Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, 17 July 2017

ABDUL BIN AHMAD DALAM KENANGAN

Hari ini genap setahun abah pergi tinggalkan kami semua. Biarpun setahun berlalu tapi aku rasa seperti abah sentiasa ada disisi. Terkenang wajah senyumannya yang manis. Abah seorang yang pendiam. Hanya berbicara bila ada ketika tapi kalau berbicara tentang politik boleh tahan juga abah berceloteh.
Dari kecil lagi kami memang takut dengan abah. Disebabkan abah tak banyak cakap macam mak, segala apa pun kami akan bagitahu mak. Takut dengan abah ,padahal abah tak buat apa pun. Sekali je abah jeling semua cabut lari, terutamnya bab sembahyang. Sekali cakap je  terus pergi solat. Kalau mak yang cakap sampai berbuih mulut pun tak gerak-gerak.
Semakin abah meningkat usia sikap abah yang sangat pendiam dan tak banyak cakap dengan anak-anak makin berubah. Semakin hari kami semakin rapat dengan abah. Selepas mak pergi mengadap Ilahi 19 tahun yang lalu , abah dapat isteri baru buat peneman hidupnya.

Terkenang kidah dulu-dulu masa Tuk Jam bagitahu abah nak kahwin lepas beberapa hari mak meninggal. aku tak dapat terima kenyataan abah  nak kahwin lagi..sebab pada aku mak baru je meninggal, kenapa abah cepat sangat nak kahwin? Kenapa Tuk Jam buat macam tu kat kami yang masih terasa kehilangan mak. Kubur mak masih merah tapi kenapa dah cari penganti.Kenapa?kenapa? Kenapa?

abdul bin ahmad
Maafkanku abah

Seminngu sebelum majlis abah berlangsung dengan isteri baru, aku dapat tahu Tuk Jam meninggal dunia. Aku bergegas balik dari melaka untuk jumpa tuk buat kali terakhir. Tuk pergi dalam keadaan mahu solat zohor . Dalam keadaan berwuduk dan bertelekung. Mudahnya tuk pergi meninggalkan kami. Alfatihah buat Hjh Jam binti Daud.

Disebabkan tuk baru saja meninggal dunia , maka aku buat keputusan untuk tidak balik masa majlis abah nanti atas alasan , baru je balik kampung masa tuk meninggal. Walaupun aku tak balik, majlis abah tetap berjalan seperti biasa tanpa aku yang degil. Aku tak sanggup nak tengok pengganti mak disisi abah.

Teruknya akuuu..adik beradik yang lain terima isteri baru abah seadanya sedangkan aku masih tak dapat nak terima . Tapi lama kelamaan abang aku , dia menjadikan aku lebih sedar akan kesilapan aku selama ni. Biasanya orang tak panggil mak pada ibu tiri..tapi abang Lee, mula panggil ibu tiri kami dengan gelaran mak. Lama kelamaan kami semua panggil mak pada isteri baru abah.
Subhanallah. Maha suci Allah, Dia adalah sebaik-baik perancang. Tuk Jam seumpama mengerti perjalanan abah selepas pemergiannya. Rupanya pilihan tuk Jam untuk jadikan mak salmah sebagai isteri abah adalah pilihanyang tepat.


teluk senangin

Kenangan terakhir abah bersama kami pada hari keluarga  di Teluk Senangin, beberapa hari sebelum abah meninggal dunia

Selama mak salmah bersama abah, dia buat kami adik beradik seperti anak kandungnya sendiri. Melayan kerenah kami dan cucu -cucu yang ramai seperti cucunya sendiri. Menjaga abah dengan baik . Ya Allah , syukur alhamdulillah Kau pertemukan abah dengan mak salmah . Abah happy dengan mak. Aku jauh dari abah, mana mungkin aku dapat menjaga abah seperti mak salmah dapat jaga abah. Aku tak sangka , mitos ibu tiri yang jahat dan sebagai perebut harta itu tidak benar sama sekali. kami dapat ibu tiri yang sangat baik.

Cucu abah di hari raya 2015.

 Anak Cucu cicit abah di hari raya 2016


Kesihatan, makan minum abah dijaga dengan baik ketika bersama oleh mak Salmah. Aku hanya mampu pulang kekampung sekali sekala kerana kejauhan untuk menziarahi mak abah. beruntunglah abah dapat isteri seperti mak salmah.

