Wednesday, 4 November 2015

06:31

CARA MENDUKUNG BAYI YANG BETUL ELAKKAN GEGARAN OTAK

Pengalaman menjadi ibu kepada 5 orang anak terutamanya semasa berpantang menjadi kenangan.Semasa berpantang hati ibu sangat sensitif.Jika anak menangis sudah tentu kita rasa sedih.Sebolehnya kita akan pastikan anak berhenti menangis walaupun kita dalam keadaan yang tidak sihat.

Anak sulung saya adalah lelaki..selama berpantang ,setiap hari anak saya akan menangis, bukan tangisan biasa, ada masa tertentu dia menangis terutamanya pada waktu senja.Tangisan akan berlanjutan sehingga ke tengah malam.Bayangkan macamana letihnya kita nak melayan anak menangis..stress..puas dipujuk ..masih menangis.Bak kata mak ..budak ni ada sawan tangis..siang tidur,malam berjaga dan menangis tanpa henti...bergilir dengan mak , suami untuk jaga anak..

Bila anak selalu menangis, cara nak redakan tangisan dan mengurangkan penat ibu, maka baby dimasukkan kedalam buaian.Buai sampai baby terlelap.Senang sikit kan..henjut jer..sekarang lagi senang sebab dan ada buaian letrik..buai sendiri..lagi kuat dia menangis lagi kuat henjutan buaian tu.Pernah buat tak? Apa yang saya nak cerita kat sini bukan sebab anak menangis atau sebab buaian ..tapi sebab cara mendodoi kita yang boleh membahayakan bayi.

Peringatan kepada ibu bapa , adakah kita tahu cara mendukung bayi atau mendodoikan bayi dengan cara yang betul?Tahukan anda bahawa cara mendukung bayi yang salah dengan disusuli dengan mengayun atau menggoncang akan menggalakkan masalah serius seperti kerosakan otak , mata , penyakit lainnya seperti kelumpuhan , epilepsi bahkan yang paling merbahaya boleh menyebabkan kematian?

Ini kerana ukuran kepala bayi yang lebih besar dibandingkan dengan tubuh dan mempunyai leher yang sangat lemah.Goncangan yang kuat dan terlalu lama akan menyebabkan tekanan di bahagian leher.Hal ini disebut sebagai Shaken Baby Syndrome atau SBS.SBS ini sering menimpa anak -anak yang usianya bawah satu tahun kerana mereka lebih kerap menangis.

Ibu ibu perlu juga tahu selain dari itu..mungkin bayi menangis kerana lapar, penat, lampin basah, ketakutan, sakit atau memerlukan perhatian ibu bapa.

dukung bayi


Cara mendukung bayi dengan betul

Posisi pendukungan baby berbeza2 mengikut kesesuaian umur baby kerana ia bergantung kepada kekuatan struktur tubuh baby.

0-3 Bulan:

1. Dukung Di Dada
Ini merupakan cara yang paling biasa dan boleh dipraktikkan kepada semua baby. Dekatkan tubuh kita ke arah baby. Dengan lembut, selitkan kedua telapak tangan ke bawah tubuhnya. Satu tangan di leher dan kepalanya, satu tangan di punggung. Pastikan posisi kedua2 tangan sudah mantap sebelum mengangkatnya. Apabila baby berada dalam kedudukan sejajar dengan tubuh kita, mulailah mengatur posisi kedua lengan untuk menampung punggungnya dan belakangnya. Tangan yang tadinya memegang punggung akan mengampu punggungnya manakala tangan yang satu lagi haruslah menyokong bahagian belakang dan lehernya.

2. Posisi Dodoi
Kepala baby akan menghadap ke arah kita dan badannya berada di tengah. Ia posisi yang paling sesuai untuk mendodoikan baby dengan selesa. Malah ia juga posisi untuk memudahkan kita memberi penyusuan ibu kepadanya. Teknik ini membantu menguatkan otot anggota badannya terutama bahagian tulang belakangnya.

3-6 Bulan Ke Atas:

1. Bersandar Menghadap Muka
Ketika didukung, leher dan punggungnya tidak semestinya disokong lagi kerana tulang dan otot baby sudah semakin kuat. Biasanya, baby berusia 3 bulan boleh duduk di pangkuan dengan disokong. Oleh itu, mulai usia ini baby lebih senang digendong dengan posisi ini. 

2. Duduk Menghadap Depan
Apabila baby mencecah usia 4 bulan, cara menggendongnya kini lebih santai dan chillex, dengan kepelbagaian posisi seperti menghadap ke depan, belakang atau berhadapan. Menghadap depan adalah gaya dukung babyi yang paling diminati kerana baby memiliki luas pandang yang lebar.

