Showing posts with label AKTIVITI GROUP. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI GROUP. Show all posts

Saturday, 17 September 2016

IREACH SUPERSTAR AWARD 2016

IREACH SUPERSTAR AWARD 2016
-------------------------

Alhamdulillah..selamat sampai rumah..
Kami semua baru je balik dari program  iReach Superstar Award..

Hari ni semua kami pakai baju rayeee...haha..walaupun raya dah habis....rare tak?tak pun...sebab kami memang extraordinary..

Apa yg bestnya program ni?

Reward kepada mereka2 yg telah berjaya dlm pertndingan yg ireach anjurkan..

Sharing dari teman2 yg telah berjaya  dalam kategori masing2..

Cabutan bertuah..untungla Anjung Raudhah dgn NoorAzmiah Mohamad dapat beg besar dr Olando gitew tau..
Sib baik hakak tak boikot anjung raudah tau..kalau tak kena hang balik naik LRT..😛

Hasil dr sharing2 dorang tu..memang sangat bgi inspirasi kat hakak tau..huhu..bukan senang nak senang tapi semuanya tak mustahil...seronok ada kat sini..semua aura2 positif dorang terserap dalam otak...happy sangat..

Semoga #ireach boleh buat selalu camni..nnti hakak pula yg jadi superstar tu tau...

Kalau korang nak join group hebat macam kami jom la..kita akan diajar dr zero sampai jadi hero macam mereka...
Yang penting anda MAHU dan MINAT..

SU
010-8798-077

#tsunamishaklee
#gmftsunami
#gmfbot

Tuesday, 6 September 2016

KELAS BLOG DI JOHOR

Hari ni 4 september 2016..gigih kami berlima mami mia..kak su .lin dan fatin dari Melaka nak menuju ke rumah aynies kat Ulu Tiram.Bawa sekali anak2 kecik kesana.

Boleh tahan jauh juga.Biasa la sambil sambil kelas blog ni mesti ada makan makan..pot luck bawa sorang sikit. Memang kenyang dengan makanan.sambil belajar sambil makan..Tapi jangan lupa bila dah makan tu..sila lah telan omega, lecithin dengan herblax.

Kelas blog

Apa yang kami belajar?
Kelas kali ni tak ramai.Kebanyakannya dari diorang yang baru nak belajar buat blog.Jadi mami miah ajar basic nak tulis  apa kat blog.

1.Cara nak masukkan gambar.
2.Cara penulisan
3.Cara membuat link blog ke blog
4.Teknik menarik goggle ingat blog kita
5.Teknik menulis tajuk yang menarik

Macamna buat kelas blog dengan anak -anak yang jerit perit? Itulah istimewanya bisness kami.Bekerja sambil jaga anak tak da masalah.Alhamdulillah..kami dari melaka dapat bertemu dengan teman teman dari Johor.Pengikat ikatan ukhwah kami sambil tambah ilmu.Awesome sangat.Nanti kelas blog kami akan bersambung lagi.

Jika anda berminat untuk sertai group kami..boleh hubungi akak tau

Wasap je kak su
0108798077

K bye..



Thursday, 19 May 2016

PERJALANAN 30 KANAK-KANAK MENDAKI BUKIT BROGA

Assalamualaikum hai semua...baru sempat nak update blog hari ni.Alhamdulillah.Hari ni nak cerita tentang pengalaman baru akak mendaki bukit.Kali terakhir mendaki gunung ialah pada tahun 1992 .Masa tu masih belajar kat UTM skudai.Daki ramai-ramai dengan geng sefakulti, daki  Gunung Belumut, Johor.

