Sunday 11 October 2015

TIPS ELAK SIKECIL MENJADI "TUAN"

Dewasa ini kita dapat lihat terlalu ramai ibu bapa yang terlalu memanjakan anak .Sepatutnya ibu bapa yang memberi arahan tetapi sebaliknya anak yang memberi arahan dan jika arahan tidak diikuti si anak akan mula memberontak.Tidak salah memanjakan anak tetapi biarlah berpada pada dan kena pada tempatnya.Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Jangan kita menyesal kelak anak menjadi anak derhaka dek kerana kesilapan kita sendiri yang terlalu memanjakan anak tidak sesuai pada tempatnya.

ANAK DEGIL

Bagaimana nak elakkan anak anak menjadi "tuan" kepada ibu bapa?Pada pendapat saya , ibu bapa haruslah bertegas tetapi masih menerapkan nilai kasih sayang.Ada sesetengah perkara perlu kita katakan "tidak" kepada mereka agar mereka membesar menjadi anak yang mendengar kata .Tips berikut mungkin boleh membantu ibu bapa bertegas dengan si kecil.

TIPS MENAJADI IBU BAPA TEGAS TETAPI PENYAYANG

1.Beri arahan yang jelas kepada sikecil agar mereka memahami arahan kita seperti mengemas mainan selepas bermain.Jika perlu tunjukkan contoh kepada sikecil kerana ibu bapa adalah contoh terbaik buat mereka

2.Mulakan sifat tegas tetapi penyayang sejak anak kecil lagi.Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Ibu bapa mungkin perlu menerapkan perturan peraturan mudah kepada sikecil contohnya selepas makan, pinggan dibawa ke sinki , membaca doa ketika mula hendak makan dan sebagainya.Anak anak harus dididik dengan cara yang betul supaya mereka membesar dengan baik.

3.Tidak perlu mendesak atau marah marah  jika mereka tidak terus melakukan kerja yang disuruh .Berikan masa atau tetapkan waktu.Namun kita perlu bertegas untuk melakukan hal tersebut.


4.Periksa samada arahan yang diberikan telah dilaksanakan ataupun tidak.Ini bagi memastikan mereka melaksanakan tugasan dengan baik.Dengan cara ini mereka tahu bahawa kita serius dan tegas dalam arahan yag diberi.Sedikit sebanyak mereka mula menghormati arahan yang kita beri.

5.Jangan berikan ganjaran sekiranya tugas tidak dijalankan dengan sempurna.Ini bagi memastikan mereka sedar bahawa kita tegas dengan apa yang darahkan.Sekiranya mereka telah berjaya melakukan tugasan yang diberi, berikan ganjaran seperti bermain di taman, menonton tv bermain game dan sebagainya.

6.Memberi pujian kepada sikecil setelah mereka berjaya menyelesaikan tugasan yang diberi.Sikecil memerlukan cara yang adil dengan elemen kasih sayang yang jitu.Ia akan rasa selamat dan disayangi.

7.Jangan birakan tangisan mereka membuatkan kita cair danberi apa sahaja yang diminta.Masa inilah kita perlu sangat bertegas.Terangkan kepada mereka akibat tidak melakukan apa yang disuruh atau membuat perkara yang salah .Diharapkan dengan cara ini dapat membuatkan mereka akur dengan apa sahaja yang disuruh  pada masa akan datang



No comments:

Post a Comment