Saturday, 12 March 2016

UJIAN UNTUK BAKAL PENGANTIN BARU

Assalamualaikum hai semua..
Musim cuti sekolah ,ramailah dikalangan anak-anak muda bakal menamatkan zaman bujang masing-masing.Sebelum mendirikan mahligai rumahtangga setiap pasangan wajib mengambil ujian saringan HIV.
Ujian saringan HIV merupakan salah satu syarat wajib kepada pasangan yang bakal berkahwin. Ujian ini hanya sah dibuat di klinik kerajaan sahaja. Semasa ujian saringan tersebut keputusan ujian darah akan menunjukkan bahawa anda positif atau negatif HIV dan dari sini juga  anda dapat mengenalpasti tahap kesihatan darah anda.Ada dikalangan bakal pengantin mengetahui bahawa mereka pengidap talsemia.Jika anda pengidap talasemia adakah anda tidak boleh berkahwin dengan pasangan anda yang normal?

Sebelum itu jom kita baca info-info tentang talasemia supaya anda boleh mengetahui kesan pembawa talasemia kepada suami atau anak jika anda berkahwin.
TALASEMIA


Apa itu talasemia?

Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah.Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.

TALASEMIA

Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang di warisi dari ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut.

 Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.

Zat besi yang diperoleh tubuh dari makanan digunakan oleh sumsum tulang untuk menghasilkan hemoglobin . Hemoglobin yang terdapat dalam sel darah merah berfungsi membawa oksigen dari paru - paru ke seluruh anggota badan . Pesakit talasemia mempunyai kadar hemoglobin yang berfungsi dengan baik lebih rendah . Oleh kerana itu , tahap oksigen dalam tubuh pesakit talasemia lebih rendah .
TALASEMIA

Penularan TALASEMIA

Penghijrahan masyarakat dan juga perkahwinan campur antara berlainan bangsa dalam masyarakat telah menyumbang kepada penularan penyakit talasemia ini ke seluruh negara di dunia.


BAGAIMANA TALASEMIA DIWARISI KEPADA ANAK-ANAK?

Setiap manusia mempunyai 2 jenis gen, dan ianya diwarisi dari ibu dan sebahagiannya dari bapa. Antara gen tersebut, terdapat 2 gen yang mengawal pembentukan hemoglobin yang terdapat dalam setiap sel darah merah. 


PASANGAN 1



Kedua ibu bapa adalah normal. 
Mereka tidak mungkin mewariskan penyakit Talasemia atau Talasemia Major kepada anak-anak. 


PASANGAN 2

Salah seorang ibu bapa penghidap Talasemia dan seorang lagi adalah normal. 


Setiap anak mempunyai 1 antara 2 (50%) peluang untuk mewarisi gen Talasemia daripada ibu atau bapa yang menjadi pembawa, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut akan mendapat Talasemia. Ianya juga 1: 2 (50%) peluang untuk kanak-kanak tersebut mewarisi gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa. Jika ini berlaku kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan normal. Tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat Talasemia major. 

PASANGAN 3



Kedua ibu dan bapa adalah pembawa Talasemia, mereka adalah golongan berisiko. 



Kemungkinan anak dilahirkan normal adalah 25% , kemungkinan anak adalah pembawa ialah 50% ( dikenali sebagai talasemia minor)  dan kemungkinan anak adalah pesakit (dikenali sebagai talasemia major) adalah 25%.


Sel darah merah dalam penghidap Talasemia Major hanya boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja berbanding dengan sel darah merah yang normal selama 4 bulan. Kekurangan Hemoglobin menyebabkan kekurangan oksigen dalam setiap sel badan

Jenis- jenis talasemia

Talasemia Major - Pesakit Talasemia 

Pesakit akan menunjukkan tanda-tanda sejak umur 3-18 bulan.Antara tanda-tanda ialah sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas ,perut buncit  disebabkan pembegkakan hari dan limpa ,tumbesaran terbantut ,dan terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar.

Talasemia Minor - pembawa,tiada gejala-gejala dan kelihatan sihat. 