Kalau korang nak tahu , kami ada group shaklee yang awesome.Kali ni perancangan setelah hampir sebulan dibuat pihak penganjur (IREACHFIT2016) untuk mendaki Bukit Broga ,Semenyih kat Nogori Sembilan.Dek keran jauh dari tempat Kak  su , kami dari Masjid Tanah bertolak dari sini petang Jumaat.Tinggal di homestay dekat-dekat dengan Bukit Broga tu.Kami berlima , 3 orang anak kak su dan Lin kawan seperjuangan meredah lebuh raya mencari tempat yang nak dituju.Mujurla ada GPS, kalau tak ,sah sesat jalan.hihi
Di homestay 

Hari Sabtu 7.5.16 seawal 6.30 pagi dah keluar dari homestay menuju ke Bukit Broga..alamak ai..tak aku sangka, ramainya orang dah masuk parking bawah pkok kelapa sawit ni.Macam nak pergi shopping compleks pulak.Mujurla masih ada kekosongan.

Dah siap berkumpul , dengan masing-masing berbaju pink untuk mak-mak dan biru terkoise untuk bapa -bapa dan anak-anak kecil berbaju merah.Sebelum naik kena streching dulu.Doa untuk mohon agar tak ada apa-apa musibah berlaku sepanjang perjalanan...



Wow..wow..wow...akak sendiri terkedu tengok, group kami ni paling ramai kanak-kanak.Bukan setakat kanak-kanak , ada juga anak yang dikendong dalam baby carrier.Bersemangat betul masing-masing.Akak bawa 3 orang jer.Anak sulung Firdaus dibawa khas untuk awasi adik-adik , Dania dan juga faheimy saja try test power, bolehke diorang mendaki.



Lebih kurang pukul 8 pagi kami mula bergerak , wah..paling exited sekali ialah kanak-kanak ni.Diorang yang terkedepan dari mak apak masing-masing sampaikan kena suruh berhenti takut pulak terpisah dari mak apak diorang kat belakang.

Tempat mencabar .Mujur ada tali

Terpaksala korang tunggu kami naik beramai-ramai


Gelagat anak-anak ireach memang mencuri perhatian ramai

Perjalanan naik nampak macam ok je pada awal-awal tu.Tapi ada part yang licin .Tanah tak berumput.Alhamdulillah semua berjaya melepasi setiap halangan.Semasa kami mendaki, ramai juga pendaki lain yang dah mula turun.Masing-masing menegur kumpulan kami...

"wah comelnya adik ni..bersemangat"
"ni cikgu diorang ni, bagusnya budak tadika pun boleh panjat"
"cepat dik..boleh lagi boleh lagi"
"dik meh abang angkat naik atas" boleh dia menolak tak nak....panjat juga sendiri..


Majoriti pendaki kata kami ni bawa budak tadika..hihi ..Almaklumla , semua kecik-kecik , pastu pakai baju merah je semuanya sama...of course nampak macam pelik bawa budak kecik kecik kannn...rasa macam kesian tengok budak-budak tu penat..
 tapi hakikatnya mereka semua  anak-anak kami.Semangat anak-anak ireach memang kuat.Tak ada yang menangis keletihan, malah aktif semacam jek.Sekali sekala berhenti sebab kehausan.

Faheimy dengan dania pun sama.Dalam kepala faheimy asyik fikir yang ibu bawa naik bukit tu nak pergi main.Aduhhh..sepanjang jalan tanya bila nak sampai,eimy nak main...ohhhh faheimy...tapi mujurla dia tak patah semangat nak ajak balik.Tapi terus bersemangat jalan laju kejar kawan-kawan lain yang mendaki tanpa ada yang mengeluh.


Pemandangan di Bukit Broga memang cantik.Keadaan yang sejuk dan nyaman sepanjang perjalanan , buatkan diri rasa agak selesa.Pokok-pokok yang terlindung dari cahaya matahari yang semakin terik melindungi kami. Ramai juga pendaki-pendaki yang membantu anak-anak kecil kami melalui kawasan yang agak merbahaya.Disamping sorakan dan semangat yang diorang berikan pada anak-anak kami membuatkan anak-anak kami ni terus kuat dan bersemangat untuk teruskan perjalanan.


Part yang paling susah sekali ialah kawasan yang hampir tiba ke puncak.Kawasan tu tak banyak rumput.Hanya berbatu dan kawasan tanah yang licin.Kami perlu berpaut pada tali dan laluan bertangga tanah.