Hidup abah bersama mak salmah selama 18 tahun. Selepas abah kemalangan dilanggar lori , kesihatan abah semakin merosot. Hari demi hari mak jaga abah dengan baik dan penuh suka duka. Sehinggalah pada suatu hari, abah rasa kakiknya mula kebas kebas. Pada malam sebelum kejadian sedih, abang Lee bawa abah pergi mengurut . Malam tu abah sempat makan roti canai lagi. Waktu sebelum subuh , abah mengadu sakit pada mak, tiba tiba abah muntah dan jatuh tak dapat bergerak lagi.

hanya ada mak dengan abah kat rumah masa tu. Rumah sebelah, suami cik bonah bawa abah ke hospital. bermulalah detik sedih yang sukar dilupakan. Abah dimasukkan ke hospital Sungai Bakap. Ketika aku sampai , abah kelihatan sangat uzur. Sebelah badan abah mengherot kerana kesan tekanan darah yang tinggi. Abah tidak boleh bercakap lagi. Tapi abah masih  kenal kami.

abdul bin ahmad
Abah tak sedarkan diri


Selepas diberi penerangan oleh doktor, kami membuat keputusan untuk membawa abah pulang kerumah. Kata doktor, mereka pun dah tak boleh n ak buat apa-apa lagi melainkan bantuan oksigen . Kami yakin untuk bawa bah balik, lagipun kami ada nurse kat rumah, Kak Su yang boleh bantu jaga abah juga.  Kesedihan menyelubungi kami . Tiba-tiba kak pulak jatuh pitam kerana tidak tahan menahan kesedihan mengenangkan  nasib abah. Dan ketika itu juga mirul juga jatuh pengsan kerana terlalu stress menahan kesedihan. Keadaan pilu dan sendu memenuhi ruang hospital tu.

Abah tenat di hospital


Akhirnya abah dibawa pulang. Kami anak beranak sentiasa membacakan ayat ayat suci untuk abah. Malam kami bersilih ganti jaga abah. Keadaan abah makin kritikal. Sehinggalah pada hari isnin , selepas sahaja kami solat maghrib, abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Diatas pangkuan mak salmah. Tidak ada air mata yang gugur ketika pemergian abah di atas pangkuan mak salmah. Mak sangat tenang. Setiap kali bisikan kalimah syahadah dibacakan ditelinga abah, setiap kali itu kami tidak dapat menahan sebak.

abdul bin ahmad
Abah Pergi dulu sebelum kami menyusul

Syukur alhamdulillah, abah pergi dengan tenang. Bila nyawa terpisah dari badan, kelihatan wajah abah yang mengherot kembali seperti asal. Wajah abah kelihatan sangat putih bersih. Seolah seolah sedang tidur. Aku rasa seperti nak peluk cium abah berkali kali. Ya Allah..semoga abah ditempatkan dikalangan orang orang yang solleh.
abdul bin ahmad

Proses memandikan dan mengkafankan abah diusaikan kami sekeluarga dibantu imam. Mandikan abah buat kali terakhir. Cium abah buat kali terakhir. Malam itu juga abah dikebumikan di tanah perkuburan di sungai Bakau. Hari  itu dapatlah faheimy menatap wajah tok wan dimasukkan kedalam liang lahad.kenangan buat anak cucu untuk kali yang mata yang berguguran. Tapi selepas abah dikebumikan , mak salmah mula rasa kehilangan. Setiap detik dan ketika mak akan sebut apa saja pasal abah. ternaya mak tak boleh dibiarkan bersendiri. Kerusi tempat abah duduk, katil tempat abah tidur, baju baju abah semuanya meninggalkan kenangan yang menghantui fikiran mak salmah. Badannya semakin kurus kerana hilang selera makan.
Begitulah cintanya seorang isteri kepada suaminya. Ya Allah terima kasih kerana kau kurniakan kami seorang ibu tiri yang sangat mencintai abah kami dan sanggup berkorban demi abah kami. Ya Allah kau kurniakanlah kesihatan yang baik buat mak salmah kami dan Engkau bahagiakanlah dia di dunia dan diakhirat.

abdul bin ahmad


Kini aku mengerti, setiap apa yang Allah aturkan kepada setiap hambanya pasti ada sebab dan hikmahnya .Kita sebagai hambaNya harus terima dan redha akan ketentuan Ilahi. Biarpun abah telah pergi  buat selamanya , biarpun mak salmah tidak punya anak darah daging sendiri, tapi kami tetap menganggap mak salmah seperti mak kandung kami sendiri. Syukur Alhamdulillah.



