Menarik sangat makanan kat bazar ramadan. Kalau di Masjid Tanah, Bazar Ramadhan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Macam macam makanan ada. Memang rambang mata . Kalau tengah lapar lagi la rasa membuak buak je nak beli. Nampak je nak. Lagi pulak kalau bawa anak. Macam-macam dia tunjuk minta beli. Padahalnya masa berbuka , mana la perut kita ni nak boleh makan semua kan. Kang jadi macam ular sawa kekenyangan. Nak pergi solat terawikh pun dah jadi malas. Sebab perut dah terlampau kenyang.
Hari ni jom kita cuba amalan ni sebelum kita pergi bazar ramadan. InsyaAllah memang berkesan.
7 TIPS KE BAZAR RAMADAN
---------------------------
Berikut adalah tips untuk elak terbeli makanan atau minuman yang tidak sepatutnya.
.
1. Rancang apa yang mahu dibeli dari awal.
---------------------------
Berikut adalah tips untuk elak terbeli makanan atau minuman yang tidak sepatutnya.
.
1. Rancang apa yang mahu dibeli dari awal.
Tulis apa nak beli. Selalunya kita dah tahu dah kat mana kedai yang sedap mana yang biasa-biasa saja. So kita target nak pergi kat situ jer.
.
2. Sediakan wang secukupnya sahaja.
.
2. Sediakan wang secukupnya sahaja.
Agak-gak la berapa ringgit makanan yang kita rancang tu. Jangan bawa banyak-banyak nanti selagi ada duit selagi tu nak beli semua.
.
3. Beli apa yang dirancang. Yang tiada dalam senarai hanya sesuai dipandang sahaja.
.
3. Beli apa yang dirancang. Yang tiada dalam senarai hanya sesuai dipandang sahaja.
Dah rancang nak beli apa, jangan la dok beli apa yang diluar perancangan. Pejam mata jer jangan pandang. Kalau berkenan juga , simpan untuk esok pulak. nanti masuk list makanan tu dalam menu selepas ni.
.
4. Utamakan yang semulajadi. Bukan makanan yang diproses.
.
4. Utamakan yang semulajadi. Bukan makanan yang diproses.
Ini memang betul. Elakkan dari beli makanan diproses macam burger, nugget dan yang seangkatan degannya. Beli yang segar macam kerabu ke, jus buah ke. Lauk lauk yang kurang minyak dan lemak pun bagus dielakkan
.
5. Elakkan makanan 'deep fried'.
.
5. Elakkan makanan 'deep fried'.
Ketika perut kosong keradangan disebabkan oleh makanan deep fried melampau bahayanya. Ini kalau anak tengok memang suka la. Expecilly kentang goreng. Memang bawa lari jauh jauh dari pandangan depa.
.
6. Jauhi makanan atau minuman yang diletakkan pewarna.
.
6. Jauhi makanan atau minuman yang diletakkan pewarna.
Ia akan jadi bom jangka mengundang bahaya pada tubuh dan otak.
Kalau kat rumah , saya suka beli buah dan blend sendiri. Buah tembikai , jus oren. Lebih baik dari air manis-manis yang macam-macam warna tu.
Kalau kat rumah , saya suka beli buah dan blend sendiri. Buah tembikai , jus oren. Lebih baik dari air manis-manis yang macam-macam warna tu.
7. Jauhkan diri dari makanan manis yang bukan manis semulajadi.
Manis yang ditambah. Manis datang dari racun putih iaitu gula. Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman.
Semoga perkongsian ni bermanafaat untuk yang membaca. Kita utamakan kesihatan berbanding utamakan selera tekak.
Mencegah lebih baik dari merawat.
Nak tahu cara kuat bertenaga di bulan puasa? KLIK SINI
No comments:
Post a Comment