Alhamdulillah.Selamat juga kami sampai ke puncak Bukit Broga.Ramai betul pendaki-pendaki yang dah sampai ke puncak.Happy sangat ..dan tak sangka anak-anak kecil kami juga mampu sampai ke puncak Bukit Broga tanpa sebarang kecederaan.

Pemandangan yang sangat cantik dari puncak.Lepak kat atas Bukit Broga tu , possing-possing ramai-ramai.bukan senang nak sampai atas bukit tu kan...

Kalau ikutkan ada satu lagi puncak yang lebih tinggi tapi kami tak naik kat sana.Masalahnya faheimy tak puas hati sampai kat bukit tu.Dia nak naik lagi bukit yang paling tinggi tu.Adoiii..semua orang dah lepak amik angin keletihan ,dia boleh nak ajak panjat sampai ke atas.Abang aus ikutkan juga permintan dia..tapi sampai sekerat jalan dia ajak patah balik..hihi..

Nak dijadikan cerita , masa di atas puncak Bukit Broga tu, tiba-tiba ternampak la pula orang yang dikenali.Boleh pula terjumpa anak murid Sekolah Ghafar Baba kat situ.Melompat la dia riang jumpa cikgu kesayangan dia...(sayang la sangat..hihi)..Raihana x students SGB 2011.Datang hiking dengan group UTEM...apalagi..sempat la possing kat atas tu...

Dah lebih 30 minit lepak ambik angin dan bergambar...kami pun sedia nak turun.Turun memang laju.Tapi sangat bahaya.Kawasan licin botak tak berumput..banyak kali tergelincir.tapi ok tak da apa2...

Cuma Dania, dia pula jalan kemain laju, dah jatuh tergelincir, jatuh pulak atas abang aus yang sedang dukung faheimy...mujur terhempap atas abang..tapi sakit juga la anak akak dua orang tu.menangis la juga ...tapi akhirnya kami selamat juga sampai di kaki Bukit Broga dengan selamat.Alhamdulillah.
Faheimy dah sakit kai kena hempap dengan kakak dania

jalan mencabar dan licin

Dibantu juga oleh pendaki lain
Selesai sudah aktiviti mendaki Bukit Broga, sekarang masa untuk mengisi perut yang sudah kelaparan.Jamuan makan yang ditaja oleh teman-teman Ireach..nasi lemak berlauk...yummy sangat...
Dania , Faheimy ,Aus pun dah keletihan, lapar dan haus semua ada....Selesai makan dan berkemas untuk pulang ke Masjid Tanah.

Dalam perjalanan ketiga-tiga anak akak semua dah fengsannn..letih la tu..sampai rumah dalam pukul 2 petang.Alhamdulillah.Ingatkan badan dan kaki mungkin akan sakit..alhamdulillah..semuanya tak da apa2 kesakitan..semuanya ok..anak pun tidur dengan nyenyak ..tak komplen nak demam ke..pening ke...semua ok..ibu yang tak sempat nak rehat..kena kacau dengan faheimy..huhu..

Apa-apapun..misi menawan Bukit Broga telah berjaya, bersama kanak-kanak yang sangat bersemangat waja..Caiyok anak-anak ku...apa pun halangan kita tempuh bersama..Semoga bertemu lagi di aktiviti hiking gunung lain pulak ye...

Terasa sangat berbaloi datang aktiviti macam ni.Bukan saja test diri sendiri, umur dah 41 tahun masih mengagahkan diri nak panjat bukit..cewahhh...jumpa dengan kawan-kawan sama bisness of corse mengeratkan tali silaturrahim...kami bukan setakat jual vitamin tapi kami buktikan yang makan vitamin pun kalau nak sihat kena juga beraktiviti luar.
Ibu ibu muda..daku  paling tua..hihi

Selama ni anak-anak sibuk jer dengan gajet masing-masing , kali ni kita bawa diorang menikmati udara luar dan nikmati keindahan alam ciptaan Allah.Kenal erti kepayahan..kenal erti membantu..

