Showing posts with label SMKGB. Show all posts
Showing posts with label SMKGB. Show all posts

Tuesday, 26 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015

Dah 18 tahun dah rupanya saya jadi cikgu.Sekejap benar la rasanya.. 17 tahun sambut hari guru..yang sekali tu tak dapat sambut ..sebab masa hari tu berpantang anak ke 4 Dania..dia lahir 15.5.2008..

So tahun ni sambut kat SMK Ghafar Baba untuk tahun ke 6 disini.Tema Hari Guru 2015  “Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”. Amat bertepatan sekali dengan kehendak semasa agar pembentukan akhlak pelajar harus seiring dengan ilmu yang diperolehi di sekolah. Inilah cabaran guru di abad ke-21 ini.
Tema Hari Guru 2015 tahun ini yang lebih menumpukan kepada aspek pembentukan akhlak dan sahsiah murid berteraskan ilmu dilihat bertepatan dengan kehendak dan keperluan semasa masyarakat sekarang. Sememangnya kita semua tahu apa guna lahirnya individu yang bijak tanpa ada akhlak yang berkualiti tinggi
Bagi memriahkan majlis, guru guru pun ada  tema, tema pakaian jer iaitu  warna purple..Walaupun tahun ni kurang meriah seperti tahun tahun yang lalu, tapi semua guru happy diatas sambutan yang dijalankan buat guru guru semua.

Hari guru

 Lima mak dara..posing sblm diarak oleh anak anak murid

Bermula dengan bacaan yassin, semua guru dok berposing la .Itu acara wajib ,semua  guru bergambar, bukan senang nak kumpul semua guru sekaligus.mesti ada yang tak ada..Kami diarak oleh anak anak murid ke dataran perhimpunan..rasa macam tuan puteri la pulak..hihi...

Selesai baca perutusan , sesi anugerah kepada guru-guru diatas pencapaian masing masing.Hadiah disempurnakan oleh Tuan Pengetua Pn Hjh Khalijah Abdul Rahman.Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah VLE FROG, Anugerah guru datang awal, Anugerah Keakuran RPH dan juga penyampaia sijil kepada semua guru guru yang terlibat dalam PISA yang baru sahaja berakhir pada bulan April lepas..

 Alhamdulillah..dapat juga anugerah ..yang penting sijil tu untuk penilaian prestasi guru.

Jom la layan dengan gambar gambar aktiviti  hari tu  
Hari guru 2015

Guru guru SMKGB  2015


Hari guru

    Terima kasih x students SGB yg sudi dtg   memeriahkan majlis



Sambutan hari lahir pengetua Pn Hjh Khalijah Abd Rahman..hadiah kek birthday untuknya...yummy..


 Pelajar pelajar kelas Jepun



Sambutan hari guru
 Persembahan yang julung julung kalinya diadakan..

Gambar gambar persembahan yang lain tu tak sempat nak amik..bateri fon dah kong..kui..kui...sorry yek..




Monday, 2 March 2015

KEPUTUSAN SPM 2014

Hari yang dinanti telah tiba...tarikh keramat 3.3.2015  yang ditunggu tunggu talah sampai..Debaran jantung semakin kencang....mesti ramai anak anak murid cikgu yang tak lelap tidur malam tadi kan????

Bukan anak murid jer yang tak lelap...cikgu cikgu pun sama...macam macam terbayang dalam fikiran...terbayang semula wajah wajah anak anak murid tahun lepas..terutamanya kelas 5ST  dan 5 S 3...mesti korang bosan kan dengar cikgu punya ceramah...hihi..biasala..kalau kelas korang ceramah cikgu panjang sikit...kena bagi motivasi lebih-lebih...korang marah lagi ke dengan cikgu??..harap harap tiada la yg menyimpan di dalam hati yek...cikgu ni manusia biasa...pun banyak buat kesilapan...jika ada terkurang harap dihalalkan  ...andai ada yang terguris hati...usahlah di simpan di dalam hati...cikgu mohon maaf...cikgu sayang..sebab tu menegur..
 


 Ya Allah,tunaikanlah permintaan kami

Hari ni segalanya bakal terjawab...senarai target markah korang cikgu masih simpan...siapa yang mencapai target fizik seperti yang tertulis di kertas masing masing...marilah beramai ramai menuntut  hadiah masing masing...semoga kalian semua mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya dalam hidup sebagai seorang anak soleh solehah, sebagai hamba Allah yang diberkati dan diredhai...Semoga tercapai cita cita yang diimpikan....bagi yang kurang cemerlang...ingatlah...setiap kegagalan itu bukanlah bererti kita gagal selamanya...muhasabah diri dan cuba atasi kelemahan kita yang dulu....

