Showing posts with label BERPANTANG. Show all posts
Showing posts with label BERPANTANG. Show all posts

Tuesday, 3 January 2017

TESTIMONI IBU BERPANTANG

Hai..assalamualaikum apa khabar?

Hari ni kak su nak share lagi testimoni customer yang menggunakan set mengandung shaklee dan set berpantang shaklee.

set berpantang

baby shaklee , neneknya yang belikan mommy shaklee semasa mengandung dan berpantang .sekarang contonue set menyusu pulak

set berpantang

menantu akak mengandung dan bersalin makan set mengandung dan set berpantang  shaklee. hasilnya baby shaklee , fully breast feed , susu banyak , baby pun kulit halus



set berpantang
Esp menghilangkan strech mark , anak putih gebu



set berpantang
hanya dengan esp , susu pekat , kulit gebu  berseri . Jerawat susah timbu dan dark circle hilang


Untuk keterangan lanjut
Hubungi
kak su 0108798077

SET BERPANTANG ELAK BENTAN

Assalamualaikum , selamat sejahtera..

Dah lama juga tak bersiaran kat blog ni. Busy la katakan(alasan je tu) hihi..sapa yang sedang membaca ni sedang menunggu hari nak berpantang? Ataupun memang sedang berpantang? Mungkin korang sedang mencari set berpantang yang terbaik demi nak jaga badan kita yang dah banyak balancing yang dah lari selepas melahirkan anak kan.

set berpantang


Jujur akak nak cerita, yang akak memang tak pernah makan set berpantang yang akak nak cadangkan ni. Sebab masa berpantang kelima-lima anak dulu akak tak pernah jumpa pun set ni. Lepas dah bersalin anak ke lima baru la kenal shaklee. Sebelum tu akak makan la produk-produk yang dijual di kedai jamu .

Tapi semenjak akak dapat feedback yang sangat bagus dari customer yang dah cuba set berpantang ni akak pun teruja nak share untuk korang cuba. Lagipun shaklee ni dah lama terkenal kat Malaysia , dah hampir 57 tahun dah kan.Dan juga shaklee ni kan dah dijamin semulajadi selamat dan berkesan. Siap ada LANDMARK STUDY dah pun. Setahu kak su la, kat malaysia ni hanya shaklee je yang sanggup buat kajian saintifik LANDMARK STUDY ni. Nak tau pasal landkmark study, boleh baca entry ni.LANDMARK STUDY

Jom kita tengok apa ada dalam set berpantang shaklee yang buatkan ibu-ibu jatuh cinta terus dengan vitamin shaklee.

ESP

set berpantang

Esp ni adalah sejenis soya NON GMO . Kandungan susu soya berprotein tinggi untuk menggalakkan penghasilan susu yang banyak . ia jug tinggi kandungan antibodi. Bila bersalin dah tentu banyak luka. Jadi soya esp ni berfungsi untuk mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran.
Soya esp ni juga boleh cantikkan kulit korang tau. kalau konsisten minum ,kulit akan makin cerah semulajadi, licin ,lembut dan flawless. Dengan baby yang menyusu pun kulit flawless.
Soya esp sangat membantu untuk ibu-ibu nak hasilkan susu yang lebih pekat dan meriah. Berkhasiat buat anak minum.Semada dalam pantang , of kos la kita akan letih kan, nak jaga anak lagi, dengan sakit luka lagi, letih dan tak bertenaga. Tak perlu risau, ESP boleh berikan tenaga berpanjangan. Dan juga bantu kita rasa kenyang lebih lama.Tak la perut masuk angin. Satu tong ESP ni boleh dimakan sehingga satu bulan sentengah.

VITAMIN C

set berpantang


Vitamin c mengandungi elemen  penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyembuhan luka. Ia dapat membaik pulih tisu-tisu yang rosak serta dapat meningkatkan imuniti badan. Sebab tu penting orang berpantang kena sihat. Takut bentan pulak nanti .

