Thursday 19 May 2016

PERJALANAN 30 KANAK-KANAK MENDAKI BUKIT BROGA

Assalamualaikum hai semua...baru sempat nak update blog hari ni.Alhamdulillah.Hari ni nak cerita tentang pengalaman baru akak mendaki bukit.Kali terakhir mendaki gunung ialah pada tahun 1992 .Masa tu masih belajar kat UTM skudai.Daki ramai-ramai dengan geng sefakulti, daki  Gunung Belumut, Johor.

Kalau korang nak tahu , kami ada group shaklee yang awesome.Kali ni perancangan setelah hampir sebulan dibuat pihak penganjur (IREACHFIT2016) untuk mendaki Bukit Broga ,Semenyih kat Nogori Sembilan.Dek keran jauh dari tempat Kak  su , kami dari Masjid Tanah bertolak dari sini petang Jumaat.Tinggal di homestay dekat-dekat dengan Bukit Broga tu.Kami berlima , 3 orang anak kak su dan Lin kawan seperjuangan meredah lebuh raya mencari tempat yang nak dituju.Mujurla ada GPS, kalau tak ,sah sesat jalan.hihi
Di homestay 

Hari Sabtu 7.5.16 seawal 6.30 pagi dah keluar dari homestay menuju ke Bukit Broga..alamak ai..tak aku sangka, ramainya orang dah masuk parking bawah pkok kelapa sawit ni.Macam nak pergi shopping compleks pulak.Mujurla masih ada kekosongan.

Dah siap berkumpul , dengan masing-masing berbaju pink untuk mak-mak dan biru terkoise untuk bapa -bapa dan anak-anak kecil berbaju merah.Sebelum naik kena streching dulu.Doa untuk mohon agar tak ada apa-apa musibah berlaku sepanjang perjalanan...



Wow..wow..wow...akak sendiri terkedu tengok, group kami ni paling ramai kanak-kanak.Bukan setakat kanak-kanak , ada juga anak yang dikendong dalam baby carrier.Bersemangat betul masing-masing.Akak bawa 3 orang jer.Anak sulung Firdaus dibawa khas untuk awasi adik-adik , Dania dan juga faheimy saja try test power, bolehke diorang mendaki.



Lebih kurang pukul 8 pagi kami mula bergerak , wah..paling exited sekali ialah kanak-kanak ni.Diorang yang terkedepan dari mak apak masing-masing sampaikan kena suruh berhenti takut pulak terpisah dari mak apak diorang kat belakang.

Tempat mencabar .Mujur ada tali

Terpaksala korang tunggu kami naik beramai-ramai


Gelagat anak-anak ireach memang mencuri perhatian ramai

Perjalanan naik nampak macam ok je pada awal-awal tu.Tapi ada part yang licin .Tanah tak berumput.Alhamdulillah semua berjaya melepasi setiap halangan.Semasa kami mendaki, ramai juga pendaki lain yang dah mula turun.Masing-masing menegur kumpulan kami...

"wah comelnya adik ni..bersemangat"
"ni cikgu diorang ni, bagusnya budak tadika pun boleh panjat"
"cepat dik..boleh lagi boleh lagi"
"dik meh abang angkat naik atas" boleh dia menolak tak nak....panjat juga sendiri..


Majoriti pendaki kata kami ni bawa budak tadika..hihi ..Almaklumla , semua kecik-kecik , pastu pakai baju merah je semuanya sama...of course nampak macam pelik bawa budak kecik kecik kannn...rasa macam kesian tengok budak-budak tu penat..
 tapi hakikatnya mereka semua  anak-anak kami.Semangat anak-anak ireach memang kuat.Tak ada yang menangis keletihan, malah aktif semacam jek.Sekali sekala berhenti sebab kehausan.

Faheimy dengan dania pun sama.Dalam kepala faheimy asyik fikir yang ibu bawa naik bukit tu nak pergi main.Aduhhh..sepanjang jalan tanya bila nak sampai,eimy nak main...ohhhh faheimy...tapi mujurla dia tak patah semangat nak ajak balik.Tapi terus bersemangat jalan laju kejar kawan-kawan lain yang mendaki tanpa ada yang mengeluh.


Pemandangan di Bukit Broga memang cantik.Keadaan yang sejuk dan nyaman sepanjang perjalanan , buatkan diri rasa agak selesa.Pokok-pokok yang terlindung dari cahaya matahari yang semakin terik melindungi kami. Ramai juga pendaki-pendaki yang membantu anak-anak kecil kami melalui kawasan yang agak merbahaya.Disamping sorakan dan semangat yang diorang berikan pada anak-anak kami membuatkan anak-anak kami ni terus kuat dan bersemangat untuk teruskan perjalanan.


Part yang paling susah sekali ialah kawasan yang hampir tiba ke puncak.Kawasan tu tak banyak rumput.Hanya berbatu dan kawasan tanah yang licin.Kami perlu berpaut pada tali dan laluan bertangga tanah.


