Showing posts with label PENGALAMAN. Show all posts
Showing posts with label PENGALAMAN. Show all posts

Sunday, 4 December 2016

HUJAN MEMUDARATKAN ATAU HIKMAH?


"ani.........angkat kain hujan......,jemuran dah turun............"(petikan filem pendekar bujang lapok)



Sekarang nie musim hujan, ada yang mengeluh, ada yang gembira, ada yang berduka, dan ada yang tengah tidur....hehe

Sebaiknya kita tak perlu mengeluh dengan hujan…
hujan ni ada macam-macam hikmah.Ada kata hujan rahmat..
telah dinyatakan dalam alQuran tentang hujan..

"......dan DIA menurunkan air HUJAN dari langit,lalu DIA menghasilkan dengan HUJAN itu buah-buahan sebagai rezki kamu...." al-Baqarah 22

"....dan ALLAH menurunkan kepadamu HUJAN dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu..." al-Anfal 11


" Dan KAMI turunkan kepada mereka hujan ( batu ), maka perhatikanlah bagaimana kesudahan bagi orang-orang yang berdosa" al-A'raf 84



Walaupun hujan ni penuh rahmat, tapi hujan akanbertukar jadi bala apabila kesan dari tangan -tangan manusia..



Kalau zaman dulu main hujan ni dah satu kebiasaan dikampung-kampung..masa ni la nak sejukkan badan..mandi free..sejukkkk..

Tapi sekarang…

Jangan dok gatai nak mandi hujan..sebab kandungan hujan berbeza di setiap tempat..kalau di kawasan industry tak sama kandungan air hujan dengan kawasan kampong yang tidak tercemar.


Air hujan sekarang penuh degan hujan asid..sebabnya air hujan telah bertindakbalas dengan apa saja bahan kinia dalam udara…so hati hati dengan hujan ye dek non…


Kalau dah kena hujan dan demam, cepat cepat la telan vitamin c dan nutriferon…

hikmah hujan

Thursday, 17 November 2016

MAIN HUJAN DI MUSIM TENGKUJUH

Main hujan saat paling syokkk..😄😄😄
.
Teringat zaman kanak-kanak dulu..30 tahun dulu..lama kan..bila sampai musim hujan ..memang saat saat yang ditunggu..
.
Apa lagi..main hujan la..tapi kena menyorok dari pandangan mak..kalau main hujan sorang sorang tak best..main ramai ramai la lagi best..
.
Pernah juga time hujan kami beramai ramai dalam parit..berkubang..hujan turun lagi best mandi..hihi..
.
Kejap lagi datang la mak mak kami panggil balik..best best..'hampa naik cepat..hampa nak kena panah kilat ka?'..siap bawa kayu suruh naik.....time tu pakat cabut lari naik la tak cukup tanah..hahahaha..
.
Dulu main hujan relek je..balik mandi pastu pakai baju tebal..tak da masalah nak kena demam ke..selsema ke..
.
Zaman sekarang..mmm..hujan dah tak selamat nak dibuat main macam dulu..air hujan dah jadi hujan asid..kesan pencemaran.
.
Kalau dah kena hujan ..tak.kira la yang muda atau yang tua..badan mula sakit sakit ..selsema..pening kepala semua ada..
.
Jadi untuk persediaan musim hujan dan musim tengkujuh ni..kat rumah wajib saya sediakan vitamin c..nutriferon..omega.Semuanya mesti anak anak makan untuk kuatkan sistem imuninasi masing masing..
.
Harap harap hujan kat Melaka ni tak bawa ke banjir sudah la..bulan 12 ni pun cuti sekolah..tak best la kalau masing masing demam dan sakit time cuti ..nak jalan jalan kan cuti ni,biarlah masing2 sihat dan tak mudah kena jangkitan..

#shakleewarrior
#tsunamishaklee
#shakleemasjidtanah #shakleemurah #shakleeukm

Tuesday, 15 November 2016

SUPLIMEN UNTIK SUAMI YANG TINGGI KOLESTROL

SUPLIEMEN BUAT INSAN TERSAYANG
***************************
Ubat kolestrol.tinggi

.
Ada yang bertanya saya..awak jual shakl€€ ..suami makan tak  vitamin?
.
Nak cerita la ni..dulu mula mula saya makan suplimen..ajak juga suami makan..tapi masa tu dia memang tak nak.Kata dia..buat apa nak makan ..nanti tiap tiap bulan kena makan..dulu masa zaman kat UTM dah ada dah shakl€€ ni..abang makan kejap je..siap jadi ahli lagi..sekarang ni belum masa nak makan...
.
Ok fine..tak nak makan sudah le..ai makan..
.
Ada satu masa tu..badan dia mula tak sihat..berat badan naik ..semua seluar kena tukar saiz..lepas tu badan selalu pening pening dan tak sihat.Sakit urat kat belakang tengkuk.
.
So pergi check up kat klinik..tekanan darah agak tinggi juga masa tu..dan buat ujian darah..dan bila dapat keputusan..memang simptom simptom kolestrol tinggi terbukti dari ujian darah..kolestrol LDL tak normal..
.
So apa lagi..saya pun suruh la dia makan omega,phytocol, garlic pada masa tu..alhamdulillah..nak juga dia telan..
.
Kesannya..berat badan pun makin kurang dari dulu..dah tak sakit sakit badan lagi..badan rasa lebih sihat bertenaga.
.
Sekarang ni dia akan ambil sendiri semua semua vitamin untuk makan setiap hari..dan vivix ni dia baru mula consume akibat masalah kulit..sebenarnya bukan ni je suami akak makan ..macam macam dia ambil sekarang..ostematrix..garlic..lecithin..cinch tea..dtx complex..semua lah..
.
Bila usia dah masuk era 40 an nak masuk 50an ni..kesihatan lagi la wajib kena jaga..umur macam ni la semua penyakit yang terpendam lama akan keluar..ramai juga yang merana akibat diabetes..strok ..sakit jantung..gout bila cecah usia usia macam kami..
.
So biarlah ini salah satu langkah pencegahan dan kawalan supaya kami tidaklah TUA berpenyakit sebelum waktunya..
.
Itulah kisahnya...
.
"Surihati Mr JCB itu Pengedar Shakl€€"😄😄😄
.
#shakleewarrior
#tsunamishaklee
#landmarkstudy
#shakleemasjidtanah
#shakleesungaiudang
#shakleekualasungaibaru
#shakleeukm
#ubatdiabetes #ubatkencingmanis #kulitcantik #ubatkuruscepat

Monday, 14 November 2016

PERASAAN SELEPAS MENJADI PENJUAL SUPLIMEN


Pengedar shaklee

Pertama kali cuba makan suplimen ialah kolegen shakl€€..masa tu ada promosi beli 6 percuma 1..kami adik beradik berkongsi sorang sekotak..
.
Lepas makan kolegen tu memang ada nampak perubahan kat kulit..makin hilang KUSAM kat kulit..
.
Bila nampak perubahan pada kulit..saja saja berkongsi kebaikan dengan kawan kawan..edar fliers..masa tu belum pun mula nak bisness..setakat tolong adik jual kat sekolah.
.
Jadi ada la beberapa orang kawan yang mencuba..punya la seronok masa tu kawan kawan beli..dan akhirnya saya pun join ahli..untuk dapatkan harga murah..
.
Lepas kawan kawan juga consume..Bermula la kisah saya dengan  vivix ...minum atas masalah masalah kesihatan yang agak kronik la masa tu....alhamdulillah..saya semakin sihat.
.
Kini kawan kawan yang mula mula mencuba shaklee juga masih meneruskan consume shaklee atas asbab Allah bagi kesihatan yang lebih baik..
.
Semakin ramai yang sihat dan yakin dengan shakl€€ atas sebab keberkesanan dan jaminan keselamatan dimakan jangka masa lama..
.
Jadi perasaan happy dari mula mula kawan beli ..sampai la kehari ni..masih tetap juga exited macam dulu..suka dan happy sangat bila kawan2 makin sihat..cantik.kurus..dan macam macam lah....hihi..
.
Dan disebabkan ramai yang semakin sedar penjagaan kesihatan..semakin ramai yang sedar kepentingan ambil produk SELAMAT..semakin ramai kembali kepada yang SEMULAJADI..maka selagi itu la perasaan happy sentiasa ada sperti mula2 orang beli  dulu.
.
Bisness shaklee bawa saya lebih peka dengan kesihatan..alhamdulillah..
.
#shakleewarrior
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
#landmarkstudy
#shakleemasjidtanah

