Saturday, 9 August 2014

MENANG VIVIX CABUTAN BERTUAH

Malam malam sunyi mcmni teringin pula nak menulis...Syukur atas nikmat Allah yang kurniakan..biarpun kecil jika kita bersyukur Allah akan tambahkan nikmatnya...

Tahun ni tahun pertama saya join sambutan hari raya bersama shaklee..Exited bila member member dari Johor menceritakan pengalaman mereka beraya bersama Shaklee..

So hari ni 9hb Ogos 2014...saya bersama Nurqasih Outlet Full,Penjejak Bayang,Biela Kaulit,ibu mertua serta anak saya Faeizyn bersama sama join majlis tersebut...Siap lengkap berpakaian raya..baju kurung..baju melayu bersamping...

 Ramai yang datang..so awal majlis kami bersama sama dikongsikan dengan ilmu kesihatan..bagaimana boleh mengekalkan kesihatan  walaupun makan berbagai juadah tinggi kolestrol di hari raya..

Next acara lucky draw..biasa la..adik ipar aku selalu bertuah..cabutan pertama dia yg dpt. bestnyer..9 cabutan..hadiah terdiri dari vitlea..phytocol..mealshake..dan ada lg yg lain..

raya shaklee

 Next...
 Permainan ringkas oleh kaun hawa. 9 org  satu group 3 orang..kena angkat ketupat yg dah dianyam guna mulut dan guna spagetti...hahaha..group aku kalah laaaa...tapi kalah kalah pun dpt hadiah. ..Memang shaklee nak bagi hadiah....rezeki..dapat la b comp. .zinc dan beg shaklee..seronok depa gelakkan kumpulan aku..sampai lupa nak snap gambar. hahaha...

Untuk silelaki pulak..pertandingan memakai samping..kumpulan yg ikat paling cantik..kukuh dan jemas itulah pemenang...Waaaa..achey menang no 1..hadiah..mealshake vit e...senang kan..simple jer permainan hadiah..kebabum..hehe..


raya shaklee


 Acara untuk best dress..mr shaklee dan miss shaklee melaka..sebelum dipilih kena buat aksi chicken dance dulu..member aku si achey menang lagi..mr shaklee melaka..tahniah..hadiah best wei...kolegen dan ada lain lagi...

Lucky draw lagi..tapi biasala kan..aku ni..bila2 ada lucky draw susah nak naik nombor..sampai selesai ucapan dan nyayian lagu raya ramai ramai..ada 9 cabutan terakhir..sah memang nombor pun tak naik...tiba tiba..pengarah shaklee malaysia tanya tetamu yg hadir nak tak kalau tambah 2 lagi hadiah...mestilah semua nak..siap request vivix lagi...tapi vivix tak ada kat sini..so hadiah vivix akan dipos ke rumah orang yang bertuah..bestnyer kalau aku yang dapat..

First cabutan dapat kat seorang lelaki. dan cabutan terakhir disempurnakan oleh seorang master dari Melaka..lupa nama dia...huhu. ..macam dalam mimpi plak aku rasa..nombor aku yang naik..syukur alhamdulillah..inilah saat yang paling best..dapat produk termahal dalan shaklee dan produk yang palingggg aku suka minum...sebab vivix..ada terbukti untuk ni...

KENAPA SAYA NAK SANGAT HADIAH VIVIX..SEBAB KHASIATNYA KEBABOM..KLIK SINI

vivix best



Last sekalu kami dihidangkan dengan berbagai juadah hari raya..sebelum makan..telan dulu phytocol..baru la kolestrol jahat tak bertambah dalam badan..
 Masa makan. .terjumpa pulak kak Azizah Amin..datang bersama keluarga..Tak sangka..dia dapat datang..rezeki kami makan sedap hari ni di Hotel Equitorial Melaka. .

So tahun depan..pastinya aku tak akan lepaskan peluang ni lagi. jika masih ada umur..cauu..cin cau. 




NAK CUBA MINUM VIVIX..????

MEH AKAK TOLONG

SUHAILA

010  8798077














Monday, 4 August 2014

BAGAIMANA GLA MEMBANTU PESAKIT DIABETES/KENCING MANIS


Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. 

Bagaimana insulin dihasilkan?
Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak dibawah perut.

Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
kencing manis


Apa fungsi insulin?
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. 

Apakah organ yang menghasilkan insulin?
Insulin dihasilkan oleh pancreas.
Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa.