3. Dukung Di Pinggang
Mulai usia 5 bulan, baby semakin berat dan aktif bergerak. Dengan posisi ini, baby didudukkan di pinggang dan disokong oleh satu lengan. Kedua2 kaki baby melingkari pinggul kita. Melalui cara dukungan ini, satu lagi tangan bebas bergerak untuk melakukan sebarang aktiviti lain. 
dukung bayi

PERINGATAN!!!
  • Tangisan atau gelisah merupakan salah satu tanda baby tidak selesa dalam dukungan . Dukungan haruslah kemas, tetapi jangan terlalu erat mendakapnya.
  • Jangan menggoncang atau menghayun baby dengan terlalu laju ketika mendodoinya.
  • Jika mengendong dengan kain batik lepas atau alat penggendong baby, pastikan alat gendong ini diperbuat daripada bahan yang kukuh tetapi cukup lembut dan selesa. Pastikan juga lubang untuk kaki tidak terlalu besar so that bayi tidak tergelincir.

Sunday, 25 October 2015

TESTIMONI VIVIX HILANGKAN BATU KARANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Saya Nor Suhaila Abdul , dikenali sebagai Kak Su.Saya berusia 40 tahun.Saya ingin berkongsi pengalaman tentang pengalaman saya menggunakan produk Shaklee.
                Sebelum ini kulit saya tidak pernah mengalami masalah sehinggalah saya melahirkan anak yang ke 3.Muka saya dipenuhi jerawat dan kulit saya mulai kusam dan kering.Jeragat mulai naik di pipi dan juga di bahagian hidung.Saya memanag pernah mencuba berbagai produk kecantikan tapi semuanya tak pernah kekal.Sehinggalah saya diperkenalkan oleh adik ipar saya iaitu kolegn Shaklee.Saya mencuba sebanyak sekotak.Tapi selepas itu saya stop sebab saya memang tak konsisten makan kolegen tersebut.
                






Suatu hari saya diserang sakit dibahagian pinggang sebelah kiri sehinggakan saya tidak dapat bangun dengan sakit yang amat sangat.Selepas mendapatkan rawatan doctor, disahkan bahawa dibahagian kiri buah pinggang saya terdapat batu karang.Doktor memberikan saya ubat pecahkan batu karang.Disamping itu saya juga mengalami masalah tekanan darah rendah serta migraine ringan dan juga period yang tidak datang selama setahun lebih.

                Selepas bertanyakan kepada adik ipar dan membaca tentang testimony  supllimen Shaklee, saya bertekad ingin mencuba VIVIX.Selepas mencuba vivix selama sebulan, perkara pertama yang menggembirakan saya ialah , saya sudah datang period dan kali ini period adalah selama 9 hari dimana sejak anak dara period saya hanya 4 hari sahaja.Setiap bulan period saya datang secara teratur dan konsisten selama 9 hari.Tanpa saya sedari, saya tidak lagi mengalami sakit dibahagian buah pinggang kiri, serta tidak lagi mengalami sakit kepala keterlaluan seperti dulu.

                Saya ni memang tak konsisten makan vitamin, tapi dengan vivix, boleh dikatakan  saya akan minum setiap hari sebelum tidur tanpa terlupa.Kesan yang saya rasai pada badan adalah sangat berbeza dari dulu.Saya tidak mudah letih menguruskan 5 anak di rumah dan mengurus anak murid disekolah.Dan yang paling memeranjatkan saya ialah gambar ini.Saya sendiri tidak menyedari perubahan pada kulit muka dan wajah sendiri sehinggalah saya menjumpai gambar lama ini.
                                                                             
               
Kesan jeragat dan kulit kusam mulai pudar dan tona kulit semakin sekata.Dan kini saya mula konsisten semula pengambilan kolegen shaklee bagi menapatkan hasil yang lebih umphhh…Sehingga ke hari ini bukan saya sahaja yang mengamalkan produk Shaklee malahan seisi rumah saya mulai dari si kecil yang berusia 3 tahun sehinggalah suami saya.Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan Shaklee kerana dengan usaha saya mengamalkan Shaklee dan dengan izinNya kesihatan saya semakin baik.Alhamdulillah,



vivix

2016 masih setia dengan vivix dan kolegen

Nak tahu lebih cerita tentang kenapa saya pilih vivix.KLIK SINI

Saya suka kandungan dan rasa dalam vivix.KLIK SINI


NAK CUBA MINUM VIVIX..KLIK SINI....010 8798077










Wednesday, 14 October 2015

07:08

6 LANGKAH URUS TALI PUSAT BAYI

Pengalaman pertama melahirkan anak adalah  suatu yang baru dalam hidup .Jadi banyak benda yang mesti dipelajari.Melihat tali pusat anak sendiri yang masih basah dan risau untuk membersihkannya, takut-takut si kecil terasa sakit.Jom kita pelajari macamna nak uruskan tali pusat bayi.

cara kemas tali pusat bayi

6 LANGKAH  URUSKAN TALI PUSAT BAYI

1. Setiap kali menukar lampin , bahagian tali pusat mesti dibersihkan dan dikeringkan dengan menggunakan putik kapas.Biasanya putik kapas tersebut dibasahan dan bersihkan disekeliling tali pusat bayi.Biasanya bayi tidak dimandikan selagi tali pusat belum gugur, jadi memadai dengan mengelap dengan tuala basah.