Disini juga mereka dan kami kenal erti kasih sayang, tolong menolong dalam kesusahan..cewah lagi...haha...best tau join group bisness kami..bukan saja dapat bonus tiap-tiap bulan, dapat kawan baru, dapat ilmu baru.banyak lagi akitiviti menarik kami selepas ni...tunggu apa lagi jom la join group kami yang awesome ni.....

Tauke Ireach..master Zainul..happy semua selamat sampai ke puncak

Satu lagi nak citer...bila konsisten makan vitamin insyaAllah makin kuat kami beraktiviti fizikal termasuklah anak-anak kami.....

Jom layan kerenah kami sebelum, semasa dan selepas menawan Bukit Broga......cauuu..



Kendong anak sambil hiking..cayalah


Gelagat si ibu mengendong bayi ..tetap bersemangat mendaki hingga ke puncak


Hero malay..sempat hang possing dengan vivix


Ngeh..ngeh..vivix peberet


Hidup #ireachfit2k16.......ireachfit kids...



Jumpa lagi di Gunung Kinabalu(target)





Misi Tawan Bukit Broga #iReachFit from iReach HD on Vimeo.

Wednesday, 27 May 2015

CARA BUAT KELAS YANG MENARIK MINAT

Assalamualaikum..

Korang pernah jadi anak murid kan? Apa perasaan korang kalau masa cikgu mengajar , cikgu je yang bercakap..ko dengar jer..bila cikgu tanya ..faham tak korang??? mesti ko jawab ..faham cikguuuu..tapi bila cikgu tanya..hampeh..tak faham pun..haha...sebab ko asyik setuju jer dengan apa yang cikgu cakap..mana tak setujunye..asyik tersenguk senguk ..ada yang dah siap tido sampai keluar air liur basi...kui..kui..tapi kalau anak murid saya kat kelas ..tak sempat nak lelap...sebab suara cikgu dia macam petir..sapa yang kuyu..mesti dia yang kena jawab...mungkin itulah pengalaman korang semasa sekolah dulu dulu dan mungkin sekarang kut....

Haaa...hari ni saya nak kongsi cerita kelas yang best yang pernah saya join..hai..cikgu yang dah tua pun pegi kelas juga ke? of course la..selagi hayat dikandung badan..selagi tu kena tuntut ilmu..ilmu Allah tu kan sangat luas..selalunya dapat ilmu dalam dunia pendidikan jer..sekarang dunia perniagaan pula...

Masa first time nak pergi kelas basic shaklee dulu,dalam kepala saya membayangkan nak masuk kelas macam pergi dewan seminar ke..masuk dewan kuliah ke...,mesti pakai baju cantik cantik..mesti pakai formal...bila first time join kelas...terperanjat beruk saya...hahaha..nak tau kenapa? Saya tengok diorang yang datang siap bawa tikar bantal, siap bawa anak kecik,siap bawa stroller..macam nak pergi berkelah...macam macam lagilah...

Bila kelas mula..tok guru yang nak mengajar tu pulak mengajar sambil dukung anak,hahaha..main main misai ayah dia..kelakar pun ada..tapi suatu yang menarik ..bila kelas mula..si anak anak kecil mula bermain main kat belakang, baring baring , makan makan...bila si siisteri nak bercakap..si suami dukung anak..bila si isteri nak bercakap..si suami pula jaga nak...hebatnya diaorang nie....meriah sangat kelas ..pendek kata anak anak bukanlah penghalang untuk kita mencapai matlamat...malahan anak anak dan keluarga merupakan pendorong mereka mereka ini untuk jauh kehadapan...

Satu lagi bestnya kelas dengan geng geng shaklee ni..korang tak akan rasa rendah diri atau rasa malu..sebab leader leader ni sangat sporting..ko tanya jela apa apa pun yang ko nak tahu..mesti ko takan hampa...kalau boleh semua ilmu yang diorang ada nak dicurahkan  kat kita..tinggal lagi ko mampu ke tak ja nak sumbat dalam otak ko....