6 CARA MUDAH CARI ILMU NUTRISI DAN BISNESS

Ada orang tanya..macamana akak belajar pasal ilmu ilmu pemakanan..ilmu bisness ni?
.
"Rancak je..macam tau je semua pasal kesihatan ni..pantang ada sebut sakit..mesti akak ada je vitamin akak nak suruh cuba.."
.
Meh nak story mory..
.
Sebenarnya akak siap dah buat video tajuk ni.. ..malangnya video tu blm sempat nak edit..panjang pulokkk..tak leh upload..
.
Gini ceritanya..so tulis la ye
.
Akk wajib pergi KELAS NUTRISI..kelas anjuran shaklee..masa ni pakar nutrisi akan explain all about suplimen shaklee dari kandungan sampaila ke penggunaan..sharing tentang kesihatan dan juga testimoni..dapat sijil tauliah lepas kelas tu tau..
.
Akak ada group SECRET..small group dan BIG group ..GMF founder NoorAzmiah Mohamad dan ireach family #master zainur dan nemy #lyna noh..dalam group ni macam2 aktiviti kami..kelas wasap..kelas video..macam macam la..pasal produk ada..pasal bisness ada..support each other kami kami ni..best tau..dalam group ni pun ada pakar2 dan juga doktor bertauliah..
.
BELI DAN BACA BUKU..melabur duit beli buku buku kesihatan..macam macam jenis buku ada..boleh baca dan jadikan panduan..berbaloi tau beli buku..ilmu tu penting nak bisness dan nak consume customer
.
KELAS anjuran upline..wajib pergi walau jauh atau dekat selagi tak clash dengan timetable harianku..best..banyak sangat perkongsian dorang..rugi tau tak join..
.
FOLLOW orang top top pasal bisness ni..tengok macamna dorang buat marketing..layan customer..ilmu ilmu yang dorang share..banyak manafaat..
.
MR GOOGLE..ini wajib..nak dapatkan maklumat segera..google je la..sekejap je dapat jawapan..tapi kena la dapatkan dari sumber yang sohih..
.
Nak bisness kena ada ilmu..bukan main hentam je..nak ada ilmu kena berguru..cari mentor..
Nak cari mentor boleh la cari akak..😄😄
.

Itu saja perkongsian akak kali ni...ada yang nak join akak sekali ke?

Cara bisness shaklee

Meh la wasap kat no ni
0108798077
Your trusted sid

Thursday, 10 November 2016

HOBI BERSHOPPING BAGUS KE TAK BAGUS?

Hari ni alkisahnya nak bercerita tentang hobi..
.
Zaman kanak2  hobinya mengumpul setem..ahakss..
.
Zaman belajar kat universiti..hobinya bersilat..sampai pernah jadi johan juga la pertandingan silat masa tu.tahun 1996 kutt(kenapa? Tak percaya?..percayalah..😄)..dan jumpa jodoh pun masa bersilat juga..😍😍
.
Dulu masa belajar bercita2 nak kerja office.nak pakai cantik2..gila tengok org lawa2 ni..jeles ai tau..
.
Tetiba je terjadi cikgu..apa lagi..cita2 tercapai..suka melaram..jadi bermula la hobiku yg baru..bukan mengumpul setem lagi..haha..silat pun entah kemana..hobi baruku ialah..shopping baju..gila la..pantang ada trend baru..sapa yg jual kain bawa kat aku mesti untung..mesti aku beli..hahahah..tapi dorang pun beli bitamin kat akaka...
.
sampai anak murid pernah kata.."cikgu..selama cikgu pergi mengajar..saya tak pernah nampak cikgu pakai baju sama"😂😂😂😂 ..
.
oh no..kenapa dia cakap gitu?padahal aku rasa hari2 aku tengok dalam almari tu baju sama je..bosan nak pakai....sampai almari 1 jadi 2..jadi 3..sampai almari anak dan suami pun ada baju aku..haissh..😂😂😂😂..
.
Tu la..pantang je dapat bonus shaklee..mesti ada part utk aku beli baju..tudung..kasut..hihi..
.
Tapiiii...
.semenjak belajar ni..dah tak berapa boleh nak melaram sangat..haha..tapi hobi shopping baju dan tudung tetap tak boleh dipisahkan..
.
Disebabkan terlampau banyak koleksi baju2 dan tudung2..maka tiap2 bulan baju2 tu akan diasing2 ..utk bagi pada org yg muat saiz badan aku..haha..korang tak muat punya..khas utk spesis saiz xs sahaja..baju tu kadang2 baru pakai 2 3 kali jek..😂😂
.
Jadinya..korang usahla ikut jejak langkah hobi akak ni yek....pening bila asyik kena beli almari je..
.
kena fikir nak beli almari besar utk letak stok vitamin pulak lah..nak kurangkan hobi bershopping ni..😂😂😂..
.
Mulai tahun 2017..hobiku akan bertukar kepada..jeng ..jeng..MELANCONGGGGG...yahooo...
.
Apa hobi korang pulak?
Meh la share
.
#jangankecamakak
#shakleeeffects
#tsunamishaklee
#shakleewarrior
#liveamazing  #shakleekualasungaibaru

BUKU BEST UNTUK KESIHATAN

Ni lah rak buku yang menjadi peneman setia saya waktu ni...
.
Semua tu kena baca..hihi..buku2 akademik tu wajib la kena rujuk bila buat tugasan..
.
Bila tiba masa bosan..baca la baca buku lain pulak..
.
Antara buku yg best dibaca..yang tajuknya "family health..Modern Diseases"..
Buku ni penting buat saya untuk tambahkan ilmu-ilmu kesihatan..susah nak cari buku ni..baru je dapat ni ha..antara kandungan dalam buku ni..tentang penyakit2 yang biasa kita hidap..punca2 dan bagaimana nak atasi ..
Buku kesihatan
.
Sejak buat shakl££ ni alhamdulillah..dapat tingkatkan ilmu2 kesihatan untuk bantu diri sendiri..family..kawan dan juga customer...nak hidupkan budaya mencegah lebih baik dari merawat..
.
Kalau kornang nak beli..boleh dapatkan di kedai buku popular....murah jek..😄

#tsunamishaklee
#shakleewarrior
#landmarkstudy
#liveamazing
#gmftsunami

Wednesday, 19 October 2016

MASTER AND SHAKLEE

Bangun  4.30 pagi urus rumah dan anak2..setiap selasa dan jumaat kelas di ukm full dari pagi sampai malam..perjalanan ambil masa 4 jam sehari..tempuh jem tempuh panas..stress..
.
Nak kata penat ofkos la penat sangatttt..penat badan..penat otak...sib baik hari2 ada cikli boleh bantu bagi tenaga..
.
Cara bisness dirumah

