Wednesday, 31 May 2017

19:54

7 TIPS BERJIMAT KE PASAR RAMADHAN

Menarik sangat makanan kat bazar ramadan. Kalau di Masjid Tanah, Bazar Ramadhan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Macam macam makanan ada. Memang rambang mata . Kalau tengah lapar lagi la rasa membuak buak je nak beli. Nampak je nak. Lagi pulak kalau bawa anak. Macam-macam dia tunjuk minta beli. Padahalnya masa berbuka , mana la perut kita ni nak boleh makan semua kan. Kang jadi macam ular sawa kekenyangan. Nak pergi solat terawikh pun dah jadi malas. Sebab perut dah terlampau kenyang.

Hari ni jom kita cuba amalan ni sebelum kita pergi bazar ramadan. InsyaAllah memang berkesan.



7 TIPS KE BAZAR RAMADAN
---------------------------

Berikut adalah tips untuk elak terbeli makanan atau minuman yang tidak sepatutnya.
.
1. Rancang apa yang mahu dibeli dari awal.
 Tulis apa nak beli. Selalunya kita dah tahu dah kat mana kedai yang sedap mana yang biasa-biasa   saja. So kita target nak pergi kat situ jer.
.
2. Sediakan wang secukupnya sahaja.
Agak-gak la berapa ringgit makanan yang kita rancang tu. Jangan bawa banyak-banyak nanti selagi ada duit selagi tu nak beli semua.
.
3. Beli apa yang dirancang. Yang tiada dalam senarai hanya sesuai dipandang sahaja.
Dah rancang nak beli apa, jangan la dok beli apa yang diluar perancangan. Pejam mata jer jangan pandang. Kalau berkenan juga , simpan untuk esok pulak. nanti masuk list makanan tu dalam menu selepas ni.
.
4. Utamakan yang semulajadi. Bukan makanan yang diproses.
Ini memang betul. Elakkan dari beli makanan diproses  macam burger, nugget dan yang seangkatan degannya. Beli yang segar macam kerabu ke, jus buah ke. Lauk lauk yang kurang minyak dan lemak pun bagus dielakkan
.
5. Elakkan makanan 'deep fried'.
Ketika perut kosong keradangan disebabkan oleh makanan deep fried melampau bahayanya. Ini kalau anak tengok memang suka la. Expecilly kentang goreng. Memang bawa lari jauh jauh dari pandangan depa.
.
6. Jauhi makanan atau minuman yang diletakkan pewarna.
Ia akan jadi bom jangka mengundang bahaya pada tubuh dan otak.
Kalau kat rumah , saya suka beli buah dan blend sendiri. Buah tembikai , jus oren. Lebih baik dari air manis-manis yang macam-macam warna tu.

7. Jauhkan diri dari makanan manis yang bukan manis semulajadi.
Manis yang ditambah. Manis datang dari racun putih iaitu gula. Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman.

Semoga perkongsian ni bermanafaat untuk yang membaca. Kita utamakan kesihatan berbanding utamakan  selera tekak.

Mencegah lebih baik dari merawat.



Nak tahu cara kuat bertenaga di bulan puasa? KLIK SINI

Thursday, 18 May 2017

MAKAN BURGER TINGKATKAN RISIKO DIABETES?

 Sekali kita makan makanan segera seperti burger saiz besar, piza dan kentang goreng sebenarnya sudah cukup untuk meningkatkan kandungan lemak tepu dalam hati dan menyebabkan resistensi insulin. Ia menyebabkan tanda tanda awal diabetes. Kalau nak makan juga pilih sai saiz hidangan yang kecil dan tanpa kentang goreng. kalu lapar juga elok la cari makanan tinggi serat seperti buah atau salad.

kesan makanan segera


Ada satu info yang akak pernah dengar di radio IKIM, kalau nak goreng kentang jangan gunakan sushu terlampau tinggi sebab kentang goreng yang dimasak pada suhu yang sangat tinggi  akan mengeluarkan lebih banyak toksin dari kentang tersebut. Dan kalau nak goreng kentang make sure kentang tu dah di nyah beku sebelum goreng. Kalau goreng dengan kentang yang masih keras berais juga berisiko toksin yang tinggi. Semuanya tu punca kepada penyakit-penyakit kronik macam kanser.

Nak tahu cara elak kaki dipotong kesan diabetes? KLIK SINI

Wednesday, 17 May 2017

DIARI HIDUP SEORANG GURU TUA

Hari ini seluruh warga guru meraikan sambutan hari guru. 16 Mei tarikh keramat dan istimewa untuk guru-guru .Tapi kali ni
Nak kerja apa lepas habis belajar?

