Wednesday 25 February 2015

UBAT TAHAN MENGANTUK TANPA DADAH

Assalamualaikum..dah malam ni tapi saya rasa hari  ni tak letih la pulak.Dok saja saja buka fb ,ramai kawan kawan saya yang dok upkan status , letih lesu selepas balik dari kerja.So kali ni saya nak kongsi sedikit tentang cara bagaimana nak kekal cergas tanpa rasa mengantuk ditempat kerja

7 cara elak rasa mengantuk di tempat kerja

1. Basuh Muka
Cara ini lebih sesuai dilakukan oleh kaum adam kerana selalunya wanita bersolek ke pejabat. Tetapi percayalah bahawa cara ini adalah cara yang paling berkesan untuk kembali cergas.
2. Hampiri kawasan yang bercahaya.
Pandanglah ke luar jendela. Cahaya yang lebih terang dipercayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda
3. Dengar Muzik
Tidak salah sekiranya anda mendengar muzik di pejabat sekiranya perkara ini tidak mengganggu konsentrasi anda bekerja. Tetapi, jangan sampai muzik tersebut mengganggu kerja pulak
4. Senaman ringan
Lakukan sedikit pergerakan anggota badan, tangan, dan kaki. Elakkan dari duduk terlalu lama di atas kerusi sebaiknya berjalan seketika sambil menghirup udara yang segar.Kalau cikgu memang takan duduk setempat la kan.
5. Wangian aromaterapi
Letakkan pewangi bilik di atas meja pejabat anda agar wangian tersebut dapat merangsang anda untuk kembali segar. Antara bauan yang sesuai adalah dari jenis ‘mint’ atau ‘lemon’.

Kronik nih...

6. Pandang pohonan hijau
Sesekali pandang ke luar jendela dan nikmati pemandangan pohonan hijau kawasan persekitaran anda. Perkara ini dapat membantu kita menghargai alam semulajadi yang cantik dan membantu menghilangkan rasa mengantuk.
7. Ketahui bagaimana Maria Alwi atasi masalah mengantuk dan keletihan 


Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.



Pengedar shaklee Masjid Tanah,Melaka
Pos seluruh Malaysia
Suhaila
0108798077

CARA ELAK SEMBELIT SEMASA BERPANTANG

Hari ni saya nak share tentang pengalaman saya semasa berpantang.Saya telah berpantang selama 5 kali dah..al maklumlah dah anak 5 kan.Selepas fasa kesakitan nak melahirkan ,ibu ibu mengalamai fasa yang pada saya sangat membosankan..hehehe..

Lebih menyiksakan jika semasa awal awal melahirkan anak tu , kalau kena sembelit.Ketika luka jahitan masih baru..ngilunyer kalau nak diceritakan semula.Tapi yang hairannya kenapa semasa mengandung atau tak mengandung jarang sangat kena sembelit .Kenapa semasa dalam pantang selalu sangat kena sembelit? Kalau terasa nak buang air besar,itulah masa yang paling menakutkan..sakit sangat,tempat jahitan dan luka belum sembuh, kena pula sembelit.
sembelit
Gambar Hiasan

Korang tau tak kenapa kita sering sembelit semasa berpantang?

  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa
  • Sistem pencernaan kita berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.
  • melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
  • pernah melahirkan bayi sebelum ini;
  • mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit;
  • mendapat jahitan.


7  Cara Bagaimana hendak meredakan sembelit selepas bersalin?


  1. Menyusukan anak membuat kita dahaga, jadi kita perlu banyak minum. 
  2. Bangunlah dari katil sebaik saja kita bersalin dan bawa berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika kita masih di hospital, atau semasa di rumah. Berduduk atau berbaring untuk masa yang lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.
  3. Kalau terasa hendak ke tandas , jangan pula tidak mengendahkannya. Duduk sepenuhnya di tandas duduk, jangan sesekali mencangkung
  4. Luruskan belakang  dan angkat lutut  supaya lebih tinggi dari punggung. Jika boleh, letakkan kaki  atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki kaki. Letakkan siku  atas lutut. 
  5. Tujuannya ialah supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung sebab ini cara yang paling baik untuk menggerakkan usus. 
  6. Mula dengan rutin makan dan minum secara teratur sebaik saja  melahirkan bayi . Cuba makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan, dan minumlah banyak cecair.
CARA MUDAH ATASI SEMBELIT.KLIK LA SINI JOM..