Pembawa gen tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi pembawa gen talasemia boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya
TALASEMIA

LANGKAH PENCEGAHAN MENGELAKKAN TALASEMIA OLEH BAKAL PENGANTIN

1.Jalani ujian saringan darah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga pengidap talasemia
2.Jika anda mempunyai ciri talasemia dan ingin berkahwin , anda perlu bersikap terbuka dan berbincang dengan pasangan .Bakal pasangan perlu membuat ujian darah untuk mengetahui bahawa beliau mempunyai talasemia atau tidak.
3.Jika kedua-dua pasangan pembawa ciri talasemia , mereka perlu menghadiri sesi kaunseling genetik , kerana kemungkinan besar anak yang dilahirkan merupakan pesakit talasemia major yang boleh membawa maut.

Wednesday, 2 March 2016

CARA MEMILIH UBAT PALING SESUAI UNTUK IBU BAPA DAN WARGA TUA

Assalamualaikum..lama tak bersiaran.malam ni nak juga share entry.Kisah kawan saya ni.

Apa kisahnya? 
Satu hari ada member ni dok cerita kisah mak dia yang agak lemah.Ada sakit darah tinggi.Badan lemah-lemah,  semangat pun lemah selepas saja suaminya meninggal dunia sampaila sekarang.Kalau nak ke tandas memang kena angkat .Lebih banyak baring dari duduk.Katanya ,mak dia pun susah sangat nak makan ubat yang banyak-banyak tu.So saya suggestkan supaya mak dia ambil vivix jer.Sebab vivix ni senang nak telan.Cecair ,sedap dan minum sekali jer sehari.

So akak ni pun nak mencuba.Alhamdulillah mak dia nak minum vivix tu.Pada awalnya memang ada healin crisis.Mak dia alami sedikit pening-pening dan demam.Tapi disebabkan saya dah pesan supaya teruskan minum, so mak dia pun teruskan minum sehingga ke hari ini.Nak tau apa dah jadi dengan mak dia?



VIVIX


Alhamdulillah sangat mak dia dah boleh bangun dan berjalan.Dan kata kawan saya ni, mak dia suka minum vivix..siap cakap kat anak-anak lain" kakak ko belikan mak ubat mahal..bagus ubat ni.mak suka"...hihi..

Dan sekarang kakak ni beri pula pada anak daranya yang mengalami period yang tidak teratur dan alhamdulillah, sekarang masalah period anaknya tu bertambah baik...

Sekarang ni kawan-kawan pula nak try vivix sebab tengok mak dia semakin sihat.Diorang pun nak cuba bagi kat mak mak diorang.

Kisah mak akak ni pun tersebar kat tempat kerja saya, so salah sorang kawan yang lain juga nak cuba bagi kat mak dia yang ada darah tinggi dan selalu letih tak bermaya..stress.Saya belum dapat feedback lagi sebab baru beberapa hari minum..nanti saya update ye..

Kalau korang ada mak ayah lagi yang kurang sihat, memang saya sorkan supaya ambil vivix sebab, orang-orang tua ni leceh nak telan ubat banyak-banyak.Dengan vivix , insyaAllah sangat membantu.

KENAPA VIVIX MENJADI PLIHAN TEPAT UNTUK IBU BAPA DAN WARGA TUA

1.Mudah ditelan kerana ia cecair

Vivix dihasilkan dari 4 kandungan utama iaitu anggur muscadine, purple carrot, Elderberry dan polygium cuspidatum.Untuk detail tentang kandungan vivix korang klik sini. Kesemuanya adalah sangat tinggi dalam fungsi antioksidannya. Anggur muscadine pula adalah satu-satunya anggur yang mempunyai lebih 1 kromosom berbanding yang lain. Ini memberikan kelebihan anggur muscadine ini terbaik dalam menentang kanser dan berkemampuan merendahkan kadar gula dalam darah.
Vivix ni kalau letak dalam freezer pun tak beku tau..pekat je..lagi sedap minum.