2.Ulang dengan menggunakan putik kapas baru dengan menggunakan spirit( cecair jernih sejuk) biasanya dibekalkan selepas keluar dari hospital bersalin.Semakin kerap tali pusat dikeringkan dan disapu dengan spirit ,semakin cepat tali pusat akan jatuh.Ini berdasarkan pengalaman urus  5 orang anak.

3.Pastikan semasa memakai lampin, bahagian tali pusat bayi tidak ditutup.Biasanya lampin pakai buang baby born memang ada yang direka khas dimana bahagian pusat lebih melengkung supaya tidak terkena pusat bayi.Jika bahagian pusat tersebut tertutup , risiko jangkitan kuman kerana kawasan tersebut mungkin lembab dan mudah dijangkiti.

4.Tali pusat biasanya akan gugur dalam tempoh 7 hingga 10 hari.Bergantung kepada bayi juga.Ada kalanya  4 hari dah jatuh tali pusatnya.
cara kemas tali pusat bayi


5.Elakkan bayi dimandikan dalam keadaan berendam kerana dikuatiri bahagian tali pusat akan kembang .Gunakan kaedah mengelap dan melalukan air  sahaja supaya air tidak masuk ke dalam bahagian berkenaan

6.Apabila tali pusat telah gugur, setiap kali selepas mandi, gunakan sehelai sirih atau daun mengkudu yang dilayur diatas api pelita dan tuamlah dibahagian pusat, ari-ari dan juga dibahagian testis atau kemaluan bayi.Jangan panas panas tau..kemudian daun sirih tersebut diletakkan sekali dibahagian perut bayi dan dada semasa memakaikan lampin dan barut.Petua ini bagi mengelakkan bayi kembung perut atau bagi bayi lelaki, untuk mengurangkan risiko angin pasang...

cara kemas tali pusat bayi

Daun mengkudu

                      cara kemas tali pusat bayi

Daun sireh

Monday, 12 October 2015

22:06

5 TIPS URUS ANAK RAMAI

Assalamualaikum..salam ceria semua ..hari ni kak su nak berkongsi pengalaman tentang cara mengurus anak yang ramai (ramai ke?) supaya kita ibu ayah tak perlu kerja lebih masa..hihi..kisah ni bermula bila mak mak kawan sepejabat asyik mengomen tentang kerja rumah..letih bila balik rumah..kena basuh kain, kemas rumah, gosok baju dan macam macam lagilah nak buat.So alkisahnya kakak sorang ni pun keluarlah cerita dia.Dia ada anak 5 dan semuanya lelaki."Akak kat rumah , akak sorang je perempuan.Dalam rumah tu 5 anak lelaki dan sorang suami..hihi. Kat rumah akak jadi puteri, suami masak anak anak yang lain ada tugas masing masing"..so kitorang ni melopong dengar dia bercerita..so hasil dari kisah dia tu ,kak su cuba apply kat anak anak..wow..memang berjaya ...tak yah buat kerja lebih masa tau...sekali sekala tu biasa la kan...

  Anak sulung kak su  lelaki Firdaus 17 tahun, Dina 14 tahun, Faiz 12 tahun, Dania 7 tahun dan Faheimy 3 tahun..Selang bunga..walaupun badan akak ni kecik..dapat juga Allah kurniakan saya 5 cahaya mata..alhamdulillah 

Jom la korang baca pengalaman akak ni..kalau boleh la try, ..kalau tak..abaikan saja...hihi..Macam macam kerenah anak anak nih..



TIPS HANDLE 5 ANAK

1.Mulakan dari usia masih kecil
Anak anak saya dah ajar dari mula sekolah darjah satu lagi..basuh kasut sekolah sendiri ,gosok baju sekolah sendiri...kalau ibu nak gosok ..4 orang punya baju..sekolah pagi sekolah petang..fuh..alamatnya memang tak dapat buat kerja lain la jawabnya..mula mula memang diorang tak nak..kalau tak nak..suruh sampai nak..ajar la macamna nak basuh kasut,nak gosok baju..jangan marah kalau diorang buat tak elok, terima je..lama lama ok la..

2.Memberi tugasan secara adil

Setiap orang ada tugas sendiri untuk tolong ibu, Firdaus akan tolong basuh baju,..pakai mesin basuh ok..bukan basuh pakai tangan..lepas masuk baju dlm mesin dia..bumm tido..bila dah siap..dia la tukang sidai..