Hari isnin..rabu..khamis..sabtu ..ahad ada kat umah..bukan bersenang lenang..kalau dah hadap kerja ..mmg tak ingat makan..dapat pula kawan2 yg proaktif...buatkan diri tak senang duduk kalau dorang siap aku tak siap2....buku dah penuh rak...jurnal nak baca sehari 10..tu pun sikit.. semua kena buat sendiri...cari sendiri..internwt plak lembab shapalih...adussss..sabar yo lar...
.
Malam ada kelas dgn geng geng #gmf spt yang dijadualkan...tulis blog..sharing fb..jaga anak2 cikli sendiri..mengadap anak2 buat homework..tak sempat nak tengok drama mr pilot ke..abang bomba ke..yg ku tahu..jurnal..jurnal..jurnal..asiment..asiment asiment..😂😂😂..
.
Mungkin korang yg postgraduate kata dorang boleh relek2..tapi bukan aku..ye la..umur dah banyak baru nak belajar..ada krik..krik la juga kan..hahahaha...tapi tu bukan penghalang utk teruskan perjuangan yg aku sendiri cari..aku sendiri nak..
.
Tapi...
Setiap kesusahan pasti ada balasan..hanya kebergantungan pada yg satu...yakin Allah akan bantu..dan hari ni terasa sebak bila bisnes cikli aku..tengah2 bulan dah efektif..sales 10k +++..syukur alhamdulillah..walaupun aku tak sehebat mereka..tapi itulah pencapaian terbaik buat aku ...sblm ni tak busy sangat pun..tapi tak plak capai camni...terima kasihla kepada semua yg support ex anak2 ibu..suami..mak gmf NoorAzmiah Mohamad..geng2 IWF..ireach leaders yg tak jemu2 bagi semangat dan nasihat...kawan2 yg support..
.
Lepas ni nak kejar car bonus plak..doakan saya berjaya ye kawan2...berjaya dlm study..berjaya dlm cikli...
.
Alang2 buat cikli..biar sampai jadi master..

Alang2 study biar sampai dpt 1st class..

Sekian..
Nukilan rasa..dipagi hari khamis 20 oktober 2016...
.

Su0108798077

Sunday, 28 August 2016

APA YANG GILA GILA DALAM FAMILY KAMI?

Assalamualaikum ..hai uollss..hari ni saja nak buat task tsunamishaklee kat dalam blog..hari ni nak cerita tentang adik beradik..suku sakat..jauh dan dekat dalam family kami family shaklee..

Dalam shaklee ni salah satu yang akak suka ialah..jalinan ukhwah kami..Tak kira dari susur galur yang sama ataupun dr sideline kami..pada mulanya kenal-kenal dalam alam maya..lepas tu jumpa kat kelas lah..kat tempat gather gather lah..kat tempat daki bukit lah..kat National Conference lah..

Memang awesome family shaklee ni..makin meriah bila memasing bawa anak tiap kali ada program..riuh rendah suara anak-anak...itulah namanya business family..

Dari kawan-kawan sama shaklee sampaila akhirnya jadi kawan kawan rapat..tempat berkongsi rasa..perasaan ..tempat bertukar tukar idea dan pendapat..tempat berkongsi tip-tips bisness...pasal dek kawan-kawan shaklee ni la akak dulu tak reti nak drive jauh jauh..tapi bila dah ada geng ni..boleh la drive sampai ke sunway..sampai Putrajaya..pendek kata dah berani dah nak drive jauh jauh ni..terima kasih teman-teman shaklee yang sentiasa support each others..bersaing sama-sama nak berjaya...semoga suatu hari nanti semua family shaklee kami berjaya mencapai impian masing masing...love uolsss ketat ketat..muah ckitttt...

Korang rugi tau asyik dengar cerita kitorang jer..apa kata join sekaki dengan kami..sure makin meriah keluarga shaklee kita ni..

Nak join meh wasap akak
010.879.8077
Bisness leader

Sunday, 7 August 2016

HLP 2016 PART 1

Korang tahu tak apa tu HLP? Dulu saya pun tak tahu.Baru sekarang tahu sebab dulu tak berapa amik pot sangat .Bila suami jumpa dengan cikgu sekolah lama dari SMK Bukit Piatu, dulu bekas gurunya seorang guru Fizik kesayangannya.. dan kini telah menjadi pensyarah kanan di IPT di Malaysia .Beliau bercerita tentang HLP...cik suami yang exited suruh saya mohon sambung belajar.Walaupun isteri dia ni rasa malas nak jadi students semula.Bila kawan kat sekolah pula bagi galakan..so saya pun isi borang ambil dari lawan web KPM.Nak dijadikan cerita.Dapat pula panggilan temuduga.

Temuduga tersebut adalah pada hujung bulan September tahun 2015.Dan kebiasasaanya keputusan akan keluar pada awal tahun 2016.Tapi tak diumumkan keputusan tu.So ..ingatkan tak dapat dah..almaklumla krisis ekonomi juga main peranan...

Pada bulan Ramadhan yang lepas pada puasa yang ke 2, result untuk HLP  diumumkan....BERJAYA..tapi..tapi..tapi..Tawaran tersebut adalah tawaran BERSYARAT..Peserta kena hadiri kursus dan juga LULUS ujian semasa kursus tersebut baru la dipilih untuk menyambung pengajian.

Ada banyak syarat-syarat yang ditetapkan..antaranya ilah..kalau tak dapat habiskan pengajian dalam tempoh 2 tahun..atau tak Graduate On Time (GOT) maka..bayaran balik akan dikenakan..boleh tahan sikit  oiii..RM 100K tu...huhu..

Hari Isnin 1 Ogos 2016..pertama kali menjejakkan kaki di Institut Aminudin Baki Genting Highland.Hari ni bermulanya kursus selama seminggu untuk persediaan bakal pascasiswazah dalam skim tajaan KPM iaitu HLP( Hadiah Latihan dalam Perkhidmatan).

Terima kasih kepada cik suami Azally yang rajin nak uruskan kursus wife dia ni.Bilik ? selesa tapi yang tak berapa nak bestnya bila duduk dalam bilik sorang sorang.Boleh tahan agak seram juga.Biasa la first time kan.

So sepanjang watu petang tak da apa-apa aktiviti.Sehinggalah waktu malam.Jam 8,30 malam sesi bermula.Taklimat dari wakil Bahagian Tajaan Pun Engku Hartini yang cantik manis ..sesi perkenalan dan taklimat perjalana program.Kami adalah terdiri dari 50 orang dari bahagian Kementerian pendidikan termasuk guru dan staff dari KPM.

Sesi perkenalan "ice breaking" 8 kumpulan masing-masing kreatif memperkenalkan kumpulan masing-masing.Boleh tahan riuh semuanya..macam-macam aksi tagline kumpulan masing-masing.

Habis sesi jam 10.30 malam.Perjalanan ke tempat kursus dan penginapan agak jauh dan yang paling awsome sekali ialah , kami terpaksa menaiki tangga yang curam dan fuhhhh..boleh tahan tinggi..kata diorang ada 114 anak tangga. Peserta kursus ni bukannya muda-muda lagi..dah jejak 30 ke 40 an sudahhh...naik tangga mencungap..sampai separuh..stop..sakit kaki la oiii...bayangkan pergi dan balik naik tangga yang curam t dan naik lagi tangga bangunan nak ke kelas...mas tu tak pandai lagi..belum jumpa lif...