Of course la kelas kelas diorang tak bosan..ko tak sempat nak mengantuk pun...bukan duduk mendengar jer..ada aktiviti, bersenam lah,berjogetlah..menyanyi..ada sorang leader tu namanya Faiz..mana dia pergi mesti ada gitar...haha..suka betul dia nak nyayi...dialah penghibur kitorang...

Kelas yang best mesti ada makan makan yang best..dah penat menimba ilmu..apa lagi..makanlah...selalunya buat potluck..makanan lebih daripada cukup..pendek kata ..kalau korang masuk kelas kami ni..walaupun first time pergi..ko akan rasa macam dah kenal bertahun tahun..itulah kelebihan kami..ikatan dan jalinan ukhwah dari bisness iaitu Shaklee..

Sejak join Shaklee dan kelas kelas Shaklee yang jauh atau kelas yang dekat , memang banyak perubahan yang dapat saya rasa..terutamanya ....soal hati...sukar nak diungkap disini..nanti kita cerita kat masa lain yek..disamping tu juga..yang best..dulu saya buta jugala pasal  IT tapi alhamdulillah..saya sekarang saya dah punya blog sendiri..

Saya banyak aplikasikan ilmu ilmu dari kelas Shaklee untuk saya terapkan dalam kerjaya saya sebagai pendidik..lebih masa saya terisi dengan perkara lebih bermanafaat berbanding dulu..dan saya sangat happy dengan kerjaya saya sekarang...happy dengan kerjaya sebagai pendidik dan membantu insan lain ke arah kehidupan yang lebih sihat bersama shaklee...

Jatuh bangun orang yang berjaya adalah kerana dia tak bosan dengan rutin hariannya...korang nak jadi orang berbakat? ,macamana?

                      Cara Nak Jadi Orang Yg BERBAKAT from iReach HD on Vimeo.


Kalau korang berminat nak join dengan kami..sangat sangatlah di alu alukan...korang akan rasa sendiri seperti apa yang saya rasa..awesome....


Nak join mai la hubungi saya..telegram, wassup, sms pun boleh..0108798077...

Tuesday, 26 May 2015

ANUGERAH BINTANG POPULAR

Assalamualaikum 
Bulan Jun kembali lagi.Teringat kembali kisah 6 dan 7 Jun  2014.Kisah naik pentas buat kali pertamanya dalam Shaklee bersama suami saya dan geng geng GMF..
national conference

Bersama Master Hadhatina MKB..

National conference adalah salah satu anugerah berprestig yang pihak Shaklee beri untuk SID yang cemerlang setelah mengharungi berbagai dugaan dan cabaran pada cycle 2013 -2014, pahit dan manis dah diharungi...hari itu telah berbayar...terasa diri sangat istimewa masa tu..walaupun anugerah tu saya dapat satu jer pun...tapi punya exited gile ..hihi..suami pun support juga..alhamdulillah..best..best..best..

Kejayaan yang cukup manis yang tak pernah saya rasai..dapat anugerah APC dari Kementerian Pendidikan pun  tidaklah segah majlis ni..kenapa ntah ..lain macam jer aura kat sini.Walaupun masa tu belum setahun pun saya join Shaklee, tak sangka dapat juga anugerah.
national conference
Menggigil ke tu?

Di sana aura insan insan cemerlang , seperti master master hebat, leader leader hebat yang meraih berbagai anugerah.Sesi sharing yang sangat meruntun jiwa, sangat sangat memberi sumber inspirasi..bukan setakat untuk berjaya dalam Shaklee malah dalam kerjaya saya sebagai seorang guru...Sesungguhnya pengalaman lebih mahal dari segulung ijazah...disini saya dapat rasakan ...alamak ai ..susahla nak digambarkan dengan kata kata ...

Terasa sebak bila nama terpapar di skrin besar ,air mata bergenang..ya Allah aku bersyukur dipertemukan dengan  Shaklee..sob..sob..lap lap..nanti abang nampak dia gelak..hahahahaha
national conference
Bersama leader hebat..my upline mami mia berbaju biru..

