Monday 3 November 2014

LELAKI BUNCIT RISIKO STROK???

Dewasa ini ramai dikalangan rakyat Malaysia yang mengidap penyakit strok.Tak kira wanita atau lelaki ,muda atau tua.Menurut Persatuan jantung Amerika , strok berada pada tangga ke lima penyebab kematian lelaki.Satu daripada 14 mangsa strok terdiri daripada mereka yang berusia 45 tahun.Strok bukan sahaja berlaku dengan tiba tiba malahan ia telah lama mengekori kita sejak bertahun tahun.
elak strok dengan shaklee


Cuba kita semak sama ada kita tergolong dalam orang yang berisiko strok.
  • Tekanan darah , tinggi daripada 140/90 ..menurut Walter Kernan professor perubatan daripada universiti Yale, setiap peningkatan 20 mata dalam sistolik tekanan darahatau peningkatan 10 mata diastolik akan menggandakan risiko kematian akibat strok
  •  Adakah anda seorang perokok?.Nikotin dan pelbagai toksin yang disedut dari asap rokok membuatkan arteri lebih terdedah dengan pembekuan darah.Berhenti merokok akan mengurangkan risiko selepas setahun anda stop merokok
  • Bilaberdiri tegak dan lihat ke bawah , apa yang anda nampak? perut atau kaki? Dalam kajian menunujukkan bahawa lelaki dengan garid pinggang berkembang sebanyak 93% daripada lilitan pinggul mereka akan berisikosehingga 3 kali ganda mendapat strok berbanding dengan lelaki langsing.Nisbah pinggang kepada pinggul yang ideal ialah 0.70 ke 0.89. Lepas ni cepatpergi ukur perut masig masing..Ibu ibu mengandung dikecualikan..^^
  • Dengan hanya 30 minit pergerakan berintensiti sederhana setiap hari dapat mengurangkan tekanan darah dan keradangan serta meningkatkan kecekapan insulin dan kawalan gula dalam darah
  • Alkohol? Larangan Allah supaya tidak mengambil alkohol pasti ada sebabnya.Penyelidik dari Harvard melaporkan bahwa peminum tegar alkohol adalah 42% lebih berkemungkinan mengalami strok berbanding mereka yang tidak.
  • Adakah keluarga salah seorang daripada ibu bapa , abang atau kakak anda mengidap strok? Jika ya , maka anda mempunyai risiko dua kali ganda risiko mengidapnya juga sebelum capai umur bersara.

boroi dan stroke

                                Boroi itu seksi?

PEMULIHAN STROK
Sekiranya anda diserang strok adalah teramat penting untuk dirujuk kepada ahli fisioteri secepat mungkin.Lebih cepat fisioterapi dimulakan , lebih cepat otak mempelajari semula pergerakan pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan laluan deria dan pergerakan ke otak 



 ELAKKAN STROK DENGAN


Shaklee masjid tanah/alor gajah/kuala sungai baru/pengkalan balak/sungai udang/
POS satu Malaysia

No comments:

Post a Comment