Anda mungkin meminati

CARA ATASI BUASIR SEMASA MENGANDUNG


Pengedar shaklee Masjid Tanah,Melaka
Suhaila
0108798077

Sunday 22 February 2015

BOMOH SASARKAN DOUBLE CHIN UNTUK MINYAK DAGU????

Orang perempuan pantang mak nenek dia kalau orang sebut pasal gemuk..ada yang suker ke??????.maybe ada yang suka sebab selama ni dia memang impikan nak gemuk sebab dia memang cekeding.Hari ni saya mula terasa yang diri saya semakin gemuk..masa dok selfie dgn anak anak tadi..bila tengok semula gambar tu, nampak sangat dah ada double chin..hooooo..bukan masalah tak cantik ,tapi masalah berbagai penyakit yang datang nanti....

Dagu berlapis ni istilah ‘pasar’ yang merujuk kepada lebihan lemak bawah kulit yang wujud dan terkumpul di antara dagu dan leher.Nampak tak..dah banyak lemak la tuuu Persoalan yang diyakini timbul ialah, macamana  masalah dagu berlapis boleh terjadi? Punca dagu berlapis ialah makan yang berlebihan, cara duduk, cara tidur dan berjalan yang tidak betul. 

7 cara nak menghilangkan dagu berlapis

  1. Makan secukupnya. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang..sunnah nabi tu...Elakkan makanan berminyak dan berlemak. Gemuk dan dagu berlapis ibarat lagu dan melodi.
  2. Elakkan tidur selepas makan. Memang best kalau tidur lepas makan....Jika anda biasakan diri untuk tidur selepas makan, muka anda akan menjadi tembam, dan kulit dagu anda akan melabur banyak sel-sel lemak ke dalam kulit anda. Pelaburan seperti ini sia-sia. Malah 'bomoh-bomoh' tertentu mungkin suka menjadikan anda sebagai sasaran untuk bekalan mentah minyak dagu.
  3. Gunakan teknik urutan untuk memecahkan lemak pada dagu. Urutan hendaklah secara menaik, iaitu dari bawah dagu ke atas dagu, sama seperti mencuci muka dengan benda-benda yang digunakan untuk mencuci muka.
  4.  Kawal pengambilan kalori dan juga bersenam.Paling berkesan kalau rajin bersenam,bukan sahaja dagu, satu badan akan cantik...
  5. Kunyah Gula Gula Getah Kunyahlah sebiji gula – gula getah biar sampai kebas baru berhenti. Ketika mengunyah gula-gula getah, otot muka bersenam la tu...
  6. Tidur dengan muka menghadap ke atas. Kaedah tidur seperti ini bertujuan untuk mengelakkan dagu dan leher daripada bercantum.
  7. Disebabkan double chin ni berpunca utama dari lemak dan minyak makanan, maka bolehlah amalkan OMEGA GUARD yang , LECITHIN ,PHYTOCOL yang boleh membantu melarutkan lemak dan menghalang lemak LDL terus meresap kedalam salur darah...kalau nak harap jaga makan saja susah sikit saya nih..selalunya susah nak elak makanan berlemak dan berminyak nih..
    Double chin
Apa apun yang kita buat, paling utama adalah buat dengan istiqomah.Kesihatan adalah anugerah Allah tak terhingga..bila badan siaht,otak cerdas, wajah ceria dan cantik mata memandang...ok bye...cau...

-salam sayang-
      DKIK (Duniaku inspirasiku)

7 KELEBIHAN OMEGA GUARD BERBANDING JENAMA LAIN

Assalamualaikum,hari ni saya nak berkongsi cerita tetang suplimen yang saya dan seluruh ahli keluarga saya amalkan setiap hari.Kami mengamalkan OMEGA GUARD daripada shaklee.
Mengapa kami pilih Omega Guard Shaklee?Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Banyak Kebaikan dan keistimewaan Omega Guard Shaklee ini. Ia boleh diamalkan untuk seisi keluarga. Sepatutnya setiap rumah mesti ada sebotol minyak ikan Omega Guard ini. .Tak kenal maka tak cinta ...
omega guard

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

 6 Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi           

7 FUNGSI DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan


Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.
Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.


Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
Sumber : Shaklee Malaysia


Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?


Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil
 Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu
 Kanak-kanak


  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan
Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.
Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke


Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurnapenyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik. 

Jom kita dapatkan Omega Guard Shaklee ini untuk kegunaan sekeluarga! Boleh dapatkannya dengan segera dan pantas dengan klik gambar di bawah ini






Dapatkan OMEGA GUARD sekarang.
Saya adalah pengedar shaklee sekitar Masjid Tanah, Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia.
Hubungi saya 0108798077( kak su)

Friday 20 February 2015

DAKU TIDAK GEDIK

Begitu pantas masa berlalu.Sedar tak sedar sudah masuk ke tahun 2015.Terasa seperti baru berlalu tahun 2014..5 anak yang dulunya bertatih, merangkak,berlari kini sudah lebih tinggi dari ibunya sendiri.Anak sulung bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini.Anak kedua sudah meningkat remaja.Anak ketiga juga bakal menduduki UPSR.anak keempat telah pandai mambawa diri..dan lebih berdikari ..Anak ke lima telah bijak berbicara dan keletah penghibur duka.

Terima kasih ya Allah kerana meminjamkan  nyawa aku sehingga ke hari ini..Ketika usiaku menjangkau  40 tahun.Hidup ini penuh cabaran dan dugaan.Kisah  suka..kisah duka..mewarnai hidup membuatkan aku lebih  mengenal siapa diri sendiri..mensyukuri nikmat Allah..mencari jalan untuk mencari redhaNya..

Bersama kenangan manis dan pahit bersama seorang lelaki bergelar suami..Susah senang kita bersama..mengharungi dugaan dan cabaran ..mencari erti hidup..membesarkan dan mendidik  anak -anak yang dipinjamkan oleh Allah.
suami isteri

Suami,letaknya syurgaku

Hidup ini dilimpahi nikmat dan keseronokan, terkadang kita terlupa bahawa segala yang kita kecapi ini semunya daripada Allah. Terlalu banyak kesilapan yang kita lakukan kepada Allah.kadangkala tanpa kita sedari kita terlalu angkuh dan sombong kepada Allah. Namun maha baiknya Allah kerana masih meminjamkan nyawa kepada kita ,memberi peluang untuk kita menempuh hari hari yang baru dalam keadaan yang masih bernafas.Allah masih mengurniakan rezeki sedangkan kita selalu  mengatakan segala kejayaan yang kita kecapi adalah hasil usaha kita sendiri..ya Allah ampunilah kami...

 Terlalu banyak yang masih belum kulaksanakan ..mohon dipinjamkan  nyawa agar dapat berbakti kepada suami, ayah bonda..mendidik dan melahirkan anak anak syurga..berbakti melahirkan insan insan  berguna demi agama ku Islam..

Ku mohon padamu agar dikurniakan kesihatan yang baik selagi nyawaku dikandung badan agar dapat aku memenuhkan waktu singkat yang dipinjamkan ini untuk  mencari redhaMu..mendidik umat nabi Muhammad selagi ku terdaya

Berikan daku kekuatan untuk menghadapi dugaan dan cabaran yang bakal ku tempuh.Permudahkanlah segala urusanku..

Sesungguhnya kita adalah siapa kita dipenghujung hayat..bukan siapa kita diawal usia..Hanya aku mampu mendoakan agar pengakhir usiaku adalah penghujung yang baik..Semoga daku dipertemukan dan dikumpulkan bersama ahli keluargaku dan keturunanku di syurga FIRDAUS...Amin...


anak shaklee

Anak soleh penyambung pahala

guru penyayang

Guru , menjadi darah dagingku


 AKU SUKA BAHAGIA,CERIA,GEMBIRA DAN MENGEMBIRAKAN,TETAPI AKU BUKAN GEDIK....sekian...





Thursday 19 February 2015

06:03

SIJIL HALAL SHAKLEE

Ramai yang dah tah bahawa shaklee adalah produk makanan tambahan.Tetapi masih ada yang tidak tahu bahawa produk keluaran shaklee yang diimpor ke Malaysia adalah halal.Berikut adalah sijil halal bagi tahun 2015
02:00

CARA MERAWAT TUMIT KAKI PECAH

Semenjak beberapa minggu yang lepas ,baru perasan yang tumit kaki saya mulai  pecah.Mujurlah rehakan tu terjadi di kawsan tumit sahaja bukan di sekeliling kaki.Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semua tidak terlepas. 

Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit saya  terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.Masalah ini semakin bertambah apabila  di musim kemarau

tumit merekah

Pada mulanya, kulit kelihatan berkilat dan bersisik. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, bahagian ini mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah proses yang menyebabkan berlakunya tumit pecah.

Rekahan di bahagian ini mencerminkan diri kita  yang tidak peka menjaga kecantikan dan kebersihan diri.Alamak ai. Penampilan turut terjejas terutama bagi saya yang gemar menggayakan sandal.

Tetapi kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan kaki. Jom ikuti tip penjagaan tumit.

Faktor penyebab
  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.

PETUA TRADISIONAL
  • Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
  • Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
  • Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
  • Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
  • Gosok tumit pecah dengan bawang merah.
  • Gosokkan dengan limau sambal sebelum mandi


Solusi
  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Krim Herbal Blend ,ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.


krim tumit merekah

Wednesday 18 February 2015

NIAT AJER BOLEH SUCCESS KE?

Korang perasan tak , kalau korang terlupa nak sarapan pagi( pernah lupe ke?) , terlupa nak makan tengahari ,mesti perut kita berkeroncong kan...kepala mula rasa pening ..Tapi kenapa yek kalau kita berpuasa semua benda tu tak pula terasa kan? Apa yang membezakan semua tu?

Tu la bila dok fikir balik, kalau korang perasan, puasa kita kena berniat. Secara tak langsung kita akan menyediakan mental kita untuk sentisa menahan diri dari lapar dan dahaga.So tubuh badan juga telah bersedia dari sudut jasmaninya untuk berhadapan dengan proses berpuasa.

Begitulah ajaibnya niat ni.Setiap segala yang kita lakukan adalah bermula dengan niat.Maknanya setiap amalan kita perlu ada niat dan pastinya niat itu hanya kerana Allah. Jika tidak maka pekerjaan kita itu hanya menjadi sia sia.Kejar dunia, dunia akan lari, kejar akhirat dunia akan mengejar kita..

Apakah kelebihan niat?


  • Niat memberikan kita halatuju.Setiap hari bila bangun tidur ,kita akan melakukan perkara rutin, mandi, solat, makan, pergi kerja .Pernahkah kita memasang niat agar hari yang akan di lalui itu merupakan hari yang terbaik..nak buat yang terbaik..dah ada dan tahu apa yang nak dilakukan pada hari tersebut.Biasanya orang yang telah pasang niat , akan mempunyai halatuju yang jelas, jika tidak semua yang kita buat pada hari tersebut adalah sia sia.Orang yang sentiasa nampak halatujunya lebih berjaya berbanding dengan yang semborono ajer..hentam ajalah orang kata..

  • Niat menjadikan suatu pekerjaan itu ibadah.mari kita mengingatkan sesama kita , bagaimana nak menjadikan pekerjaan kita itu satu ibadah.Tidak lain tdak bukan dengan berniat hanya kerana Allah.Suatu pekerjaan yang dilakukan itu berkat , biarpun sedikit tetapi mencukupi.Yang payah menjadi mudah, yang jauh menjadi dekat

  • Niat menguatkan azam dan motivasi.Apabila kita mulakan  hari dengan niat,maka pasangkan sekali dengan azam untuk kita buat yang terbaik..usahlah buat sesuatu dengan hanya melepaskan batuk ditangga.Dengan adanya niat untuk melakukan yang lebih baik , maka usaha, fokus ,tenaga dapat ditingkatkan.Selagi kita masih bernyawa pastinya kita akan diuji, tercabar dengan masalah hidup.Hadapinya dengan kekuatan ,kesabaran dan ketabahan.Dalam masa yang sama usah sama sekali melepaskan pergantungan dan tawakkal kepada Allah.