Alfatihah buat Abdul bin Ahmad
( 19.7.1937- 18.7.2017)








Wednesday, 22 February 2017

7 SIFAT NABI MUHAMMAD SEBAGAI SUAMI YANG PERLU DICONTOHI

Macam macam cerita pasal suami. Ada dikalangan suami sangat baik denan rakan-rakan sekerja dan sahabat ,tapi bila di rumah dia kaki pukul  dan suka mendera jiwa isteri. Ada suami sangat tidak lokek berbelanja teman-teman tetapi sangat lokek berbelanja untuk anak-anak dan isteri. Malah dialah yang berkira-kira memenuhi keperluan anaknya.

my happy family


Hadi Rieayat al-Tarmizi.."sebaik baik kalian adalah orang yang baik terhadap isterinya sendiri.."
Rasulullah adalah sebaik-sebaik model yang harus dicontohi . Biarpun baginda sibuk mengurus negara namun baginda tetap cemerlang di rumah.

Apakah akhlak Rasulullah terhadap isteri yang harus ditiru oleh suami ?

1.Bertanggungjawab

Dirumah baginda melakukan kerj-kerja rumah dan jika tiba waktu soalt maka beliau pun keluar solat..(Saidatina Aishah)

2.Romantik

Rasulullah menawarkan lututnya bagi membolehkan Sayadatina Safiah naik ke atas unta (Riwayat Al-Bukhari). Kalau dulu unta sekarang bukakan pintu kereta untuk isteri masuk atau keluar la kan.

3.Setia

Rasulullah menyembelih kambing dan menghadiahkan kepada sahabat-sahabat isteri Baginda Sayadatina Khadijah sebagai tanda memuliakan dan menyayangi walaupun setelah pemergiannya (riwayat al-Bukhari)

4.Mesra

 Rasululullah berlumba lari bersama anak-anak kecil dan memberi salam kepada mereka( Riwayat al-Bukhari)

5.Penyayang

Rasulullah pernah soalt sambil menggendong cucunya . Apabila sujud Baginda meletakkan Umamah ke tanah dan apabila bangun baginda menggendongnya kembali( riwayat al-Bukhari)

6.Pandai memujuk

Rasulullah memicit hidung Aisyah ketika Aisyah marah sambil berkata , "wahai Aisyah , bacalah doa, wahai Tuhanku , Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkan kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan (riwayat Ibn Sunni)

7.Membantu

Urwah bertanya kepada Sayadatina Aisyah : Wahai Ummul Mukminin , apa yang Rasululullah lakukan jika Baginda bersamamu dirumah?

" Baginda sebagaimana yang dilakukan seorang daripda kalian jika sedang membantu isteri, memperbaiki sandel, menjahit baju dan mengangkat air di timba . ( Riwayat al-Bukhari)

Semoga ia menjadi lesen kepada para suami untuk kesyurga...

Tuesday, 1 November 2016

HANYA TINGGAL KENANGAN

Diam tak diam..dah hampir 3 bulan lebih dah abah pergi...ini adalh raya terakhir buat abah..biasa la ..kami satu family besar tiap2 taun akan bergambr family ramai2..waktu ni abah sangat happy..suruh la amik gambar camna pun ..dia ikut je..nak selfie..pun boleh..nak posing dlm sawah pun boleh...cuma masa raya kali ni abah tak banyak cakap...suka termenung..duduk dan senyum.je tengok anak cucu dia..
.
Lepas abah kemalangan..kesihatan abah mula jadi kurang baik..tapi abah jenis diam..kalau kita tanya..semuanya ok..dulu abah sangat jaga makan..sampai tua badan abah maintain je tak gemuk dan abah memang tak ada apa2 sakit..bila umur abah cecah  70an ..mula abah ada darah tinggi..bila abah mula kena makan ubat hospital..saya cadangkan juga abah makan set darah tinggi..garlic dgn omega..vivix..abah makan selang..kadang makan kadang tak...tapi darah tinggi masih terkawal
.
lepas kemalangan..kesihatan abah mula merosot..walaupun nampak macam sihat..tapi abah dah tak boleh solat duduk.. abah tak pernah mengadu dia sakit kat mana2..
.
Sampaila satu hari abah mengadu  pening2 dan kaki mula kebas2..malam tu abang li bawa abah berurut..abah ok je..sampaila balik malam tu..tiba2 abah rasa nak muntah..dan tiba2 abah jadi lemah dan jatuh..
.
Abah dah mula tak sedar..muka abah mula mengherot sebelah..dan dihospital abah dirawat..diberi bantuan oksigen..tapi kesakitan abah tak lama..belum pun sempat nak bagi abah minum vivix semula  sbgai jalan terakhir jika mampu kurangkan kesan stroknya.....tapi abah telah pergi buat selamanya..
.
Ya benar kata orang jika sampai waktunya..tidak akan dilewatkan  atau dipercepatkan walaupun 1 saat..tak ada doktor yg dpt menahan..tidak ada ubat atau suplimen boleh membantu..tapi kita yang masih hidup ni..jika masih diberi peluang untuk hidup...maka utamakanlah kesihatan..kesihatan diri sendiri..anak beranak..family ..lagi2 mak ayah..ditakdirkan ibu saya pergi akibat kanser..dan ayah pergi akibat komplikasi strok..maka didoakan agar Allah kurniakan kesihatan yg baik buat kami sekeluarga..dan tak mahu sejarah itu berulang kembali ...
.
😢😢😢😢😢😢😢😢😢
#tsunamishaklee
#landmarkstudy
#liveamazing
#shakleeeffect