Peserta tertua kami ialah pada usia 46 tahun.Seorang ibu walaupun 46 tahun tapi macam 30an jer..peserta termuda ialah 28 tahun.Guru wanita dari Melaka..yang lain-lain tu berusia sekitar 30 ke 40an.
IAB
Jiran sebelah bilik merangkap best friend..Kak Norlita dan Farhana...

Hari kedua kami dapat tahu ada seorang dari pesertadah tarik diri.Emmm..sedih juga.Kami pun tak pasti kenapa dia tarik diri.Bak kata penganjur program..sepanjang 2 tahun sambung belajar ni perlu ada komitmen yang sangat tinggi.Kalau awal-awal rasa tak mampu lebih baik tarik diri...mungkin dia ada sebab kenapa dia tarik diri.

Tapi bagi peserta lain masih lagi bersemangat meneruskan perjuangan...

Di asrama...keadaan yang sejuk dan nyaman..tapi..agak suram dan menakutkan..bilik berkembar dua dimana tandas dikongsi.Tapi saya ni tak kenal pun dengan jiran  sebelah.Waktu malam memang sunyi.Tak dapat nak tidur sampai pagi.Belum dapat sesuaikan diri .Masuk hari kedua baru la hilang rasa takut tu..dah dapat kenal jiran sebelah bilik baru lega rasanya...tidur sejuk macam buka air cond..

Hari kedua...

rasanya sambung next entry la ye...hihi..


Monday, 4 July 2016

RAYA ZAMAN DULU DAN RAYA ZAMAN SEKARANG

RAYA DULU2 VS RAYA SEKARANG..
Zaman raya dulu terasa sangat meriahnya...pagi2 mesti kena siap awal2..pakai cantik2..
Pukul 730 pagi dah ada yang datang..ramai pulak tu..nak tau sapa?
Arwah mak dulu guru mengajar mengaji..so semua anak2 murid mak akan datang rumah mak dulu sebelum kerumah orang lain..siap bawa kuih muih dan lauk pauk utk tok guru dorang...
Jadi akak la tukang pindah kuih muih masuk bekas pastu isi semula dgn kuih kami...banyaknyaaa...ada yg tak sempat nak transfer kuih..banyak sangatttt...huhu
Selepas beraya dgn tok guru..ramai2 ke surau utk solat hari raya..
Lepas solat nnti datang pulak makan2..memang akak la tukang melayan kawan2 dan tolong mak masa tu..memang tak dpt keluar rumah..sebab rumah mak akn jadi rumah utama kunjungan anak2 murid mak dan bekas2 anak murid mak...
Makanan utama..pulut yg dimasak dlam daun pisang..atau pulut dalam daun palas makan bersama rendang daging dan ayam...
Kami jarang sekali makan ketupat nasi...tak pernah kot..
Saat paling manis sekali adalah semasa zaman kanak2 sambut raya..
Kalau dulu mak beli baju raya setahun sekali nak merasa baju baru..tu pun sepasang baju kurung..yang lain2 pakai mana yg ada..maklumla zaman dulu..mak ayah bukan orang senang...
Kalau sekarang anak2 baju berpasang2..alhamdulillah..
Bestnya main bunga api main mercun..tu sekarang..
kalau akak dulu tak main bunga api..tapi main meriam...hihi..join abng2 bakar meriam..sampai masuk tin dalam rumah sebelah..opppsss...
Dulu tv pun rancangan tak best..tak da masa nak hadap tv..semua geng2 pergi rayau rumah jiran2 beraya..anak2 sekarang suka hadap tv hadap tablet main game..tetamu dtg bukan nak bersalam..asyik dgn handfone..
Duit raya? Ni part paling best..dulu2 duit raya takda sampul...dulu duit raya duit syiling je..20 sen..50 sen..paling banyak seringgit..tak kisahla..yg penting happy..
Sekarang mana nak bagi syiling..zaman dah berubah..rm 1 pun rasa sikittt sangat kan..

Zaman dulu saya tak kenal shaklee..dulu tak kenal vitamin..sekarang semua anak-anak mesti makan vitamin..wajib ..kalau tak ibu membebel panjang berjela...kannn..

Apa2 pun jaga adab semasa berkunjungan..usahla dtg beraya semata nak.minta duit.raya..masuk dlm umah pun.tak...

Jaga kesihatan walaupun bergembira di hari raya, kolestrol naik,badan gemuk..nanti kita juga yang susah..

Jadikan hari raya saat indah bermaaf maafan dan mengeratkan silaturrahim..
Selamat Balik Kampung..
Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir Batin..
raya dulu dulu

ABAH CEDERA KEMALANGAN

Ya Allah..lindungilah Abahku selalu...
Walaupun kisah abah ni dah lama berlalu..3 bulan lepas tapi tiap kali tengok gambar ni mesti air mata ni tak berhenti mengalir..
.
Semua orang tak tahu pun abah pergi kemana..mak kat rumah masak macam biasa..
.
KEMALANGAN
Tiba2 ada orang dtg bgtau abah kemalangan..taukey lori .Abah kat klinik kesihatan kawasan tu.Dalam fikiran masing2 ingatkan abah jatuh sikit je..
.
So kakak dan adik ipar pergi klinik tengok abah.sampai disana masing2 terkejut tengok abah....baju berlumuran darah...kepala dan muka berlumuran darah..batu jalan pun masih ada di muka..
.
Ya Allah..abah..abah kena langgar apa ni?
.
Kak wan dan ana..tak tahan tengok abah kesakitan.Masing2 menangis tak leh nak kata apa la..
.
Disekolah..
Masatu saya tengah practise dgn students nak buat eksperimen...Tiba2 adik call.Katanya abah kemalangan.bercakap dlm nada yg sayu."Abah kemalangan dengan lori.Buka la wasap tgok camna abah"
.
Allahauakhbar..bila buka je..tengok muka abah camtu..hati mana yg tak sedih..hati dah tak keruan..menangis..menangis sambil berdoa..
.
Baru 4 hari sblm tu kami berjumpa..tiba2 dpt berita macamni..dah tentu saya tak senang duduk..so saya buat keputusan utk balik juga ke kampung..hari rabu masa tu..walaupun jarak yg jauh dari.melaka ke parit buntar..tetap nak balik jumpa abah..ambil cuti
.
Rupanya abah melanggar lori yg keluar dari simpang tanpa berhenti..abah tak pakai topi keledar...kepala abah terhentak dan tertumus diatas tar jalan raya..
.
Muka abah luka agak dalam.Terpaksa dijahit 18 jahitan.Doktor keluarkan batu dr luka2 di muka abah..
.
Luka dibahagian kaki mujurlah tak teruk..luka2 kecil
.
Badan abah sakit2..tekanan darah pun naik sehingga 200..abah terbaring dikatil..
Kami adik beradik semuanya balik..nak bawa abah pergi buat rawatan lanjut..
Sementara nak jumpa doktor untuk rawatan..saya bawakan abah ‪#‎zinc‬ yg sangat baik utk sembuhkan luka..
‪#‎garlic‬ dan ‪#‎omega‬ untuk masalah darah tinggi abah..
Alhamdulillah selepas x ray..kepala abah tak ada masalah..
Di kampung kami bergilir gilir jaga abah..kenangan yg tak boleh lupa...masa tu musim panas melamapu..diutara..panas yg amat sangat2..so utk abah lebih selesa kami semua pasangkan abah air cond..dan..beramai2lah kami anak cucu cicit abah pun menumpang tidur sebilik dengan abah..hihi...
.
suka abah anak2 cucu yg dah tua2 ni pun tidur sebilik dgn dia...disamping kami pun nak sejuk..hihi..
.
Walaupun abah sakit..tapi bila ramai anak cucu balik menziarah..dapatla mengubat sikit kesakitan abah ..walaupun sakit itu tak dapat dikongsi...dapat dilihat dari raut wajahnya..
Sebelum pulang..pesanan wajib kat abah..."abah..makan tau zinc.. garlic..omega..vitamin c ..ostematrix tu..baru abah cepat sihat"
"Awat banyak sangat nak makan tu?..nnti habaq kat mak hang camna cara nak makan"...
"Abah kena makan..nnti cepat baik..darah tinggi abah pun tinggi tu..mesti makan ubat"
Begitulah kisah abahku sayang..selepas kami balik..abah semakin sakit dibhgian bahu..rupanya tulang abah retak disitu..dan dibahagian kaki pula semakin bernanah kerna masih ada batu yg tak habis dikeluarkan...alhamdulillah semuanya telah dirawat..
.
sehingga hari ini..abah semakin sihat cuma abah dah tak boleh solat duduk sebab kesan kemalangan pada kaki hari tu...tekanan darah tinggi abah pun dah terkawal..ubat darah tinggi hospital masih makan tapi dos dah kurang...
Semoga sedikit bantuan ini dpt membantu hari2 abah agar sihat dan boleh menjalankan ibadah dengan lebih baik...
Terima kasih mak..jagakan abah..
terima kasih abang lee..adik ..kak wan..ana..kak su abng ain..kerana tolong jagakan abah..kami dari sini doakan abah dan mak dari kejauhan...
Hanya Allah sahaja yg mampu membalasnya..
Ya Allah..Kau peliharalah abahku..sihatkanlah tubuh badannya..terimalah segala amalannya...tenangkanlah hatinya..permudahkanlah urusannya...berikanlah dia kehidupan bahagia di dunia dan akhirat..
Amin..
LOVE ABAH
010.879.8077