2.Tindakannya hingga ke peringkat DNA

Semakin hari usia kita, semakin terdedah kita kepada penuaan, dan kehilangan tenaga dan sekaligus menurunkan fungsi sel. Dalam hal ini, Vivix membantu meningkatkan sel tubuh iaitu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.Elakkan dari penyakit nyayuk 

3.Membantu pulihkan sel rosak akibat penyakit kronik

Vivix bertindak dalam 4 cara iaitu:

a) Mempertahankan sel 
b) Memberikan tenaga kepada sel
c) Memperbaiki sel
d) Meningkatkan prestasi sel

4.Kesan yang cepat kerana antioksidannya yang kuat


Resveratrol merupakan antioksidan dan sejenis polifenol yang biasanya ditemui dalam wain merah. Dalam satu kajian oleh Jabatan Sains dan Teknologi Universiti Ohio AS pada 1997 menunjukkan bagaimana resveratrol berjaya menyekat pembahagian sel-sel kanser

4.Memberi tenaga tambahan dan bantu kuatkan badan


Apa bila sel -sel badan telah diganti dengan sel-sel yang baru, maka badan akan mendapat tenaga yang lebih berbanding ketika sakit.Patutla sebelum tak boleh jalan dah boleh juga melangkah sekarang.

5.Membantu badan lebih awet muda..

Apabila vivix bertindak sehingga ke tahap sel, maka sel yang lebih sihat akan terhasil.Rambut akan hitam dan kuat, tak da uban habaq hang.Kulit akan lebih cantik dan nampak  muda 25 tahun dari usia.Syaratnya minum dengan penuh istiqomah yer..


So korang tak yah susah susah nak habiskan duit beribu ribu ringgit dengan buat rawatan , cegahlah sebelum penyakit menyinggah.Kos merawat lebih tinggi dari kos mencegah.

Sudah pastinya menjadi pilihan ..sedap, berkesan, semulajadi, yang lagi penting ia HALAL...memang akan disukai mak ayah kita..senang nak telan...besttt..

Kalau korang nak saya ada jual...nak juga?

Whasapp saya 
010 8798077


VIVIX


Diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim, Ibnu Umar berkata : Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. : "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu Baginda S.A.W. bersabda : "Sembahyang pada waktunya." "Kemudian apa?", tanya saya lagi. Baginda S.A.W. menjawab :"Berbakti kepada kedua ibu bapa." Saya bertanya, "Apa lagi?" Jawab Baginda S.A.W. : "Berjihad pada jalan Allah."

Monday, 15 February 2016

KESAN PENGAMBILAN PERANCANG KELUARGA

Assalamualaikum.

hari ni saya nak share cerita tentang penagalaman menggunakan perancang keluarga yang berbeza dan kesannya pada diri saya selepas menggunakannya..Panjang la juga...baca sampai habis tau..

Untuk pengetahuan pembaca, saya adalah seorang ibu kepada 5 orang cahayamata.Saya berusia 41 tahun.

Semenjak dari selepas melahirkan anak sulung, biasa la nurse mesti tanya , lepas ni nak merancang kehamilan macamna? So saya pun pilih untuk makan pil perancang.So saya mulakan dengan pil perancang kalau tak silap saya namanya NORIDAY..kata doktor pil ni yang paling tak kuat.Ada kala pil perancang boleh menyebabkan susu kering.Disebabkan tak nak susu kering saya pun teruskan pil perancang ni selama 2 tahun.
PIL PERANCANG


Selepas stop pil perancang saya dikurniakan rezeki anak kedua.Saya teruskan makan pil perancang selepas melahirkan anak yang ke tiga dan ke empat...jangan hairan  ye..saya ni subur walaupun kecik je orangnya..hihi...alhamdulillah rezeki.

Selepas sahaja melahirkan anak yang kelima, atas faktor usia dan bilangan anak yang agak "ramai" doktor mengesyorkan saya untuk ikat  rahim.Saya tidak ada masalah kesihatan yang lain.Tapi suami tak setuju.

So saya mengambil keputusan untuk memasang IUCD .Kenapa nak pasang IUCD bukan makan pil perancang? Mengikut kata doktor saya mempunyai sejarah keluarga yang mengidap kanser payudara,iaitu ibu saya, pil perancang yang diambil itu adalah pil hormon , maka tidak digalakkan untuk meneruskan dengan pil perancang lagi.Risiko untuk mengidap kanser  juga akan bertambah.Lagipun saya dah ambil dalam tempoh yang agak lama.