Alhamdulillah.Selamat juga kami sampai ke puncak Bukit Broga.Ramai betul pendaki-pendaki yang dah sampai ke puncak.Happy sangat ..dan tak sangka anak-anak kecil kami juga mampu sampai ke puncak Bukit Broga tanpa sebarang kecederaan.

Pemandangan yang sangat cantik dari puncak.Lepak kat atas Bukit Broga tu , possing-possing ramai-ramai.bukan senang nak sampai atas bukit tu kan...

Kalau ikutkan ada satu lagi puncak yang lebih tinggi tapi kami tak naik kat sana.Masalahnya faheimy tak puas hati sampai kat bukit tu.Dia nak naik lagi bukit yang paling tinggi tu.Adoiii..semua orang dah lepak amik angin keletihan ,dia boleh nak ajak panjat sampai ke atas.Abang aus ikutkan juga permintan dia..tapi sampai sekerat jalan dia ajak patah balik..hihi..

Nak dijadikan cerita , masa di atas puncak Bukit Broga tu, tiba-tiba ternampak la pula orang yang dikenali.Boleh pula terjumpa anak murid Sekolah Ghafar Baba kat situ.Melompat la dia riang jumpa cikgu kesayangan dia...(sayang la sangat..hihi)..Raihana x students SGB 2011.Datang hiking dengan group UTEM...apalagi..sempat la possing kat atas tu...

Dah lebih 30 minit lepak ambik angin dan bergambar...kami pun sedia nak turun.Turun memang laju.Tapi sangat bahaya.Kawasan licin botak tak berumput..banyak kali tergelincir.tapi ok tak da apa2...

Cuma Dania, dia pula jalan kemain laju, dah jatuh tergelincir, jatuh pulak atas abang aus yang sedang dukung faheimy...mujur terhempap atas abang..tapi sakit juga la anak akak dua orang tu.menangis la juga ...tapi akhirnya kami selamat juga sampai di kaki Bukit Broga dengan selamat.Alhamdulillah.
Faheimy dah sakit kai kena hempap dengan kakak dania

jalan mencabar dan licin

Dibantu juga oleh pendaki lain
Selesai sudah aktiviti mendaki Bukit Broga, sekarang masa untuk mengisi perut yang sudah kelaparan.Jamuan makan yang ditaja oleh teman-teman Ireach..nasi lemak berlauk...yummy sangat...
Dania , Faheimy ,Aus pun dah keletihan, lapar dan haus semua ada....Selesai makan dan berkemas untuk pulang ke Masjid Tanah.

Dalam perjalanan ketiga-tiga anak akak semua dah fengsannn..letih la tu..sampai rumah dalam pukul 2 petang.Alhamdulillah.Ingatkan badan dan kaki mungkin akan sakit..alhamdulillah..semuanya tak da apa2 kesakitan..semuanya ok..anak pun tidur dengan nyenyak ..tak komplen nak demam ke..pening ke...semua ok..ibu yang tak sempat nak rehat..kena kacau dengan faheimy..huhu..

Apa-apapun..misi menawan Bukit Broga telah berjaya, bersama kanak-kanak yang sangat bersemangat waja..Caiyok anak-anak ku...apa pun halangan kita tempuh bersama..Semoga bertemu lagi di aktiviti hiking gunung lain pulak ye...

Terasa sangat berbaloi datang aktiviti macam ni.Bukan saja test diri sendiri, umur dah 41 tahun masih mengagahkan diri nak panjat bukit..cewahhh...jumpa dengan kawan-kawan sama bisness of corse mengeratkan tali silaturrahim...kami bukan setakat jual vitamin tapi kami buktikan yang makan vitamin pun kalau nak sihat kena juga beraktiviti luar.
Ibu ibu muda..daku  paling tua..hihi

Selama ni anak-anak sibuk jer dengan gajet masing-masing , kali ni kita bawa diorang menikmati udara luar dan nikmati keindahan alam ciptaan Allah.Kenal erti kepayahan..kenal erti membantu..

Disini juga mereka dan kami kenal erti kasih sayang, tolong menolong dalam kesusahan..cewah lagi...haha...best tau join group bisness kami..bukan saja dapat bonus tiap-tiap bulan, dapat kawan baru, dapat ilmu baru.banyak lagi akitiviti menarik kami selepas ni...tunggu apa lagi jom la join group kami yang awesome ni.....

Tauke Ireach..master Zainul..happy semua selamat sampai ke puncak

Satu lagi nak citer...bila konsisten makan vitamin insyaAllah makin kuat kami beraktiviti fizikal termasuklah anak-anak kami.....

Jom layan kerenah kami sebelum, semasa dan selepas menawan Bukit Broga......cauuu..



Kendong anak sambil hiking..cayalah


Gelagat si ibu mengendong bayi ..tetap bersemangat mendaki hingga ke puncak


Hero malay..sempat hang possing dengan vivix


Ngeh..ngeh..vivix peberet


Hidup #ireachfit2k16.......ireachfit kids...



Jumpa lagi di Gunung Kinabalu(target)





Misi Tawan Bukit Broga #iReachFit from iReach HD on Vimeo.

No comments:

Post a Comment