Dina..tugasnya, angkat kain...sebelum abang sidai,kain dah siap angkat..lepas tu dina akan lipat kain masa tengok tv cerita indon.....tapi kalau mak nye tak check..kang mata dia yang bulat tu jer menonton..tangan nya beku..hehe..

Majlis perbandaran Londang tugas Faiz..hehe..sampah ada dua ..satu sampah kering satu sampah basah..yang basah..kasi itik nenek..kenyang itik nenek..yang kering bakar kat tempat sampah...
Dania dengan Faheimy..diorang paling best..tukang sepah..tapi..tukang kemas mainan..tugas Dania lah..Faheimy akan tolong kakak kemas mainan juga.Kalau tak kemas ibu sapu dan buang terus dalam tong sampah..keke

3.Menjaga kebersihan hak milik persendirian

Tugas lain..tandas..sapa punya tandas dialah cuci.. QC akan check.kalau tak bersih..cuci semula...
Bilik tidur..tak pernah ibu kemaskan..sapa tidur..dialah yang kemas..mula mula memang la senget benget..tapi lama lama lepas kena sound ..elok lah..
baju yang dah berlipat..pun sendiri angkat..sendiri susun..ibu biasalah..QC ...tak elok ,kena tegur..susun semula..

4.Memberi tempoh masa untuk selesaikan tugasan

Paling best ialah masa bulan puasa..selepas ibu selesai masak..Dina tukang hidang..Firdaus buat air, Faiz susun cawan dan pinggan..Dania kadang kadang tukang susun sejadah untuk solat berjemaah Maghrib..Feheimy...tukang tumpahkan air..
Lepas berbuka..solat..sambung makan..Firdaus ,Dina dengan Faiz akan bergilir-gilir kemas meja, basuh pinggan dan buang sampah...setiap hari sepanjang bulan Ramadhan...so lepas solat maghrib,memang semua di dapur dah clear dan bersih dah...So ibu akan pastikan semua kerja siap dalam masa yang diberi.Macam tu juga kerja kerja seharian.Tugasan mesti siap dlam masa yang ibu beri.

5.Memberi ruang untuk rehatkan diri dan menyelesaikan tugasan sekolah dan aktiviti yang digemari.

Lepas selesai solat maghrib, mereka semua ada tugasan masing-masing, mengaji Quran , Faiz tiap tiap malam kelas tusyen, siapkan homework, ulangkaji dan faheimy..penyeri rumah dengan keletahnya akan lelap menjelang 8.30 malam..
Cuti sekolah bolehla pergi bercuti, jalan jalan dan main game...beri peluang mereka buat akiviti yang digemari...

Haaa..itu lah ceritanya macamna nak handle anak saya....bila semua dah ada tugasan,tak dalah nak jelous..Sekaranglah masanya kita nak didik mereka untuk bantu mak ayah kat rumah..kalau tidak mereka siapa lagi..Cuma ,biasalah la kan ,anak anak ni..kena banyak kali diulang ulang ..kalau tak disuruh tak buat..bila dah selalu buat ,akan jadi habit..biarlah lelaki juga diajar untuk membantu kerja kerja rumah..nanti bila dah berkeluarga dah tak kekok nak bantu isteri..tak gitu..?



#duniakuinspirasiku...salam ceria...from kak su



Sunday, 11 October 2015

00:18

TIPS ELAK SIKECIL MENJADI "TUAN"

Dewasa ini kita dapat lihat terlalu ramai ibu bapa yang terlalu memanjakan anak .Sepatutnya ibu bapa yang memberi arahan tetapi sebaliknya anak yang memberi arahan dan jika arahan tidak diikuti si anak akan mula memberontak.Tidak salah memanjakan anak tetapi biarlah berpada pada dan kena pada tempatnya.Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Jangan kita menyesal kelak anak menjadi anak derhaka dek kerana kesilapan kita sendiri yang terlalu memanjakan anak tidak sesuai pada tempatnya.

ANAK DEGIL

Bagaimana nak elakkan anak anak menjadi "tuan" kepada ibu bapa?Pada pendapat saya , ibu bapa haruslah bertegas tetapi masih menerapkan nilai kasih sayang.Ada sesetengah perkara perlu kita katakan "tidak" kepada mereka agar mereka membesar menjadi anak yang mendengar kata .Tips berikut mungkin boleh membantu ibu bapa bertegas dengan si kecil.