Kejayaan cemerlang korang adalah hasil 80%  usaha korang sendiri..20%sahaja daripada cikgu...tetapi seandainya gagal bermakna saham kegagalan itu dari cikgu sendiri juga...huhu..tiba tiba sedih plak...rindu korang semua...andai ada masa..bolehlah kita bersua lagi...bukan lagi sebagai guru dan murid tetapi sebagai teman...atau mungkin juga suatu hari nanti sebagai rakan sekerja....

Semoga Allah kurniakan kejayaan kepada korang semua tak kira dimana kornang berada...miss u ollssss...nama paling popular yg cikgu ingat lagi....Azhim..Azri fikri..Fariz..selamat mengahafal maksud surah al As..
Yus..Qamarina..Saiful..Alif ..Bong, Zakwan..Syazwan..Kretiga..Hamsavaly..Arif azizi..Ray..yang lainnya maaf cikgu dah lupa nama..tapi tetap dihati.....dah tue dah cikgu ni...

Salam sayang dari cikgu Cute ...cikgu Suhaila...


              Senyummu tinggal memori di SMKGB


Wednesday, 11 February 2015

ACARA MERENTAS BANDAR 2015

Exited hari ni..semua warga SGB pakai baju warna rumah sukan masing masing...warna Merah...warna kuning..warna biru..warna hijau...pendekar gagah ..Perkasa Hebat..Perwira wira ..satria juara.Acara bermula dengan disempurnakan oleh tuan pengetua,Pn Hjh Khalijah Abd Rahman.
Merentas desa

  Sempat possing sebelum acara bermula...Bersemangat semuanya

Semangat kesukanan yang semua pelajar SGB tonjolkan hari memang sangat hebat dibamdingkan dengan tahun tahun sebelum ni..dengan baju tema rumah masing masing...semangat bersaing semakin memuncak...siapakah juara???? 
 Satria,Perkasa,Perwira,Pendekar



Hairuljaki

                Setiausaha sukan Cikgu Hairul Jaki

Bagus betul En Hairuljaki kiter ni..setiausaha sukan...sapa yang tak pakai t shirt rumah sukan masing masing ..mata rumah akan  ditolak...dan setiap peserta yang menamatkan larian tetap akan menyumbang mata kepada rumah sukan masing masing..i likeeee....so guru guru rumah sukan akan pastikan semua pelajarnya memakai t shirt lengkap ..kalau tak  rugi loooo..tolak markah...mana boleh..i nak menang...
Merentas desa

                 Tahniah Anak anak Satria...Juara

Adat pertandingan kan..ada yang menang dan ada yang kalah...sapa menang ye.?  kali ni rumah sukan Satria la juara..hehe..tahniah kepada semua ahli ahli rumah satria yang bersungguh sunggub menghabiskan larian walaupun pancit...love u lah anak anak satria..
      Posing dulu sblm peserta sampai ke penamat

semoga kejayaan ini akan kekal sehingga kejohanan sukan lah yer...steady satria...kepada rumah rumah yang lain...kita bertanding tak semestinya menang sentiasa...semangat juang mesti diteruskan...badan sihat..minda cerdas...jom kita bersukan ...jumpa lagi di acara2 lain...perbarisan..hiasan khemah..dan paling top dan penuh kontroversi...pasukan sorakkkkk....
   
Merentas desa

                      6 Mak dara pingitan...

Gemuruh jiwa...semangat membara..dari puncak ingin ke angkasa..Rumah satria bakal juara..
Ada sorang budak tu namanya firdaus...daripada malam dah siap bancuh air oren performance drink utk pastikan dia bertenaga...tup tup botol air tinggal...mujurlah masih dapat top 5...nmmmm...satria masih juara...cer tengok gambar kat bawah  ni..kenapa ramai baju merah jer yek?????..k bye..cau...


merentas desa

                 Tahniah semua pemenang acara



Friday, 28 November 2014

KATAK MELOMPAT DI DALAM KELAS

Pagi pagi buta dah keluar seawal 6.30 pagi dah sampai sekolah..Nak ke Majestic Hotel Kuala Lumpur untuk conference Leaps of knowledge anjuran frogasia..Atas inisiatif pengetua SMKGB yang sangat meminati IT dan proaktif,  walaupun beliau seorang guru Matematik, kami mewakili sekolah untuk menyertai seminar.Kami berlapan  iaitu pengetua, Puan Khalijah,Pn Kamariah,Sir Firdaus,En.Fadhil ,En.Husaini,Pn Aziah dan Pn Ct Kamariah..Bermula daripada 9 pagi dan berakhir sehingga mungkin 6 petang sebab kami terpaksa pulang awal atas faktor masa.. 
 
vle frog
Tak sempat bergambar berlapan...

