Showing posts with label MAKAN MAKAN. Show all posts
Showing posts with label MAKAN MAKAN. Show all posts

Friday, 29 December 2017

AIS KRIM MALAYSIA "BABY SHARK"

Alhamdulillah kami baru je sampai ke kampung. Mujurla hari ni jalan tak berapa  jem. Jadi cepat juga la sampai Parit Buntar. Tiap kali balik sini, memang tak sah kalau tak berkunjung ke kedai Along Char koteow. Gerai ni tak pernah kosong. Tempat duduk pun kena tunggu. Terpaksa berdiri kat sebelah meja orang yang tengah makan. Lambat cop tempat maka lambat la dapat makan.


                                Dania pegang ni ais krim Baby Shark.Dalamnya. Ada jelly shark

Disebabkan terlampau ramai yang order char koteow, faheimy dengan dania mula naik boring. Mujurla ada penjual ais krim kat luar gerai ni. Ais krim Malaysia. Ingatkan ais krim biasa biasa saja. Tapi sedap pulak rasa dia. Ada macam macam perasa,Perasa oreo,perasa choki choki, "baby shark" dan macam macam lagi. Bila dorang makan, teringin nak rasa. Rupanya ais krim ni memang sedap.

Sempat lagi ambil gambar adik jual ais krim ni. 

ais krim malaysiaais krim malaysia

Bukan 1 batang je dania dengan fahimi belasah,. tak cukup satu, tambah lagi dengan macam macam perasa. Bila makan ais krim ni teringat zaman kecik kecik dulu . Kalau dulu beli 10 sen jer. Sekarang ais krim malaysia dah rm 1. 

ais krim malaysia

Macam macam perasa faheimy try


ais krim malaysia
Sabar menanti char koteaw sampai.

Oklah...sementara dok makan ais krim, sampai dah char koteow kami. 7 orang makan tapi order 8 pinggan. Extra satu pinggan , tentulah ayahnya.Sedap sangat larrr.Sampai licin semua berpinggan pinggan.


Ini set charkoteow special



Ini charkoteow biasa

Alhamdulillah, dah kenyang makan, baru teruskan perjalanan ke rumah abah.

Saturday, 21 March 2015

RESEPI TEMPE GORENG HITAM MANIS

Asalamualaikum..
sebenarnya saya tak pernah share apa apa resepi dalam blog sendiri..sebab saya ni bukan pandai sangat masak..setakat masak campak campak jer..yang penting anak anak suka makan..hihi..tak da yang spesifik pun..

So hari ni disebabkan ramai yang teringin nak cuba tempe goreng hitam manis ni so saya share lah yer..kalau sedap Alhamdulillah..kalau tak sedap ..pandai pandailah adjust sendiri..resepi ni pun kalau korang kreatif nak ubahsuai pun boleh..kita yang buat..so pandai pandailah ikut citarasa sendiri

Bahan bahannya

2 keping tempe

 2 biji kentang
 1 biji bawang besar
 2 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
 segenggam ikan bilis..nak banyak pun boleh
 3 sudu kicap manis(saya suka kipas udang)
3  sudu sos tiram
 (kalau nak pedas boleh tumiskan sekali dgn cili mesin)
2 biji lada hidup

3 tangkai kacang panjang

Lada sulah

Cara  cara

1.potong tempe dan kentang tirus..tak nak bentuk dadu..tak garing..hihi.

2.goreng semua ikan bilis,kentang dan tempe berasingan sehingga garing..alihkan satu tempat..

3.Tumiskan bawang putih dan bawang merah yg dah ditumbuk sampai naik bau..

4.Masukkan air sebanyak suku cawan..air jgn lebih..nnti tempe dan kentang jadi lembik..

5.Masukkan kicap dan sos tiram..tambah sesudu teh gula

6.Bila sos dah mendidih..masukkan semua ikan bilis, tempe dan kentang yang digoreng..

7.Masak hingga air kering.Masukkan bawang besar yg dah dipotong serta lada hidup yg dipotong serta kacang panjang kedalam campuran tadi.