Saturday, 23 January 2016

SMK GHAFAR BABA DI ASTRO TV IQ


Sambil dok belek belek gambar..terpandang pada gambar -gambar kenangan semasa pertandingan  PETROSAINS SCIENCE SHOW PERINGKAT KEBANGSAAN yang dah berlangsung 28,29 Oktober 2015 yang lepas..Terasa sangat happeningnya pertandingan peringkat akhir tu.Aura terasa sampai ke hari ni.

Petrosains Show

Speechless...happy tak tau nak kata apa lagi dapat  masuk final

Bila difikirkan semula..macamna saya boleh terjebak masuk pertandingan ni..Semuanya bermula bila saya masuk ke SMK Ghafar Baba.Tahun 2011 saya ikut cikgu Noridah Sani bawa pelajar untuk pertandingan tu.Tapi masa tu kena buat eksperimen diatas pentas mengikut masa yang ditetapkan.Tapi time tu SGB tak dapat tempat.Sejak dari tu saya terus berminat dengan pertandingan  PETROSAINS SCIENCE SHOW  tu.So mula la mencari -cari idea untuk pertandingan tahun depan pula

Tahun 2012 pertandingan  PETROSAINS SCIENCE SHOW kena hantar video..saya hantar satu team dan cikgu Noridah hantar satu team.Ingat lagi masa tu Daniel Md Hasan buat tajuk inertia.Tapi masa tu kami langsung tak terpilih.Tak kisah lah..tahun depan cuba lagi..

Tahun 2013 juga pertandingan  ni  juga perlu menghantar video.Ada 3 team yang hantar.Alhamdulillah satu team terpilih.Masa tu tak ada pertandingan peringkat negeri.Terus ke peringkat zon selatan.

Masa pihak petrosains telefon sekolah SGB dapat masuk peringkat zon selatan..hati ni punya la happy tak tau nak cakap.Masa tu tajuk kami ialah tentang Tindak balas asid dan alkali.2 orang peserta yang hantar video tu ialah Nabila dan juga Nurfaraha..tapi Nabila tak confident nak present depan orang ramai..maka post dia diganti oleh Adam Daniel Azman Manuel. Memang Adam sangat sesuai nak bercakap depan orang ramai.

Berlatih punya la lama ..cuti sekolah pun kami datang sekolah berlatih..berasap rasap kat surau buat video pembakaran...dalam hati memang nak cuba dapat tempat top 3 la..So bila sampai masa pertandingan tu berlangsung di Johor Bahru

Belum lagi masuk pertandingan.Baru tengok persedian barangan team lain..dah buatkan hati berdebar-debar.Kami bawa barang simple jer.Tapi group-group dari Johor, hebat hebat dengan peralatan eksperimen yang besar dan canggih.

Kami belajar dari pengalaman.Adam dan Farhana dapat buat persembahan dengan penuh yakin dan mendapat pujian dari hakim.Of course yakin sangat diorang tu..dah biasa debate kan...tapi malangnya ekpserimen kami agak merbahaya sebab tindakbalas asid dengan alkali menyebabkan cecair tu keluar melalui lubang kecil menyebabkan cecair tu terkena ke bahagian dinding tempat pertandingan tu.Baunya pula..uhhhhh..busyuk..dah tolak markah kat situ...

Masih mengharap dapat juga tempat masa tu..tapi kami terpaksa terima dengan redha tak da tempat untuk kami..Impian untuk jadi top 3 tak kesampaian.Tapi saya masih tak puas hati.Dalam hati dah bertekat, tahun 2014 mesti buat yang lebih baik..

2014 saya target untuk mendapat johan peringkat negeri pula.So bila masa pertandingan sampai, saya menghantar 3 video..Syakirin Al Husna dan Yasmin Basear Rond tajuk geseran, Amirul Rashid dan Muhmammad Amirrudin tajuk waves dan Nurdini dan Adriani taju Pascal Principle.Alhamdulillah kumpulan Amirul tajuk Waves dapat masuk ke peringat negeri.Sama juga..practice,practice ..tapi sama macam tahun 2013, sorang nak tarik diri so terpaksa ditukar dengan peserta lain..ganti pula gandingan antara Amirul Rashid dan juga Aqra ..

Petrosains Show
Aqra Amirul dan Adli

Petrosains Show

Hadiah Saguhati Peringkat negeri Melaka 2014
Amirul dan Aqra

Bila tiba masa pertandingan, persembahan Aqra dan Amirul memang sangat bersemangat dan menarik perhatian penonton..tapi persembahan diorang lebih dari 15 minit..so dah kena potong markah.

Walaupun melebihi masa..tapi kami masih mengharap untuk mendapat tempat teratas juga.Tapi apakan daya bukan rezeki kami.So dengan pengalaman yang diperolehi dari peringkat zon peringkat negeri..saya mula target untuk tahun 2015 untuk dapat sampai ke kebangsaan.

Bermula dari awal Januari, semangat saya berkobar kobar untuk menghasilkan video terbanyak untuk dihantar dalam pertandingan  PETROSAINS SCIENCE SHOW tu.

Saya mengambil keputusan untuk mewajibkan semua murid kelas 4S1 dan 4 S2 masuk pertandingan  PETROSAINS SCIENCE SHOW tu.Video mereka diambil markah sebanyak 10% sebagai markah dalam Ujian Penilaian 1.Akhirnya saya dan cikgu Nurul Akmal dapat menghantar 24 video .

