Showing posts with label PARENTING. Show all posts
Showing posts with label PARENTING. Show all posts

Monday, 29 August 2016

BAHAYA ANAK SERING KENCING MALAM

Alkisahnya saya terdorong nak kongsi kisah masalah mak mak hadapi bila anak kencing malam.Terbaca pula satu artikel tentang anak kencing malam ni.Ooo.selama ni ingatkan anak kencing malam ni sebab kita tak latih dia untuk bangun kencing malam,rupanya ada banyak faktor yang mempengaruhi anak kencing malam.Maklumla saya tak da pengalaman anak kencing malam.


kencing malam

Biasanya kencing malam ni terjadi pada kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan keatas dimana mereka tak dapat kawal kencing semasa tidur.Mungkin mereka mimpi ke tandas dan kencing tapi bila tersedar, rupanya semua dah basah.
Kalau anak-anak anda kencing malam,cuba tengok , mereka tergolong dalam kategori mana, samada primary nocturnal enuresis( tiap-tiap malam kencing malam) atau kategori secondary nocturnal enuresis( kadang-kadang kencing malam dalam tempoh 6 bulan) 
Jika anak anda mengalami kencing malam yang primary, cuba selidik semula pada nenek atau atuk adakah dulu pun mak atau ayahnya juga sering kencing malam?kalau betul itu tandanya ia faktor genetik.Risiko untuk kencing malam setiap hari akan berlaku.Kebiasaannya masalah kencing malam ni akan pulih mengikut masa atau faktor usia dimana mereka sudah pandai mengawal kencing .


kencing malam

6 faktor-faktor lain yang mungkin menyebabkan anak anda sering kencing malam.

1.Mempunyai masalah sembelit.Najis yang keras akan menekan pada pundi kencig kanak-kanak
2.Jangkitan kencing kotor.Periksa anak anda, adakah waktu siang juga mereka tidak dapat kawal kencing?
3.Kerap minum minuman berkafein seperti kopi, kola, coklat dan teh kerana ia meransang penghasilan air kencing yang banyak.
4.Mempunyai masalah tidur berdengkur atau nafas berhenti semasa tidur yang disebabkan oleh halangan pada salur udara atas.

5.Anak anda mempunyai masalah kongenita seperti sindrom down,spina bifida( kecatatan tulang belakang semenjak lahir),mempunyai kelewatan secara global atau ADHD (anak hiperkaktif).Kebanyakan anak-anak istimewa ini akan menghadapi masalah kencing mereka.

6.Mungkin anak anda ada simptom penyakit kencing manis iaitu diabetes type 1.Adakah mereka sering dahaga ,kerap kencing siang dan malam seta kehilangan berat badan.

Sebagai langkah keselamatan,eloklah ibu ibu membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengelakkan masalah kencing malam ini mungkin berpunca dari masalah kesihatan .Jika dibiarkan ia akan mengundang bahaya.


Saturday, 9 April 2016

4 TIPS MUDAH KEJUTKAN ANAK KECIL BANGUN AWAL PAGI

Ini kisah anak saya yang berusia 4 tahun.Setiap hari Faheimy akan dihantar ke taska seawal 6.45 pagi.Biasanya masalah susah nak bangun pagi bila habis cuti  hujung minggu atau selepas habis cuti sekolah yang panjang.Maka bermulalah satu episod dramatik diwaktu pagi.Faheimy  yang dah  lama seronok bercuti, tiba-tiba rutin harian akan berubah kerana perlu bangun awal untuk ke sekolah.Disinilah berbagai teknik dan cara yang diperlukan untuk mengejutkan beliau dari tidur.Jadi pada saat itu, kesabaran saya pun diuji.

Susah bangun pagi
Faheimy yang suka main air..


Di sini saya kongsikan tips mengejutkan anak-anak untuk bangun tidur dengan mudah dan gembira  seperti yang telah saya amalkan dan juga hasil dari pembacaan.