Risau juga hati ni .So saya ambil keputusan untuk pasang IUCD.Selepas 30 hari bersalin pergi la pasang kat  Klinik Kesihatan Masjid Tanah je.Awal-awal memang rasa pelik dan rasa sakit kat bahagian ari-ari.Selepas seminggu semunya ok.

Selama tiga tahun saya bertahan dengan IUCD ..memang kena buka pun selepas 3 tahun ..hihi..tahun lepas bulan Mac 2015, doktor keluarkan IUCD, tak sakit pun..tapi ..huhuhu..masa nak pasang semula IUCD tu tuhan aja yang tahu.Selepas 4 kali percubaan masih tak berjaya..Keluar la juga air mata semasa nak pasang semula.Akhirnya saya minta dari doktor tak nak pasang lagi.Sakit sangat..ngeri dah rasanya..ya ampunnn..cukup la sekali..

Kata doktor IUCD tu susah nak pasang sebab peranakan saya senget.Ganasnya saya ni kan..sampai boleh senget lagi..huhu..

Disebabkan IUCD dah tak boleh pasang, so doktor pun suggest lagi..ambil suntikan DEPO..(Mac 2015) ..suntik 3 bulan sekali...ok..setuju..walaupun dalam hati takut sebab suntikan ni pun hormon juga..doktor kata suntikan ni mungkin akan berikan kesan samada tak datang bulan atau datang bulan dengan darah yang banyak..adusss...tak pa lah teruskan jelah...tawakkal...

Dalam tempoh 3 bulan pertama suntikan tu, memang langsung tak datang bulan.Aduiiii...lainnya rasa..tapi boleh tahan lagi.Semasa suntikan kedua..nurse kat klinik tu ada cakap.Disebabkan usia saya dah mencecah 40 tahun dan ada sejarah keluarga yang mengidap kanser payudara..Nurse siap buatkan apointment untuk buat pemeriksaan payudara percuma untuk warga ala-ala tua macam saya ni..hihi...nanti saya cerita kisah buat memogram plak ye..

Ni kisah kesan suntikan DEPO ..
selepas suntikan kali kedua..saya rasa macam ada something wrong somehere..baju-baju semakin ketat..muka semakin menembam..badan memang rasa tak selesa..dan yang lagi teruk ialah...muka saya mula dinaiki jerawat batu..bukan sikit sikit tapi penuh kat pipi kiri kanan.Non stop..makan nasi macam biasa,tapi badan naik macam di pam pam...stresnya..adoiiiii..


pil perancang
Kesan hormon sangat kuat..belasah minum kolegen untuk 3 bulan pertama tu pun
 tak da effect kat kulit ni..



Baju baru buat , pakai dah ketat..bila sampai tempoh suntikan yang ke tiga..saya ambil keputusan untuk stop terus suntikan tu.Dah la langsung tak datang bulan ,muka yang elok dulu dah makin rosak, berat badan naik mendadak...mana boleh tahan..

So bulan Oktober 2015  dah mula berhenti ambil suntikan tu.Tapi berat badan sentiasa naik, muka still naik jerawat tanpa henti, kulit dah mula kusam..

Ada lagi yang lain terjadi..(disember 2015)

Satu hari..saya rasa ada benjolan kat leher..ingatkan benjol tu cam biasa je sebab  tak sakit, tapi selepas seminggu, saya mula sakit pada bahagian leher sebelah kiri sampai demam.Saya Google..jumpa ..KANSER KELENJAR...ya Allah..risau nya masa tu.Terus pergi check kat doktor..doktor pula kata saya ada risiko kanser... dan sakit tu maybe kesan stress dan juga hormon tak simbang....fullamak terus terkedu..terus ingat arwah mak..huhu..