Selain tu , vitamin c juga mebantu pembentukan kolegen , so sudah pasti akan menganjalkan kulit . Ia mengandungi Bioflavoniod yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit. Jadinya , cukup 44 hari berpantang, kulit ibu-ibu dah kembali cantik . kalau ada strech mark kat perut tu pun akan capt elok .Bak kata orang tua-tua, semakin bertambah anak, semakin cantik.Sebab apa? sebab badan kita sihat.Satu botol ada 180 biji dan boleh dimakan sehinga 6 bulan tau.

B COMPLEX

set berpantang


Ini adalah salah satu vitamin wajib yang ibu-ibu berpantang kena amalkan. Sebabnya , waktu berpantang esosi kita memang tak stabil, selalu stress dan kadang-kadang emosi tak dapat dikawal, menangis sorang-sorang dan macam macam lagilah. Takut -takut nanti kalau dibiarkan boleh meroyan. B comples ni berfungsi untuk melegakan saraf, macam fungsi ubat tahan sakit la.tapi ia bukan ubat. Ia berfungsi untuk memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Setiap makanan yang kita ambil akan ditukarkan kepada tenaga dengan bantuan b complex.

Lagi satu, b comples ni dapat menghindari kegemukan kerana kalori makanan tidak tersimpan di dalam badan. B complex juga akan membantu penghasilan kulit yang lembut dan cerah kerana ia memelihara lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin serta mengurangkan tanda regangan kulit.

Setiap abotl mengandungi 120 biji dan boleh dimakan sehingga 4 bulan.

VITLEA

set berpantang

Ia membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan . Vit lea sangat penting di ambil kerana semsa berpantang, makan ibu adalah sangat terhad. jadi vitlea dapat memberi vitamin yang cukup buat ibu berpantang.

lapisan luar viltea di salut dengan spirulina dan kaya dengan vitamin dan mineral. Selalu kita tengok ibu-ibu berpantang akan kelihatan pusat lesi tidak bermaya, vitlea dapat membantu penghasilan sel darah merah untuk menggantikan darah yang telah banyak hilang semasa bersalin.

OSTEMATRIX

set berpantang

Ia biakan sekadar kalsium malah lebih dari itu. Selalunya ibu berpantang memang takut sangat nak ke tandas selepas bersalin. Luka yang pedih dan ngilu membuatkan ibu-ibu sanggup tahan untuk buang air besar. Bahaya tu. Ostematrix sangat membantu ibu-ibu berpantang supaya membuang dengan lawas  kerana ia menggalakkan pergerakan usus denganbaik.

Jika berlaku kekejangan otot akibat duduk terlalu lama semasa berpantang boleh dielakkan dengan mengamalkan ostematrix setiap hari. Saraf dapat direhatkan ketika tidur maka ibu dapat tidur lebih lena danterasa segar ketika bangun pagi.

Semasa mengandung, kalsium ibu telah digunakan dengan banyak oleh bayi Maka ia perlu digantikan semula agar tulang dan gigi ibu tidak reput. Takut-takut makin meningkat usia, semua gigi dah gugur akiba reput dan kurang kalsium.

Ostematrix juga sangat membantu dalam penghasilan susu ibu, kalsium adalah penting untuk penghasilan susu ibu. Maka rajin-rajinlah amalkan ye.

Setiap botol mengandungi 12 biji untuk kegunaan sebulan.

LECITHIN

set berpantang


Lecithin mengandungi choline untuk kecergasan akal dan ia sangat baik untuk otak bayi kerana ibu yang makan lecithin akan mengalirkan choline kepada bayi. Disamping itu lecithin dapat memecahkan molekul asid lemak kepada rantaian yang halus dan mudah di emulsi .

Ia bantu menurunkan berat badan untuk mencapai berat badan ideal. Untuk pengetahuan korang , lecithin ni sangat membantu mengelakkan ibu dari kena bengkak susu.