Kebanyakan yang hadir adalah daripada golongan guru dan juga instisusi pedidikan.Peserta memenuhi setiap ruang pendaftaran yang agak sesak.Program bermula seawal 9.30 pagi.
Ucapan daripada YB P Kalamanathan Deputy Minister Of Education II antaranya yang saya dapat kongsikan di sini ialah
" Everybody wants to be power, wants to be superman ,spiderman, millionnaire, but nobody wants to be a beginning of the change" 
Sangatlah betul dan tepatnya...termasuklah saya..nak jadi hebat, nak jadi guru cemerlang, nak kaya tapi hmmmmmmm.....banyak alasan...BUT ....."Only YOU can decide  who you want to be".
semua akan jadi lemah kerana hati..kalau hati kata nak..dan yakin dan pasti nak dapatkan juga mesti kita akan harung apa jua halangan dan cabaran..Peringkat permulaan segalanya memang sukar..tetapi disaat kejayaan dicapai , disitulah terdapatnya kemanisan...
flubaroo

 Slot yang paling menarik ialah semasa sesi workshop, dimana  peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan saya dalam kumpulan  GLOBAL LEARNING. Peserta di dedahkan dengan penggunaan VLE FROG oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, Sains, Bahasa Cina. Bukan sahaja VLE FROG digunakan dalam PdP malah ia digunakan juga  oleh Kaunselor sekolah Sri Puteri untuk murid membuat SCRAP BOOK. Kaunselor pun boleh guna vle frog okeyyy.....
Penggunaan GOOGLE FORM dalam kokurikulum bagi mendapatkan analisis murid mengikut jantina,persatuan uniform,kaum dan bilangan murid yang manakah paling ramai dalam sesuatu persatuan tersebut.Yang menariknya, semua analisis ini dapat dibuat dengan pantas.Guru -guru yang ingin menggunakan aplikasi ini boleh melayari alamat ini http://gg.gg/daftarkoku  . Dan bagi guru yang  ingin mendapatkan ilmu tersebut , bolehlah menghubungi mereka yang arif.Cikgu Kamariah dah ambil dah no contact mereka mereka yang hebat ni...
google apps
          Kelebihan menggunaan Google Apps Dalam pengajaran dan pembelajaran

 Cikgu Tan Mui Meng (Most Inspiring Teacher) Seorang guru dari SK Putrajaya Presint 8(1) mengajar matapelajaran Sains dan Bahasa Cina menggunakan GOOGLE APSS dalam pengajaran dan pembelajarannya.Beliau juga menggunakan aplikasi flubaroo..
Boleh layari di alamat ini... http://goo.gl/GZvfYA...Memang kena belajar ni .cikgu yang tengok pun teruja, apatah lagi kalau anak murid kita yang belajar guna aplikasi tu..Tak bayar satu sen pun..tak payah pakai kertas..boleh digunakan berulang ulang kali..Nak tau lebih lanjut, jom kita panggil diorang datang LDAP..apa? tambah kerja? think positive okey...Sapa yang nak ubah nasib anak anak didik kita kalau bukan kita????? ....Jom kita jadi guru yang menjadi sumber inspirasi untuk anak anak bangsa kita sendiri, kita maju kehadapan..usah kita berada di takuk yang sama setiap tahun..Everything is in your hand..if you believe u can...yes you can..


Vle frog
 Tan Mui Hing (MOST INSPIRING TEACHER)

Selesai satu workshop, kami tak lepaskan peluang ke pameran yang dibuat oleh pihak frogasia.Sesi penggunaan VLE FROG dalam pembelajaran sejarah disekolah ditunjukkan secara live kepada peserta.Booth penerangan cara menggunakan VLE FROG..kat sini la best..tapi tak puas la sebab masa terlalu singkat..sempat lagi adik Aizudin staff frogasia mengajar kami.Bertalu talu soalan dia kena jawab..hehe..banyaknya benda kita mesti belajar..very interesting..bertuah rasanya saya dapat pergi ke seminar ni.sekurang kurangnya dapat membuka mata saya tentang betapa kolotnya saya semasa mengajar sekarang..huhu..nak try ubah..mesti ubah..kalau tak dapat banyak pun dapat sikit pun oklah dari tak berubah langsung..sikit sikit lama lama bertambah lah expert..

Pengetua dan Hjh Kamariah, bertenaga dan sangat exited..wah..hebat..dapat percuma pendrive lagi...kalau beli harga Rm 40 tau..dapat pungut kupon berharga $100 dengan menjawab soalan soalan mudah ,ada peserta yang dapat kumpul sehingga 4 pendrive..wow..rajin dapat la...bukan susah pun nak dapat kupon $100 tu..hehe..saya pun dapat , tapi atas ikhsan kawan kawan kumpul kupon..  
Vle frog
 PERCUMA!!!!! Kecuali T shirt..beli..cantik tak?

Ada  ke yang tak tau lagi ke apa tu vle frog?

 Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.

APA ITU 1BestariNEt?
1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu.

KENAPA NAK GUNA VLE FROG?

Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya
Nasihat kepada guru guru dan untuk diri saya sendiri,rakyat Malaysia yang bakal memimpin masa depan berada di tangan  guru..Guru agen perubahan,guru yang sentiasa proaktif dan maju ke depan pasti dapat membimbing anak muridnya juga proaktif, kreatif berinovasi, daya pemikiran yang tinggi...berdaya saing..
Dengan adanya pendedahan aplikasi pembelajaran maya yang menarik ini , dapat menarik minat murid untuk explore dunia tanpa sempadan..mereka lebih dinamik, kreatif dalam menjalani hidup serta menyelesaikan masalah..
VLE FROG...
terasa sangat ceteknya ilmu saya dalam IT sedangkan banyak benda yang saya boleh gunakan untuk mendidik anak murid saya dalam kelas dengan cara pengajaran yang lebih menarik, cantik, dan of course sangat TIDAK membosankan..

Pn Hjh Khalijah sedang  manaik taraf kemudahan internet di sekolah agar VLE Frog ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh semua guru guru di sekolah dan semua murid juga dapat menggunakannya semasa PdP dan dirumah .Mudahnya murid menjawab soalan latihan daripada VLE FROG.Mereka dapat mengetahui markah yang diperolehi dan juga guru dapat menyemak samada murid telah menjawab soalan yang diberi berserta markah .Ibu bapa juga dapat mengakses ke dalam VLE FROG dan  dapat menyemak samada anak anak mereka melaksanakan tugasan yang telah diberikan kepada anak mereka..

Tahun hadapan 2015 tuan Pengetua Pn Hjh Khalijah akan melaksanakan penulisan rancangan pelajaran harian guru menggunakan VLE FROG. Tiada lagi kelas tambahan petang.Murid akan pulang paling lewat 3 petang kerana semua murid dibekalkan tugasan melalui VLE FROG..semoga usaha beliau membawa perubahan kepada sekolah kluster SMKGB akan berjaya..amin..walaupun ada yang akan merungut..itu biasa..everthing is difficult before it s easy kannnn...jika kita asyik fikir apa yang orang akan kata..sampai bila pun kita tak kemana...
                             Jom kita buang alasan..jika orang boleh buat , mengapa tidak kita???


So saya ni tengah bersemangat untuk akses VLE FROG nih, nak ubah cara pengajaran, nak tingkatkan prestasi dan minat pelajar dalam Matematik, Fizik..saya juga mengharapkan agar guru guru dapat sama sama memberi idea dan saling membantu orang seperti saya ini yang terlalu banyak kekurangan....Semoga usaha murni Pn Hjh Khalijah ini membuahkan hasil dan melahirkan lebih ramai guru yang kreatif dan inovatif serta melahirkan murid murid yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik....

"NOT everyone can be a theacher"
"Teacher save Generations"
"Teacher inspires people" 

"EDUCATION IS NOT THE FILLING OF A PAIL , BUT THE LIGHTING OF A FIRE"

Sekadar perkongsian,semoga memberi manafaat


vle frog

Before lunch.........



su|0108798077|Masjid Tanah|Alor Gajah|Sungai Udang|Semenanjung Malaysia|Sabah Sarawak|

Thursday, 30 October 2014

DOAKAN KEJAYAAN KAMI

Begitu pantas masa berlalu..diam tak diam sudah sampai ke penghujung 2014.Minggu hadapan bermula 3 november 2014 akan bermulalah "peperangan" di dalam dewan peperiksaan oleh calon calon SPM 2014.Segala ilmu yang di perolehi selama 5 tahun di sekolah menengah bakal dicoretkan di atas kertas kertas soalan peperiksaan nanti..Cukupkah persediaan ilmu untuk digunakan bagi menjawab soalan nanti?Persediaan mental dan fizikal untuk korang berjuang?

Sudah pastinya disaat saat akhir macam ni,korang akan lebih fokus untuk belajar terutamanya yang memang minat nak belajar di saat saat akhir..Yang dah buat persediaan dari awal diucapkan tahniah..yang study last minute pun tahniah...sebab korang bernasib baik kerana timbul kesedaran nak study sebelum mula exam..bukan sedar selepas exam...hehe..
SMKGB