Susah bangun pagi

1.PASTIKAN ANAK TIDUR MALAM LEBIH AWAL
  • Sesetengah pertarungan untuk bangun awal pagi adalah berpunca daripada tidur pada lewat malam. Hadkan penggunaan gadjet mahupun televisyen yang boleh melekakan anak-anak sehingga berjaga ke larut malam.Saya akan pastikan si kecil tidur sebelum jam 9 malam
  • Kelengkapan untuk ke sekolah esok pagi telah di sediakan seperti kerja sekolah, alatulis, pakaian sekolah, beg sekolah dan sebagainya dengan lebih awal. Bila semua sudah sedia, urusan pada waktu pagi insya Allah akan berjalan dengan lebih lancar.
2.MAKAN MALAM LEBIH AWAL
  • Seeloknya makan malam lebih awal supaya anak-anak boleh tidur lebih awal.Kebiasaannya kami sekeluarga akan makan malam sebelum pukul 8 malam.Tidak lewat dari itu. Makan malam yang lewat dan berat sebelum waktu tidur boleh menggangu tidur dan membuatkan anak  lebih susah untuk bangun di pagi hari.
3.TIDUR DENGAN BAHAGIA DAN GEMBIRA
  • Berikan motivasi sebelum tidur.Cetuskan keghairahan dengan cerita-cerita persekolahan yang menaikkan semangat mereka untuk seronok pergi ke sekolah. Selalunya saya akan ceritakan benda-benda yang best kat sekolah faheimy.Jumpa kawan-kawan, pergi taman mainan naik bas ramai-ramai.
  • Sebelum tidur, pesanlah untuk mereka baca doa sebelum tidur (3 Qul).Kadang-dang sempat baca doa tidur je.Lepas tu dah khayal dan hanyut tidur.
  •  Biasanya Faheimy mesti nak tidur celah ketiak ibu.Mesti kena peluk dan cium manja sebelum dia tidur. Saya akan dia tidur dalam keadaan gembira dan mencium tangan ibu ayah terlebih dahulu sebelum mereka lena dibuai mimpi.Jika waktu malam dia tidur dalam keadaan sedih atau baru lepas bergaduh dengan kakak atau abang, mesti time bangun pagi ada problem.
  • selalu bisikkan ketelinga ketika mereka dalam zon separa sedar (tidur-tidur ayam), perkara-perkara yang disukainya
  • Semasa tidur saya akan pastikan anak-anak tidur dalam suasana aman, jauh dari gangguan dan kebisingan.Tiada bunyi tv atau radio.Ada juga ibubapa yang memasang  bacaan alQuran semasa anak tidur.Boleh menenangkan anak.
Susah bangun pagi

4.KEJUTKAN DENGAN KASIH-SAYANG
  • Beri salam dan panggil anak dengan nada yang lembut pada anak yang sedang tidur. 
  • Sentuh hujung ibu jari kaki mereka dan goyangkan perlahan-perlahan. Jangan direntap ibu jari kaki mereka, kelak mereka menyimpan dendam.
  • Elakkan mengetuk pintu bilik mereka dengan keterlaluan sehingga menyebabkan anak bangun dalam keadaan terkejut dan ketakutan.
  • Kejut anak secara berperingkat. Jangan memaksa mereka. Jangan terus disimbah air ke atas mereka.
  • Sebaik saja anak bangun, terus berikan anak  ganjaran ciuman dan pelukan supaya timbul rasa gembira pada untuk bangun tidur. Usap kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar si manja terus mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
  •  Hargailah setiap perkembangan mereka, teruskan mendorong dan berdoa.Berikan ganjaran dan ciuman manja untuk mengembirakan hati anak kecil
5 LARANGAN SEMASA MENGEJUTKAN ANAK TIDUR

Dari sudut segi psikologi, jika seorang anak itu dikejut dengan herdikan atau pukulan, maka minda separa sedar akan diaktifkan sedikit demi sedikit untuk membenci dan berdendam dengan orang yang membangunkan itu. Seandainya rutin setiap dinihari kita mengejutkan anak-anak dengan cara yang kurang beradab, maka sebenarnya kita telah menyalakan api kebencian yang bahaya dalam minda separa sedar anak itu.
  1. DILARANG menggunakan kata-kata kesat atau makian.
  2. DILARANG menepuk dengan pukulan kasar atau kuat.
  3. DILARANG menyimbah air.
  4. DILARANG membebel berterusan tanpa henti.

Semoga warna-warni di pagi hari ini menjadi episod eksklusif untuk dikenang baik untuk si manja mahupun buat ibu dan ayah. Hiburkanlah hari anda dengan sketsa pagi si comel.Pengalaman manis itu sangat indah untuk dikenang.

Friday, 8 April 2016

APAKAH KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENGHISAP PUTING KOSONG?

Assalamualaikum..hai..apa khabar ibu-ibu gojes sekelian..Hari ni  jom kita chat tentang anak-anak kita yang suka menghisap puting kosong.