Setiap botol mengandungi 180 biji untuk kegunaan sebulan. Murah je

ALFALFA SHAKLEE

set berpantang


Alfalfa sangat kaya dengan serat , protein , amino asid , klorofil , 15 zat galian ,10 vitamin , 8 enzim dan fitokimia.Ia dapat memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh lecithin dan akan dibawa keluar dari badan.

Alfalfa mengandungi galactagogue iaitu herba yang menggalakkan penghasilan susu ibu.Mengandungi 220 biji dan boleh dimakan selama dua bulan.

Jadi adalah penting untuk ibi-ibu memilih yang terbaik untuk kesihatan sendiri. Jika ibu-ibu berminat untuk tahu dengan lebih lanjut, jangan malu-malu wasap kak su. InsyaAllah akak akan consult dengan yang terbaik buat ibu-ibu diluar sana.


set berpantang




Anda boleh nikmati potongan harga sehingga 25% dengan mendaftar sebagai ahli bersama kami.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi
Your Beauty Consultant
kak su /010 8798077


Tuesday, 13 September 2016

MAKANAN YANG DILARANG SEMASA BERPANTANG ELAK NIFAS BERBAU BUSUK

Assalamualaikum hai..Apa khabar ibu ibu sekalian.Pastinya ibu -ibu yang berpantang sedang berehat bersama baby yang baru lahir tu.Seronok betul kalau dapat cium baby baru lahir.Ibu-ibu kena beringat.berpantang ni penting buat kita sebagai seorang wanita.Bak kata nenek moyang, badan nak pakai lama.Kena la berjaga-jaga.Bila mak pesan jangan makan kena la ikut.Jangan la jadi bodoh sombong pulak..hihi..Nanti lain jadinya.Hari ni akak nak share makanan-makanan dalam pantang yang kita mesti elak dan juga amalkan.Kalau dah tahu tu, boleh la review semula dan bagi adik-adik yang baru bergelar ibu tu, elokla jadikan panduan.Dan bagus juga kalau bagi suami untuk baca.Mana la tau kan..nanti berpantang suami yang jaga..

ibu berpantang


4 MAKANAN YANG TIDAK BOLEH DI AMALKAN OLEH IBU BERPANTANG


1.Jangan makan makanan yang berbisa seperti bawal hitam, ikan cencaru ,terubuk,ikan pari,ikan sembilang akan menyebabkan turun darah dan bentan

2.Ikan masin/ikan kering tidak boleh diambil oleh ibu berpantang kerana akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering dan lemah badan

3.Ikan kembung ,tamban cencaru ,tongkol makanan laut akan menyebabkan kegatalan dan menimbulkan reaksi alahan

4.Air gas ,air sejuk dan sesetengah sayur sayuran seperti kangkung,timun,mangga nangka  dan durian belanda.Makanan ini menyebabkan sakit tlang ,sejuk otot dan lemah sendi seperti atritis dan rheumatisme apabila sudah tua kelak.

5 MAKANAN TRADISI YANG BAIK UNTUK IBU BERPANTANG

1.Ulam kunyit  mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman

2.Lobak putih dan peria  mebanyakkan susu ibu

3. Asam jawa membantu membuang air besar,mengelakkan sembelit selain dari menyegarkan tubuh badan

4. Air kunyit membantu mengecutkan rahim dan mencuci darah

5.Air rebusan pegaga membersihkan darah dalam tubuh yang baru melahirkan anak

6.Manjakani berfungsi untuk mengeringkan dan mengetatkan pangkal rahim

7.Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga

8.Air madu memanaskan badan

9.Mengamalkan pemakanan seimbang .

ANDA HADAPI MASALAH SEMBELIT?