5 ST DAN 5 S3..TRY YOUR BEST


Time beginilah baru mula nak bangun awal pagi untuk study dan buat amalan seperti solat hajat, solat tahajud, solat dhuha..
Alhamdulillah..semoga amalan ini dapat diteruskan biarpun tak menduduki peperiksaan saja..Time beginilah doa mesti panjang panjang untuk minta dipermudahkan menjawab soalan exam..dapat A fizik kimia biologi dan lain lain..
Beruntunglah kita sebab nak amik exam, kita baru nak ambil tahu cara solat2 sunat dhuha, tahajud atau solat hajat.Berbanding orang yang tidak mahu pun mahu mula .Mungkin dia merasakan diri ya terlalu hebat ataupun mungkin dia sudah berputus asa kerana sudah puas berdoa tapi doanya tidak diperkenankan...Jadikanlah waktu waktu penting ini untuk setiap amalan baik tersebut diteruskan walau bukan menduduki peperiksaan.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud
 "Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul  daripada kalangan mereka sendiri yang akan membacakan kepada mereka ayat ayat(firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan (al quran) serta kebijaksanaan dan membersihkan hati dan jiwa mereka daripada syirik dan maksiat.Sesungguhnya Engkaulah Maha kuasa lagi Maha Bijaksana"

Nabi Ibrahim dan nabi Ismail mengajar manusia,anak cucu dan keturunannya supaya sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t.Sebenarnya doa adalah senjata paling ampuh yang dimiliki Nabi dan pengikut setia perjuangan kebenaran serta umat Islam seluruhnya..

Jika doa yang kita pohon setiap hari sampai saat ini belum diperkenankan pasti ada sebab mengapa ia belum diperkenankan.Siapa kita untuk mempersoalkan mengapa ia tidak diperkenankan? Hebatkah kita ?Cukupkah amalan kita? Berapa banyakkah dosa yang kita buat tanpa kita sedari? Banyakkah pahala kita?..Hanya Allah yang maha mengetahui

Sabda Rasulullah saw

" Aku adalah Rasul doa nenek moyangku Ibrahim dan khabar gembira yang diberitakan oleh nabi Isa" (riwayat Imam Ahmad)

Doa dimakbulkan Allah swt , tetapi disempurnakan pada masa yang wajar ditentukan mengikut hikmah dan kebijaksanaaNya tetapi kita sering gopoh dan minta disegerakan perkenanNya.Orang yang belum mempunyai hubungan rapat dengan Allah swt selalu dilanda jemu dan putus asa.


Allah murka kepada kita yang tidak berdoa atau memhon sesuatu kepadaNya kerana orang yang meninggalkan doa itu dikatakan sombong serta takbur.Allah swt suka orang memohon bantuanNya.


Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.

  • Berdoalah dengan suara yang lembut
Doa adalah ditujukan kepada Allah yang Maha Mendengar. Apa sahaja doa kita akan didengari Allah. Oleh yang demikian tak perlulah kita mengeraskan suara.
  • Berdoa dengan penuh yakin
Hendaklah berdoa dengan penuh yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan. Dari Anas r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda”: “Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah: “Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.” H.R. Anas r.a.
  • Memohon Sebanyak Tiga Kali
Ulangilah doa sebanyak 3 kali. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa Abdullah Bin Mas’ud berkata: Baginda Rasulullah s.a.w. jika berdoa, baginda berdoa sebanyak tiga kali, dan jika baginda memohon baginda memohon sebanyak tiga kali. (H.R Bukhari dan Muslim)
  • Bersalawat Kepada Nabi s.a.w.:
Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  • Menghadap qiblat.
Dari Abdullah Bin Mas’ud r.a., katanya: Nabi Muhammad s.a.w. menghadap ke Ka’bah, lalu beliau berdoa mengutuk beberapa orang dari golongan Quraisy. H.R. Bukhari dan Muslim
  • Mengangkat Kedua-dua Belah Tangan Sambil Berdoa
Abdullah Bin Omar (ra) berkata: Nabi Muhammad SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdoa: Ya Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (dua kali). (Diriwayatkan oleh Al Bukhari)
Dalam hadis lain, berkata Abu Musa: Kemudian baginda Rasul s.a.w. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu beliau berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Bin ‘Amir, dan aku melihat keputihan ketiak baginda. (HR Imam Bukhari)
  • Berwudhu’ Sebelum Berdoa
Berkata Abu Musa (ra): Sebelum ‘Ubaid Abu ‘Amir meninggal dunia, dia telah berpesan kepada aku agar aku menyampaikan salamnya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan memohon doanya agar Allah mengampuni dosa-dosanya. Ketika pesanan tersebut aku sampaikan kepada baginda Rasul s.a.w. lalu baginda menyuruhku agar mengambil sebekas air untuknya. Kemudian beliau berwudhu’ dan mengangkatkan kedua-dua tangannya sambil berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Abi ‘Amir; dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Abi ‘Amir dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa): Ya Allah, jadikanlah dia pada Hari Kiamat sebagai orang yang mulia mengatasi kebanyakan makhluk-Mu. Lalu akupun berkata: Mohon ampunan jugalah untuk aku ya Rasulullah. Kemudian baginda berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa dosa Abdullah Bin Qais (Abu Musa), dan masukkanlah dia ke dalam tempat masuk yang mulia pada Hari Kiamat. (HR Imam Bukhari dan Imam Muslim)
  • Berdoa Sambil Menangis
Dari Abdullah Bin ‘Amr Bin Al ‘Ash r.a, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. membaca ucapan Nabi Isa a.s.: Ertinya: “Sekiranya Engkau seksakan mereka sesungguhnya mereka adalah hamba hamba-Mu, dan sekiranya Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana”. (Al Maidah: 11)
Lalu Rasul s.a.w. menganqkat kedua-dua tangannya dan berdoa: “Ya Allah, umatku, umatku “, (sambil baginda menangis). Selanjutnya Allah s.w.t. berfirman kepada Jibril (a.s.): Hai Jibril, pergilah engkau kepada Muhammad, dan katakan kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan meredainya dan umatnya, dan kami tidak akan menyusahkan kamu “. (HR Imam Muslim)
  • Berdoa Dengan Merendah Diri
Allah s.w.t. menceritakan tentang keadaan para Nabi ketika mereka memohon kepada-Nya, antaranya: “Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: (“Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang.” (Al Anbiyaa: 83)
“Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik”. (Al Anbiyaa: 89)
  • Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
Ada beberapa waktu berdoa yang mustajab menurut hadis dan al-Quran. Antaranya ialah ketika berpuasa, ketika sebelum berbuka, ketika hujan lebat, selepas berzikir dan sebagainya. Doa orang yang teraniaya atau dizalimi juga dimakbulkan, oleh yang demikian, janganlah kita menganiayai sesiapa sahaja.
Allah s.w.t. telah menetapkan beberapa waktu atau masa yang sangat baik jika kita berdoa didalamnya. Waktu waktu itu antara lain: Pada malam Lailatul Qadr, pada dua pertiga malam, setelah solat waktu dan pada waktu bersujud dalam sujud rakaat terakhir (doa dalam hati. tanpa mengeluarkan suara.)
Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: Do’a yang manakah yang paling didengar (diterima)? Jawab baginda: (Do’a) akhir malam dan setelah solat wajib. H.R. At-Tarmizi – Sahih
Doa Pada Sepertiga Akhir Malam Sangat Makbul