Friday, 20 February 2015

DAKU TIDAK GEDIK

Begitu pantas masa berlalu.Sedar tak sedar sudah masuk ke tahun 2015.Terasa seperti baru berlalu tahun 2014..5 anak yang dulunya bertatih, merangkak,berlari kini sudah lebih tinggi dari ibunya sendiri.Anak sulung bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini.Anak kedua sudah meningkat remaja.Anak ketiga juga bakal menduduki UPSR.anak keempat telah pandai mambawa diri..dan lebih berdikari ..Anak ke lima telah bijak berbicara dan keletah penghibur duka.

Terima kasih ya Allah kerana meminjamkan  nyawa aku sehingga ke hari ini..Ketika usiaku menjangkau  40 tahun.Hidup ini penuh cabaran dan dugaan.Kisah  suka..kisah duka..mewarnai hidup membuatkan aku lebih  mengenal siapa diri sendiri..mensyukuri nikmat Allah..mencari jalan untuk mencari redhaNya..

Bersama kenangan manis dan pahit bersama seorang lelaki bergelar suami..Susah senang kita bersama..mengharungi dugaan dan cabaran ..mencari erti hidup..membesarkan dan mendidik  anak -anak yang dipinjamkan oleh Allah.
suami isteri

Suami,letaknya syurgaku

Hidup ini dilimpahi nikmat dan keseronokan, terkadang kita terlupa bahawa segala yang kita kecapi ini semunya daripada Allah. Terlalu banyak kesilapan yang kita lakukan kepada Allah.kadangkala tanpa kita sedari kita terlalu angkuh dan sombong kepada Allah. Namun maha baiknya Allah kerana masih meminjamkan nyawa kepada kita ,memberi peluang untuk kita menempuh hari hari yang baru dalam keadaan yang masih bernafas.Allah masih mengurniakan rezeki sedangkan kita selalu  mengatakan segala kejayaan yang kita kecapi adalah hasil usaha kita sendiri..ya Allah ampunilah kami...

 Terlalu banyak yang masih belum kulaksanakan ..mohon dipinjamkan  nyawa agar dapat berbakti kepada suami, ayah bonda..mendidik dan melahirkan anak anak syurga..berbakti melahirkan insan insan  berguna demi agama ku Islam..

Ku mohon padamu agar dikurniakan kesihatan yang baik selagi nyawaku dikandung badan agar dapat aku memenuhkan waktu singkat yang dipinjamkan ini untuk  mencari redhaMu..mendidik umat nabi Muhammad selagi ku terdaya

Berikan daku kekuatan untuk menghadapi dugaan dan cabaran yang bakal ku tempuh.Permudahkanlah segala urusanku..

Sesungguhnya kita adalah siapa kita dipenghujung hayat..bukan siapa kita diawal usia..Hanya aku mampu mendoakan agar pengakhir usiaku adalah penghujung yang baik..Semoga daku dipertemukan dan dikumpulkan bersama ahli keluargaku dan keturunanku di syurga FIRDAUS...Amin...


anak shaklee

Anak soleh penyambung pahala

guru penyayang

Guru , menjadi darah dagingku


 AKU SUKA BAHAGIA,CERIA,GEMBIRA DAN MENGEMBIRAKAN,TETAPI AKU BUKAN GEDIK....sekian...