Tahun ini juga nama sudah ada dalam list untuk dapat anugerah buat kali ke dua..semoga impian menuju puncak Master juga menjadi kenyataan...doakan perjalanan menuju puncak itu dipermudahkan ye..

Penutup majlis NC tu Faizal Tahir menyanyi live!!!!!! Gerun..meremang bulu roma..samapi hari ni saya suka sangat lagu tu..

national conference

Roger Barnett..sporting..




Layan lagu ni jap...GEMURUH..FAIZAL TAHIR

Sunday, 24 May 2015

PERTANDINGAN HANTU BLOG

Hari ini kami bertujuh berkampung lagi di suhaila's Teaching centre ,kat Londang...rumah ai la tu...
hari ni adalah kali kedua kami berkumpul untuk sesi nak belajar pasal blog.Saya memang dah ada blog kira kira 1 tahun lepas .Tapi masih banyak yang belum saya tahu.

Ilmu yang istImewa dari mami Mia,GMF founder..banyak sangat yang kami belum belajar...Best betul belajar hari ni.Sambil belajar dan bersantai santai .Dengan lauk pauk kami bawa dari rumah ada lauk kari ikan merah,asam pedas, rendang ayam, sambal belacan buah kuini..kek coklat..pizza, roti gebu..wah..ini kelas blog ke kelas melantak?hahaha..


Di hiasi dengan hilai tawa, tangis gembira anak anak kami yang haruk piruk sepanjang kelas..Tak kisahlah..yang penting dapat gak kami  belajar

Contest itu akan bermula esok 25.5.2015 dan berakhir 25.6.2015 nanti.Hadiah utama tak yah cerita kat sini..biar yang sertai jer tahu..hihi..Masing masing exited nak join contest ni.Menang ke kalah ke tak penting lagi.bagi kami melalui contest ni dapat juga kami upgrade ilmu dan memperbaiki kualiti blog dan post post kami.

kelas blog

Semoga idea bernas ketiga tiga leader menganjurkan pertandingan Hantu Blog ini iaitu Mami Mia,Mama Nurul dan Mama Ainul ini dapat membantu kami memeriahkan dunia blogger dan juga membantu kami mempromosikan blog kami yang selama ini suam suam kuku...

Layan la gambar kami nih..best tau...



Ni gaya org tua tua belajar


Cewah..tengah fokus betul tu..

kelas blog
Cikgu dan ketua kelas..merangkap kuat makan..haha

Eh..kenapa dak Lin ni cantik jer..comey jer walau dah beranak 4? KLIK SINI

Friday, 17 April 2015

MOTIVATION RALLY MELAKA

                                      Me n Che Za                                      Me n Lin


Sabtu yang lepas beramai ramai la kami pakat dok pergi Hotel Holiday Inn Melaka.Disebabkan malas nak menempuh jem, kami bertiga. saya Lin dan Che Za bergerak awal dari Masjid Tanah..So kami sampai paling awal lah..Exited la kan...Tapi masa pendaftaran cuak juga la..nama saya tak da dalam senarai...Nasib baik la, bila check dalam sistem nama saya ada..


shaklee masjid tanah
 wow ..dapat anugerah..

Eh lupa pulak nak bagitau..program yag kami hadiri nama dia ialah Movation & Reconition Rally ..Anugerah yang pihak Shaklee berikan kepada ahli ahli shaklee yang baru naik rank..contohnya daripada ahli biasa ke supervisor, daripada supervisor naik seniour supervisor..Kalau korang nak tahu, rank tertinggi dalam Shaklee ialah Master..tapi mula dulu dari bawah..ahli , supervisor, seniour supervisor, coordinator, senior coodinator, key coodinator, seniour key coordinator, dan Master.
shaklee masjid tanah
Master Mama Fisha
Dalam masjlis tersebut,perkara yang paling menarik perhatian ialah apabila 2 orang master berkongsi pengalaman kejayaan mereka.Kedua duanya dahulu adalah seorang ibu yang bekerjaya.Bukan calang calang pekerjaan tau.Master Fisya pada mulanya makan shaklee hanya untuk menyusukan anak.Akibat dari tekanan kerja, beliau bertekad untuk menjalankan bisness shaklee sepenuh masa.Pada awalnya hanya berkongsi pengalaman beliau menyusukan anak.Apabila mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, makan sendiri bertukar kepada bisness.. Tak yah toleh belakang lagi.Shaklee membuka peluang seluas luasnya kepada sesiapa sahaja yang hendak mencuba.