Apakah kesan penghasilan insulin yang tidak dapat dihasilkan?
Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?

Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis.

Petanda awal seseorang menghidapi kecing manis atau diabetes: 
  1. Cepat Dahaga
  2. Mudah Letih
  3. Berat Badan Turun Dengan Mendadak
  4. Kerap Kecing
  5. Cepat Kebas pada jari kaki atau jari tangan 
Apa yang Hendak Dimakan?
Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetes.

1. Makanan yang perlu DIELAKKAN

Contoh: Gula pasir, gula melaka, gula merah, gula batu, gula-gula, sirap, jeruk, halwa, kuih-kuih manis, susu pekat manis, buah-buahan dalam tin, minuman ringan, coklat, madu lebah, jem (kecuali jem untuk diabetis), semua makanan bersalut gula, dll.
Makanan/ minuman yang mengandungi gula ringkas. Gula ringkas akan meningkatkan tahap gula dalam darah dengan kadar yang cepat.

2. Makanan yang perlu DIHADKAN
Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks.
Contoh: Nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mee, semua jenis tepung, semua jenis ubi, buah-buahan/ jus, sayuran berkanji (labu), jagung, serbuk coklat, dll.

3. Makanan yang BEBAS dimakan
Contoh: Air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli, jus limau nipis, sayur-sayuran, ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk cili, herba, dll.

Pengambilan Serat yang Betul
Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut (yang larut dalam air – ia membantu melambatkan penyerapan nutrien) dan serat tak larut (tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan – membantu mengelakkan sembelit). Serat yang tak larut boleh digunakan di dalam usaha mengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. 
Contoh makanan yang mengandungi serat: Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta, dll.

Pengambilan Vitamin dan Zat Galian yang Mencukupi
Kromium mempunyai fungsi untuk menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk medapat diabetes.
Kajian juga menunjukkan bahawa anti-oksidan seperti vitamin C dan E serta beta keroten (sejenis vitamin A larut air) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan diabetes.

Sumber: Panduan Pesakit Diabetes, Unit Pendidikan Kesihatan, Hospital Kangar.


BAGAIMANA GLA MEMBANTU PESAKIT KENCING MANIS?


gla

  • Kencing Manis – Pesakit kencing manis tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. Suplemen GLA memperbaiki fungsi saraf dan boleh mencegah penyakit saraf kencing manis 
    diabetes

FACEBOOK:suhaila abdul
EMAIL:suhaila_abdul@yahoo.com
BLOG:akukaksu.blogspot.com
COD:Masjid tanah,Kuala Sungai Baru,Sungai Udang
POS:MELAKA DAN SELURUH MALAYSIA
NO TEL:010 8798077

Saturday, 2 August 2014

VITAMIN UNTUK ANAK YANG SERING SENGGUGUT

Assalamualaikum ...hai masih dalam mood raya?

Lepas ni pakat -pakat pergi open house la pulak ye..Saya pun baru balik dari kampung halaman, Parit Buntar..jumpa family yang dah lama tak jumpa..anak-anak buah yang ramai dah masuk 19 orang...Makin hari makin dewasa dah ..

Masa kat kampung hari tu,anak buah 13 tahun mengadu sakit perut yang amat sangat .Bila tiba masa datang haid,itulah masa yang paling mengerikan...senggugut...perkara sebegini biasa terjadi pada segekintir remaja malahan berlaku juga pada wanita yang sudah berkahwin..Kadang-kadang bila pergi jumpa doktor,doktor kata itu adalah normal( seperti yang kak cerita la kan)
Biasanya kak akan bagi ubat tahan sakit.Tetapi ubat penahan sakit hanya meringankan kesakitan tetapi bukan membantu mengurangkan masalah sengugut tersebut.
Bagi anda yang mengalami masalah sengugut yang kronik haruslah mendapatkan rawatan daripada doktor sakit puan dan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat.
Hari ni saya nak berkongsi maklumat tentang satu produk yang sesuai diambil oleh wanita atau remaja yang mengalami masalah senggugut..iaitu GLA..ia bukan sahaja sesuai untuk masalah senggugut malahan banyak kelebihan lain yang anda kena tahu....