  • Niat membuatkan kita bersedia dengan pelbagai kemungkinan.Hidup ini ibarat roda.Sekejap kita di atas sekejap kita di bawah. Lain yang kita minta ,lain yang kita dapat. Lain yang dibuat ,lain yang jadi.Musibah datang tanpa mengira masa.Jika kita sudah pasang niat untuk jadi yang terbaik pastinya kita bersedia dengan pelbagai kemungkinan.Orang yang berjaya tidak hanya bergantung kepada satu jalan penyelesaian.Cara kerja mereka sentiasa flexibel.Malah orang yang memasang niat untuk berjaya tidak pernah ragu ragu dan tidak pernah berputus asa dan tidak akan merasa terbeban.
Jom kita pasang niat kalau mahu berjaya...SPM bakal diumumkan pada 3.3.2015..bersama kita raikan kejayaan mereka yang telah lama memasag niat untuk meraih kejayaan cemerlang semenjak mula menjejakkan kaki ke sekolah..Cikgu doakan agar segala penat lelah dan  usaha korang berbalas dengan kejayaan nanti...Amin
niat

Tuesday 17 February 2015

14:16

SURAT KEPADA ALLAH

Semenjak naik sekolah, dari bulan Januari sampailah sekarang, hari hari sibuk.Tapi sibuk lagi minggu ni.Dari hari isnin mesyuarat rumah sukan, kemudian rabu acara merentas desa, jumaat tuition fizik, sabtu pagi mesyuarat agung PIBG  sehingga jam 1.30 petang.Kemudian 3 petang tuition matematik pulak.Fuh..tak sempat nak rehat..tapi syukurlah, semunya aktiviti berjalan lancar dan aku puas hati dengan apa yang dah aku buat.
So hari ahad pula punya cerita, kami berempat, pada mulanya berlima tapi sorang dah ada problem last minute, so pergi 4 orang jer..naik bas panjang putih aku..hehe..aku paggil bas sekolah..dalam tu ada 4 orang penumpang,tapi antara 4 orang tu yang paling comey tu la drivernya..hehe..Petang sabtu 14 hb tu my hubby beria ia nak suruh pergi check kereta sebab dia tahu isterinya akan ke Bangi..so servis la kejap keta tu,..pukul 10 malam baru pergi ambik...terharu betul dengan suami aku ni..dia sangat supportive..walaupun dia tak cakap tapi aku tahu dia setuju dengan apa yang aku buat sekarang..

Kali ni aku dengan 3 orang anak aku, kak Suzana, Kak Zira dan Lin ke Bangi,Faizland untuk kali ke dua..Awal Januari kami dah pergi ke kelas anjuran 4 leader hebat Fantastic 4 ni.Ternyata kali ini kehadiran kami sangat berbaloi baloi.drive dari Melaka ke Bangi pun sanggup.Walaupun penyampainya orang yang sama tapi, isi yang kami dapat sudah tentunya berbeza dari yang sebelum ni.So hari ni kami buat ulangkaji matapelajaran Biologi , yang dah lama tinggal ..Pasal system dalam badan manusia..buat shaklee ni, bukan belajar nak untung ajer tau..macam macam ilmu dapat..bertuah rasanya ..

Sesi yang lain dari yang lain..hmm pada sessi ni, hujan turun mencurah curah dari setiap kelopak mata peserta..huhu..ko Mama Nurul, memang pandai bermain kata kata..now I know who is my BIG WHY..selama ni agak blurr juga la why I' m here...dan sebelum balik, hujan turun semakin lebat..hujan dari hidung sekali...hwaaa.....ini lagi menyentuh hati dan perasaan..Utuskan surat ini khas kepada Allah..luahkan segala apa hajat yang terpendam di dalam hati , mintalah apa yang kamu nak,..mohon maaf diatas segala kesalahan...Ingatlah..serahkan jiwa hati dan perasaanmu kepadaNya..Meminta minta pada manusia ,lama kelamaan manusia akan lari dari kita....tapi meminta minta dan merayu merintih padaNya , pastinya Allah semakin hampir dengan kita...Alhamdulillah

Kelas kali ni ada sorang member yang datang jauh dari nun Sabah..sanggup datang dari jauh semata mata nak menuntut ilmu..Kuat betul semangat dia..Dalam hidup ni kalau kita ada motivasi tinggi dan semangat sentiasa nak belajar, Allah pasti akan tolong kita.Cabaran , dugaan, kekecewaan, ditiu, dihina,dipulau,dikutuk... itu pasti akan kita alami, tinggal lagi sejauh mana kita nak terus menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali dia berusaha mengubah nasibnya sendiri..Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China..walau setinggi mana pun ilmu yang kita ada, tetapi kita tak mungkin daat mengatasi ilmu Allah..Jadilah seperti resmi padi..semakin berisi semakin tunduk....insyaAllah...