Master zura betty, seorang peguam yang menamatkan kerjaya peguamnya demi masanya bersama anak-anak yang selama ini sering ditinggalkan dek kerana tugas.Kerana sayangkan anak-anaknya, beliau berkorban dan ternyata pengorbanannya yang ikhlas itu Allah beri yang lebih baik dalam melalui bisness Shaklee. 

Memang mereka mereka ini menjadi sumber inspirasi saya untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya saya sebagai guru dan juga dalam bisness shaklee.Walaupun banyak halangan dan rintangan yang saya sudah dan bakal hadapi, tapi halangan dan cabaran itulah yang menjadikan ia satu pengalaman paling berharga daripada segulung ijazah.Bisnes MLM shaklee adalah bisnes MLM yang pertama diperkenalkan didunia.Dan bisness yang tidak pernah menindas sesiapa. Keuntungan atau bonus yang diberi berdasarkan hasil usaha sendiri dan juga hasil usaha berkumpulan.Rajin usaha dapatlah lebih, malas usaha dapatlah sikit.Dan tiada apa yang perlu ditangisi dengan hanya anda mendaftar sebagai ahli shaklee sebanyak RM 90. Sedangkan bonus yang shaklee bagi boleh capai 100 kali ganda dari yuran keahlian.Bonus kereta, bonus percutian bertaraf 7 bintang..bonus cash...

shaklee masjid tanah
Susur galur GMF

Sekarang saya, Lin dan Che Za sudah bergelar leader.Dan kami juga akan mencapai seperti apa yang master master lain dah capai.Happy dan bersyukur sangat dipertemukan dengan shaklee.Dalam bisness ini saya lebih menghargai masa, meraih ilmu dari bidang yang berbeza dari perguruan tetapi sangat banyak yang boleh dipraktikkan dalam perguruan.menjalinkan ikatan silaturrahim dengan teman teman yang sebelum ini langsung tak pernah jumpa.Bersama leader leader hebat kami yang tidak pernah lokek menurunkan ilmu, sanggup berkongsi maklumat dan keringat untuk kami.Ini yang membuatkan saya sayanggg ketat ketat dengan bisness shaklee...


shaklee masjid tanah


Bangga di atas usaha kami

Sebagai kesimpulannya, walau apa jua yang kita lakukan , lakukan dengan hati yang rela dan bukan kerana terpaksa.Jika kita suka dengan apa yang kita buat, kita tak akan merungut dan bosan.Malahan kita akan sentiasa mencuba untuk memperbaiki diri sendiri.Biarpun masa menonton tv saya semakin berkurang, masa berborak saya semakin berkurang, masa lepak saya semakin berkurang, tetapi saya rasa bangga kerana sekarang masa saya dapat di isi dengan perkara yang lebih memberi manafaat buat diri saya, keluarga saya dan juga pelanggan pelanggan saya yang setia bersama dengan saya.


My mentor Mami Mia 

Untuk pengetahuan semua ,saya adalah pengedar shaklee kawasan Masjid Tanah, Sungai Udang, Kuala Sungai Baru,Alor Gajah.Saya juga boleh menghantar barang melalui pos.Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk shaklee atau berminat untuk memulakan perniagaan dengan shaklee, usah malu dan segan, hubungi saya di nombor 0108798077..saya pengedar shaklee masjid tanah..Saya mempunyai stok barangan shaklee.Jika anda perlukan segera, hubungi saya ye.




It's Me.....

Jom tengok apa yang Ashraf Muslim dok belek tu.....