Video -video mereka juga dipertandingkan di peringkat sekolah sempena Hari Graduasi dan Inovasi 2015.Video peserta ditayangkan sepanjang majlis Graduasi tersebut.Pemenang mendapat hadiah wang tunai dan juga sijil

Selepas saringan pertama dari pihak Petrosains, 2 kumpulan terpilih ke peringkat negeri Amirul Rashid dan Nur Hamizah tajuk Prinsip Pascal serta kumpulan Tinagaran dan Amar yang bertajuk Inertia pun dapat masuk ke peringkat negeri.Apa lagi..melompat gembira lar...Tapi kes yang sama lagi..Amirul dan Hamizah tak nak masuk sebab nak fokus pada SPM..so ganti lagi dengan orang lain..Yusri dengan Izni...


Selepas dah berhempas pulas berlatih dan buat segala props..Tinagaran ,Amar, Yusri dan Izni pun present.Tina dan Amar dapat buat lebih baik dari latihan yang diorang dah buat.Tapi Yusri dengan Izni,..agak menyedihkan..so bila tengok pada peserta yang buat persembahan tu..memang nampak kumpulan kami tak da peluang nak menang..saya dah frust giler time tu...

Tapi bila tiba keputusan diumumkan...Kumpulan Yusri dan Izni berjaya jadi johan negeri.Alhamdulillah..rasa nak melompat kat situ juga..Akhirnya impian dah menjadi kenyataan...Allah maha mendengar ...

Petrosains Show

Johan Negeri Melaka 2015

Menanti nak masuk peringkat kebangsaan..buat props..buat eksperimen..cuti sekolah memang datang sekolah jer..siapkan semua..Tema untuk final kami ubah kepada "abang Sado"..kemain banyak barang dan props kami.sampai tak muat2 van..haha..

Bila sampai masa pertandingan peringkat kebangsaan..ada group yang bawa barang2 simple jer.kami yang penuh sarat..tak terangkat...Diperingat kebangsaan pula ada dua kategori lagi..semi final 16 group dan final 8 group.Memang havoc pertandingan ni.Peringkat semifinal pun dah hebat hebat semua team.Pertandingan ni bertambah havoc dengan pengacara Honey Madu...

Petrosains show

Possing sebelum masuk dewan pertandingan

Memang gerun..persembahan yang sangat menarik.Persembahan peringkat semi final nampaknya lebih hebat dari peserta final tahun lepas 2014...Team SGB buat persembahan yang ke 12.Tapi sayang persembahan kami tidak dapat dipersembahkan part teakhir..welfie ramai-ramai..masa dah lebih dari 15 minit...Kecewa..saya pasrah ...mungkin kami  tak dapat masuk final.

Petrosains Show

Sesi temuramah bersama astro TV IQ

Tapi bila diumumkan kumpulan yang  dapat masuk final..nama SMK Ghafar Baba menjadi sebutan......wahhhh..rasa macam nak runtuh langit..jeritan gembira..tak tau nak kata ..kami masuk final...hoorayyyyyyy...terima kasih Allah


Petrosains Show

Komen guru pembimbing selepas persembahan


Petrosains show

Kami finalis

Tiba masa persembahan...nasib tak sebelahi kami..persembahn tetap lebih dari 15 minit..ada part yang best tak sempat nak buat..Redha jerlah..Memang kali ni saya konfiden SGB tak akan dapat top 3 pun.Peserta2 lain memang semuanya hebat hebat belaka.Sangat menghiburkan dan mengujakan.

Petrosains show

Cameraman saja jer amik gambar ni tau..tengah risau ni


Tapi saya bangga dengan anak murid saya Izni , Yusri serta cikgu Nurul Akmal yang sangat banyak membantu dari awal sampai akhir.Walaupun kami tak dapat tempat top 3 tapi cita-cita saya tercapai juga masuk peringkat kebangsaan.

Tahun 2016 cita-cita untuk  mendapat top 3 diperingkat kebangsaan.Doakan kejayaan kami ye.Johan membawa pulang RM20 ribu, naib johan RM 17 ribu dan tempat ke 3 RM 15 ribu.Banyak tuuu..

 Sebelum ni dok berangan jer..kalau la dapat masuk tv kan best..rupa-rupanya angan-angan tu akhirnya jadi kenyataan.Semua persembahan peringkat semi final dan final di tayangkan dalam astro TVIQ. Dapatla anak-anak SMK Ghafar Baba masuk TV dengan cikgunya..walaupun beberapa saat je..hihi...Sekarang masih ditayangkan di channel 610 setiap hari ahad 5.30 petang.

Petrosains Show

Pengetua hadir beri sokongan

Pengalaman menyertai pertandingan persembahan sains Petrosains memang sangat berharga.Apatah lagi bila dapat sampai ke peringkat kebangsaan Pihak Petrosains memang awesome.Semua program yang mereka anjurkan memang tip top..havoc ...kalau diberi bintang saya nak bagi 5 bintang.

Petrosains Show

Antara persembahan menarik semasa penutup pertandingan

Belajar sains dengan cara paling menarik, mencungkil bakat-bakat baru, meningkatkan keyakinan diri, mengasah minda untuk menjadi  students yang kreatif , belajar sambil berhibur.Science in our daily lives...

Petrosains Show

Kenangan bersama pengacara pertandingan Honey Madu

Tahun lepas dengan sukacitanya pengetua Pn Hjh Khalijah mengumumkan bahawa beliau akan menaja hadiah  wang tunai RM 2000 untuk menjalankan pertandingan ini diperingkat sekolah tahun 2016..wow..berpeluang lagi anak2 SGB mengasah bakat dan berpeluang menang hadiah wang tunai.

So kami namakan "Pertandingan Persembahan Sains Piala Pengetua". Ini kenangan terakhir buat tuan pengetua yang akan bersara pada bulan Mei ini.Terima kasih puan Khalijah atas sokongan puan selama ni....serta Ketua Bidang Sains Matematik Pn Ng lian Ngoh serta semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung...Pn Cikgu Nurul Akmal...ai tabik spring kat u...pelapis bersiri dah ada bila saya pula "bersara" nanti..huhu....

Petrosains show

Cikgu Nurul Akmal..tq so much

FAKTA PENYERTAAN PERTANDINGAN PERSEMBAHAN SAINS PETROSAINS SMKGB

2011~ Penyertaan

2012~ Penyertaan

2013 ~ Berjaya ke peringkat zon Selatan (saguhati)

2014 ~ Berjaya ke peringkat Negeri Melaka ( saguhati)

2015 ~ Berjaya keperingkat Negeri Melaka (Johan)

2015 ~ FINALIS TOP 8 PERINGKAT KEBANGSAAN

~cikgu suhaila~
Guru Fizik SMK Ghafar Baba

Friday, 4 December 2015

PENGALAMAN BERLAKON BERSAMA ZARA ZIA

Satu hari tu orang office dok bising bising cerita pasal nanti  ada shooting kat sekolah..aku pun tumpang heboh la juga..diorang kata pelakon tu zara zia...sapa dia tu? ..sebab aku pun bukannya kenal nama pelakon..tengok drama melayu sekali sekala..yg betul2 top kenal la...zara zia?kadang2 muka kenal tp nama tak tau... Hmmm.. ramai peminat2 zara zia  ni...expecially pengetua pun minat sangat kat dia...

Zara comey sampai dulu..

Bila diorang sebut zara zia tu berlakon cerita Tuan Anas Mikail...so aku pun tengok la drama tu..so kenallah muka dia..hihi...best gak dia berlakon..

