Showing posts with label BATU HEMPEDU. Show all posts
Showing posts with label BATU HEMPEDU. Show all posts

Saturday, 9 December 2017

CARA HILANGKAN BATU KARANG DALAM HEMPEDU KETIKA MENGANDUNG TANPA PEMBEDAHAN

Selepas disahkan mengandung anak ketiga .Saya alami pedih ulu  hati yang amat sangat dan sakit pada abdomen depan dan belakang sehingga terpaks merengkot di atas katil menahan sakit. Saya tak dapat pergi kerja dan terpaksa mengambil cuti.. Ingatkan sakit tu adalah gastrik datang kembali lepas sekian lama tak dapat serangan.

Kisah ini diceritakan oleh Zeti Hafiza Zakaria, Kanan sekali.

Doktor berikan saya ubat cecair warna putih untuk gastrik. Saya juga diberi ubat tahan sakit paracetamol. Saya terpaksa ambil cuit dan tak dapat pergi bekerja. Tapi masalahnya ialah ,ubat dah habis tapi sakit masih berlum reda. Doktor memberikan saya ubat yang sama sebanyak 3 kali.

Sehinggalah suatu hari jururawat bertugas tegur tentang mata saya kuning. Kemudian saya dirujuk kepada pakar perubatan. Rupa-rupanya saya telah alami simptom-simptom batu dalam hempedu dan masalah hati. Mata kuning, badan gatal-gatal, air kencing keruh dan najis pucat. pemeriksaan ultrasoud mengapati terdapat batu dalam hempedu  lebih dari 1 cm . Doktor tidak sarankan apa apa rawatan dan pembedahan.
Hasil daripada pembacaan dan penilitian saya mulakan pengambilan suplimen iaitu alfalfa, vitamin c, dtx compleks, lecithin dan ostematrix dan omega. Kemudian saya amalkan vivix lepas bersalin.Saya juga berdiet dengan pemakanan yang sesuai untuk mereka yang  masalah seperti ini .

Alhamdulillah hanya lepas beberapa hari amalkan suplimen . mata dah tak kuning,gatal-gatal hilang, air kencing dan najis kembali normal. Sejak tu saya tak alami lagi pedih ulu hati .Saya teruskan amal suplimen sehingga lepas bersalin. Lepas pantang saya dirujuk semula dengan doktor. Alhamdulillah, batu dalam hempedu telah mengecil sebanyak 2mm. Doktor pun setuju untuk saya teruskan mengamalkan kaedah alternatif tanpa pembedahan.

Kira-kira setahun kemudian,pemeriksaan ultrasound dibuat, dah takda lagi batu dalam hempedu saya. Saya kembali sihat tanpa ubat atau pembedahan. Saya teruskan pengambilan shaklee untuk mengelakkan perkara yang sama ini berulang.

 ...................................................................................................
Jika anda mempunyai masalah yang sama seperti zeti, jangan berfikr panjang lagi, anda boleh mencuba set ibu mengandung shaklee.

Jika anda bukan ibu mengandung anda boleh mencuba dengan suplimen ini untuk mencegah daripada ia berulang.



Suhaila Abdul
0108798077

Tuesday, 5 December 2017

BATU KARANG DALAM HEMPEDU, BAGAIMANA MENGATASINYA?

Sebelum ni kak su ada kongsi tentang bagaimana batu karang dalam hempedu terjadi. Kali ini kakSu akan berkongsi bagaimana cara untuk menghadapi masalah mereka yang dah pun ada batu di dalam hempedu.

Terdapat tiga komponen utama dalam hempedu iaitu kolesterol, garam hempedu dan bilirubin . Apabila salah satu dari tiga komponen tersebut wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-lama batu karang terbentuk dan ia membesar dan semakin banyak. Batu karang hempedu  ini juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik dan duktus hempedu.

Bagaimana nak tau samada anda ada batu dalam hempedu atau tak? Biasanya memang tak ada simptom yang khusus, tapi, kalau kena simptom berikut, elok la pergi check. Atau saja buat routine medical check-up pun boleh.


ubat batu hempedu


CARA MENGATASI BATU DALAM HEMPEDU

1. Minum air kosong sekurang kurangnya 2.5 liter sehari. Itu yang normal. Cuba kira berat badan, kiraan dia camni, setiap 25 kg berat badan air yang diperlukan ialah 1liter. so kalau 50kg berat sama dengan 2 liter air. Amalkan minum air ni secara konsisten setiap hari. Timbang berat dulu ye sebelum tahu berapa banyak air yang kena minum. Biar lebih dari tak cukup.

2. Amalkan jus delima dan jus selasih asli tanpa gula. Bukan yang dibeli kat pasaran yang ada banyak gula tu ye.

3. Amalkan pengambilan kalsium dan magnesium dalam diet harian.

4. Amalkan cuka epal  atau jus epal tanpa gula

5. Elakkan dari mengamalkan makanan berlemak dan tinggi minyak dan kolestrol.

5. Mengamalkan suplimen seperti VIVIX, LECITHIN dan DTX COMPLEX.



ubat batu hempedu


Lecithin sangat membantu uraikan lemak di dalam badan . Ia dapat elakkan lemak berkumpul di dalam organ. DTX Complex khas untuk detoks hati. Hati perlu di bersihkan hati dan dapat mengelakkan hempedu terbeban. Vivix pula adalah suplimen yang boleh bantu renew sel. Vivix bertindak sehingga ke tahap DNA.