TIPS MENAJADI IBU BAPA TEGAS TETAPI PENYAYANG

1.Beri arahan yang jelas kepada sikecil agar mereka memahami arahan kita seperti mengemas mainan selepas bermain.Jika perlu tunjukkan contoh kepada sikecil kerana ibu bapa adalah contoh terbaik buat mereka

2.Mulakan sifat tegas tetapi penyayang sejak anak kecil lagi.Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Ibu bapa mungkin perlu menerapkan perturan peraturan mudah kepada sikecil contohnya selepas makan, pinggan dibawa ke sinki , membaca doa ketika mula hendak makan dan sebagainya.Anak anak harus dididik dengan cara yang betul supaya mereka membesar dengan baik.

3.Tidak perlu mendesak atau marah marah  jika mereka tidak terus melakukan kerja yang disuruh .Berikan masa atau tetapkan waktu.Namun kita perlu bertegas untuk melakukan hal tersebut.


4.Periksa samada arahan yang diberikan telah dilaksanakan ataupun tidak.Ini bagi memastikan mereka melaksanakan tugasan dengan baik.Dengan cara ini mereka tahu bahawa kita serius dan tegas dalam arahan yag diberi.Sedikit sebanyak mereka mula menghormati arahan yang kita beri.

5.Jangan berikan ganjaran sekiranya tugas tidak dijalankan dengan sempurna.Ini bagi memastikan mereka sedar bahawa kita tegas dengan apa yang darahkan.Sekiranya mereka telah berjaya melakukan tugasan yang diberi, berikan ganjaran seperti bermain di taman, menonton tv bermain game dan sebagainya.

6.Memberi pujian kepada sikecil setelah mereka berjaya menyelesaikan tugasan yang diberi.Sikecil memerlukan cara yang adil dengan elemen kasih sayang yang jitu.Ia akan rasa selamat dan disayangi.

7.Jangan birakan tangisan mereka membuatkan kita cair danberi apa sahaja yang diminta.Masa inilah kita perlu sangat bertegas.Terangkan kepada mereka akibat tidak melakukan apa yang disuruh atau membuat perkara yang salah .Diharapkan dengan cara ini dapat membuatkan mereka akur dengan apa sahaja yang disuruh  pada masa akan datang



Thursday, 8 October 2015

PETUA GEBUKAN KULIT SECARA TRADISIONAL


"Masa muda-muda semua orang cantik..aku pun cantik masa muda muda dulu"...tu la pepatah kawan sekerja saya ni..betul juga kata dia kan..dulu kolegen dalam kulit masih banyak..bila usia meningkat, faktor cuaca jerebu , stress bekerja dan faktor pemakanan menyebabkan kita dulu sememangnya kulit cantik dan gebu ,sudah mula kerepot dan berkedut seribu...hihi...

Dah kulit mula kendur, nak makan suplimen rasa macam sayang pula kat duit tu kan...tak pa..akak ada alternatif lain nak gebukan kulit..tapi syaratnya...mesti mau RAJIN dek non..dapatkan bahan-bahan ni kat dapur ye..kalau tak jumpa kat dapur pergi cari kat kedai la ye..haha..nampak sangat tak hang tak masak kat rumah kannnn...

kulit gebu

CARA CARA MENGGEBUKAN KULIT WAJAH DENGAN MENGGUNAKAN BERAS


  1.  Beras di rendam beberapa jam untuk melembutkan.
  2.  Selepas itu tumbuk beras sehingga lumat. 
  3. Campurkan beras bersama dengan susu atau yogurt. 
  4. Lumurkan pada kulit untuk membantu menghilangkan kulit mati dan menggebukan kulit. 
  5. Untuk kesan yang lebih bagus, buat sekali seminggu.
kulit gebu


CARA MEMBERSIHKAN KULIT WAJAH DENGAN MENGGUNAKAN AIR BERAS


  1. Caranya, bila kita mencuci beras untuk dimakan, air basuhan beras yang kali pertama itu diasingkan. 
  2. Tuangkan air basuhan pertama dalam bekas lain dahulu, teruskan basuh beras sehingga bersih dan masak nasi dahulu, barulah air yang kita asingkan tadi di gunakan untuk mencuci muka
Cuci muka dengan air basuhan beras yang pertama setiap dua hari sekali.


CARA  KECUTKAN JERAWAT MENGGUNAKAN KULIT KAYU MANIS


Setiap kali datang bulan boleh di katakan jerawat batu akan singggah pada wajah, cara untuk menghilangkan  jerawat daripada singgah pada wajah adalah dengan cara menyapu kulit kayu manis. Biasanya kita dapat rasa bila jerawat akan keluar, kulit akan sedikit kemerahan atau rasa sedikit sakit bila di tekan. 

Sapukan air asahan kulit kayu manis.Pastikan kulit kayu manis sentiasa terendam dalam bekas kecil dalam bilik air berasama batu asah. Kita hanya perlu mengasah kulit kayu manis dan tampal pada tempat yang perlu. Jerawat biasanya akan mengecut, kadang-kadang tidak keluar terus. Kulit kayu manis juga sangat bagus untuk menghilangkan parut.



kulit gebu

Berikut adalah testimoni mereka menggebukan kulit...