Doktor bagi ubat tahan sakit, ubat kecutkan bengkak pada kelenjar, antiboktik..5 hari makan  ubat sakit berkurang, tapi bengkak  kelenjar tak susut pun.Lagi la risau.Buat check up semula doktor syorkan ambil ujian darah keseluruhan.Bayar RM 250 tau..Selepas 2 minggu ,hasil ujian darah tu , memang tak ada tanda-tanda ada masalah pada sel darah putih dan darah merah semua normal....lega...tapi  period masih tak datang walaupun 3 bulan stop suntikan tu.Kuat sangat hormon nak lawan.Dan doktor bagi saya ubat lagi...ubat untuk turunkan period..tapi saya tak makan pun..takut ...

Saya memang amalkan vivix, tapi ada dalam sebulan bulan oktober terputus bekalan sebab busy tak da kat rumah..makin la badan saya tak tentu hala...emosi pun terganggu juga tau..November saya mula konsisten ambil semula vivix.Tapi bukan lagi sesudu,tapi bersudu-sudu..sebotol tak sampai sebulan.Ada kawan suggest produk sapu kat ari-ari untuk stabilkan hormon tapi saya belum nak cuba sebab saya nak juga dengan vivix sebab saya yakin vivix dapat bantu ..

Dengan penuh kesabaran saya menghadapi saat badan saya semakin gemuk, jerawat saya semakin banyak, kulit makin teruk ... 
tetapi akhirnya ....
alhamdulillah berkat kesabaran amalkan vivix juga dengan dos lebih tinggi..hihi..4 bulan lepas tu ,jerawat saya dah tak naik lagi, berat badan maintain tak bertambah..dan yang bestnya..period saya dah kembali..( Februari 2015) saya masih sihat alhamdulilah, tak monopous .

Dan sehingga saat entry ni ditulis, saya teruskan minum vivix dan kolegen .Alhamdulillah, jerawat saya dah tak nak naik lagi, parut-parut jerawat semakin pudar, badan rasa lebih sihat.Saya rasa hormon saya dah kembali normal....

Disebabkan kesan negatif suntikan DEPO ni juga saya ambil inisitif untuk  semakin aktif bersenam.Suplimen vivix dan senaman..memang sangat membantu menstabilkan hormon saya semula.

Ini kisah saya.Kisah korang camna? Mungkin kesannya tidak sama untuk setiap orang.Sila rujuk doktor anda sebelum ambil sebarang pil.

Testimoni wanita kembali sihat selepas trauma dengan suntikan depo KLIK SINI



KENAPA SAYA SANGAT SETIA DENGAN VIVIX?


vivix


Semenjak kali pertama mencuba sebotol vivix saya terus jatuh cinta dengan kesan vivix pada diri saya.Banyak masalah kesihatan saya dapat selesai dengan bantuan vivix dengan izin Allah.Saya ada kongsikan banyak pengalaman saya tentang vivix.Vivix ni ekslusif sangat...jom la baca entry saya pasal vivix ni.Dah baca jangan lupa cuba sebab kesihatan sangat berharga lebih dari wang ringgit.Melabur untuk kesihatan lebih baik dari banyak duit tapi tak sihat.
Jom klik sini.








vivix

Suhaila 0108798077











Saturday, 13 February 2016

CARA MENGELAKKAN KANSER DARIPADA MEREBAK

Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing-masing. Sel ini tidak dapat dikesan dalam ujian biasa sehingga ianya membiak ke JUMLAH BEBERAPA RIBU JUTA!. Ianya hanya akan dikesan apabila telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan.


kanser

Hari ini kak su akan kongsikan tentang makanan yang dilarang seandianya anda adalah pesakit kanser. Pantang larang ini mungkin dapat membantu mengurangkan pengaktifan sel sel kanser anda.

MAKANAN YANG DILARANG PADA PESAKIT KANSER

1.Produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & lain-lain.
Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.

2.Seafood : Seperti Gamat, Ketam, Sotong & Udang (makanan ini dapat menyuburkan sel kanser terutama GAMAT!! 

3.Minuman : Kopi, Teh, Minuman bercoklat Ini akan membuat sel kanser lebih cepat merebak

4.Makanan seperti DAGING MERAH WAJIB DI ELAKKAN!! terutama Daging Lembu, Kambing, Unta, Rusa & Khinzir.