Terima kasih group FANTASTIC 4..mami Mia, mama Nurul, Mama ainul, dan Zainora...mereka berempat ni sangat komited dalam kerjaya mereka sekarang dan saya doakan semoga suatu hari nnati mereka semua berada dipuncak kejayaan...

Wednesday 11 February 2015

ACARA MERENTAS BANDAR 2015

Exited hari ni..semua warga SGB pakai baju warna rumah sukan masing masing...warna Merah...warna kuning..warna biru..warna hijau...pendekar gagah ..Perkasa Hebat..Perwira wira ..satria juara.Acara bermula dengan disempurnakan oleh tuan pengetua,Pn Hjh Khalijah Abd Rahman.
Merentas desa

  Sempat possing sebelum acara bermula...Bersemangat semuanya

Semangat kesukanan yang semua pelajar SGB tonjolkan hari memang sangat hebat dibamdingkan dengan tahun tahun sebelum ni..dengan baju tema rumah masing masing...semangat bersaing semakin memuncak...siapakah juara???? 
 Satria,Perkasa,Perwira,Pendekar



Hairuljaki

                Setiausaha sukan Cikgu Hairul Jaki

Bagus betul En Hairuljaki kiter ni..setiausaha sukan...sapa yang tak pakai t shirt rumah sukan masing masing ..mata rumah akan  ditolak...dan setiap peserta yang menamatkan larian tetap akan menyumbang mata kepada rumah sukan masing masing..i likeeee....so guru guru rumah sukan akan pastikan semua pelajarnya memakai t shirt lengkap ..kalau tak  rugi loooo..tolak markah...mana boleh..i nak menang...
Merentas desa

                 Tahniah Anak anak Satria...Juara

Adat pertandingan kan..ada yang menang dan ada yang kalah...sapa menang ye.?  kali ni rumah sukan Satria la juara..hehe..tahniah kepada semua ahli ahli rumah satria yang bersungguh sunggub menghabiskan larian walaupun pancit...love u lah anak anak satria..
      Posing dulu sblm peserta sampai ke penamat

semoga kejayaan ini akan kekal sehingga kejohanan sukan lah yer...steady satria...kepada rumah rumah yang lain...kita bertanding tak semestinya menang sentiasa...semangat juang mesti diteruskan...badan sihat..minda cerdas...jom kita bersukan ...jumpa lagi di acara2 lain...perbarisan..hiasan khemah..dan paling top dan penuh kontroversi...pasukan sorakkkkk....
   
Merentas desa

                      6 Mak dara pingitan...

Gemuruh jiwa...semangat membara..dari puncak ingin ke angkasa..Rumah satria bakal juara..
Ada sorang budak tu namanya firdaus...daripada malam dah siap bancuh air oren performance drink utk pastikan dia bertenaga...tup tup botol air tinggal...mujurlah masih dapat top 5...nmmmm...satria masih juara...cer tengok gambar kat bawah  ni..kenapa ramai baju merah jer yek?????..k bye..cau...


merentas desa

                 Tahniah semua pemenang acara



Saturday 7 February 2015

TESTIMONI SAKIT LUTUT SEAWAL 5 HARI

Hari ni saya nak cerita satu kisah tentang ibu kepada kakak ipar saya.Ibunya berusia kira kira akhir 50 an.Tinggal di kampung dan mengambil upah menjahit baju kurung .So hari hari ibunya akan menjahit Biasala kan ..menjahit mesti pakai tangan dan kaki..semenjak  dua menjak ni ibunya dah mula rasa sakit dibahagian lututttt dan susah nak siapkan kerja kerja  menjahit..Lebih mengecewakan ialah apabila nak solat , dah tak boleh solat seperti biasa, terpaksa menggunakan kerusi.Bila dah duduk susah nak berdiri dan bila berjalan lebih sikit ,dah mula kaki dan sendi lutut rasa sangat sakit dan ngilu...

