Hari ni saya nak share tentang pengalaman saya semasa berpantang.Saya telah berpantang selama 5 kali dah..al maklumlah dah anak 5 kan.Selepas fasa kesakitan nak melahirkan ,ibu ibu mengalamai fasa yang pada saya sangat membosankan..hehehe..
Lebih menyiksakan jika semasa awal awal melahirkan anak tu , kalau kena sembelit.Ketika luka jahitan masih baru..ngilunyer kalau nak diceritakan semula.Tapi yang hairannya kenapa semasa mengandung atau tak mengandung jarang sangat kena sembelit .Kenapa semasa dalam pantang selalu sangat kena sembelit? Kalau terasa nak buang air besar,itulah masa yang paling menakutkan..sakit sangat,tempat jahitan dan luka belum sembuh, kena pula sembelit.
Korang tau tak kenapa kita sering sembelit semasa berpantang?
- Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa
- Sistem pencernaan kita berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
- Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.
- melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
- pernah melahirkan bayi sebelum ini;
- mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit;
- mendapat jahitan.
7 Cara Bagaimana hendak meredakan sembelit selepas bersalin?
- Menyusukan anak membuat kita dahaga, jadi kita perlu banyak minum.
- Bangunlah dari katil sebaik saja kita bersalin dan bawa berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika kita masih di hospital, atau semasa di rumah. Berduduk atau berbaring untuk masa yang lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.
- Kalau terasa hendak ke tandas , jangan pula tidak mengendahkannya. Duduk sepenuhnya di tandas duduk, jangan sesekali mencangkung
- Luruskan belakang dan angkat lutut supaya lebih tinggi dari punggung. Jika boleh, letakkan kaki atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki kaki. Letakkan siku atas lutut.
- Tujuannya ialah supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung sebab ini cara yang paling baik untuk menggerakkan usus.
- Mula dengan rutin makan dan minum secara teratur sebaik saja melahirkan bayi . Cuba makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan, dan minumlah banyak cecair.
Pengedar shaklee Masjid Tanah,Melaka
Suhaila
0108798077
No comments:
Post a Comment