Friday 15 December 2017

5 SEBAB MEMBAWA RISIKO KEPADA KANSER LIMFOMA

Selepas pengumuman dari artis Gegar Vaganza, Elyana tentang masalah kanser limfoma beliau sudah berada pada tahap 4 , membuatkan ramai yang tertanya tanya apa itu kanser limfoma. Termasuklah kakSu sendiri yang juga ingin tahu lebih lanjut tenttang penyakait kanser limfoma tersebut.

Limfoma Hodgkin (HL) boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kita harus  berjaga-jaga kerana sehingga kini banyak kes limfoma masih tidak dapat dijelaskan puncanya. HL merupakan kanser darah yang bermula dari sel lymphocytes, iaitu sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh menerusi bendalir dikenali sebagai limfa, yang merupakan sebahagian daripada sistem imun manusia.

Punca Limfoma


Punca penyakit ini  masih belum diketahui. Namun, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyumbang kepada risikonya, iaitu:
i)Pendedahan kepada bahan toksik seperti racun serangga, racun rumpai, dan benzene.

kanser limfoma

Racun makhluk perosak merupakan racun berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan manusia dan alam sekitar. Disebabkan penggunaan racun makhluk perosak yang banyak di dalam sektor pertanian dan di rumah, bahan kimia toksik ini kini terdapat di dalam semua hidupan daripada sekecil hidupan sehinggalah kepada manusia. Sesetengah racun makhluk perosak mungkin berkarsinogen, boleh menjejaskan sistem endokrin atau hormon dalam tubuh.

ii) Jangkitan bakteria dan virus seperti HIV, EBV, helicobacter pylori, hepatitis B dan C.

kanser limfoma

HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. 
ii) Penyakit auto-immune
Penyakit autoimun (AI) adalah penyakit dimana sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri. Ia terjadi kerana sistem imun badan gagal membezakan sel atau tisu badan dan menanggap sel tersebut adalah sel asing. Disebabkan kegagalan tersebut maka ia boleh menyerang pelbagai organ dan tisu. Sebenarnya sistem imun tubuh atau disebut imuniti (kekebalan) adalah sistem yang berfungsi untuk melindungi tubuh dari ‘ancaman’ yang membahayakan tubuh seperti jangkitan bakteria, virus dan fungus.


kanser limfoma

iii) Penggunaan ubat immunosuppressive selepas pemindahan organ.
Pemindahan organ seperti buah pinggang atau organ-organ lain memerlukan pesakit mengambil ubat immunosuppressive yang boleh menyumbang kepada pesakit diserang kanser limfoma
iv) Penyakit keturunan / genetik
Penglibatan faktor genetik atau keturunan dikatakan juga antara faktor penyebab, kerana kelainan genetik melibatkan kehilangan gen penindas yang berupaya menyebabkan terjadinya kanser 
kanser limfoma

Apabila nodus limfa membengkak, lymphocytes yang tidak normal akan membentuk sel tumor yang boleh menyebabkan berlakunya limfoma Hodkins (HL). Jika dilihat dari gambarajah di atas, kanser yang menyerang di seluruh bahagian limfa di dalam tubuh kita menandakan tahap yang semakin kronik.

ANAK SAYA BEBAS DARI MASALAH LIMFOMA TAHAP 4


Suhaila Abdul
0108798077
Trusted SID
Since 2013

No comments:

Post a Comment