Nak jadi cerita...tiba2 dapat call dr org office..suruh aku segera ke office  ..gpk HEM panggil...urgent jer nampaknya...mesti pasal disiplin ni aku  kena settlekan...biasa la kan .. cikgu disiplin...

Sampai ke office..pengetua dan GPK HEM cikgu Mustapa tetiba jer cakap aku disuruh berlakon dalam drama yg akan dibuat shooting di sekolah 2hb Disember ni...terperanjat beruk aku...haha..nasib baik tak jadi beruk...grrrr...aku berlakon? Kelakar jer..kamera tak dapat cari aku kang..sebab kocik sangat...kena jadi cikgu dlm scene depa...

Tapi aku dapat kerja baru..hari  tu khamis..esok jumaat dah..lepas tu cuti panjang...sempat ke nak tanya budak....aku disuruh cari 25 orang murid untuk jadi pelakon tambahan..nak tak nak dengan tugas baru aku tu..kenalah juga cari budak...so jumaat cari budak kelas 2B ..tapi ramai juga yang tak nak...nasib la ..sapa yg berminat  pun kira  okey la..so dah dapat dah...siap satu kerja baru...hihi..

Hari selasa 1 Disember pihak produksi nak buat perjumpaan dgn guru dan beri taklimat perjalanan lakonan di sekolah...mula mula janji nak datang kul 9...last sekali 12.30 baru sampai...spoil my mood jekkkk....

macam macam diminta last minute...10 lencana sekolah...buku teks ting 3 dan 5..soalan2 exam yang dah lepas...aku baru je buang kertas soalan...so terpaksa la menggodek dari cikgu2 lain..akhirnya dapat la paper BM dari cikgu Suhaila Ayob...

lencana sekolah? Minta last minute...cikgu2 dah balik..koperasi pun dah tutup..tapi akhirnya dapat gak dengan bantuan cikgu Rohana Karno...

Buku teks tak dapat..belasah je apa2 buku yg ada kat meja aku..buku kerja ..buku latihan..semua ada...janji buku..hihi...

Masa perjumpaan tu wakil kepada pengaarah tu kata nak 30 orang murid pulak..hari tu nak 25.....sapa ja yang ada..satu lagi info baru..sebenarnya watak guru tu tak da pun diperlukan...katanya watak tu dah guna orang diorang...GPK HEM dah confuse...hari tu cakap dengan pengetua lain.kami terima jer apa dia kata....aku no hal...suka jer..kerja aku urus budak ...dah settle..

Sampai la selepas maghrib tetiba cikgu Mustapa telegram...katanya bilangan budak dah nak dikurangkan pulak jadi 15...adoiiiii....apa punya info la depa ni...asyik berubah jer..kita dah siap contact budak soh datang ...so gamble jer lah...

Satu lagi yang pelik tu...diorang nak pulak pakai watak guru tu...huh...siap soh bawa baju kurung lebih plak tu...so aku la yang kena ...aiyaaaa...gimik je kuttt..

Pagi 2hb tu kami dipesan suruh datang jam 8.30 pagi...anak2 murid dah standby dah...tapi muka diorang tak muncul2...sampaila jam 9.30 pagi baru datang krew bawa makanan..yg lain2 belum sampai...

Lepas 2 jam tunggu baru siap setting

Yang kat sekolah ni..masing2 menunggu mana la pelakon si zara zia ni..akhirnya selepas setting kamera dan tempat punya la lama...kul 11.30 baru mula shoot...

Terkejut juga temgok zara zia pakai baju sekolah.. dalam tv nampak besar ...kat luar...comelnyerrrr...muka memang cun...hihi...apa lagi..peminat dok menunggu jer nak possing...dapat la bergambor...

Scene jadi cikgunya beberapa second jer..tapi nak menunggu berejam...penat menunggu dari berlakon...camni rupanya orang shooting..kejap2 cut...ulang balik 4 5 kali...adoiii.. penatnya...

Ada penjaga yang dah call panggil anak balik..tak kasi teruskan..dan akhir sekali budak yang kekal ada la 7 ke 8 orang...menunggu terlalu lama...

Sepanjang shooting tu..si zara zia ni dok berkepit jer dengan PA dia...tak nak kasi org serbu kuttt...tapi dapat gak kami dok p posiing denga  dia..sempat la juga berselfie...muhahaha..
Mesti la nak selfie...

Kami semua sekadar memenuhkan latar ajer...penuhkan kelas..memeriahkan suasana  sekolah..opss lupa pulak..pelakon lain yg datang noni AF ..pun aku tak kenal...Isma daniel..ntah sapa sorang lagi pelakon lelaki yang berlakon dalam cerita Memori cinta suraya tu..

So seharian kat SGB ramai la pelakon dan ramai la peminat peminat yang menonton...

Tu la pengalaman yang baru buat aku...yang tak pernah dirasai...merasa la acting depan kamera...bercakap tanpa suara...merasa la pengarah mengajar camna nak berlakon..selama ni tengok kat tv ajer...hihihihi..terasa la lain macam gak bila duk depan kamera...dengan pelakon si zara zia yang cute tu...kamera mesti fokus zara zia la kannn..kami ni tempelan ajer...

Mungkin ni pengalaman pertama dan terakhir kut...tapi sangat bermakna untuk dikenang...

Ok korang jangan lupa saksikan view SMKGB  dalam drama Cinta Hati Abah yang akan ditayangkan dalam slot SAMARINDA tv3 hari rabu dan khamis kut jam 10 malam...

Ni antara sinopsis cerita yg dikhabarkan oleh assistant kat situ...seorang bapa tunggal menjaga 3 orang anak perempuan yg berbeza karakter..si kakak sulung anak yg materialistik..sukakan kebendaan..anak kedua Intan(zara zia)  yg bijak dalam pelajaran tapi agak nakal disekolah...yg tu jer dia cerita kat aku ..nak tau lanjut kena la tonton cerita ni...

Tengoklah camna cikgu kecik dalam slot tu..kiki...

Jom layan memori  sepanjang rakaman drama ni dibuat...

Oppssss..lupa nak kabor...semua pelakon yang tidak berhijab dalam cerita ni bukannya warga sekolah GB...mereka dibawa khas dari tempat lain...murid SGB semunya yg bertudung ...

Pelakon cilik bersama ZARA anak cikgu Ain..

Pengarah dok dengar dialog pelakon sebelum mula 


Memang ko pandai berlaon ..zara..


Dapat la muka Adina Syuhada jadi latar utama..

Isma Danial sebagai watak bapa Intan(zara zia)


Baizura (Noni AF) sebagai kakak Intan

Cik Zai bersama pelakon feveretnya..


Senyum lebar dapat posing dengan retis


Pose istimewa bersama zara zia

Akhirnya dapat juga cikgu yuzi dan cgu Jah possing sama2..


Dari pukul 8.30 pagi sampaila pukul 5 petang...baru balik rumah..sampai rumah letih yang amat..pukul 8.30 terus tidur keletihan dan sakit badan akibat menunggu lama..4 biji ostematrix pengganti panadol wajib ditelan....

aku bersyukur aku ditakdirkan menjadi seorang guru...

Pengalaman dan nilai- nilai semasa penggambaran berlangsung biarlah ia menjadi memori dalam hidup aku...yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan...