Monday, 4 April 2016

CARA ATASI MASALAH PENYUSUAN SUSU IBU DALAM PANTANG

Penyusuan adalah proses semulajadi.Selepas kelahiran biasanya nurse akan serahkan bayi kepada ibu untuk disusukan.Tapi agak kekok nak menyusu buat kali pertama.Pegang pun tak betul .Kejap kiri kejap kanan.Pengalaman semasa menyusukan bayi anak sulung memang menarik bila dikenang.Terkial-kial nak pegang baby dan nak suapkan susu.Sampai nurse datang dan ajar macamna nak pegang baby.Tapi sekarang , ibu ibu mengandung telah diajar cara yang betul menyusukan bayi sebelum melahirkan anak.

Tapi dalam 2 minggu pertama , penyusuan mungkin kelihatan sukar terutamanya jika ia adalah pengalaman pertama.Masalah yang dihadapi mungkin berlaku seperti payudara bengkak , puting melecet dan tidak cukup susu.

Bagaimana nak atasi masalah-masalah tersebut.
cara atasi puting melecet

CARA ATASI MASALAH PENYUSUAN DALAM PANTANG


1.PAYUDARA MEMBENGKAK

lazimnya selepas sahaja hari ke 3 atau ke 4, amaun susu akan bertambah.Ia berlainan dengan kepadatan payudara.Ni part yang paling menyakitkan.Bila susu dah banyak, bengkak , baby pula asyik tidur je.Sampai satu tahap, kena demam urat.Sakit sangat.Pam pun dah tak nak keluar lagi susu.

So mcamna nak settlekan .Kak su pun baru tahu.Selama ni orang kata tekap dengan kobis lah..tapi memang tak da kesan buat kak su.Suatu hari masa nurse datang melawat baby dan mak baby, kak su bgtau yang kak su kena bengkak susu.Senang je petua dia.Ambil anak lesung batu, kemudian panaskan macam kita panaskan tungku.Kemudian balut dengan kain .Tuam pada bahagian payudara yang membengkak tu.Alhamdulillah.Memang berjaya susu dikeluarkan.Lepas tu baru senang nak pam.Lepas je tau cara tu, bila bengkak je kak su tua..dan akhirnya dengan anak batu tu sekali dan pecah asyik kena bakar..hihi.Tapi sejak kebeakangan ini , ada yang gunakan lecithin dari shaklee untuk mengatasi masalah bengkak susu ni.So terpulangla pada anda untuk buat macamna tapi pastikan jangan ampil pil pengering susu tau.kesian baby tak dapat susu paling berkhasiat 

2.PUTING MELECET

Puting melecet pun kak su biasa juga alami.Terutamnya masa anak pertama.Almaklumla waktu tu kan kita belum pandai lagi.Bila menyusukan bayi dengan cara yang salah, iaitu cara lekapan yang salah.
Untuk atasi masalah ni, orang tua tua ada pesan.Ambil titisan air susu ibu kita juga dan sapukan pada bahagian puting yang luka tersebut.Jangan guna losyen.nanti bahaya kalau kita lupa nak cuci sebelum bagi baby menyusu.
Ingat tau.Walaupun puting tu sakit atau melecet, pertama sekali betulkan cara bayi minum iaitu pastikan bayi itu menghisap keseluruhan bahagian hitam pada payudara kita.Dengan cara ni kesakian kita tu akan berkurangan.Juga pastikan jangan berhenti dari memberikan susu kepada bayi anda.Jika penyusuan diberhentikan mungkin susu anda semakin berkurangan dan akan kering begitu sahaja.Sangat merugikan
cara atasi puting melecet

3.TIDAK CUKUP SUSU

Ini merupakan masalah biasa kita dengar.Kepada ibu ibu sekelian, penghasilan susu ibu berkurang kerana kurangnya ransangan iaitu kurangnya ibu memberikan bayi menyusu.Bayi perlu disusukan dengan sekerap mungkin.Apabila susu kurang idberikan pada bayi terutamnya diwaktu malam, dan juga cara penyusuan yang tidak melekap dengan betul menyebabkan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.
Ada juga yang gemar menyusu menggunakan sebelah payu dara sahaja.Kemungkinan jika anda kerap berbuat demikian, hanya sebelah payudara sahaja yang akan mempunyai banyak susu , sebelah lagi akan kering.Kesan ini juga tidak baik dimana kemungkinan payudara kia akan besar sebelah.

cara atasi puting melecet

Bagaimana nak atasi masalah tidak cukup susu?

