Friday 23 May 2014

15 PETUA AMALAN DALAM PANTANG

Pengalaman...9 bulan 10 hari bagi ibu mengandung sampai saat melahirkan..Tapi biasanya ke lima lima anak saya tak kan 9 bulan 10 hari..biasanya akan terlebih..Pengalaman mengandung 5 orang anak memang ada persamaan dan ada perbezaan..Yang sama..mabuk. .loya..sampai usia kandungan 5 bulan atau 6 bulan..Time mabuk ni memang teruk la..kurus kedengking tapi bila dah hilang mabuk..selera makan bertambah tambah..badan pun semakin menembamlah kan..bayangkanlah. .hehe..saya yang tak berapa nak tinggi ni.. gemuk...merayap macam ayam serama..haha..cuma masa mengandung anak perempuan mantain kurus sampai bersalin..hah...bersalin?takutnye bila diimbau kembali..tak da sorang pun yang boleh dikategorikan saya senang bersalin macam ada setengah orang tu..sempat beranak atas kerusi roda..dalam keta..saya..kalau tak separuh hari tak sah...dah bersalin...waduh waduh...berpantang pulak...Masa paling bosan sekali adalah masa dalam pantang lah..nama pun pantang..pandang je orang makan apa pun..orang pergi jalan jlan ke.hehe


AMALAN DALAM PANTANG

Hari ni nak kongsi  7 tips apa yang saya buat semasa dalam pantang. Mungkin anda boleh try amalan amalan ni.


 1.Selepas saja bersalin dah keluar dari labour room, dapat je bilik..pastikan kita memakai baju tebal,tangan panjang.Pastinya tak nak bagi angin masuk dalam badan

 2.Pakai stokin tebal.Pastikan betul betul tebal tau..macam pakai stokin musim sejuk tuuu..jangan ngelat.

 3.Minum air panas atau suam sahaja..Kut ko minum air batu..kut ko yang keras macam batu...haha

 4.Minum air halia lagi bagus.Boleh buang angin

 5.Kepala hendaklah sentiasa ditutup.Pakai skaf atau ikat dengan ketat dibahagian dahi dengan kain atau kain orang panggiL key tuu...Ini untuk elakkan migrain.Ikat dan sanggulkan rambut ketat ketat..

 6.Sapukan pilin pada dahi untuk elakkan masukkan angin..

7.Biasanya mak akan bagi minum air kunyit yang sangat pekat..errkkkk..pahit tapi..itulah paling power..cepat kecutkan rahim dan merapatkan semula mana yang longgar

 8.Amalan bertungku.Biasanya saya akan mula bertungku selepas 3 atau 4 hari apabila luka agak kering.Kata mak, tak leh bertungku hari pertama dan kedua,luka jahitan masih basah.Amalan bertungku sangat hebat.Biasanya saya menggunakan tungku besi yang dipanaskan kemudian dibalut dengan daun mengkudu dan kain tebal.Aroma daun mengkudu boleh release  stress.Kat mana nak tungku?

Haaaa...tungku kat peranakan..letakkan diabahagian atas ari ari dan tolakkan tungku perlahan lahan ke arah atas.Tujuannya untuk menaikan semula perakan kita yang sudah turun semasa bersalin.Bertungku di bahagian ini juga akan mepercepatkan peranakan kita kecut semula.Lepas tu sila letakkan tungku tersebut diseluruh bahagian punggung dan ke bawah.Letak tungku dengan satu satu bahagian seminit dua untuk membiarkan haba sampai ke urat saraf.Yang tak kurang penting juga..pastikan anda meletakkan tungku tersebut di tapak kaki.Bahagian tumit  akan membantu perjalanan darah yang baik dibahagian peranakan.Anda akan merasakan badan akan lebih segar dan sihat selepas bertungku.

 9.Ini petua mungkin orang lain tak buat kut..Mak saya akan sediakan bawang putih yang sudah dibuang kulit.Letakkan kat lubang telinga.Boleh pakai sampai kecut.Bila dah kecut tukar baru tau.Bawang putih tu guna dia untuk elakkan angin masuk dalam kepala.So itulah 'earphone'  ai dalam pantang 44 hari.

 10.Mandi...tau dak..hari pertama bersalin mak tak bagi mandi.huhu..ada sebabnya...Mak kata orang bersalin baru baru 1 atau 2 hari tak leh mandi dulu..sejuk katanya.so saya akan mandi juga hari kedua tapi wajib dengan air suam.Minggu pertama bersalin mandi 2 hari sekali je tau.Bila hari yang tak mandi tu lap saja badan dengan tuala.Bila dah masuk seminggu hari hari boleh mandi tapi air mesti sentiasa air suam juga.Sampaila habis pantang.Sekali sekala mak akan bagi saya mandi dengan air rebusan daun pandan,serai wangi,daun daun herba yang lain.Fuhh..lepas mandi dengan air ni..badan memang rasa segar seharian.cubalah..