Friday, 6 November 2015

APABILA ASETKU SUDAH TIDAK BERGUNA LAGI

18 tahun yang lalu kisah bermula bila mak tiba tiba jatuh dari katil.Pada mulanya kami adik beradik sambil sambil ketawa bila mak cerita pada kami mak jatuh katil,..macam budak budak pula  mak ni..mujurla katil tu tak tinggi sangat..mak pun macam ok jer..siap gelak gelak lagi dengan kami...
Tapi selepas beberapa hari mak jatuh dari katil, mak mula rasa tak sihat, mak sering demam demam dan tak ceria seperti selalu.Sehinggalah pada suatu hari mak bagitahu yang mak rasa ada sesuatu benjolan di bahagian ketiak sebelah kanan.Aku pun tak faham apa apa masatu.Abah bawa mak ke klinik untuk buat pemeriksaan.Selepas beberapa kali rawatan maka akhirnya mak disahkan menghidapi kanser payudara.Tapi mak dan abah tabah menghadapinya.
Selepas pengesahan mak menghidapi kanser, mak mula sering tidak sihat.Macam-macam ubat mak makan..pantang sebut tempat orang berubat abah mesti bawa mak pergi...rawatan traditional dan juga ubat doktor..Mak makan ubat  dari pokok pokok herba...dan macam-macam daun lagi...Namun atas nasihat doktor , akhirnya payudara kanan mak terpaksa juga dibuang.Tenangnya mak ketika itu.Demi menjaga agar sel kanser  tidak merebak terpaksalah diturutkan jua saranan doktor.

kanser payudara
Tekanan perasaan selepas disahkan mengidap kanser payudara
Selepas operation tu maka mak kehilangan asetnya sebagai seorang wanita..sedih hati tengok mak..tapi mak seorang yang sangat tabah dan sabar..rawatan susulan sentiasa dilakukan.Ubat yang menimbun.Selepas beberapa lama pembedahan tu mak nampaknya semakin sihat. Boleh berurusan seperti biasa, mengajar mengaji anak anak di kawasan kampung kami.Selalu aku lihat mak akan menggunakan tuala untuk menggantikan bahagian yang telah tak ada tu..sedihnya tengok mak...huhu...
Selepas 3 tahun kesihatan mak semakin merosot..apabila rawatan dijalankan didapati kanser mak telah merebak sehingga ke tulang.Mak sudah mula didak boleh bangun dan berjalan.Badan mak mula kurus dan tidak lalu makan.Kimoterapi yang mak jalankan membuatkan rambut mak semuanya gugur.Kukunya mula hitam, sehinggabulu roma juga gugur. Berulang abah bawa mak ulang alik ke hospital untuk buat kimoterapi.
Kesakitan yang amat sangat sehingga tak sanggup aku lihat mak menangis kesakitan..Sampai aku sendiri menangis teresak esak tengok mak tahan sakit...Ya Allah.....hanya Allah yang tahu.Badan mak kurus kering.Tubuh kecil mak sudah tidak berisi lagi.hanya tinggal tulang dan kulit sahaja.Tubuh mak dikendong abah atau abang ke bilik air.Wajah mak yang sayu dan cengkung sudah tidak bermaya.Suapan air dan hanya makanan lembut sahaja sebagai pengalas perut..
Suatu hari..mak menangis sambil berkata..'kalau abah nak kawin lain ,kawinlah..aku hanya mampu menangis...' selepas tu mak diam dan menangis..sedihnya..selama mak sakit abah jaga mak...tak pernah abah abaikan mak...setia abah pada mak..sehinggalah kanser mak sudah melarat keseluruh tulang dan paru paru..pada badan mak mula tumbuh benjolan benjolan ..dan kata doktor ,apabila benjolan tu pecah, mungkin mak sudah tiada harapan lagi...
Tangal 14 Jun 1998, hari Jumaat ketika azan zohor sedang berkumandang, saat-saat paling getir kami 6 beradik menghadapi sakaratul maut mak...Abah juga disisi..akhirnya mak pergi meninggalkan kami..dia pergi buat selama-lamanya setelah hampir 7 tahun bertarung nyawa melawan kanser payudara..ketika tu aku sedang mengandungkan anak sulung yang berusia 6 bulan..ketika tu mak belum sempat merasai gaji pertama aku kerana baru mula mengajar.Alangkah sedihnya hati kehilangan insan  yang paling kusayang dalam dunia ni.Damailah engkau disana wahai ibu..semoga engkau ditempatkan dikalangan insan insan yang beriman...Al Fatihah buat mak...
Biarlah kesakitan mak itu berlalu pergi..kerana sejarah dan pengalaman mak mengidap kanser payudara membuatkan aku agak fobia bila mendengar tentang penyakit ni.Ini bermakna aku juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit yang sama.Sekarang usia aku  juga sudah memasuki angka 40 tahun.Sebagai langkah pencegahan, aku memang sentiasa cuba mengamalkan pemakan sihat, dan baru baru ini ada buat pemeriksaan payudara iaitu memogram disalah sebuah hospital swasta.
Untuk pengetahuan semua..jika kita berusia 40 tahun keatas, kita diberi pelung untuk membuat memogram secara percuma.Jangan takut ..tak sakit pun..Pergi buat pemeriksaan di klinik kesihatan berhampiran dan bagitahu yang kita nak buat pemeriksaan payudara, nurse akan bagi borang untuk diisi, kemudian temujanji pemeriksaan akan diuruskan oleh klinik dengan hospital berkenaan.Rawatan tu  percuma untuk usia 40 tahun ke atas.Ini tak bermakna korang yag muda-muda tak berisiko juga tau.Sentiasalah buat pemeriksaan sendiri atau jumpa doktor

memogram

HASIL DARI MEMOGRAM

memogram



Alhamdulillah, hasil dari rawatan tersebut saya bebas dari kanser payudara.Saya tidak mahu kehilangan aset melalui penyakit yang membunuh ini.Nauzubillah..ketahuilah teman teman..jomlah amalkan pemakanan sihat dan gaya hidup sihat.Kaum wanita sangat obses dengan kecantikan, nasihat saya supaya sebelum mengambil sebarang produk kecantikan, sila pastikan ianya selamat dimakan untuk jangkamasa panjang.Pastikan ia ada kajian saintifik dari pakar kesihatan yang bertauliah...
Jom kawan kawan check diri kita..adakah kita adalah tergolong dalam golongan yang berisiko kehilangan aset kita itu?
Faktor Risiko tidak boleh di kawal :
  • Umur-Semakin berumur semakin tinggi kemungkinan mendapatnya. Wanita berumur 50 tahun ke atas mempunyai 8-10 kali ganda kemungkinan mendapat kanser berbanding umur muda.
  • Wanita mempunyai 100 kali ganda risiko berbanding dengan lelaki.
  • Sejarah keluarga- sekiranya anda ada sejarah keluarga kanser payudara, anda adalah berisiko tinggi. 4.
  • Sejarah lalu kanser payudara- sekiranya anda telah didiagnosa kanser payudara waktu dulu, anda lebih berisiko mendapat kanser payudara sekarang.
  • Tempoh haid- lebih awal datang haid yang pertama, anda berisiko mendapatnya semasa anda telah berumur.
  • Faktor keturunan- 5%-10% berkaitan dengan mutasi gen. Gen BRCA1 dan BRCA2 adalah gen utama ( 80% dari semua gen).
Faktor Risiko Boleh di Kawal
  • Penyusuan- wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
  • Alkohol- wanita mengambil minuman beralkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi dari wanita yang tidak mengambil alcohol 2.5 gbs.
  • Senaman- wanita yang melakukan senaman berterusan dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Kajian menunjukkan senaman 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu adalah mencukupi.
Semoga kisah ini memberi kesedaran kepada kita semua, Mencegah adalah lebih baik dari merawat...

Salam sayang
-kak su-