5. Sayur dan Buah-buahan "BERGETAH & BERANGIN" seperti Nangka, Cempedak, Sukun & Kundur       Menyebabkan Kesakitan & Berdenyut. 

6.Jangan memakan sebarang jenis ikan yang mempunyai sisik yang banyak, seperti Ikan haruan, Ikan Merah, Ikan Gelama, dan sebarang jenis ikan yang bersisik.

Contoh Ikan yang tidak bersisik yang boleh di makan, seperti Ikan tongkol, Ikan Yu, Ikan Salomon, Ikan Kembung, Ikan Keli, Ikan Patin dan lain-lain (Ikan yang tidak mempunyai sisik dan berada di laut yang dalam di percayai mempunyai kandungan OMEGA 3 yang sangat tinggi, Omega merupakan makanan anti kanser)

7.Makanan segera dan sebarang produk dalam tin : Seperti Ikan Sardin, Buah Laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawit.

8.Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakkan untuk dimakan.

9 Makanan yang di panggang dan di bakar seperti SATE, IKAN BAKAR, DAGING BAKAR, IKAN PANGGANG & lain-lain harus di elakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.
kanser


GOLONGAN BERISIKO TINGGI MENGIDAP KANSER

1. Orang yang mempunyai penyakit RESDUNG boleh berkembang menjadi kanser.

2. Orang yang berpenyakit KENCING MANIS mempunyai 3 KALI GANDA lebih tinggi berisiko kanser.

3. BUASIR boleh berkembang menjadi kanser jika tidak di kawal/rawat!!



BAGAIMANA MEMBANTU PESAKIT KANSER?

Perubahan diet dan mengambil pemakanan tambahan yang sesuai boleh mengekalkan kesihatan sistem imun.Berbagai produk kesihatan terdapat dipasaran tetapi yang manakah pilihan paling tepat.Daripada hasil kajian saintifik yang telah dijalankan, pakar telah menemui VIVIX sebagai salah satu altenatif untuk pesakit kanser.Terbukti juga dari TESTIMONI-TESTIMONI mereka yang telah berjaya.Kandungan utama dalam vivix ialah RESVIRATROL


cara ubati kanser payudara


Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu pencegahan penyakit kanser: 

Menurut laporan dari Annals of the New York Academy of Science 2011, kajian awal menunjukkan bahawa Resviratrol mempunyai kesan anti kanser . Pada tahun 2008 satu kajian juga telah dijalankan pada kultur sel dan didapati resviratrol dapat menyekat perkembangan kanser payudara di peringkat awal. Resviratrol juga membantu menghalang esterogen dari bertindak balas dengan molekul DNA dan membentuk sebatian yang menandakan permulaan pembentukan sel kanser.

Menurut laporan yang diterbitkan pada tahun 2007 oleh Biologi Kanser dan Terapi pula mendapati bahawa resviratrol muncul untuk menjejaskan semua peringkat karsinogenesis ( sel sel normal berubah menjadi sel-sel kanser). Satu lagi kajian dalam jurnal Karsinogenis yang diterbitkan pada tahun 2008 , menunjukkan bahawa resviratrol  boleh mencegah kanser prostat (mungkin disebabkan oleh kesannya terhadap hormon seks lelaki yang dipanggil androgen). 




VIVIX UNTUK KANSER





Usah biarkan penyekit anda berlarutan. Jika terlewat mungkin anda bakal kehilangan sebahagian daripada organ anda dan mungkin juga membawa kesan yang lebih parah jika dibiarkan berlarutan.

Anda boleh dapatkan vivix dengan segera. KLIK SINI

atau hubungi
hubungi saya 

kak su

010 8798077












Saya pengedar Shaklee Melaka
COD Masjid Tanah-Sungai Udang-Kuala Sungai baru

Pengalaman saya sebagai pengamal VIVIX  akan dikongsikan bersama .