APA ITU GLA?
GLA (gamma-linolenic acid) nama yang diambil dari kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

APAKAH FUNGSI GLA?
*Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid


*Membantu meningkatkan kesuburan

*Melegakan PMS (sindrom pra-haid)

*Membantu dalam menangani menopus

*Menguatkan kuku dan rambut
*Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
*Membantu menangai ekzema
*Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
*Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
*Menguatkan imuniti tubuh
*Memperlahankan proses penuaan
*Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
*Mengawal kencing manis dan darah tinggi
*Mengawal kolesterol
*Untuk fungsi saraf


Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan


Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA? 
GLA sangat diperlukan oleh semua kaum hawa samada yang telah berkahwin atau tidak…


GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS.

GLA sangat diperlukan oleh pengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan.


SIAPA YANG TIDAK BOLEH AMBIL GLA?
GLA tidak boleh digunakan semasa hamil kerana mereka boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal.


Omega-6 tambahan tidak perlu diambil jika anda mempunyai sawan. GLA yang tinggi boleh meningkatkan risiko sawan.




bunga epo

APA BEZA EPO(English Primrose Oil ) DAN Borage Oil (GLA Complex Shaklee)?

EPO atau English Primrose Oil, dibuat dari sejenis bunga bernama English Primrose, ia  digunakan untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi.  EPO sebenarnya minyak dari bunga english primrose.EPO 



Dalam minyak english primrose ni mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah tersebut. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.Jadi wujudlah nama GLA nih...


  1. Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO.
  2. Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.
  3. GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. 
  4. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage).
  5. Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.


Bila waktu terbaik utk makan GLA? Berapa biji sehari?



Waktu makan adalah flexible. Tapi lebih baik jika diambil selepas makan. Boleh ambil 2 biji sehari (lepas lunch & dinner) atau telan 2 biji sekaligus sebelum tidur.


Bagi anda yang mengalami masalah period tidak teratur ,boleh ambil setiap hari sehingga period kembali normal

Untuk kesuburan anda boleh ambil ketika period sehingga sehari sebelum waktu subur

Dengan pengambilan secara konsisten dan mengikut aturan yang ditetapkan..insyaallah waktu datang period bukanlah suatu yang menyiksakan......selamat mencuba


GLA

TESTIMONI

Ija Ramli yang sering rasa letih dan emosi terganggu akibat tidak datang period selama setahun.Ketahui bagaimana beliau mengatasi  masalah tersebut  sdan kini lebih ceria dan gembira...







FACEBOOK:suhaila abdul
EMAIL:suhaila_abdul@yahoo.com
BLOG:akukaksu.blogspot.com
COD:Masjid tanah,Kuala Sungai Baru,Sungai Udang
POS:MELAKA DAN SELURUH MALAYSIA


NO TEL:010 8798077

Wednesday, 30 July 2014

01:53

18 TAHUN BERAYA DI MELAKA

Dah raya dah..tahun ni 39 tahun dah beraya. ..Alhamdulillah..panjang lagi umur aku..Betul la..dah umur 39 tahun kan..nak masuk 4 series daaa...tiap tiap tahun nak sambut hari raya mesti jadi persoalan. .mana nak balik beraya?ramai yang bergilir gilir balik raya kampung masing2...tapi aku lagi best..tak payah gilir pun...

Tiap tiap tahun menyambut aidilfitri di Melaka..rumah ibu mertuaku...haha..sedar tak sedar dah 18 tahun dah sambut raya kat melaka...ada juga sekali sekala ajak cik abang sambut raya kat Penang..tapi...rayuanku tidak diterima...tapi tak jadi masalah pun..Aku ni malas nak pikir..raya kat mana pun ok jek...Yang penting dapat balik raya jumpa mak abah..

Lagi pun first day raya dah sampai dahsampai pun kampung..Alhamdulillah..kami berkumpul 6 beradik kat kampung..memang meriah..ada 19 0rang cucu...walaupun mak dah tiada tapi kemeriahan masih terasa..

Tiap2 tahun mesti buat BBQ...malam ni nak buat Api api steamboat pulak...seronok..gaduh2..gurau sendavdan tawa riang...membuatkan abah senyum gembira bila melihat anak cucu dia yang kepoh2 dan ceria aktif...

Semoga tahun depan kita semua dapat menyambung tradisi mengikat ikatan kasih sayang...      
raya 2014








Saturday, 19 July 2014

07:25

SIAPA SAYA?

suhaila abdul
Assalamualikum...
Terima kasih kerana sudi melawati coretan dalam blog saya ni...

Nak berkenalan dengan saya...
My full name..Nor Suhaila Abdul..Berasal dari Penang..bukan anak mummy tapi anak Abdul bin Ahmad.
Telah berkeluarga dengan pasangan hati Noor Azally bin Mohamad.