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

 “Allah (Yang Maha Suci Lagi Agung) turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. Dia berfirman: “Barangsiapa mendoa kepada-Ku, akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Kuberi dia. Siapa yang minta ampun, akan Kuampuni dia.” H.R. Bukhari.

Kepada anak anak murid cikgu dan sesiapa juga yang membaca perkongsian ini..marilah kita sama sama- sama berdoa agar semua calon calon peperiksaan SPM atau STPM dapat menjawab dengan tenang dan dipermudahkan oleh Allah dan ditunjukkan jalan penyelesaian terbaik..dan semoga anak anak murid saya di SMK Ghafar Baba dapat meraih kejayaan yang diimpikan selama ini..



GOOD LUCK DEAR 









Shaklee masjid tanah/Alor Gajah/Sg Udang/Kuala Sungai Baru/Pos satu Malaysia/su0108798077

Saturday, 18 October 2014

HIGH TEA IN PARIS

Exited betul saya hari ni nak kongsi cerita  tentang hari penuh bersejarah pengawas pengawas SMK Ghafar Baba.Jamuan yang di adakan semalam 18 Oktober 2014 3 petang kat Paris..Sebab Hi tea ni temanya Hi Tea In Paris..so rasa macam kat Paris la pulak.hehe walaupun tak pernah sampai Paris..angan angan pun ok la kan..
Hari ni  beberapa orang guru iaitu En Mustapa Mulop, cikgu pengawas baru cikgu Aziah,cikgu Khairul Akmal, cikgu pengawas sebulan lepas cikgu Khadijah dan saya di iring oleh pengawas pengawas masuk ke dewan jamuan sebagai tetamu VVIP..rasa macam pengantin la pulak..ja...4 tahun lepas saya jadi penganjur bersama dengan pengawas pengawas lain..tapi hari ini hasrat untuk menjadi tetamu semasa jamuan kali ini ditunaikan..

Masuk jer dalam dewan..terperanjat tengok hiasan dewan dan susun atur majlis yang sangat cantik dan sangat mengujakan...HI TEA IN PARIS..terpampang di  hadapan pentas yang indah..

Syukur alhamdlillah, cikgu rasa sangat gembira dan terharu melihat pencapaian pengawas tahun ini yang dapat menguruskan majlis yang sangat meriah dan teratur..grand..bersama AJK tunggak utama pengawas tingkatan 4 yang telah bertungkus lumus menjayakan masjlis ini terutamanya bagi meraikan pengawas pengawas tingkatan 5 dan 6 yang bakal pergi meninggalkan alam persekolahan tak lama lagi..Makanan enak penuh atas meja tapi perut tak rasa lapar pun nak makan sebab terlalu happy dengan pencapaian korang..setiap AJK telah menjalankan tugas dengan baik dan segalanya berjalan lancar .Majlis jamuan guru pun tak buat HOTSS macam korang...