Pertama, sudah semestinya kita perlu menyusukan bayi sekerap mungkin.Pastikan masa antara sesi penyususan tidak melebihi 3 jam.
Pastikan juga bayi menyusu dengan betul iaitu dengan lekapan pada payudara supaya bayi puas minum dan susu akan keluar dengan lebih lancar.
Ketiga, pastikan ibu ibu berpantang mengambil makanan yang berkhasiat tinggi protin seperti ikan ,daging, ayam,kekacang dan makanan tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Untuk menambahkan keperluan diet ibu menyusu adalah disyorkan untuk mengambil vitamin seperti ostematrix , alfalfa dan esp sebagai alternatif untuk menggalakan penghasilan susu yang pekat .
Keempat, pastikan kita mendapat rehat yang secukupnya dan sentiasa bertenang semasa menyusukan bayi.

Petua dari nenek moyang , biasanya pada hari ke 3 , mak bidan akan datang mengurut satu badan dan pada masu tu mak bidan akan mengurut dibahagian urat-urat penting bagi menggalakkan penghasilan susu ibu.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada ibu-ibu diluar sana.Penyusuan susu ibu sangat membahagiakan saya serta dapat  menenangkan ibu yang sedang sakit selepas melahirkan.Betul tak?

















Friday, 1 April 2016

6 LARANGAN SEMASA BERPANTANG

Assalamualaikum ibu-ibu gojes diluar sana.Hari ni kak su nak berceloteh tentang ibu ibu berpantang pula.Apa yang akak perhatikan, anak-anak muda sekarang memang kurang mengambil berat tentang amalan berpantang.Amalan berpantang yang telah nenek moyang kita perturunkan memang sangat banyak kebaikannya.Mungkin dengan amalan berpantang mereka dahulu, nenek moyang kita kurang mengalami masalah kewanitaan seperti peranakan jatuh, masalah keintiman dan sebagainya.

Kepada bakal-bakal ibu sekelian, kak su nak kongsikan sesuatu yang mungkin dapat membantu bakal ibu di luar sana untuk mengamalkannya semasa berpantang nanti
LARANGAN BERPANTANG

6 LARANGAN SEMASA BERPANTANG

1.JANGAN BANYAK BERJALAN DALAM TEMPOH SEMINGGU

Peranakan dikatakan akan cepat sembuh apabila anda merapatkan  kaki  semasa tidur.untuk memanstikan kaki ibu rapat biasanya kita akan memakai bengkung ,so tak la terkankang pula masa tidur .Kita digalakkan hanya duduk diam diatas katil selama seminggu

2.MANDI BERDIRI

Semasa mandi hendaklah duduk di bangku .Cara ini dikatakan dapat menjaga kesihatan peranakan.Dengan duduk di bangku , kita tak menggunakan tenaga disebabkan ibu yang melahirkan dalam keadaan lemah

3.PANTANG 100 HARI

Ini memang jarang orang nak buat.Biasanya kita dengar ibu berpantang 44 hari.Tetapi bagi memastikan peranakan kembali normal ibu -ibu digalakkan berpantang dalam selama 100 hari.Dalam tempoh ini kita tidak digalakkan mengadakan hubungan kelamin dengan suami .Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan dan kesihatan

4.DUDUK BERSILA

Samada bersalin secara normal atau pembedahan , ibu-ibu digalakkan untuk duduk bersimpuh dengan merapatkna dua belah lutut .Cara ini dikatakan mampu mempercepatkan penyembuhan luka-luka lepas melahirkan.Jangan buat-buat lupa,semasa menyusukan anak, ibu duduk bersila, alamatnya memang jahitan boleh terbuka ,silap silap kena jahit sekali lagi.