Jadi cikgu? Oh tidak!..tak minat langsung..
.
Tapi lepas je berkahwin dengan
Noor Azally Mohamad tetiba dia minta jadi cikgu. Akhirnya terpaksa ku ikut
.
Bermula dari Maktab perguruan Perempuan Melayu Melaka, segalanya bermula. Selesai KPLD aku terus dihantar ke Sekolah menengah Kebangsaan Rahmat ( 3.1.1998)
orang pertama aku jumpa Halimaton Kamarudin . Teman inspirasi, teman mendengar masalah, teman masak bagi aku makan... Masuk je sekolah tu aku diberi tugas mengajar fizik. Alamak..subjek yang paling aku benci masa kat sekolah dulu. Kenapa la aku kena ajar ni.
Ambil alih kelas dari guru yang berpindah. Kena ajar math tingkatan 4..math tingkatan 5 fizik tingkatan 4 fizik tingkatan 5, sains tingkatan 2. Ya Allah rasanya nak pecah kepala.aku fikir nak mengajor. Biasa menangis sebab kena ajor fizik..haha..

Atas keprihatinan cik Hjh Norsipah akhirnya tugas dikurangkan , ajar fizik form 4, form 5 sains form 1, form 2. Tapi fizik tetap tak boleh bagi irang lain..haha..
Tapi time mengajar fizik memang paling win. Mana aku pergi buku fizik sentiasa jadi teman. Balik kampung bawa buku fizik study dalam kereta. Sepanjang nak mengajar setiap bab aku siapkan nota ringkas guna OHP( sekarang dah cangggih pakai LCD)..dan masih ada sampai sekarang..aku terkenal dikalangan pelajar2 kelas aliran sains..sebut je nama cikgu suhaila..oooo..macam "rimau" mujurla aku ni tak makan orang..haha

Banyak pengalaman manis dan pahit kat sekolah rahmat. Tempat dimana kerjaya aku bermula. Tempat aku mula jatuh cinta..oppss..jatuh cinta dengan fizik..hihi..dulu menci tapi sekarang dah sayang sangat.bermula episod jadi guru disiplin. Eh..ketot aku pun orang soh jadi guru disiplin...dah la tu , lama pulak jadi guru disiplin kat sana.
.
Selepas 12 tahun mengajar kat Rahmat , nak beralih arah. Minta pindah. Tak diluluskan. Next ..minta lagi..lulus..yeiii..dapat sekolah dekat dengan rumah. Laluan harian aku depan sekolah ni. Tak sangka kena ajar sini plak..
.
1 Disember 2010 mula mendaftar disekolah Menengah Ghafar Baba. Orang pertama ku jumpa disana.
Suzaini Samsuddin. Guru PJK
Masuk SGB ..tetap dan berpencen mengajar fizik. Satu lagi kejutan budaya..dari sekolah biasa biasa..masuk sekolah Kluster. So perangai mengajar sekolah lama masih terbawa2.
Garang? Tegas? Itu sudah semestinya..masih disuruh pegang jawatan Guru pengawas..guru.disiplin sampai menjejakkan kaki keluar dari sekolah tu.
Dunia guru penuh cabaran. Kau dibenci dikutuk oleh anak.murid, kau dimarahi ibu bapa, kau diugut pelajar..kes polis? Namun masih ada yang sayang...
Semua itu asam garam . Bila dikenang kenang semuanya sudah menjadi sejarah.
.
Semuanya adalah kenangan manis yang tidak pernah luput dari ingatan. Dulu aku tak nak jadi cikgu tapi sekarang jiwa guru dah sebati dalam jiwa aku.
.
Bahagia melihat kejayaan anak anak didik . Syukur alhamdulillah. Hari demi hari usia makin bertambah. Suatu hari nanti pastinya aku bakal bergelar jenazah. Seandainya ada sebaris ayat dari aku yang masih anak anak.muridku amalkan..semoga ia menjadi bekalan untuk aku disana nanti.

hari guru 2016
Kenangan Dihari Guru 2016 bersama cikgu Khadijah Risip

.
5 September 2016 aku tinggalkan dunia sekolah. Rezeki aku dijemput untuk menyambung pengajian. Di sini..UKM menjadi rumah kedua aku. Bersama teman teman guru yang senasib dengan aku. Dunia berbeza dan penuh kisah suka duka. 1 tahun bakal selesai menanti 1 tahin berbaki.
Hari ni kami semua tak sambut hari guru. Walaupun sedih tapi apakan daya. Sedar diri sikit ko bukan cikgu tapi student..hihi..
.
2 tahun sekolah ditinggalkan , selepas ni dimana hala tuju aku? Hanya Allah yang tahu.
SELAMAT HARI GURU kepada semua teman2 guruku sekelian. Semoga semua guru guru dalam dunia ini sentiasa dibawah payungan Allah. Diberkati usia mereka dan dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat..
Hari ni genaplah 19 tahun 4 bulan aku bergelar guru


ruangan guru mingguan wanita


Diberi peluang memenuhi ruangan Guru dalam majalah
Mingguan Wanita
30 Dis - 5 jan 2017
Page 36