutan hari guru
     Persembahan yang julung julung kalinya diadakan..

    Gambar gambar persembahan yang lain tu tak sempat nak amik..bateri fon dah kong..kui..kui...sorry yek..




    ANUGERAH BINTANG POPULAR

    Assalamualaikum 
    Bulan Jun kembali lagi.Teringat kembali kisah 6 dan 7 Jun  2014.Kisah naik pentas buat kali pertamanya dalam Shaklee bersama suami saya dan geng geng GMF..
    national conference

    Bersama Master Hadhatina MKB..

    National conference adalah salah satu anugerah berprestig yang pihak Shaklee beri untuk SID yang cemerlang setelah mengharungi berbagai dugaan dan cabaran pada cycle 2013 -2014, pahit dan manis dah diharungi...hari itu telah berbayar...terasa diri sangat istimewa masa tu..walaupun anugerah tu saya dapat satu jer pun...tapi punya exited gile ..hihi..suami pun support juga..alhamdulillah..best..best..best..

    Kejayaan yang cukup manis yang tak pernah saya rasai..dapat anugerah APC dari Kementerian Pendidikan pun  tidaklah segah majlis ni..kenapa ntah ..lain macam jer aura kat sini.Walaupun masa tu belum setahun pun saya join Shaklee, tak sangka dapat juga anugerah.
    national conference
    Menggigil ke tu?

    Di sana aura insan insan cemerlang , seperti master master hebat, leader leader hebat yang meraih berbagai anugerah.Sesi sharing yang sangat meruntun jiwa, sangat sangat memberi sumber inspirasi..bukan setakat untuk berjaya dalam Shaklee malah dalam kerjaya saya sebagai seorang guru...Sesungguhnya pengalaman lebih mahal dari segulung ijazah...disini saya dapat rasakan ...alamak ai ..susahla nak digambarkan dengan kata kata ...

    Terasa sebak bila nama terpapar di skrin besar ,air mata bergenang..ya Allah aku bersyukur dipertemukan dengan  Shaklee..sob..sob..lap lap..nanti abang nampak dia gelak..hahahahaha
    national conference
    Bersama leader hebat..my upline mami mia berbaju biru..

    Tahun ini juga nama sudah ada dalam list untuk dapat anugerah buat kali ke dua..semoga impian menuju puncak Master juga menjadi kenyataan...doakan perjalanan menuju puncak itu dipermudahkan ye..

    Penutup majlis NC tu Faizal Tahir menyanyi live!!!!!! Gerun..meremang bulu roma..samapi hari ni saya suka sangat lagu tu..

    national conference

    Roger Barnett..sporting..




    Layan lagu ni jap...GEMURUH..FAIZAL TAHIR