Sunday, 22 October 2017

10 TIPS CEPAT KURUS LEPAS BERSALIN

Assalamualaikum .
Hai mommy mommy semua. Terima kasih tau sudi singgah. Hari ni kakSu nak kongsikan dengan mommy mommy sekelian tips-tips untuk kurus lepas bersalin. Nak tak?
kurus lepas bersalin

Bentuk badan idaman mommy walaupun anak ramai

Mesti la nak kan. Ramai yang hubungi kakSu tanya bagaimana kakSu boleh maintainkan berat badan walaupun dah beranak 5? Sedangkan mereka baru beranak 1, berat badan dah naik bagai di pam pam. Kalau mommy mommy nak tahu, kakSu dah berusia 40an dan baju nikah kakSu masih muat lagi. Apa yang kakSu buat?

10 TIPS KURUSKAN BADAN SELEPAS PANTANG


1.BERPANTANG DENGAN PENUH DISIPLIN
Semasa dalam pantang adalah masa paling baik untuk kita jaga tubuh badan kita . Berpantanglah dengan lengkap minimum 44 hari. Bagaimana kakSu berpantang? KLIK sini untuk maklumat lengkap. Semasa dalam pantang kakSu akan pastikan berat badan turun semaksimum mungkin.


kurus lepas bersalin
Berpantang 44 hari sangat penting untuk kembalikan kesihatan mommy

2.MENYUSUKAN ANAK.
Alhamdulillah biarpun kakSu ni bertubuh kecil tapi Allah beri rezeki dengan susu yang sangat meriah. Sampai bengkak susu. Dengan menyusukan anak , peranakan kita akan cepat kering dan mudah untuk kembalikan bentuk badan dan kawal berat badan.

kurus lepas pantang
Menyusukan anak dapat mempercepatka penurunan berat badan


3.KAWAL PEMAKANAN WALAUPUN DAH HABIS BERPANTANG.
Bukan saja dalam pantang je nak jaga. Habis pantang semuanya bedal. Kita perlu kawal nafsu makan kita sendiri. Kalau mommy2 ada gambar masa anak dara, yang cantik lagi selim, sila letakkan gambar tu kat dapur. Bukan kat ruang tamu. Tiap-tiap hari pandang. Gambar tu jadi motivasi untuk kita jaga pemakanan supaya tak terover makan. Agak-agak boleh ke?

4. TIDUR BERKUALITI
Tak dinafikan mommy2 sukar untuk tidur dek kerana melayani kerenah anak . Bila kurang tidur, paras kortisol akan meningkat dan menyebabkan metabolisme tidak efisien untuk membakar kalori. Pembakaran kalori yang terganggu menyebabkan lebih mudah untuk kita gemuk. Nak tidur yang berkualiti boleh amalkan makan ostematrix sebelum tidur

5.ELAKKAN MAKAN MAKANAN LEBIHAN ANAK. 
Memang sayang kalau tengok makanan anak tak habis. So mommy tolong habiskan. Lepas dah habiskan makanan anak, tambah lagi dengan makanan sendiri. Mana la tak jadi gemuk. Please, kalau sayang makanan anak tu, sila simpan makanan tersebut dan makan waktu makanan mommy sendiri tau. 

6.TERLUPA MAKAN
Terlalu busy melayan kerenah anak serta busy dengan kerja-kerja rumah menyebabkan mommy lupa nak makan. Sepatutnya lupa nak makan , bukan ke boleh kurus? Macamna nak kurus kalau tak sempat nak ambil lunch, tangan tu sedap je suapkan makanan ringan dalam mulut. Makanan ringan lebih tinggi kalori dan tinggi kandungan gula dan garam. Itu yang menyebabkan berat senang nak naik.  So sila elakkan ye

7. JANGAN SKIP SARAPAN PAGI
Sila ambil sarapan pagi setiap hari ye mommy2 sekelaian. Jangan ingat kalau tak sarapan, terus makan tengahari kita boleh kurus. Tidak tidak. Disebabkan sarapan tak  ambil, tunggu lunch baru nak makan, so kita akan terasa terlalu lapar menyebabkan kita akan ambil makanan dengan kalori yang berlebihan. Sarapan adalah pemberi tenaga yang sangat penting untuk memulakan hari. KakSu amalkan sarapan dengan ESP. Memang kenyang dan buatkan kita lebih bertenaga
KURUS LEPAS BERPANTANG


8.ELAKKAN MAKAN SAMBIL BERIDIRI
Makan sambil berdiri kan makruh bagi orang Islam. Sudah pasti ada sebabnya. Makan berdiri dikatakan boleh menyebabkan kita tak sedar berapa banyak makanan yang dah kita makan dengan tanpa kita sedari.

9.MAKAN MAKANAN BERKHASIAT ELAKKAN MAKANAN DAN MINUMAN MANIS 
Elakkan sama sekali minuman manis. Minuman manis ni memang baja kepada kegemukan. Elakkan minuman 3 in 1, teh tarik , air gas, dan segala macam jenis manisan. Banyakkan minum air kosong tanpa kalori 3 liter sehari.

kurus lepas bersalin
Makan banyak serat seperti buah dan sayuran


10.PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN
Ia penting sebagai nutrisi tambahan untuk kawal berat badan dan juga sebagai pelengkap vitamin dan mineral dalam tubuh yang tidak mencukupi. Contoh suplimen yang kakSu amalkan ialah ESP, lecithin,alfafa, omega dan herblax. 

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN CARA SUPLIMEN INI MEMBANTU UNTUK KURUS LEPAS PANTANG


Untuk keterangn lanjut sila hubungi 
Kak su0108798077

No comments:

Post a Comment