5.JANGAN MENJAHIT

Elakkan menjahit atau membaca semasa dalam pantang.Ini kerana keadaan fizikal kita masih lemah untuk memberi tumpuan kepada sesuatu perkara.Jika amalan menjahit atau membaca sewaktu berpantang sering dilakuan, kemunginan besar mata akan rabun

6.ELAKKAN DARI IBU JARI TERHANTUK

Nenek moyang sering berpesan, mesti pakai sokin dan kalau boleh pakailah kasut lembut bertutup dibahagian depan.kasut ala-ala princess tu.Ibu-ibu mesti pastikan kita berjalan dengan perlahan dan berhati-hati untuk mengelakkan ibu jari terhantuk .Ada kalanya jika terhantuk ,ia boleh menyebabkan kita pitam atau bentan.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu ibu-ibu atau bakal ibu di luar sana untuk lebih prihatin tentang penjagaan diri.Penting sangat kita berpantang dengan baik , jika tak nanti muda-muda lagi dah sakit sana sini  dan muka pulak pucat lesi tidak bermaya dan nampak tua sebelum waktunya.

Untuk memastikan ibu berpantang cukup rehat dan cukup nutrisi ,akak mencadang set berpantang ini.KLIK DISINI

Wednesday, 1 July 2015

CARA ATASI SEMBELIT DALAM PANTANG

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Berpantang adalah satu proses penyembuhan bagi ibu ibu lepas bersalin.Luka dalaman dan juga luaran perlu dijaga dengan rapi agar tubuh ibu sihat seperti sediakala.Tetapi masalahnya ialah apabila ibu berpantang mengalami sembelit.Saat ini akan menghantui ibu ibu untuk pergi ketandas.

6  Cara Bagaimana hendak meredakan sembelit selepas bersalin?

  1. Menyusukan anak membuat kita dahaga, jadi kita perlu banyak minum. 
  2. Bangunlah dari katil sebaik saja kita bersalin dan bawa berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika kita masih di hospital, atau semasa di rumah. Berduduk atau berbaring untuk masa yang lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.
  3. Kalau terasa hendak ke tandas , jangan pula tidak mengendahkannya. Duduk sepenuhnya di tandas duduk, jangan sesekali mencangkung
  4. Luruskan belakang  dan angkat lutut  supaya lebih tinggi dari punggung. Jika boleh, letakkan kaki  atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki kaki. Letakkan siku  atas lutut.Tujuannya ialah supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung sebab ini cara yang paling baik untuk menggerakkan usus. 
  5. Mula dengan rutin makan dan minum secara teratur sebaik saja  melahirkan bayi . Cuba makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan, dan minumlah banyak cecair.
  6. Makan suplimen iaitu ostematrix secara konsisten
Apa kebaikan ostematrix ni sehingga dapat selesaikan masalah sembelit ibu mengandung ni?

buasir semasa mengandung

Magnesium didalam Ostematrix Shaklee selain daripada membantu dalam asimilasi kalsium kedalam tulang ia juga secara tidak langsung membantu pergerakan otot usus untuk mengeluarkan najis. 

Magnesium juga menarik air, penambahan air didalam kolon menyebabkan najis menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan. Jadi ibu ibu yang mengandung, disarankan minumlah air sekurang kurangnya 3 liter sehari.