Teringat lagi masa bersalin anak sulung.Dalam tempoh berpantang , anak akak memang suka menangis.Walaupun dah diberi susu, dah ditukar lampin dan rasanya dah complete dah semuanya, tapi baby tetap menangis.Bukan menangis sikit-sikit , meraung sekuat hati pulak tu.Kalau nak masuk bilik air pun kena buka pintu  perlahan-lahan, kalau dia dengar mesti terjaga...tidur tak lama.Kita nak buang air pun tak selesa risau anak terbangun dan menangis..Memang letih gila la..dalam pantang , dah la sakit sana sini.huhu



Bila ibu mertua tengok keadaan akak yang macam tu, dia mencadangkan agar baby tu diberi puting kosong.Alhamdulillah, kurang la sikit tangisan dia tu.Tapi akak akan beri puting tu lepas menyusu untuk buatkan dia khayal sehingga dia dapat tidur dengan nyenyak.Kemudian, kalau dah tidur dengan nyenak, akak akan keluarkan puting tu dari mulut dia.



Kalau nangis lagi, bagi semula puting tu...tapi penggunaan puting kosong ni akak hanya bagi sehingga usia dia 5 bulan saja.Itu pesanan ibu mertuaku..hihi..jangan bagi lama-lama nanti dia ketagih dan timbul masalah lain pulak bila susah nak berehentikan hisap puting tu.



Oklah...korang rasa hisap puting kosong ni bagus ke ?

Sudah tentulah ada kebaikan dan keburukannya kan..

hisap puting

Antara kebaikan menghisap puting kosong 


1.Ada juga pakar berpendapat, adalah lebih baik apabila bayi menghisap puting kosong daripada ibu jari mereka sendiri kerana habit menghisap ibu jari lebih susah dibuang daripada puting kosong. 

2. Puting bayi elok untuk Bayi Pramatang - Ada sesetengah hospital menyarankan bayi yang lahir pra-matang akan membesar dengan lebih baik Puting boleh mengurangkan tekanan pada bayi - Ada sesetengah pendapat puting bayi akan menenangkannya apabila berpindah kesesuatu tempat yang baru

3.Disini ada beberapa perbahasan mengenai Puting Palsu ini: SIDS
 -  Ada kajian juga menunjukkan bahawa SIDS atau Sindrom Kematian Bayi Mengejut dapat dielakkan apabila bayi diberi puting kosong ini kerana bayi yang tidur dengan puting kosong ini tidak boleh tidur terlalu lena kerana dihalang oleh refleks menghisap susu itu tadi. Ini menghalang daripada bayi berhenti bernafas seperti yang berlaku pada penghidap SIDS.

KEBURUKAN MENGHISAP PUTING KOSONG

1.Puting dan jangkitan telinga - Satu kajian yang dilakukan oleh Akademi Ketua Pergigian mencadangkan bahawa penggunaan puting membawa kepada jangkitan telinga kerana ia menyebabkan tiub auditori untuk menjadi luar biasa terbuka.

2. Puting boleh membawa kepada pendakap gigi - Walaupun sesetengah ibu bapa menggunakan puting untuk berhenti menghisap ibu jari, kajian di atas juga menunjukkan bahawa penggunaan berpanjangan puting boleh membawa kepada masalah-masalah yang sama seperti menghisap ibu jari.

3. Ketumbuhan yang tidak wajar pada sekitar mulut 
  
4. Pertumbuhan gigi yang tidak teratur    

5.  Pertumbuhan pada bentuk bumbung mulut (lelangit)

6.Puting juga menyumbang kepada kekotoran kerana ia diguna pakai semula tanpa pembersihan

hisap puting

AMBIL KIRA FAKTOR INI SEBELUM MEMBERI PUTING KOSONG KEPADA BAYI ANDA

1.Pastikan bayi telah biasa dengan penyusuan susu ibu.Kerana dibimbangi, apabila bayi kerap menghisap puting ksong, bayi tidak mahu menghisap susu ibu lagi.

2.Jika bayi menangis, jangan terus berikan puting kosng, tetapi gunakan cara lain seperti memberikan keselesaan dengan menepuk perlahan, menukar posisi bayi.Jika bayi lapar ,berikan dulu susu ibu

3.Pilih puting yang selamat atau tidak mudah pecah, kerana jika puting yang mudah pecah akan menyebabkan bayi tertelan serpihan menyebabkan bayi tercekik

4.Jika bayi tak minat untuk menghisap puting kosong, janganlah dipaksa.

5.Pastikan puting sentiasa bersih sebelum diberikan pada bayi.Lalukan dengan air bersih yang mengalir.

6.Tahu bila untuk memberhentikan amalan menghisap puting  sebaiknya sebelum gigi susu mula tumbuh. Ada yang berpendapat 6 bulan, ada 9 bulan dan ada yang setahun. Berapa pun umurnya puting kosong ini harus diberhentikan apabila gigi susu mula tumbuh.  

Anda mungkin meminati- Mengapa nak kencing malam?