Saturday 20 September 2014

MY LOVE MY HEART

Hari ni nak cerita tentang kisah hidup suka duka bersama insan terpilih..telah ditakdirkan jatuh cinta dengan jejaka tampan..(tampan la sangat)...Noor Azally Mohamad..
suhaila

konvokesyen 1996

Cewah cewah..nak buka balik cerita zaman muda belia 20 tahun yang dulu ..Masa tu kami sama sama study kat UTM, dia ambil course kejuruteraan awam dan saya kejuruteraan jentera..lain lain fakulti tapi mula kenal masa kami sama sama bersilat dulu..Dulu orang panggil dia Faizal Hussin sebab kurus keding macam Faizal Hussin..itu dulu..keding sekarang dua kali ganda Faizal Hussin..keke..

Mula mula tak kenal sangat dia.kami selalu lepak kat bilik persatuan silat, bila ada aktiviti kitorang pernah jadi AJK sama sama..tapi masa awal awal kenal saya tak minat pun kat dia..hehe..tapi bila dah lama-lama ..orang takle..menjadi la pulak..kawan sekejap je..terus nak ajak bertunang..takut melepas..hehe..ramai calon menanti time tu..

Terus bawa jumpa bakal mak mentua..malahan masa majlis konvokesyen ,mak abah tak datang ..family dia yang datang ,sebab masa tu ada majlis perkahwinan abang kat kampung..mak mentua kata ok..terus hantar rombongan meminang..habis jer belajar..kerja 4 bulan..terus nikah..masa tu usia dia 25 tahun dan saya 21 tahun..muda sangat..macam budak hingusan lagi..kui..kui..kui..yang penting mak ayah restu..

Banyak dugaan dan cabaran di alam rumahtangga..

Ini tips keluarga bahagia yang kami amalkan

* terima seadanya dia ,
*  kita wajib saling faham memahami,
*  saling memaafkan,
* tak terlalu berkira sangat..
* bertolak ansur
* hormat menghormati..jangan la dok ikut kepala sendiri jer.
* terima kekurangan dan kelebihan diri masing masing..
* SABAR mesti sangat sangat kuat..kalau tak..habis laa..
* jangan minta sesuatu diluar kemampuan suami
* berbincang
* luahkan perasaan yang terpendam
* senyum selalu
*cantik dimata dan di hati
*masak makan minum dijaga

                          Bak kata P Ramli..

hidup mestilah rukun
sabar paling perlu
cinta setiap hari
senyum mesti selalu...

Raya 2013

Ulangtahun perkahwinan ke 17

Tahun ni dah masuk tahun ke 18 tahun usia perkahwinan kami..dan dikurniakan 5 orang cahaya mata..merekalah yang Allah anugerahkan kepada saya sebagai penyeri kehidupan di dunia..Suami dari kurus keding , sekarang..bulat segala galanya..maklumlah..isteri jaga baik punya...hehe..sekarang dalam proses nak kuruskan badan plak..jelous tengok bini dari dulu sampai sekarang dok camtu ya..kenalah kuruskan badan semula ..hari hari telan omega,alfalfa lecithin(set kurus)..Alhamdulillah..semoga ikatan ini berterusan sehingga ke jannah..

#cabaran/30/hari/blog/day/6/duniakuinspirasiku/

No comments:

Post a Comment