Thursday 4 December 2014

KELEBIHAN VITAMIN E

Alhamdulillah..macam tau tau jer bulan ni promosi vitamin kecantikan terulung…vitamin E..vitamin E sangat popular dikalangan kaum wanita..of course untuk kecantikan..memandangkan bulan Disember ini bulan ramai yang naik pelamin..apa kata korang baca kenapa vitamin E ini menjadi pilhan wanita cantik diluar sana.

Kelebihan Vitamin E

Vitamin E adalah nama umum untuk 2 kelas molekul yang mempunyai aktiviti vitamin E dalam pemakanan iaitu
1- Tocopherol ( TCP) - Kumpulan kima organik (alpha, beta, gamma, delta)
2- Tocotrienol - Kumpulan semulajadi ( alpha, beta, gamma, delta)

    Bila vitamin E ini dijumpai dan siapa pula yang menjumpainya? Vitamin ini dijumpai pada tahun 1922 di California oleh Dr. H.M. Evans melalui kajian pada tikus yang bunting di mana jika tikus betina yang bunting kekurangan vitamin ini, janin tikus akan mati manakala bagi tikus jantan pula terdapat perubahan dan kesan pada testisnya. Oleh itu, vitamin E juga dikenali sebagai vitamin anti kemandulan.

     Sedikit maklumat mengenai Tocopherol :-
1- Tidak larut dalam air tetapi larut dalam minyak, lemak, alkohol, aseton dan ester.
2- Hanya boleh dicerna dengan bantuan hempedu sebagai pengemulsi minyak.
3- Tahan kepada pemanasan namun boleh vitamin boleh rosak jika suhu terlalu tinggi.
4- Akan teroksida secara perlahan-lahan jika terdedah kepada udara.
5- Akan bertukar warna kepada warna gelap secara berperingkat apabila terkena cahaya.

     Sumber asli Vitamin E boleh diperolehi pada :-
1- Sayuran (hijau, taugeh)                            8- Asparagus
2- Buah-buahan (kekacang)                         9- Pisang
3- Susu                                                       10- Strawberi
4- Mentega                                                 11- Biji bunga matahari
5- Telur                                                      12- Kacang buncis
6- Gandum                                                 13- Ubi-ubian
7- Minyak Jagung


     Kegunaan Vitamin E adalah :-

1- Meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mengatasi stress, meningkatkan kesuburan, mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.
2- Baik untuk kesihatan kulit dengan meningkatkan kelembapan kulit, mencegah proses penuaan diri, melindungi kulit dari kerosakan sinar radiasi ultraviolet serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.

3- Sebagai antioksidan yang membantu melindungi struktur sel yang penting seperti membran sel.

4- Melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan dari kerosakan dan juga melindungi vitamin A.

     Kekurangan Vitamin E ini akan menyebabkan :-

1- Sel darah merah terbelah.
2- Perubahan degeneratif pada sistem saraf dan otot.
3- Kesukaran dan lemah untuk berjalan.
4- Gangguan penglihatan.
5- Anemia.
    Dalam beberapa keadaan, Vitamin E boleh mendatangkan gangguan terhadap sistem imuniti badan dengan gejala seperti :-

1- Sakit kepala.
2- Lemah badan.
3- Selalu lelah.
4- Gangguan penglihatan.
PANDUAN MEMBELI VITAMIN E


Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'. Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. 

Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

KENAPA MEMILIH SUMBER ASLI?


Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan. Ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

MASKER VITAMIN E 


Sebelum tidur

Sapu sebiji vitamin E sebelum tidur..Caranya, vitamin E tu cucuk dengan jarum dan picit perlahan-lahan sampai keluar minyak vitamin E dan sapu keseluruh muka secara nipis. 

atau 

Pagi 

Sapu muka dengan plain yogurt yang dipicitkan dengan Vita E dan biarkan selama 5-10minit. Memang best..! Atau boleh campur yogurt tu dengan sesudu kecil ESP. Tepek kat muka sampai rasa kulit muka menegang (sampai yogurt tu kering). Besttt sangat masa ni, kalah masker yg kita dok tepek mcm topeng tu. Lepas dah kering tu terus basuh dgn pencuci muka. Memang lembut jer rasa kulit .Basuh pula dengan pencuci muka nutriwhite..lagi mabeles

Vitamin E ini bukan sahaja untuk orang perempuan tau..lelaki juga penting ..sebab tu vitamin E ini digelar juga sebagai vitamin cinta

     Oleh itu, penting bagi anda untuk mendapatkan vitamin E yang mencukupi untuk tubuh badan anda supaya tahap kesihatan anda lebih baik dan terhindar dari penyakit. Pengambilan yang disyorkan juga perlu diikuti supaya tidak terlebih pengambilan vitamin E untuk badan. 

vitamin E


     Jika anda ingin mengambil Vitamin E ini sebagai makanan tambahan anda, so saya mencadangkan Vita-E Complex with Grape seed Extract yang mengandungi 120 biji kapsul di dalam satu botol. Harga pasaran untuk sebotol adalah RM 149.00. Boleh dipos ke seluruh pelusuk Malaysia dengan kadar yang berpatutan daripada syarikat perkhidmatan Poslaju Malaysia.


Testimoni penggunaan vitamin E yang terkena minyak panas

 su|0108798077|Masjid Tanah|Alor Gajah|Sg Udang|Pengkalan Balak|Kuala Sg Baru|Pos satu Malaysia|

No comments:

Post a Comment