 11.Time makan ni la yang saya paling tak suka.Sepanjang berpantang terutamanya minggu pertama saya akan diberi sayur dan ikan yang direbus je.Kat melaka ni biasanya makan ikan parang.Haa..walaupun namanya parang..tapi orang melaka kata ikan ni tak bisa.So hari hari makan ikan parang.kaang kadang ikan parang goreng dengan halia dan kunyit hidup.Nak bagitau..semasa dalam pantang ni lah kita perlu sangat jaga pemakanan.

Sumber protein mesti cukup sebab nak membaiki luka-luka yang kesan semasa bersalin.Badan mesti sihat untuk mengahasilkan lebihh banyak air susu untuk bayi.So biasanya minggu pertama saya akan tertidur bersama dengan lauk-lauk yang tidak menyelerakan..Tu pasal berat badan saya boleh turun mendadak semasa dalam pantang.kalau boleh tak nak makan nasi.Bila masuk minggu ke 3 dan ke 4 ,dah boleh makan telur,daging atau ayam. Boleh cuba protein ni..KLIK SINI

Baru la best Makan pedas pedas pun tak boleh nanti anak tak tahan perut ,akan cirit birit pulak nanti.Dalam pantang tak boleh makan buah buahan seperti tembikai ,langsat,manggis..banyak lagi buah buah tempatan yang dikategirkan sebagai 'sejuk' oleh nenek moyang.Ada yang meroyan atau boleh kancing gigi kesan dari pemakanan yang salah.



12.Amalan berurut.Selepas 3 atau 4 hari selepas bersalin pastinya saya akan berurut dengan bidan kampung.Bila bidan dah berurut badan akan terasa lebih segar dan sihat.Bidan juga akan membantu berurut bagi menggalakkan penghasilan susu ibu.Biasanya saya berurut dalam tempoh 7 hari berturut-turut.Mungkin orang yang melahirkan melaui pembedahan,agak merbahaya untuk berurut.4 dari 5 kali bidan yang mengurut mesti puji..hehe..apa yang dia puji?katanya peranakan saya cepat kecut.Tengok la sapa yang jaga..Ibu mertuaku sayang Pn Hjh Aminah Said.Berpengalaman melahirkan 8 orang anak.Terima kasih mak..

13.Amalan makan jamu semasa dalam pantang memang sangat membantu untuk mengecutkan semula rahim serta melancarkan perjalanan darah.Makanan tambahan dan vitamin yang sesuai juga penting untuk memastikan badan sihat dan dapat menghasilkan susu ibu yang cukup kepada si bayi .Makanan tambahan atau vitamin juga dapat membantu mengembalikan wajah cantik si ibu malahan boleh lebih anggun dari sebelum beranak.Jika badan sihat maka lahirlah wajah yang cantik

14.Amalan memakai bengkung.Ini adalah perkara wajib yang mesti saya akan buat.Selepas sahaja berada di dalam wad bersalin saya akan memakai bengkung.Bengkung yang mudah dipakai dan dibuka iaitu bengkung zap on.Kerana semasa dalam wad keadaan kita yang masih belum cukup kuat ,bengkung dapat membantu perut saya terasa lebih padat dan terasa selesa apabila memakainya.Lagi pun bnegkung zap on ini mudah dibuka dan dipakai ketika keadaan kita masih lemah.

Selepas beberapa hari saya kan bertukar bengkung iaitu bengkung kain yang lebih panjang dan boleh diikat dengan lebih ketat dan selesa.Rugi tau tak pakai bengkung.nanti perut kita akan buncit macam mengandung 5 bulan pulak.Biasanya saya akan memakai bengkung selama 44 hari tanpa jemu.Selepas 44 hari kadang kadang pakai dan kadang kadang tidak.

15.Masalah kronik saya ialah sembelit semasa dalam pantang.Kesan luka jahitan membuatkan saya takut nak kebilik air.Pedih wooo...Lagi pulak kalau nak buang air besar.Kena pulak sembelit...dulu saya tak jumpa lagi caranya..buang air sambil menangis.kalau boleh tak nak masuk bilik air.. 
ADA SEMBELIT? klik sini 

Ada sesetengah orang kata,jika nak mengembalikan bentuk badan seperti anak dara,maka selalulah beranak.hehe..makin beranak makin cantik...betul ke bohong??

Pada saya ia adalah benar ....sebab saya juga dah mengalaminya..semasa dalam pantang ,berpantaglahh dengan betul kerana tubuh badan kita perempuan ni cepat kendur, cepat hilang kolegennyer,cepat longgar sana sini...so kena la jaga..Kalau malas nak berpantang maka etrimalah kenyataan apabila nanti belum usia mencecah 30 tahun anda sudah sakit disana sini.mengeluh badan letih dan tidak bermaya.jadi..bersabarlah ketika dalam pantang...Ikut dan amalkan petua orang lama..

Bagi sesetengah ibu yang berpantang,mereka agak culas nak minum air akar-akar kayu atau jamu-jamu yang terpaksa dibancuh dan pahit.Mereka lebih selesa dengan makanan tambahan yang berbentuk pil.Apa pun pilihan anda pastikan anda menjaga diri anda sebaik mungkin.Kerana bila kita sakit orang hanya mampu simpati dan kita yang menanggung akibat dari kemalasan kita sendiri.




Kesan sampingan suntikan depo , jadi gemuk dan naik jerawat batu



No comments:

Post a Comment