Thursday, 12 April 2018

4 WANITA JELAJAH JEPUN TANPA TOURIST GUIDE (PART 1)

Hai semua. Dah lama tak update blog ni. Baru hari ni rasa nak update. 

Sebenarnya kakSu baru saja balik dari trip ke Jepun dengan 3 orang lagi kawan Rya, Tia dan Bie. Tia dan Rya kawan sama sama di UKM dan Bie adik Tia. Dan tak lupa si comel Hana , anak Tia yang baru berusia 7 bulan pun ikut serta. 


travel jepun

Matlamat utama kami ke Kobe untuk ke Conference IAFOR yang bermula dari 26 hingga 28 mac 2018.  Trip kami kali ni berlima  tanpa ada sebarang tourist guide . Hanya dengan penuh keyakinan kepada pengalaman travel Rya je ni. maklumla Rya mang selalu sangat pergi travel sana sini dan pernah travel sorang sorang. So kami memang bergantung harap pada dia saja. Kalau Rya sesat maka kami pun akan sesat sama.

Ini kisah hari pertama kami disana. Mula-mula sampai pun dah trill. Trill nak panjat tangan setinggi ni.

Day 1 at Kyoto..
Kenangan kami di Jepun 2 minggu lepas. Lepas turun je dari flight maka mulalah perjalanan kami berlima. Bayangkan sorang ada 3 beg. Beg baju beg laptop dan beg makanan. Kalau total semua memang lebih dari 100kg. Sorang angkat baby dah memang tak boleh nak angkat yang lain..

travel jepun

Ko rasa tinggi ke rendah? Kalau jatuh tergolek ni mau masuk hospital..hehe

Dari airport nak ke train. Dr stesen train ke train. Dari last train ke rest house. Yang paling kronik ialah dalam perjalanan nak ke rest house saja kami kena tempuh tangga. Bukan tangga biasa biasa. Memang tak pilihan lain, terpaksa rempuh.



Cuba tengok tangga kat gambar ni. Bayangkan ada 4 tangga macamni kami kena hadap. Nak angkat semua barang turun naik tangga ni. Aduh.. rasa nak tercabut nyawa.

Kaksu ni bukan muda tau dah 43 tahun. Terpaksa hadap juga gilir gilir naik tangga bawa beg kami. wauu.. patutla orang Jepun kurus belaka.

travel jepun

KakSu bersyukur sangat. Sepanjang kami disana berjalan kaki setiap hari. Sehari lebih dari 10 km kut. Tapi sampai tamat journey kami di sana kakSu langsung tak rasa sakit lutut dan tak ada langsung sengal sengal. Tumit pun tak sakit dan badan letih tu biasa la.

travel jepun

Memang berkesan apa yang kakSu amalkan selama ni. Tak da masalah sendi tak da masalah kejang dan kebas kebas. Malah bila sampai Malaysia pun kesan berjalan banyak memang tak terasa. Wajib lepas ni teruskan makan kolegen, vitamin c, vivix nie.. memang sangat sangat berkesan untuk jangka masa panjang..
travel jepun

Layan la gambar gambar kami kali pertama jejak Jepun. Exited sangat kan. Sebab rasa macam mimpi je sebelum sampai sini.

travel jepun

Ni baru sampai. Sepaturnya naik eskelator ni kena berdiri sebelah kanan saja tau. Sebelah kiri untuk laluan orang yang nak jalan laju. Mula-mula memang tak tahu tapi lepas tu baru faham budaya orang. Kena ikut. 


travel jepun

Aiport Kyoto

travel jepun

Tia dan Hana

travel jepun

kakSu dan Hana

travel jepun

Rya our "tourist guide" hehe

 Bersambung ....

No comments:

Post a Comment