Anak?
Anak dah 5, anak sulung dah berusia 16 tahun , anak ke dua 13 tahun, anak ke tiga 11 tahun, anak ke empat 6 tahun dan anak bongsu 2 tahun...

Kerja?
Kerja cikgu...dah 18 tahun mengajar..sekarang mengajar di SMK Ghafar Baba Masjid Tanah Melaka..
Saya adalah guru fizik dan guru matematik...

Why Shaklee?
Kerana semenjak menggunakan suplimen shaklee, kesihatan saya dan keluarga bertambah baik..Kemudian peluang yang shaklee beri untuk ahlinya mencari pendpan tambahan tidak disia-siakan...kira part time job..Alhamdulillah..semenjak berkongsi kebaikan shaklee,semakinn ramai yang menikmati kehidupan yang lebih sihat..itulah anugerah Allah yang paling penting..SIHAT...
Salam shaklee saya sebagai seniour supervisor..masih mencari ilmu dalam dunia pendidikan dan dunia perniagaan...

Yang penting ...semua yang ada disekeliling aku adalah sumber inspirasiku...

maka wujudlah DUNIAKU ISPIRASIKU.....

Semoga segala perkongsian ini dapat memberi manafaat kepada pembaca yang sudi singgah ke blog saya...terima kasih daun keladi...
rajin rajinn singgah lah lagi...


Friday, 18 July 2014

HIKMAH DISEBALIK MH 370 DAN MH 17

Setiap kali lepas bersahur memang aku tak tidur lagi,,Terus jer siap siap nak pergi sekolah,,jam hampir 5.45 pagi..dari siaran tv  aku dengar berita dari tv3 menyatakan tentang trajedi..tapi aku tak pasti apa.masuk bilik check phone ada member hantar gambar pesawat yang terhempas hancur dan gambar mayat yang menyayat hati.....dalam hati ingat itu di Gaza...rupa rupanya..kisah sedih 
tragedi berlaku dah lama pun..., aku jer baru tahu....Ya Allah..besarnya dugaanMu kepada kami terutama sekali bagi keluarga mereka yang terlibat.Sayunya hati bila dapat tahu Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 295 penumpang didakwa ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di sempadan timur Ukraine, malam tadi (waktu tempatan).
Terasa macam murahnya harga nyawa manusia. belum pun MH 370 ditemui..kita dikejutkan lagi dengan tragedi berdarah ini...

Bila baca kenyataan kenyataan ni,terasa sangat...bagaimana pula dengan nasibku??????
Hari ini kita berjumpa..mungkin selepas ini tidak lagi.....

THE HAGUE: Gurauan seorang pemuda Belanda dengan memuat naik gambar di laman Facebooknya beberapa minit selepas menaiki pesawat Malaysian Airlines bahawa ia akan 'hilang', akhirnya bertukar menjadi kenyataan.


Dalam posting berkenaan Cor Pan menyatakan: “Jika ia akan hilang, seperti inilah yang akan berlaku." 


KOTA BHARU: Hasrat pembantu juruterbang penerbangan MH17 Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Hakimi Hanapi, 29, untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Kelantan tidak kesampaian apabila pesawat itu terhempas di Ukraine, semalam.

Musibah:

Setiap musibah itu datangnya daripada Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia zalim kepada kita. Akan tetapi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah kerana Dia CINTAkan kita. Dikatakan bahawa, Allah swt kasih kepada seorang manusia, 70 kali ganda melebihi daripada kasihnya seorang ibu kepada anaknya. Seandainya benar Allah swt kasih dan sayang kepada kita, sudah tentu di sebalik setiap musibah, ada tersimpan satu hikmah. Tiada siapa yang mengetahuinya, melainkan Allah swt. Namun apa yang pasti, setiap hikmah itu sangat berkait rapat dengan dasar CINTA Nya terhadap kita.