MAKANAN PALING SELAMAT ELAK SAKIT KANSER

Kanser melemahkan sistem imunisasi seseorang. Pemakanan yang seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh dan untuk melawan semula jangkitan penyakit. Diet yang sihat juga boleh mempercepatkan penyembuhan tisu-tisu yang rosak akibat kanser atau kemoterapi. Rawatan kemoterapi boleh membuatkan seseorang itu kurang selera makan. Kadangkala pesakit dijangkiti penyakit ulser didalam mulut dan lidah.

Dalam entry yang lepas saya telah kongsikan tentang makanan penggalak sel kanser.
MAKANAN ELAK KANSER
Kali ini saya ingin kongsikan  jenis jenis makanan yang selamat dan paling baik diamalkan oleh pesakit kanser mahupun yang masih sihat.

MAKANAN SELAMAT UNTUK ELAK KANSER

1.MAKANAN TINGGI SERAT 

Adalah digalakkan memakan banyak makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan mengandungi kandungan serat tinggi, jus buah-buahan terutama sekali jus lobak merah.Sayur sayuran dan buah buahan dapat mengelakkan dari kanser kolon

pemakanan orang kanser


2. MADU

Gula adalah 'hayat kanser'. Dengan mengurangkan pengambilan gula, bererti kita mengurangkan hayat atau potensi sel kanser.
Gula terbaik adalah gula semulajadi seperti madu. Madu tergolong di dalam makanan bersifat alkali.

pemakanan orang kanser

3.TEH HIJAU

Teh hijau adalah alternatif terbaik melawan kanser. Amalan meminum air bersih ditapis adalah baik bagi menghindari racun atau bahan kimia di dalam air memasuki tubuh.
Teh hijau merupakan minuman herbal alami yang banyak sekali manfaatnya untuk tubuh. Salah satunya adalah dapat membantu menurunkan berat badan. Dalam teh hijau terdapat polifenol yang tidak hanya baik untuk melindungi tubuh dari radikal bebas, tapi juga dapat mempengaruhi penyerapan lemak tubuh.
pemakanan orang kanser

4.VIVIX

Diet sihat mempercepatkan penyembuhan tisu rosak akibat kanser atau kemoterapi. Rawatan kemoterapi boleh membuatkan seseorang kurang selera makan.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu pencegahan penyakit kanser: 

1.Menurut laporan dari Annals of the New York Academy of Sciences 2011,beberapa kajian awal menunjukkan bahawa resveratrol mungkin mempunyai kesan anti-kanser.  


2.Dalam satu kajian 2008 pada kultur sel, resveratrol membantu menyekat perkembangan kanser payudara di peringkat awal.


 3.Diterbitkan dalam Penyelidikan Pencegahan Kanser, kajian itu mendapati bahawa resveratrol membantu menghalang estrogen dari bertindak balas dengan molekul DNA dan membentuk sebatian yang menandakan permulaan pembentukan sel kanser.


3.Menurut laporan yang diterbitkan pada 2007oleh  Biologi Kanser & Terapi. Penulis laporan itu mendapati bahawa resveratrol muncul untuk menjejaskan semua peringkat karsinogenesis (di mana sel-sel normal berubah menjadi sel-sel kanser).


4.Diterbitkan dalam jurnal Karsinogenesis, satu lagi kajian tahun 2008 menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu mencegah kanser prostat (mungkin disebabkan oleh kesannya terhadap hormon seks lelaki yang dipanggil androgen). 

pemakanan orang kanser

VIVIX DARI ANGGUR MUSCADINE

pemakanan orang kanser

KHASIAT HEBAT DALAM SATU BOTOL VIVIX



Bagaimana sel kanser membiak? Hakikatnya semua orang mempunyai potensi untuk mengidap kanser.


 Bagaimana? Jika sel yang tua tidak mati dan seterusnya sel yang tidak mati itu akan berganda, ia akhirnya akan menjadi sel kanser. 


Nabi SAW bersabda "Seorang mukmin yang sihat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada seorang mukmin yang lemah...." (Hadis Riwayat Muslim).
Kita sebagai seorang mukmin wajib menjaga kesihatan agar menjadi seorang yang sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.



Untuk mendapatkan vivix yang extra hebat ini 
call/wshap/010 8798077