Sunday, 4 October 2015

8 CARA TAMBAHKAN PLATLET DARAH

Kisah dua orang teman saya yang mengalami masalah bayi dalam kandungan meninggal dunia dan juga kelahiran awal seawal 7 bulan menyebabkan saya teruja nak tahu pasal platlet darah ni.Selama mengandungkan  5 orang anak tak pernah pula saya dengar tenang masalah platlet rendah.Selalunya Hb darah saja yang rendah..

Platelet adalah sel-sel yang beredar di dalam darah dan mengikat bersama-sama apabila mereka mengenalpasti saluran darah yang rosak (luka). Platelet adalah unsur-unsur penting dalam darah yang penting untuk pembekuan darah (pembekuan dan pencegahan pendarahan). 

cara naikkan platlet darah

Apabila kita tidak mempunyai platelet yang mencukupi, ia dipanggil trombositopenia. Gejala termasuk mudah lebam, dan pendarahan yang kerap dari gusi, hidung, atau saluran pencernaan. Jumlah trombosit kita akan  turun ketika ada sesuatu yang menghalang tubuh anda daripada menghasilkan platelet. Terdapat pelbagai sebab, termasuk: 

  • ubat-ubatan 
  • Satu keadaan yang diwarisi 
  • Sesetengah jenis kanser seperti leukemia atau limfoma 
  • Rawatan kemoterapi untuk kanser 
  • Jangkitan buah pinggang atau disfungsi 
  • Terlalu banyak alkohol 
Paling sinonim dengan negara kita Malaysia adalah demam denggi. Ia sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Kekurangan platelet juga boleh disebabkan oleh kehamilan dan bersalin, pendarahan, penyakit autoimun (platelet dibinasakan oleh system imun sendiri), kurang penghasilan platelet (anemia aplastik) dan bacteria dalam darah (bakteremia). penyakit lain yang menyebabkan kekurangan platelet adalah seperti  kanser, cacar air dan kesan radiasi.

8 CARA MENAIKKAN JUMLAH PLATLET DENGAN CEPAT DAN SEMULAJADI

Jika kita mengalami simptom seperti demam berpanjangan, hidung berdarah dan keluar bintik-bintik merah pada kulit,sila berjumpa doctor untuk pemeriksaan lanjut. Bagi kita yang sentiasa inginkan kesihatan yang optimum seharusnya mengamalkan tips tips  berikut:

  1. Mengambil makanan yang mengandingi Vitamin B12 dan tinggi asid folik. Vitamin B12 dan asid folik amat penting bagi pembentukan atau penghasilan elemen darah termasuk platelet. Antara makanan yang tinggi asid folik adalah bayam, buah limau, dan kekacang. manakala makanan yang mengandungi Vitamin B12 adalah seperti  telur,susu,keju, dan daging kambing
    cara naikkan platlet darah
  2.  Mengambil makanan yang mengandungi sumber asid lemak Omega 3. Pengambilan Omega 3 mampu meningkatkan penghasilan platelet dalam darah. Antara makanan yang mengandungi sumber omega 3 adalah seperti ikan,minyak ikan , tuna dan ikan salmon liar.
  1. CARA NAIKKAN PLATLET DARAH
  2. Mengambil diet yang sihat. Pengambilan buah-buahan dan sayur segar mampu meningkatkan jumlah platelet seperti sayur hijau,buah limau, tomato dan kiwi.
    cara naikkan platlet darah
  3.  Tidur dan rehat secukupnya. Tidur yang mencukupi 7-8 jam sehari akan menjadikan tubuh lebih segar sekaligus mampu menghasilkan sel darah dan platelet dengan banyak
    cara naikkan platlet darah
  4.  Pengambilan air suam setiap hari. Air sejuk akan mengganggu penyerapan nutrisi. Sel-sel darah terdiri dari air dan protein. sekiranya anda mengambil banyak air,ia akan meningkatkan penghasilan sel darah sekaligus meningkatkan jumlah platelet.
    cara naikkan platlet darah
  5. Jauhi makanan yang tidak sihat. Makanan tidak sihat yang dimaksudkan termasuklah makanan segera, alcohol dan minuman berkafein. makanan dan minuman seperti ini menghalang penghasilan platelet oleh sum sum tulang. 
    cara naikkan platlet darah
  6. Vitamin dan Mineral (Suppliment). Ini adalah cara terbaik sekiranya anda sukar untuk mendapatkan khasiat serta zat-zat dari tumbuhan,sayuran mahupun makanan berkhasiat yang disenaraikan. Pengambilan vitamin C 1000mg sehari mampu meningkatkan jumlah platelet secara semulajadi . Suppliment meningkatkan daya tahan badan disamping mempercepatkan proses pemulihan kerana vitamin ini mudaha larut dalam air dan mudah diserap oleh tubuh.
  7. Elakkan Ubat tertentu. Mengelak dari mengambil ubat seperti ubat tahan sakit dan demam dimana mampu melambatkan proses penghasilan platelet dan merencatkan fungsinya.
  8. Cara paling mudah jika kita tidak dapat mengamalkan 8 cara diatas ialah dengan mengambil supliment shaklee kerana ia adalah semulajadi berkesan dan selamat,Ia dapat mebantu meningkatlan jumlah platlet secara semulajadi tanpa kesan sampingan. 
SUPLIMENT SHAKLEE MEMBANTU MENAIKKAN PLATLET DARAH

