Thursday, 12 June 2014

PETUA TURUNKAN PARAS KOLESTROL

Bilakah kali terakhir anda membuat pemeriksaan doktor untuk mengetahui paras kolestrol anda?Adakah anda pengidap penyakit jantung?Kurus tidak bermakna anda bebas kolestrol .

Apakah tindakan anda selepas mengetahui anda penghidap sakit jantung dan paras  kolestrol yang tinggi?

Apakah itu kolestrol?
Terdapat dua jenis kolestrol utama dalam darah:
1. LDL (lipoprotin berkepekatan rendah)
2. HDL  (lipoprotin berkepekatan tinggi)

LDL dikenali sebagai kolestrol " jahat" kerana paras kolestrol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam salur darah.Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah,seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.
Plaque yang terlekat di dinding arteri


Kolestrol HDL pula dikenali sebagai kolestro "baik" kerana membantu mengangkut kolestrol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan.Dengan kata lain HDL berperanan sebagai "membersihkan "saluran darah.

Untuk melindungi diri dari penyakit kardiovaskular,kita hendaklah mengekalkan paras kolestrol HDL yang tinggi dan paras kolestrol LDL yang rendah

PETUA UNTUK MERENDAHKAN PARAS KOLESTROL DARAH SECARA  SEMULAJADI

1. Amalkan pemakanan seimbang,rendah lemak tepu dan tinggi serat larut
2.Lakukan senaman lebih kerap
3.Turunkan berat badan
4.Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fistoterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolestrol secara semulajadi

Apakah itu FISTOSTEROL?
Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah buahan ,sayur sayuran ,kekacang ,biji bijian,legume,bijirin dan minyak sayuran.Lebih dari 80 kajian santifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

BAGAIMANAKAH FITOSTEROL BERKESAN?

Struktur fitosterol adalah hampir sama dengan kolestrol dan dengan pengambilan fitosterol ia akan bersaing dengan kolestrol untuk tapak penyerapan dalam sistem  penghadaman.Hasilnya penyerapan kolestrol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol.Ini bermakna ,apabila kita mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolestrol  yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk kita menurunkan paras kolestrol LDL


BERAPA BANYAK FITOSTEROL YANG KITA PERLUKAN?

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan  2000 mg fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolestrol secara semulajadi.


Antara sumber makanan pembekal fitosterol semulajadi


BOLEHKAH MAKANAN YANG ANDA MAKAN SEHARIAN MENAMPUNG  PENGAMBILAN 2000 mg FITOSTEROL  SEHARIAN ANDA?

 PHYTOCOL-ST

pengedar shaklee masjid tanah, melaka
I'M #sid 
0108798077

No comments:

Post a Comment