 8.Gaul sehingga sebati dan angkat..kalau rasa tak masin tambahkan sedikit garam..jangan banyak sangat ye..kicap dgn sos tiram dah masin..

9.Angkat dan hidang..taburkan sedikit lada sulah diatas masakan tadi...siap..senang kan...


Selamat Mencuba...
Resepi tempe

                  TEMPE MASAK HITAM MANIS





































Wednesday, 17 September 2014

TEMPAT MAKAN PALING SEDAP DI PARIT BUNTAR

Korang suka tak makan char keteow?

Kalau suka, sama lah dengan saya..sedap ooo..Hari ni saya nak kongsi resepi...bukan resepi tapi makanan sedap..expecially kalau makan kat kedai kat kampung saya ni...Dah banyak juga la tempat makan yang ada char koteow ni tapi tekak kami sekeluarga memang tak masuk la..Ada jer yg tak kena..

along char kotew


Kat tempat ni memang agak perfect la..satu pinggan tak cukup..order yang special baru best..Selak selak udang baru nampak koteow..hehe..time dia menggoreng udang..api naik sampai cecah bumbung..tak caya? meh tengok
 sendiri..


charkoteow
Ya ampunnn..makan tak hengat

Apa yang istimewa sangat charkoteow ni? First...udangnya yang banyak..satu pinggan ada 6 ekor udang sebesar ibu jari orang dewasa la..lepas tu udang tu diorang goreng dulu..kulit udang yang rangup dan bau dan aromanya..fuhhh..tak sabar nak makan..

Lagi..kuahnya yang berlinang, kehitaman dan pekat..langsung tak ada rasa hanyir telur...tak yah letak daun kucai..letak tougeh segar aje..fuhh..sehingga menjilat jari dan sudu..Kalau makan kat sini..tak yah la ko nak pakai sudu dan garpu nak makan udangnya..tak sempat nak toleh kiri kanan..sedap punya pasal..udang yang banyak tu..kumpul dulu..makan last..pakai tangan la beb..apa barang nak pakai sudu garfu..kunyah kulit kulit udang sekali..rangup..pakai tangan lebih nikmat..

Harga?...char koteow biasa sepinggan baru RM 3.50..yang special..RM 4.50..murah kan...sebab tu la kat tempat ni..kedai belum buka dah ada orang tunggu nak makan..kalau boleh nak tolong susun kerusi meja sekali..kalau korang nak saja saja lepak makan kat gerai ni...lupakan ajalah...gerenti tak best..sebab ...orang yang ramai menunggu akan tunggu kat tepi ko sampai korang habis makan ..dia dah nak cop nak mik tempat....haha..

So korang kalau nak makan sambil bersantai..borak borak..pergi kat tempat lain ye..kat gerai ni hanya untuk orang makan..sudah makan blah..memang sentiasa tak cukup kerusi..always full..
Eh lupa pulak nak bagitau..Gerai kecik ni dekat pekan Parit Buntar..nama specifik tempatnya Kampung Kedah..200 m dari masjid kampung Kedah..Kira-kira 3 km dari Bandar Parit Buntar...

Sekali sekala nak ke Penang..singgahlah...sekali cuba mesti korang nak datang lagi...kalau kami balik kampung  sampai kampung petang kat parit buntar..mesti kami singgah dulu kat sini sebelum balik rumah abah...bungkus sekali untuk orang kampung....mesti order yang special..

Kolestrol tinggi tuuu..tak pa..balik kang telan phytocol

Eh..gerai ni tutup hari selasa..Hari lain dibuka mulai 6 petang sampai la habis charkoteow dia...Gerai ni tepi jalan utama...senang ja nak cari...

Jom..jom..p makan CHARKOTEOW ALONG...

along char kotew

Yang baju merah tu la taukeynye...

Korang ada masalah kolestrol dan darah tinggi ke? Apa kata layan video ni...ada jalan penyelesaiannya..

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.