Hikmah #1: Allah swt sangat rindu pada kita. Dan Dia mahu kita lebih dekat denganNya.
Adakalanya kita ter”lemas” dengan urusan dunia. Kesibukan menyebabkan kita lalai daripada mengingatiNya. Solat kita penuh dengan dunia. Zikir kita penuh dengan dunia. Sedekah kita juga kerana dunia. Sehingga tiada saat, terdetik di dalam hati kita untuk mengingatiNya. Kalau ada pun, hanya sedikit sahaja..Sehingga boleh dibilang dengan jari jemari sahaja.
Kerana Allah swt sangat SAYANG pada kita, kerana Allah swt sangat CINTA kepada kita, maka Dia tidak sanggup melihat kita terus lemas di dalam dunia. Lantas, dengan kasih sayangNya, Dia terus menarik kita. Bukan untuk merosakkan kita, tetapi untuk menyelamatkan kita.
Inilah yang Allah swt mahukan. Dia sangat rindu mendengar suara hambaNya. Kerana Dia sangat suka mendengar zikir hambaNya, Dia sangat suka mendengar bacaan Al Quran daripada hambaNya. Dia juga sangat suka apabila hambanya menadahkan tangan di dalam tahajudnya, meminta-minta, merintih, merayu, dan menangis di hadapanNya.

Hikmah #2: Allah swt ingin menghapuskan dosa-dosa kita.
Allah swt itu jauh sekali daripada sifat zalim. Allah swt tidak pernah akan menzalimi hamba-hamba yang dicintaiNya. Sedangkan, manusia lah yang menzalimi dirinya sendiri. Manusia menzalimi dirinya sendiri dengan mengingkari perintah-perintah Allah swt. Allah swt perintahkan solat, bukan kerana mahu membebankan manusia. Sedangkan Allah swt memerintahkan solat kerana CINTANya pada manusia. Allah swt perintahkan agar kita menutup aurat, juga kerana Dia cintakan kita. Allah swt perintahkan kita menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita, juga kerana cintaNya pada kita.

Hikmah #3: Allah swt ingin menambahkan pahala kita
Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda:

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda; “Wahai anak Adam! Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu daripada dirimu) dan engkau harapkan pahala, maka Aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah daripada syurga.”(HR Ibnu Majah)

Kasihnya Allah swt kepada kita. Jika kita dapat bersabar dengan musibah yang diberikan olehnya, maka Allah swt akan mengganjari kita dengan SYURGA!  MasyaAllah!!!
Pelajarilah sabar daripada kisah Nabi Ayyub a.s. Allah swt telah matikan anak-anaknya..tetapi baginda masih bersabar. Allah swt telah hancurkan harta bendanya..namun baginda masih bersabar. Allah swt telah uji dengan penyakit..tetapi baginda masih boleh bersabar. Allah swt uji dengan kejian dan cemuhan masyarakat, tetapi baginda masih bersabar. Dan akhir sekali, isteri yang dicintainya juga turut pergi meninggalkannya..tetapi baginda masih lagi bersabar.
Namun, kerana kesabaran baginda, selepas daripada semua musibah itu, Allah swt telah mengurniakannya harta yang melimpah ruah. Allah swt telah memberikan anak-anak yang ramai dan isteri yang solehah. Nabi Ayub a.s telah membuktikan CINTAnya kepada Allah swt. Dalam keadaan susah mahupun senang, baginda tetap setia dengan CINTAnya kepada Allah swt.
Hikmah #4: Allah swt ingin meningkatkan iman kita kepadaNya
Iman itu adalah yakin. Yakin dengan sepenuh hati bahawa hanyalah Allah swt Tuhan yang layak disembah. Yakin dengan sepenuh hati bahawa hanya Allah swt tempat meminta pertolongan. Sebagaimana yang sering kita baca di dalam solat kita;

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah Al Fatihah: 5)

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Al Insyirah: 5-6)

MasyaAllah! Indahnya CINTA Allah swt…Kita makhluk yang sangat lemah, sangat tidak mengerti apakah hikmah di sebalik setiap musibah. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahuinya. Hakikatnya, Allah swt sentiasa menentukan apa yang TERBAIK buat kita kerana Dia sangat-sangat CINTA pada kita…

Persoalan yang bermain di fikiran...

“Bagaimana jika aku mati dalam keadaan tidak sempat untuk bertaubat dari segala dosa-dosa aku yang lampau?”
“Adakah aku akan mati dengan tenang jika dosa-dosa lalu ibarat menghambat aku sendiri di kari akhirat kelak?
“Dan bilakah waktu Malaikat Izrail itu akan datang untuk mencabut nyawa ku?”
Meremang seketika bulu roma apabila nama Malaikat Izrail disebut. Ibarat ia dekat dan sedang memperhatikan kita. Subhanallah.

