Wednesday 18 February 2015

NIAT AJER BOLEH SUCCESS KE?

Korang perasan tak , kalau korang terlupa nak sarapan pagi( pernah lupe ke?) , terlupa nak makan tengahari ,mesti perut kita berkeroncong kan...kepala mula rasa pening ..Tapi kenapa yek kalau kita berpuasa semua benda tu tak pula terasa kan? Apa yang membezakan semua tu?

Tu la bila dok fikir balik, kalau korang perasan, puasa kita kena berniat. Secara tak langsung kita akan menyediakan mental kita untuk sentisa menahan diri dari lapar dan dahaga.So tubuh badan juga telah bersedia dari sudut jasmaninya untuk berhadapan dengan proses berpuasa.

Begitulah ajaibnya niat ni.Setiap segala yang kita lakukan adalah bermula dengan niat.Maknanya setiap amalan kita perlu ada niat dan pastinya niat itu hanya kerana Allah. Jika tidak maka pekerjaan kita itu hanya menjadi sia sia.Kejar dunia, dunia akan lari, kejar akhirat dunia akan mengejar kita..

Apakah kelebihan niat?


  • Niat memberikan kita halatuju.Setiap hari bila bangun tidur ,kita akan melakukan perkara rutin, mandi, solat, makan, pergi kerja .Pernahkah kita memasang niat agar hari yang akan di lalui itu merupakan hari yang terbaik..nak buat yang terbaik..dah ada dan tahu apa yang nak dilakukan pada hari tersebut.Biasanya orang yang telah pasang niat , akan mempunyai halatuju yang jelas, jika tidak semua yang kita buat pada hari tersebut adalah sia sia.Orang yang sentiasa nampak halatujunya lebih berjaya berbanding dengan yang semborono ajer..hentam ajalah orang kata..

  • Niat menjadikan suatu pekerjaan itu ibadah.mari kita mengingatkan sesama kita , bagaimana nak menjadikan pekerjaan kita itu satu ibadah.Tidak lain tdak bukan dengan berniat hanya kerana Allah.Suatu pekerjaan yang dilakukan itu berkat , biarpun sedikit tetapi mencukupi.Yang payah menjadi mudah, yang jauh menjadi dekat

  • Niat menguatkan azam dan motivasi.Apabila kita mulakan  hari dengan niat,maka pasangkan sekali dengan azam untuk kita buat yang terbaik..usahlah buat sesuatu dengan hanya melepaskan batuk ditangga.Dengan adanya niat untuk melakukan yang lebih baik , maka usaha, fokus ,tenaga dapat ditingkatkan.Selagi kita masih bernyawa pastinya kita akan diuji, tercabar dengan masalah hidup.Hadapinya dengan kekuatan ,kesabaran dan ketabahan.Dalam masa yang sama usah sama sekali melepaskan pergantungan dan tawakkal kepada Allah.

  • Niat membuatkan kita bersedia dengan pelbagai kemungkinan.Hidup ini ibarat roda.Sekejap kita di atas sekejap kita di bawah. Lain yang kita minta ,lain yang kita dapat. Lain yang dibuat ,lain yang jadi.Musibah datang tanpa mengira masa.Jika kita sudah pasang niat untuk jadi yang terbaik pastinya kita bersedia dengan pelbagai kemungkinan.Orang yang berjaya tidak hanya bergantung kepada satu jalan penyelesaian.Cara kerja mereka sentiasa flexibel.Malah orang yang memasang niat untuk berjaya tidak pernah ragu ragu dan tidak pernah berputus asa dan tidak akan merasa terbeban.
Jom kita pasang niat kalau mahu berjaya...SPM bakal diumumkan pada 3.3.2015..bersama kita raikan kejayaan mereka yang telah lama memasag niat untuk meraih kejayaan cemerlang semenjak mula menjejakkan kaki ke sekolah..Cikgu doakan agar segala penat lelah dan  usaha korang berbalas dengan kejayaan nanti...Amin
niat

No comments:

Post a Comment