1. Vivix  Menggalakkan kesihatan keseluruhan Meningkatkan tahap imunisasi Memperbaiki sel,menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. 
cara naikkan platlet darah
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu pencegahan penyakit kanser: 
1.Menurut laporan dari Annals of the New York Academy of Sciences 2011,beberapa kajian awal menunjukkan bahawa resveratrol mungkin mempunyai kesan anti-kanser.  

2.Dalam satu kajian 2008 pada kultur sel, resveratrol membantu menyekat perkembangan kanser payudara di peringkat awal.
 3.Diterbitkan dalam Penyelidikan Pencegahan Kanser, kajian itu mendapati bahawa resveratrol membantu menghalang estrogen dari bertindak balas dengan molekul DNA dan membentuk sebatian yang menandakan permulaan pembentukan sel kanser.
3.Menurut laporan yang diterbitkan pada 2007oleh  Biologi Kanser & Terapi. Penulis laporan itu mendapati bahawa resveratrol muncul untuk menjejaskan semua peringkat karsinogenesis (di mana sel-sel normal berubah menjadi sel-sel kanser).

4.Diterbitkan dalam jurnal Karsinogenesis, satu lagi kajian tahun 2008 menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu mencegah kanser prostat (mungkin disebabkan oleh kesannya terhadap hormon seks lelaki yang dipanggil androgen). 


2. Vitalea Membantu dalam pembentukan sel darah merah Membantu dalam penyelenggaraan kesihatan yang baik Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah Melengkapkan keperluan nutrisi yang kurang akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang. Memberi tenaga dan kecergasan kepada tubuh. 
cara naikkan platlet darah

3. Omega Guard Meningkatkan penghasilan platelet dalam darah Meningkatkan sistem imun. Mengurangkan tekanan atau stress Merangsang kesihatan hati 

cara naikkan platlet darah

4. B-Complex   Penting bagi pembentukan atau penghasilan elemen darah termasuk platelet Melawan tekanan atau anti stress Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah 

5. Vitamin C Sustained Released. Meningkatkan jumlah platelet secara semulajadi. Membantu penyerapan nutrient secara optimum Membaiki simptom pendarahan Meningkatkan sistem imunisasi MEnghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel tubuh. 
cara naikkan platlet darah

6. Performance drink. Membantu menstabilkan cecair dalam badan. Memberi tenaga dan daya ketahanan fizikal Meningkatkan daya ketahanan badan Mencegah penyah-hidratan Setelah mencuba cara-cara di atas,anda disarankan untuk membuat pemeriksaan semula terhadap jumlah platelet anda. 
cara naikkan platlet darah






Nak dapatkan suplimen untuk naikkan platelet darah, anda boleh dapatkan dari saya . Anda boleh ambil mengikut keperluan tubuh dan masalah yang anda hadapi. Asbab dengan pengambilan suplimen ini boleh bantu masalah anda dengan lebih cepat.



Hubungi segera di



call/whasup/telegram 010 8798077

PERINGATAN:
JIKA ANDA MENGALAMI SAKIT YANG BERPANJANGAN SILA RUJUK DOKTOR ANDA


Tuesday, 15 September 2015

MENYESAL MINUM ESP SHAKLEE?

Ini adalah kisah tentang pengalaman seorang ibu yang berniat untuk menyusukan bayinya sehingga berusia 2 tahun..Adakah dia berjaya untuk memulakan penyusuannya? Ikuti kisah Bonda Adeeb Muqri aka Pn Zarita yang ditulis sendiri oleh tuan empunya diri..

TESTIMONI ESP SHAKLEE UNTUK MEYUSUKAN BAYI


KENAPA?????


Saya kenal shaklee 2012 .....beli kononnya minum utk baby dalam perut....adeeb la baby tu.....tp bila minum saya muntah.....tak lalu...ok tak pe.....let it go.... lepas bersalin pun saya tak minum dah..... tapi ntah mcm mana 3 bulan lepas bersalin.....tertarik dengan kawan promote.....saya memang jenis tak tahan godaan...beli lagi....minum memain ...... masa tu breast feed baby.... tapi tak lama minum sebab still tak lalu.... minum ikut sedap rasa hati je... dapat bf adeeb smpai 8 bulan....pastu susu mula kering....buat power pumping pun tak keluar banyak dah.....menangis masa tu...huhuu.....