SEMOGA ALLAH CUCURI RAHMAT KE ATAS  MEREKA...AMIN


mh 17

MH 370 .... 8.3.14.....
MH17....17.7.04...
BOEING 777

Tuesday, 15 July 2014

ANAK ADALAH ANUGERAH TERINDAH


anak


Anak adalah anugerah Allah yang sangat bernilai.Namun tidak semua pasangan suami isteri dikurniakan cahayamata.Mungkin juga anda sukar untuk mendapatkan cahayamata disebabkan berbagai faktor.Mari kita tengok ,mungkin salah satu berlaku pada diri anda.

1.Masalah haid yang tidak teratur, haid yang tidak datang atau hormon yang tidak stabil
2.Isteri pernah mengalami keguguran dan sukar untuk lekat semula
3.Suami isteri tidak ada sebarang masalah kesihatan selepas pemeriksaan doktor.namun rezeki bulam ada.

So apakah yang boleh membantu anda untuk berusaha mengatasi masalah anda tu?

Untuk ke tiga tiga masalah diatas saya mencadangkan anda mengambil GLA complex kerana ia sangat membantu dalam kesuburan wanita.Dan bonus yang anda dapat,cantik gitu...

Cara pengambilan GLA

1 biji selepas dinner setiap hari sehingga haid teratur. Jika nak makan 2 biji sehari, sebiji lagi diambil selepas sarapan  10pm sekali, 10am sekali. Mulakan dengan sebiji, jika tiada perubahan dalam tempoh dua minggu baru ambil 2 biji sehari


Masalah haid yang tidak teratur ,atau haid tak datang atau hormon yang tidak stabil

Bermula dengan masalah haid tak teratur, makan GLA Complex 1 biji selepas dinner setiap hari sehingga haid teratur. Jika nak makan 2 biji sehari, sebiji lagi diambil selepas sarapan dalam jam 10pagi. 10pm sekali, 10am sekali. Just nice. Mulakan dengan sebiji, jika tiada perubahan dalam tempoh dua minggu baru ambil 2 biji sehari. Kalau masih tak beri kesan sebaiknya anda tambah Alfalfa 

Setelah haid anda teratur dan normal, anda hanya perlu makan GLA sebiji sehari pada waktu malam dari hari pertama haid hingga ke waktu subur anda. 

Jika haid anda lewat, tunggu sehingga 2 minggu dan lakukan ujian UPT. Jika negatif, tunggu lagi seminggu dan lakukan semula ujian UPT. Hanya jika anda sudah melakukan beberapa ujian tetapi masih negatif dan berjumpa doktor untuk mengesahkan anda belum hamil, barulah makan semula GLA Complex

Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang. Waktu inilah anda dan suami wajib bersama bagi meningkatkan peluang kehamilan. 

Anda tidak mempunyai masalah kesihatan setelah dibuat pemeriksaan.

Apabila isteri tiada masalah haid iaitu haid normal dan suami pun doktor dah sahkan normal. Maka pengambilan set lengkap kesuburan mungkin boleh membantu tubuh anda memperbaiki sistem reproduktif dan menghasilkan sel sperma serta ovum yang berkualiti tinggi supaya peluang mendapatkan zuriat lebih cerah. Bagus juga kalau sama sama meningkatkan stamina dan menghangatkan hubungan .

Isteri pernah hamil tetapi keguguran

Bagi yang pernah mengalami masalah keguguran, dengan penambahan wajib ESP dan CoQ Health bagi menguatkan kandungan akan datang. Seeloknya tunggu sehingga 6 bulan sebelum hamil lagi bagi menyediakan rahim yang cukup kuat.


Berikut adalah senarai produk yang boleh anda ambil sebagai ikhtiar.


GLA Complex - Sebiji selepas makan (Sarapan / Dinner)
B - Complex - Sebiji selepas sarapan
Vita - E Complex - Sebiji selepas lunch
Zinc Complex - Sebiji semasa perut kosong
ESP - 1 sudu 2 @ 3 kali sehari. Sarapan / Dinner; Sarapan / 3pm / Sebelum tidur. 
Vitalea - Sebiji selepas lunch
Alfalfa Complex - 3 biji selepas sarapan. Dos bergantung kepada ketahanan tubuh terhadap herba. 

AIR 2 ke 3 liter sehari

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya,kita sebagai hambaNya wajiblah berusaha dan bertawakkal..
set hamil                                set hamil



#suhaila
#FB:suhaila abdul
#email:suhaila_abdul@yahoo.com
#phone:0108798077