Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

Sunday, 6 August 2017

CARA MULAKAN HARI BEKERJA DENGAN CERGAS SELEPAS LAMA BERCUTI

SAY NO TO MONDAY BLUES..
Dah dua hari cuti hujung minggu. Settlekan semua kerja rumah dan keperluan family. Isnin kena masuk ofis. Kerja kerja kerja..

.
MONDAY BLUES

Berpakaian cantik dan ceria bantu nak hilangkan monday blues

Walaupun tak masuk ofis secara officially tapi tetap juga kena duduk kat kerusi ni macam orang bekerja. Siap2 pakai cantik2..kemas2 masuk ofis..(ofis kat rumah)
.
Cerita pagi tadi..


4.30 pagi terkejut alarm bunyi. Pagi2 dapat message dari customer dah bank in duit nak vivix.. Wahh..aura positif ..makin bersemangat nak bangun ..tapi kena tunaikan yg wajib dulu ..
.
Siap gorengkan anak2 bihun utk sarapan pagi. Hantar anak pergi sekolah dan sebelum sampai rumah dapat lagi message dr customer nak vivix lagi. Terus semangat memuncak ..
.
Apa lagi..sampai je rumah terus la orderkan semua barang2 dorang. Selesai tangungjawab pada customer..baru la nak isi perut..biasa la kaksu ..ESP + VIVIX wajib...maka menghadap pula kerja2 penulisan. Kelangsungan bab 2 pulak..

ORDER SHAKLEE

Begitulah cara kaksu nak naikkan semangat sendiri supaya tak la lemau je hari isnin gini.. Dan alhamdulillah..setiap apa kaksu dapat hari ni selepas hari2 merayu pada Dia..huhu..satu satunya yg dapat menyampaikan permintaanku

Ok guyss..jom mulakan hari ini dengan penuh semangat..senyum senyum selalu..dan jangan lupa..
.
SAHAJA AKU BEKERJA KERANA ALLAH..kerana amanah dan kerja2 kita ini juga ibadah..insyaAllah..

Wednesday, 18 February 2015

NIAT AJER BOLEH SUCCESS KE?

Korang perasan tak , kalau korang terlupa nak sarapan pagi( pernah lupe ke?) , terlupa nak makan tengahari ,mesti perut kita berkeroncong kan...kepala mula rasa pening ..Tapi kenapa yek kalau kita berpuasa semua benda tu tak pula terasa kan? Apa yang membezakan semua tu?

Tu la bila dok fikir balik, kalau korang perasan, puasa kita kena berniat. Secara tak langsung kita akan menyediakan mental kita untuk sentisa menahan diri dari lapar dan dahaga.So tubuh badan juga telah bersedia dari sudut jasmaninya untuk berhadapan dengan proses berpuasa.

Begitulah ajaibnya niat ni.Setiap segala yang kita lakukan adalah bermula dengan niat.Maknanya setiap amalan kita perlu ada niat dan pastinya niat itu hanya kerana Allah. Jika tidak maka pekerjaan kita itu hanya menjadi sia sia.Kejar dunia, dunia akan lari, kejar akhirat dunia akan mengejar kita..

Apakah kelebihan niat?


  • Niat memberikan kita halatuju.Setiap hari bila bangun tidur ,kita akan melakukan perkara rutin, mandi, solat, makan, pergi kerja .Pernahkah kita memasang niat agar hari yang akan di lalui itu merupakan hari yang terbaik..nak buat yang terbaik..dah ada dan tahu apa yang nak dilakukan pada hari tersebut.Biasanya orang yang telah pasang niat , akan mempunyai halatuju yang jelas, jika tidak semua yang kita buat pada hari tersebut adalah sia sia.Orang yang sentiasa nampak halatujunya lebih berjaya berbanding dengan yang semborono ajer..hentam ajalah orang kata..