Puteri puteri dan putera putera pengawas tingkatan 5 yang cun melecun dan tampan bergaya ...juga di arak masuk ke dalam dewan dengan penuh meriah sekali..masa pakai baju sekolah..comot jer..bila dah dressing... kalah model ..hehe..memang korang cantik dan handsome handsome belaka..boleh pilih buat calon menantu..
pengawas SMKGB
                                                                        2024  ?
Jutaan terima kasih kepada semua pengawas pengawas yang telah menjalankan tugas menguatkuasakan undang undang sekolah membantu guru bagi memastikan  semua murid sentiasa mematuhi peraturan sekolah seterusnya mewujudkan suasana sekolah yang tenang dan kondusif tanpa gangguan..Tanpa kalian semua, kami pihak guru tidak akan dapat megawal semua murid yang ramai dalam satu masa..Biarpun pelbagai dugaan dan cabaran di tempuhi, mengorbankan tenaga dan masa untuk melaksanakan tugas,kalian tetap tabah dan terus membantu pihak sekolah..syabas dan tahniah..

Semoga segala pengalaman dan ilmu kepimpinan yang diperolehi semasa berada di sekolah akan menjadi pengalaman yang sangat bermakna untuk diaplikasikan di dunia luar kelak.Pengalaman tidak dapat dibeli dengan wang ringgit..Terutamanya kepada pengawas tingkatan 5 yang telah berkhidmat dengan cemerlang semenjak tingkatan 1, expecially Rafael, Najiha Abu, Alia Hanisah..Zakwan..Adibah..Shahir,Bong...cikgu sangat terhutang budi dengan kalian..Walaupun ada kalanya pengawas sering dikutuk, di perli , di biokot ,tak cukup kat sekolah, dalam facebook, dalam twitter, motor pun dirosakkan, hati korang tetap kental untuk terus memperjuangkan kebenaran...sedihnya bila korang akan pergi tinggalkan sekolah...4 tahun bersama saya ,selalu juga kena marah, kena tegur dengan cikgu..semua tu bukan kerana benci tau... tetapi untuk sama sama meningkatkan jati diri dan keberanian menjadi pemimpin..Cikgu juga banyak   belajar dari korang semua...Biarlah semua itu menjadi lipatan kenangan yang akan disimpan rapi di jiwa masing masing...
pengawas smkgb

                                                  Superman ada..batman pun ada!!!!

Ini adalah pose istimewa saya bersama ketua pengawas 2014.. Md Rafael bin Hassan..Teringat masa mula mula mengajar matematik tingkatan 2 dulu... seorang anak murid yang suka bersaing..mesti nak cepat siapkan latihan matematik..sampai lah sekarang , seorang yang berani, tegas , kelakar dan bijak..semoga suatu hari nanti menjadi seorang pemimpin yang berwibawa..dan terus mencipta kejayaan demi Agama bangsa dan negara...sejuk perut ibu mengandung..cewah..nanti makan nasi minyak..ingat ye..jemput tau..
pengawas smkgb

Head Prefect 2014 with me

Eh lupa nak cerita..persembahan form 5..menarik..idea korang memang best best kan.lagi cikgu suka masa sambutan hari guru..Memang the best..tahun depan idea baru pulak yea..kasi gempak dan hebat..sebab korang memang hebat..persembahan tingkatan 5..mengimbau 10 tahun akan datang..apa dah jadi dengan korang yek 10 tahun nanti..itu yang digambarkan...mesti rindu kat sekolah kan..yang tak menahan , closing persembahan siap ada iklan..."Belilah Shaklee".....wah..memang la korang ni...ada jer benda yang nak di selit buat orang gelak..memang best la persembahan korang...mesti cikgu rindu saat saat bersama dengan korang semua..tak pelah..nanti cikgu teringat, cikgu buka la balik blog ni..khas buat pengawas SMKGB 2010-2014..with love..semoga kalian semua sentiasa dilindungi, dirahmati dan berjaya dalam bidang yang diceburi..Ingatlah kami guru-guru dalam doa kalian...

Tahniah pengarah...Ahmad Adli Razali, Yasmin Basaer Rond dan konco konconya...Syakirin, Amierul dengan video yang best, Hidayat, Firdaus my  son, Jayasree, Chin Su Yee (korean girl), Fatin Farhana,Nurul Farhana, Mohd Haziq ,Ammar, Audra, Almas, Thilagan, Hakim dan semua pengawas yang telah membantu menjayakan jamuan yang giler kentang best...All the best..

Syakirin and her brother Ammar..








su|shaklee Masjid Tanah|Kuala Sungai Baru|Sungai Udang|Pengkalan Balak|ALorgajah|Pos seluruh Malaysia.