 6. PETUA DR HAMID ARSHAD  UNTUK KELUARKAN BATU KARANG DALAM HEMPEDU.

🍸Minum 4 gelas jus epal setiap hari selama hari berturut turut.

🚫Hari ke 6 jangan makan malam

🍯Pukul 6 petang
makan satu sudu camca garam epsom

🍯8 malam
ulang makan garam epsom.

🍹10 malam
campur 250ml OLIVE OIL ATAU SESAME OIL dan setengah cawan juz lemon yg fresh.  Minum

InsyaAllah esok pagi bangun buang air besar akan kelihatan batu batu keluar.


Buang batu hempedu

                 ***************
Jika anda mengalami masalah batu dalam hempedu, sebaiknya pergi mendapatkan rawatan di hospital dengan membuang batu tersebut. Batu yang sudah membesar tidak akan dapat pecah dengan sendirinya kecuali batu yang baru mula terbentuk masih boleh pecah dan keluar dengan sendiri jika langkah penjagaan kesihatan yang di amalkan seperti yang kakSu beri di atas.

Sebaiknya kita mencegah adalah lebih baik daripada merawat. 


Jom ikuti kisah ibu Zety yang mengalami masalah batu dalam hempedu semasa mengandung. Beliau berjaya mengatasi masalah tersebut biarpun semasa mengandung.



Untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi

Suhaila 
whatapp: www.wasap.my/60108798077
email: suhailaabdul02@gmail.com
tel/sms :0108798077

Monday, 4 December 2017

5 SIMPTOM MENANDAKAN ANDA MEMPUNYAI BATU DI DALAM HEMPEDU

Masalah batu dalam hempedu sering berlaku tapi kita sendiri tak perasan. Sebab masalah atau simptom akan keluar bila masalah dah makin teruk. Jom kita ketahui bagaimana nak kenal sama ada kita memang dah ada batu dalam hempedu.

pecahkan batu hempedu

Mengerikan kalau dah banyak macamni,

 Ini simptom yang di alami oleh awal ashaari.

5 simptom yang mungkin menandakan anda mempunyai batu di dalam hempedu.

1. Rasa sakit berpanjangan selama beberapa minit di bahagaian atas kanan abdomen. Ia diikuti dengan rasa loya dan muntah. Rasa kesakitan ini dipanggil sebagai "gallstone colic'

2. Pesakit akan demam kerana keradangan dalam hempedu atau jangkitan hempedu statik yang dipanggil sebagai cholecystitis akut yang mengakibatkan demam.

3. mata kelihatan kuning, kulit dan membran mukus juga menjadi kekuningan . Ini adalah kerana batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke deodenum menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Terdapat juga kes kegatalan akibat pemendapan bilirubin yang berlebihan.

4. Perut terasa sakit ,loya dan muntah.

5.Radang pankreas menyebabkan sakit teruk di tengah bahgaian atas abdomen hingga ke belakang. Aliran enzim pankreas yang tersekat boleh menyebabkan radang pada pankreas

batu hempedu


KLIK SINI UNTUK MENGETAHUI CARA MENGELAKKAN BATU DI DALAM HEMPEDU

Jom kita dengar apa kata ibu Zeti yang mengalami masalah batu dalam hempedu semasa mengandung





Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya

suhaila abdul
tel/ sms:0108798077
Telegram: 0108798077
wasap: www.wasap.my/60108798077


Wednesday, 22 November 2017

BATU DALAM HEMPEDU ADAKAH ANDA BERISIKO?

Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu gemarkan makanan berlemak. makanan berlemak bukan saja menyebabkan kegemukan, kolestrol tinggi malah ada penyakit lain yang lebih unik. Ia dikatakan unik sebab ia melibatkan 3 organ iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas.
batu dalam hempedu

Pundi hempedu berfungsi untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati. Hempedu berfungsi untuk penyerapan lemak dan pencernaan lemak. Hempedu mengandungi air, kolesterol, lemak, garam hempedu, protein dan bilirubin. Bilirubin merupakan satu produk akhir sel darah merah. Kolesterol, garam hempedu dan bilirubin adalah tiga komponen utama yang menentukan pembentukan batu karang hempedu.
batu hempedu

Apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-lama batu karang terbentuk dan ia membesar dan semakin banyak. Batu karang hempedu  ini juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik dan duktus hempedu. 

6 faktor yang mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu

Jantina. 
Wanita lebih berisiko dua kali ganda daripada lelaki kerana wanita mempunyai jumlah hormon estrogen yang berlebihan .Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.
Berat badan.
 Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
Diet
 Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.

Umur
 Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
Diabetes
Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.

Ubat kolesterol. 
Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.

Adakah anda mempunyai ciri-ciri seprti 6 yang di atas?
Sumber : myhealth.gov