  • Niat menjadikan suatu pekerjaan itu ibadah.mari kita mengingatkan sesama kita , bagaimana nak menjadikan pekerjaan kita itu satu ibadah.Tidak lain tdak bukan dengan berniat hanya kerana Allah.Suatu pekerjaan yang dilakukan itu berkat , biarpun sedikit tetapi mencukupi.Yang payah menjadi mudah, yang jauh menjadi dekat

  • Niat menguatkan azam dan motivasi.Apabila kita mulakan  hari dengan niat,maka pasangkan sekali dengan azam untuk kita buat yang terbaik..usahlah buat sesuatu dengan hanya melepaskan batuk ditangga.Dengan adanya niat untuk melakukan yang lebih baik , maka usaha, fokus ,tenaga dapat ditingkatkan.Selagi kita masih bernyawa pastinya kita akan diuji, tercabar dengan masalah hidup.Hadapinya dengan kekuatan ,kesabaran dan ketabahan.Dalam masa yang sama usah sama sekali melepaskan pergantungan dan tawakkal kepada Allah.

  • Niat membuatkan kita bersedia dengan pelbagai kemungkinan.Hidup ini ibarat roda.Sekejap kita di atas sekejap kita di bawah. Lain yang kita minta ,lain yang kita dapat. Lain yang dibuat ,lain yang jadi.Musibah datang tanpa mengira masa.Jika kita sudah pasang niat untuk jadi yang terbaik pastinya kita bersedia dengan pelbagai kemungkinan.Orang yang berjaya tidak hanya bergantung kepada satu jalan penyelesaian.Cara kerja mereka sentiasa flexibel.Malah orang yang memasang niat untuk berjaya tidak pernah ragu ragu dan tidak pernah berputus asa dan tidak akan merasa terbeban.
Jom kita pasang niat kalau mahu berjaya...SPM bakal diumumkan pada 3.3.2015..bersama kita raikan kejayaan mereka yang telah lama memasag niat untuk meraih kejayaan cemerlang semenjak mula menjejakkan kaki ke sekolah..Cikgu doakan agar segala penat lelah dan  usaha korang berbalas dengan kejayaan nanti...Amin
niat

Sunday, 13 April 2014

DUNIA LELAKI

"Lelaki diuji ketika berada di dalam kesenangan..."

Kata-kata seperti ini mungkin ada benarnya...
Tapi mungkin segelintir je kut yang jadi begini...or kalau ada peluang je kut lelaki jadi macamni or duit terlebih ....ke memang gatal lelaki ni...haha..apa-apapun tepuk dada tanya iman...bagi seorang isteri,mesti akan merasa tanda-tanda kecurangan tu..jom kita tengok apa tanda-tanda yang akan menunjukkan kesetiaan suami sudah tergugat

1.Kerap dengan telefon bimbit.Dulu tak pernah ada password...letak telefon di mana-mana,tapi sekarang telefon dibawa sampai bawah bantal...Siap ada password lagi..hati-hati..

2.Kalau dulu tak kisah pun buat sarapan lambat ke,tapi sekarang ni ,pantang silap sikit je mesti naik angin,muka masam mencuka.

3.Kalau dulu apa pun yang isteri beli dan pakai tak pernah pun nak kritik..tapi sejak ada bunga lain kat hati,mulalah kutuk bini gemuk la,tak cantik la..macam-macam lagi la..

4.Layanan ala kadar..selalunya bila duduk bersama suami akan berborak mengenai aktiviti seharian atau gosip2 berita terkini..tapi sekarang lebih suka diam dan melayan telefon dan kadang-kadang senyum senyum sendirian...

5.Kerap tersasul dalam banyak perkra.nama kita lain dipanggil nama lain..ha..ni parah..memang angau habis ni.

6. Buang tabiat...selalunya tak suka pakai minyak wangi,tapi semenjak dua menjak ni asyik tukat-tukar minyak wangi..baju pun dah tukar corak dan gaya....


Apa yang patut isteri lakukan sekiranya si suami berkelakuan begini????????usah gusar..usah risau..Allah kan ada...Next entry saya akan kongsikan tips menghadapi dugaan nir..hehe...
 *diulas dan dipetik dari majalah wanita*






Thursday, 10 April 2014

JOM JADI LEBIH PUTIH....