              Bagi ibu yang sedang mengandung selain daripada membantumengatasi masalah sembelit 
Ostematrix Shaklee juga berperanan
  • membantu ibu-ibu mendapatkan rehat yang berkualiti
  • sebagai sumber kalsium tambahan
  • mengelakkan gigi rosak dan sakit tulang 
  • melegakan otot dan saraf ibu 
  • membantu menambah susu badan
CARA ATASI MASALAH SEMBELIT DENGAN CEPAT


           Berapa harga sebotol Ostematrix Shaklee ?
Sebiji harganya RM 0.51 saja tau.Ada 120 biji .
Sebiji ostematix adalah bersamaan dengan segelas susu segar dan 80 biji badam. Okey nak tau harga sebotol? 
 RM61  jer..Murah kan.Nak lagi murah? Klik DISINI


ORDER NOW!!
SID:949183
CALL/WHSUP/TELEGRAM/SMS:0108798077

Untuk dapatkan set berpantang yang lengkap ketahui kelebihannya DISINI

Tuesday, 30 June 2015

7 RAWATAN AWAL IBU BENTAN BERSALIN

Zaman dah canggih sekarang.Bila lepas bersalin jer ibu ibu dah tak kisah nak berpantang.Al maklumlah katanya sekarang macam macam ubat ada.Apa susah.nanti sakit makanlah segala suplimen segala ubat yang melambak dijual di internet..di kedai kedai jamu..Sebab tu la akak tengok ramai adik adik muda yang baru bersalin tak ambil kisah nak berpantang.

Tak pa dik.Sekarang korang muda lagi.Tapi nanti bila dah umur meningkat,mula le semuanya longgar, lenguh sana sini , sakit sana sini.Buat kerja sikit je dah penat.Muka pulak dah macam nenek tua letih tak bermaya.Masa tu jangan marah kalau suami cari alasan tersebut untuk pasang satu lagi..opss..isu sensitif..tapi itu adalah kenyataan.

Pengalaman berpantang selepas bersalin ada yang tak kisah nak jaga diri sampai satu tahap ibu bentan.Macamana rasanya bentan tu? Jika ibu ibu merasa pening kepala , badan lemah lemah,  badan terasa seram sejuk,terasa seperti nak pitam..itu mungkin petanda anda sedang mengalami bentan.Bentan yang teruk boleh menyebabkan ibu ibu pitam atau tumpah darah.Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.

bentan


7 Rawatan awal jika ibu mengalami bentan bersalin.

  1. Minum segelas kopi panas.Biarkan badan keluarkan peluh
  2. Sapu ibu kaki dengan hirisan bawang merah
  3. Segera sapukan mingak angin di kepala dan urut perlahan
  4. Pastikan perut diikat dengan ketat tapi selesa pada terutamanya pada bahagian perut yang menggeleber.
  5. Selimutkan dengan selimut tebal untuk mengeluarkan peluh
  6. Makan ubat seperti panadol atau ubat tahan sakit semulajadi iaitu b complex dan ostematrix
  7. Segera bawa berjumpa dengan doktor jika sakit berlarutan 

Sharing di atas hanyalah berdasarkan pengalaman sendiri.Mungkin ibu ibu juga perlu merujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman.


Untuk memastikan badan ibu berpantang sentiasa bertenaga ,susu mewah ,luka dalaman dan luaran cepat sembuh, kulit ibu dan anak semakin cantik, kurus dengan cepat, ibu patut mencuba set berpantang ini.




Sunday, 14 June 2015

9 CARA JAGA DIRI SEMASA BERPANTANG

Masa dalam pantang adalah tempoh masa yang paling membosankan.maklumlah ,kita dah biasa bekerja, naik kereta ke sana sini, boleh pergi shopping mana kita suka..makan apa yang tekak nak..Tapi bila dah berpantang , semua benda akan menjadi terhad..

Dik kerana bosan berpantang, ramai dikalangan ibu ibu yang tak sabar nak habis pantang,termasuklah saya.Nak tunggu 44 hari rasa macam 440 hari.Tiap tiap hari kira ,berapa baki nak berpantang.Walaupun dalam hati terasa sangat la bosan, tetapi semua pantang larang yang mak dah pesan tetap saya ikutkan.Kata mak..orang perempuan ni bila dah bersalin, segala urat urat banyak yang dah rosak, banyak kehilangan darah, luka dalaman yang tak nampak di mata. Jadi walaupun bosan terpaksa kuturutkan jua.Kalau tak di jaga , kesannya akan terasa bila usia menjangkau 40 tahun keatas.