Bila dah ibunya selalu mengadu sakit lutut so kakak ipar saya ni cuba bagi ibunya mencuba produk yang sering diperkatakan  dan sering menjadi bualan iaitu AJHT(advance Joint health tablet) bersama dengan OSTREMATRIX...selepas beberapa hari pengambilan AJHT dan ostematix , ibunya semakin sakit dan tak boleh bangun dan berjalan langsung.Jadi dia rasa takut dan tak nak teruskan
SAKIT LUTUT




Atas nasihat anaknya ,supaya meneruskan makan juga...so dia teruskan makan kedua-duanya sekali...nak tahu kenapa bila makan AJHT dan ostrematrix rasa sakit tu semakin bertambah.? Itu tandanya krisis penyembuhan sedang berlaku dikawasan yang sakit tersebut...jadi jika korang juga mengalami masalah yang sama...tok sah stop juga tau...teruskan makan...lepas 5 hari nanti kesan sakit tu akan mula reda dan mesti korang akan rasa selesa ...mesti la suka bila dapat berjalan seperti biasa..dapat solat seperti biasa...Kalau korang nak tahu mak kepada kakak ipar saya ni sekarang semakin sihat dan lebih banyak tempahan bajunya dapat disiapkan....

bulan lepas siap beli dua set lagi AJHT dan ostrematrix tu...Bulan Feruari ni pun ada offer lagi tau ..beli 6 free 1 AJHT dan juga OSTEMATRIX TU....kalau nak buat stok memang elok sangat la tu..jimat belanja...

Sebernarnya memang ramai yang dah merasakan kesan kedua -dua penawar sakit lutut nie...jom kita tengok yang ni pulak..

testimoni ajht

Zura Betty: Selepas bersalin seorang customer ada mengalami radang sendi, tetapi alhamdulillah selepas seminggu makan AJHT ,dah tak da radang sendi tu..

Intan Diyana: AJHT sangat membantu, jika tidak mesti sekarang saya masih beli ubat dekat farmasi dengan harga yang mahal..paling menyedihkan saya tak boleh dukung anak terlalu lama, pasti pergelangan tangan saya rasa nak tercabut...last week baru perasan ketika bawak anak pergi pasar hampir 1 jam juga dukung anak, tak rasa sakit dah...yeeey radang dah takde, hati gembira...


testimoni ajht

Kesan AJHT seawal 5 hari

CARA UBATI SAKIT SENDI DAN LUTUT




Pernah mengalami sakit sendi? Sakit sendi boleh berlaku tak kira usia tua atau muda. Jika anda  mahupun ibu ayah atau saudara mara anda yang mengalami serangan sakit sendi, usah dibiarkan ia berlarutan.Inilah masanya anda mencupa produk ADVANCE JOINT HEALTH TABLET atau lebih glamour di panggil AJHT.Ia membantu anda untuk kelegaan yang segera. KESAN AKAN DAPAT DIRASAI SEAWAL 5 HARI.Ini adalah berdasarkan ujian klinikal yang telah dijalankan oleh saintis Shaklee.
Tau tak kat luar tu banyak produk untuk kesihatan sendi dan lututtapi kenapa ramai yang ' tergila-gilakan' AJHT ni????Jom kita baca apa kelabihan AJHT ni....ada sepuluh tau..


sakit lutut



10 Kebaikan AJHT 

1. Menyokong ketidakselesaan sendi
2. Membantu kekalkan tulang rawan
3. Memelihara tisu penyambung yang sihat
4. Melancarkan pergerakan harian
5. Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
6. Anti radang semulajadi 
7. Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
8. Memberi kekuatan kepada struktur sendi
9. Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan , juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen)

 SANGAT-SANGAT BERKESAN ..KESAN POSITIF SELEPAS 5 HARI PENGAMBILAN

                                           manafaat ajht

Kenapa AJHT berbeza?


Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi - sendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi 
  • ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda
  • ekstrak Jagung dan
  •  nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. 
  • Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral
  •  Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

ajht


3 cara AJHT memberi manafaat untuk anda




Berapa harga AJHT ni? 

Murah sangat..harga mampu milik semuanya...kalau sanggup menanggung sakit berpanjangan mungkin anda rasa RM 124.00 itu terlalu mahal...Jika anda rasa sihat itu lebih penting dari wang, RM 124 ini apa la sangat..untuk mendapatkan harga yan glebih special dari saya..boleh hubungi nombor ini, wassup boleh, sms boleh, call pun boleh...  0108798077...su