Malam-malam macam ni tiba tiba terasa pulak nak menulis.Waktu siang tadi terlalu sibuk dengan aktiviti sekolah yang sangat padat...jadi waktu malam adalah waktu paling best nak rehatkan badan dan rehatkan minda..itupun bila sekecil faheimy dah tidur...
  Seharian berjemur dibawah pancaran matahari ..mestilah ..kulit pun akan semakin gelap..mulalah masalah lain akan timbul pada kulit..kusam..jeragat..jerawat..sunburn tu la paling teruk...jadi saya pun terfikir...kalau kulit kita yang cantik, boleh menjadi buruk...adakah kulit yang gelap boleh bertukar menjadi putih gebu?
   Kalau tak silap saya ...Alicia Fox...kenal tak? dia ni ahli gusti wanita profesional berkulit hitam dari Amerika...dulu kulitnya hitam..tetapi mula cerah dan semakin cantik pada ketika ini...Micheal Jackson juga dulu berkulit gelap tetapi akhirnya berubah menjadi putih...apa yang diorang pakai ye?
Tu la..kisah ni bukannye kisah dongeng tetapi adalah kenyataan..alicia dulu menjadi ahli gusti..sekarang dah mula menjadi model...cantik tu...mestilah ada produk yang depa pakai ni...tapi sesuai ke dengan kita?


   Tapi kan , apa yang saya perhatikan dan pengalaman saya...ada juga dikalangan kita mengalami perubahan wajah yang buruk menjadi semakin  buruk apabila seseorang wanita itu mengalami tekanan..samada tekanan dalam rumahtangga atau tekanan di tempat kerja..
 Biasanya tekanan ditempat kerja kadang kadang terbawa bawa hingga balik rumah...

Dalam tempoh enam tahun di alam perkahwinan adalah merupakan tempoh yang paling kritikal...sangat mencabar..kalau tidak dapat bertolak ansur..saling percaya          mempercayai serta kesabaran yang tinggi pastinya rumahtangga akan goyah..
Mengikut statistik dari akhbar tempatan ,Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dari 2008 hingga 2013 menunjukkan 7,358 kes penceraian berlaku bagi pasangan yang berkahwin dalam tempoh  kurang dari 3 tahun...makin ramai yang stress..makin la wajah transform jadi cepat tua...

        Jadi apa nak buat supaya wajah cantik dan kekal muda..??

 INI TIPS YANG MUNGKIN BOLEH KITA AMALKAN

*. Selalu kena berfikiran positif.Selalu bersangka baik..Buang perasaan dendam dan sedia memaafkan.Pemikiran yang negatif selalunya akan menyebabkan wajah akan lebih cepat kusam,kendur,mudah berkedut dan kehitam hitaman.Orang yang selalu bersikap negatif akan menyebabkan saraf-saraf menjadi tegang pada tahap yang melampau dan ini akan meberi kesan pembentukan garis-garis pada wajah.orang yang yang jahat pula akan menjadikan dirinya garang,maka hilanglah keanggunannya...

*. Jika hati tidak tenang dan merasa tertekan ...selalulah mengamalkan surah al insyirah selepas setiap solat..atau bila sahaja yang anda senangi......
ayat ini membawa maksud seperti berikut

1.Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu(wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?
2.Dan kami telah meringankan daripadamu bebanmu(menyiarkan Islam)
3.Yang memberati tanggunganmu(dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
4.Dan kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu(dengan mengurniakan pangkat nabi dan berbagai kemuliaan)?
5.Oleh itu maka tetapkanlah kepercayaan bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan
6.sekali lagi ditegaskan bahawa setiap kesukaran disertai kemudahan.
7.Dan apabila kamu telah selesai daripda sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha(mengerjakan amal soleh yang lain)
8.Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engku memohon(apa yang engkau gemar dan ingini)

*Cuci wajah dengan air yang ditapis..kalau air yang terus dari paip mempunyai klorin.ia akan memberikan kesan negatif pada kulit.Tapi membasuh muka dengan air paip adalah lebihh baik dari tak membasuh muka langsung.Air wudhuk merupakan air yang dapat memanjangkan tempoh kemudaan wajah.

*Elakkan wajah terlalu terdedah dibawah pancaran matahari.Biasanya orang yang terdedah kepada panas matahari ini akan lebih  cepat tua dari usianya

*Gunakan produk yang sesuai dengan kulit anda.Kemungkinan produk yang anda guna tidak sesuai dengan kulit anda bukan kerana produk itu tidak berkualiti....

Jadi cukuplah dulu celoteh saya pada hari ini...semoga memberi manafaat kepada anda yang membaca...tq..( ♥ ♥ )






Produk kecantikan klik disini