Beruntunglah kalau ada penjaga pantang

Jadi hari ni saya nak kongsikan tips semasa berpantang

1. Ibu ibu sekalian, apabila dah selesai bersalin, nak jalan, pastikan jalan dengan perlahan lahan, jangan dok jalan macam orang tak sakit.Dirisaukan luka jahitan akan terbuka.Sakit tau kalau nak jahit semula

Banyakkan berbaring. Sewaktu berpantang, memang kita dinasihatkan agar banyak berehat. Baringlah sambil bertungku dibahagian pinggul, tapak kaki.

3. Sentiasa memakai stokin bagi mengelakkan masuk angin melalui tapak kaki.Stokin yang dipakai pula mestilah yang tebal .

4. Banyakan makanan yang lembut dan mudah ditelan seperti bubur nasi, buah buahan dan sayur sayuran bagi mengelakkan sembelit.Ramai dikalangan ibu lepas bersalin yang mengalami sembelit..tak terlepas ,saya juga..nak tahu macamana nak elak sembelit..klik sini.

5.Amalan mandian dan kebersihan diri.Walaupun kita berpantang, kebersihan diri haruslah dijaga, mandi setiap hari, diawal berpantang, mandi hanya sekali sehari .Biasanya mak saya kata tak nak luka kembang kalau selalu sangat mandi.Pastikan kawasan luka dikeringkan.
Kebersihan yang tidak dijaga boleh menyebabkan jangkitan pada luka dan ia memudaratkan jika berlarutan.

6. Rehatkan fizikal secara mental dan fizikal.Minta suami untuk membantu untuk menguruskan anak juga.Rehat sangat perlu bagi mengelakkan tekanan perasaan .Tekanan perasaan berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan lain seperti meroyan atau bentan

7.Amalkan pemakanan sihat dan seimbang.Pengambilan jamu di awal kelahiran tidak digalakkan kerena berkemungkinan perut bayi belum mampu menerima hasil daripada jamu tersebut yang diperolehii dari susu ibu.Pengambilan makanan yang seimbang dapat membantu ibu bertambah sihat dan menggalakkan penghasilan susu ibu.

8.Sentiasa mengamalkan bertungku.Paling baik masa bertungku ialah selepas mandi disebelah pagi. Selepas selesai bertungku, eloklah jika berbengkung.Berbengkung membantu perut ibu kembali tegap dan tidak menggelembir.
bertungku
Amalan bertungku melancarkan perjalanan darah


Daun mengkudu untuk membalut tungku

9. Berurut tidak kurang pentingnya.Bidan yang mengurut akan membantu melancarkan perjalanan darah dalam salur darah yang sudah terganggu serta dapat mengembalikan kedudukan peranakan ditempat yang sepatutnya.Kadang kala selepas berurut, susu ibu bertambah pengeluarannya .


Bagi ibu ibu yang inginkan makanan tambahan sebagai pelengkap nutrisi, ibu ibu boleh mengamalkan set berpantang  kerana set ini sangat selamat digunakan oleh ibu berpantang selepas sahaja melahirkan anak.Dalam set berpantang ini juga terdapat set yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dan membantu ibu ibu kembali langsing  ke bentuk badan asal sebelum mengandung.


Dulu semasa dalam pantang anak pertama , adik ni sembelit yang amat sangat sampai trauma nak mengandung lagi.. jom la layan video ni...




Jika mummy mummy semua nakkan tips untuk kurus lepas bersalin, boleh hubungi akak tau . Atau klik SINI untuk kenal akak lebih dekat. Lagi cepat whatapp je kak su 0108798077