Friday, 17 October 2014

Professional Learning Community (PLC)

Hari ini semua warga Sek. Men.Keb. Ghafar Baba telah hadir dalam Latihan Dalam Perkhidmatan kali yang ke 7.

Tajuk hari ini PLC.

Apa itu PLC?

PLC ialah singkatan kepada program profesional learning communitiesPLC 

merupakan koleksi 

aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi 

utama sebagai usaha menyokong dan 

memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.  PLC akan menjadi simbol usaha 

secara komprehensif 

dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah

 meningkatkan pencapaian.


PLC merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai presrasi murid yang lebih baik.
( Rosenholt,1989,Little & MCLaughlin,1993;DuFour,Eaker,& Many,2006)

Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru. Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan oleh masyarakat guru di negara-negara maju. Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching). Lesson Study sebagai satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran secara kolaboratif semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-negara maju. 

PRINSIP ASAS PLC
  • MEMASTIKAN PEMBELAJARAN MURID
  • BUDAYA KOLABOARTIF
  • FOKUS KEPADA PENCAPAIAN

STRATEGI PLC

Reflective Dialogue
  • Study groups
  • Using discussion protocols
  • Book Clubs
  • Video Critiques of teaching moments
Di Privatization of practice
  • Peer coaching
  • Lesson study
  • Learning walks
  • Teaching sharing sessions
Collective focus on student learning
  • Data analysis
  • Critical friends groups
  • Curruiculum mapping
  • Common assessments
Collaboration
  • Horizontal and vertical teams
  • New teacher induction/montoring
  • Problem solving groups
  • Interdisciplinary units and projects
Shared Norms and Values
  • Vision activity
  • guiding principles
  • value  activities
  • common rituals and strategies 
PLC

               En.Hasri sebagai penceramah hari ini

Monday, 14 July 2014

AKU INGIN BAHAGIA DAN MEMBAHAGIAKAN

First day mendaftar di SMK Ghafar Baba,orang pertama yang aku jumpa GPK 1 Pn Noridah Abdul Rahim.Masih teringat lagi antara kata-kata dia kat aku.."sekolah ni sekolah kluster, kita kerja pun mesti kluster"...Masa tu aku hanya tersenyum tanda faham...selepas mengenalinya selama 4 tahun kini beliau telah pun bergelar sebagai pengetua baru di SMK Hang Kasturi..."Aku ingin bahagia dan membahagiakan"

Hayati baris baris pantun khas buat beliau semasa hari perpisahannya bersama warga SMK GB pada 11.7.2014
Salam mesra pada semua
Buat guru dan rakan juga
kata disusun madah bermula
Majlis perpisahan tibalah jua

Pn Noridah GPK Satu,
Di Ghafar Baba khidmat dipadu
akan memegang jawatan baru
sebagai pengetua sudahlah tentu

Dari SGB ke Hang Kasturi
Dekat dimata dekat dihati
Teruslah puan menabur bakti
Doa dan harapan kami iringi

Taman Maju tempat tinggalnya
Anak jati negeri Melaka
1963 tahun tertera
Tarikh dilahir 28 disember

Punya dua cahaya mata
Seorang teruna dan juga si dara
Sebagai ibu tugasnya sempurna
Diwaktu lapang gemar membaca

Mudah tersenyum bergaya pula
Dalam bertugas ceria pula
Sifat keibuan terserlah sentiasa
Sikap positif terpancar di jiwa


2007 hingga kini
7 tahun menabur bakti
Namamu akan terus terpateri
Sebagai GPK berhemah tinggi

Menggalas tugas penuh amanah
Sabar dan gigih membawa tuah
Nampak diam sebenarnya ramah
Boleh dibawa ke tepi ke tengah

Selaut doa kami titipkan
Buat puan teruskan perjalanan
Usah gentar onak dihadapan
Di tempat baru terbentang harapan

Kami di sini dilupa jangan
Semua murid dan rakan taulan
Doakan kami dalam kesejahteraan
Teruskan kejayaan masa hhadapan

Pasti banyak berlaku kesilapan
Sepanjang bekerja bersama tuan
Mungkin ada yang tidak berkenan
Ampun dan maaf kami hulurkan

Sekian sahaja dapat dipersembah
Selamat berpindah selamat berpisah
Terus bertugas dengan berhemah
Moga rahmatNya sentiasa melimpah....


Ditulis oleh: Puan Rohana Karno
Dipersembahkan oleh: Nurain Madzlen 



            
          
  
  Persembahan dari Ain                             Last tumb print di SGB               Perasan lawo..keke






Merenung jauh sambil tersenyum...Dalam hati ada taman...
"Aku ingin bahagia dan membahagiakan"


Selamat Bertugas di tempat baru....
Pengetua Pn Noridah Ab Rahim
Kenang kami dalam doamu