Hujung 2014 preggy...yeay.... awal2 preggy tak minum esp...tp dh nak hujung2 baru amek sebab rasa pedih ulu hati..... tengah2 malam lak tu padahal dah makan banyak....minum esp terus lega ....fuhhhh lena tido tau....
Masa preggy kali ke 2 tu memang niat nak bf baby smpai 2 tahun sekurang2nya.... mula2 tak kisah pasal shaklee...tapi bila kawan2 'sebuyung' dok pakat angkut set bersalin.....terjebak lagu...hahahaha
Panjang kan...ok terus la g lepas bersalin....

Saya bersalin czer....sakitnyaaaaaa....tapi dah nekad nak bf fully....kuatkan dri utk mengepam lepas 6 jam kena paksa baring....susu keluar setitik2...sakit perut tak heran..


set menyusu

Rezeki anak,susu melimpah ruah

Matlamat utama nak keluarkan susu je...masa tu lupa bawa esp kat hosp....bila suami balik amek barang2..pesan suruh bawa shaklee set berpantang tu....dia tak paham...cakap bawa esp yang tong biru ...zinc n vit c.... smpai je esp terus bancuh n minum.... owh lupa saya bersalin jam 3 pagi macm tu.... so 6 pagi baru kena tolak ke wad..... kul 1 petang baru boleh bangun n pam.... tapi susu keluar sikit pastu tak da....xpe usaha lagi.... lepas suami hantar esp jam 8 malam tu...lepas minum sejam dua try pam lagi
.... wahhh..susu da banyak sikit....dpt la 1 sudu dadih tu...tp tetap tak puas hati... terus pam sampai melecet2..... sampaila baby tertido...
 
Esok paginya sarapan dengan esp....selalu orang pantang kalo tak makan lapar kan....tak pun perut masuk angin...tapi minum esp tak lapar...suami plak tak dtg2 lagi....aduhhhh....tapi kite rileks je..smbil tunggu suami....sambil pam....alhamdulillah...dapat 1oz....gembiranya tak terkata.....bayangkan br lepas 1 hari bersalin dah ada susu ....masa 1st dulu...terpaksa bagi minum susu formula 4 5 hari lepas bersalin...sebab susu tak keluar .... 


Dr 1 oz bertambah 2 .. 3.. 4 oz....masa tu dah lega dah....baby pun tak nangis sgt sbb susu da banyak....kuning lak tu....kolestrum kan... 
Hari ke 3 boleh keluar wad....tp tak bestnya bengkak susu plak...tak mau keluar.....sakitnya......tanya sorag kakak tu...dia nasihat makan lecthtin....stop dulu esp....selang 4 5 hari minum lagi esp...bengkak susu lg.... stok susu jangan ckap la...berbotol2...bayangkan seminggu pertama bersalin dah mula buat stok susu.....seingat saya dekat 5 6 kali saya bengkak susu smpai demam2.....masa nurse dtg umah ....dia terpandang tong esp...dia tanya awak minum esp ke....saya jawab ya....dia suh stop dlu sebab saya demam bengkak susu ...... oklah saya pun stop minum esp....

testimoni set menyusu

Aqil semakin tembam dengan susu ibu

Lepas 2 minggu berpantg kat kampungdana tak minum esp....balik berpantang kat melaka ....start minum balik esp tapi pagi je...sebabnya tak ada org nak masak pagi2.....tenghari baru makan nasi sebab tunggu suami bangun n masak....hehheehh.....tapu alhamdulillah tak da plak masuk angin dan tak lapar..... tak lama lepas tu bengkak susu lg...suami cakap jangan minum esp lagi tak mcm mana...pas stop minum esp ....... tak bengkak susu dah....tapi production susu tak berkurang pun.....seminggu sekali plak minum esp..... stok susu plak dah penuh satu deep freezer..sampai pening dah nak buat macam mana..... sekarang ni saya masih minun esp tp bukan hari2...takut bengkak susu lagi..... hehhehehheehhehh

Minum esp susu pekat n warna pun lain sikit.....
Menyesal minum esp sebab asyik bengkak susu......
Tapi lagi menyesal anak 1st dlu tak consume esp dr awal.....kalo tak stok susu mesti dah macam sekarang ni........sampai terpaksa curahkan kat pokok belakang umah....
Apapun doakan saya dpt susukan bby smpai 2 tahun ye teman2...... muah3

Untuk bercerita lebih lanjut..boleh contact bonda adeeb di fb dia Bonda Adeeb Aqil Muqri