Sunday 14 December 2014

KENAPA MAKAN VITAMIN SHAKLEE TAK BERKESAN?

Assalamualaikum selamat malam...Hari ni terasa nak share dengan semua pelanggan pelangan tentang cara yang betul untuk makan vitamin.Ada di kalangan pengguna yang bertanya bagaimana cara pengambilan vitamin dengan betul..So setiap kali anda nak memulakan makan vitamin pastikan anda mendapat kan cara makan vitamin yang betul dan bila dah disarankan, sila ikut seperti yang diserankan kerana mungkin cara pengambilan yang tidak betul akan menyebabkan penyerapan tidak efisien.


cara makan vitamin


Cara pengambilan vitamin yang betul

1. Alfalfa

Alfalfa tidak boleh diambil bersama dengan vitamin E dan GLA.Vitamin E tidak dapat diserap dengan berkesan kerana dihalang oleh alfalfa.Vitamin E adalah vitamin larut lemak manakala alfalfa adalah serat.Vitamin E diserap dengan baik jika ada lemak.

2. ESP (energizing Soy Protein)

Masa  terbaik untuk minum ESP ialah pada waktu pagi ketika perut kosong. Ini kerana pada waktu pagi kadar metabolisma kita adalah paling tinggi berbanding pada waktu lain.Oleh itu semua asid amino dapat diserap dengan berkesan.

3. OSTEMATRIX

Ambil sebelum tidur untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Sangat sesuai dimakan  bersama susu. TIDAK boleh diambil bersama IRON ( VITLEA multivitamin) kerana zat besi menganggu penyerapan kalsium.

4. VITAMIN C , VITAMIN B ( vitamin larut air)

Vitamin c boleh di ambil dengan mematahkan terlebih dahulu supaya penyerapan lebih cepat.Vitamin C dan vitamin B sangat baik dimakan bersama segelas air kosong dan ELAKKAN pengambilan bersama makanan berlemak kerana ia akan menganggu proses penyerapan nutrien dalam makanan.Vitamin c juga boleh dibancuh bersama air untuk dijadikan masker pada wajah.

5. VITLEA

Jangan diambil bersama dengan produk tenusu atau bersama dengan ostematrix kerana ia akan menggangu penyerapan zat besi.Sangat baik diambil bersama vitamin c kerana iron memerlukan vitamin c untuk lebih mudah diserap

6.VITAMIN LARUT LEMAK (A, D ,E,K)

Diambil selepas mengambil makanan berlemak atau berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan

7.MINUMAN BERKAFEIN

Jangan makan vitamin bersama minuman berkafein atau bergas kerana ia akan mengganggu penyerapan nutrien oleh badan

8. AIR KOSONG

Minum air kosong (plain water) sekurang kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
cara makan vitamin shaklee

Cadangan pengambilan vitamin

Pagi : Vitelea ,B complex

Minum Pagi : ESP

Tengahari          : Vitamin C , Alfalfa

Minum Petang    : ESP

Makan Malam    : Lecithin / Viamin E / Ostematrix

Zinc                  : Sebelum makan, seminggu dua kali kecuali mereka yang mengalami  masalah keguguran rambut serta malah kesuburan

Alfalfa: Untuk ibu menyusu masa terbaik ialah selepas mengepam susu

Cara makan vitamin shaklee yang disarankan ialah dengan mengambil vitamin selepas makan kecuali sesetengah vitamin yang disarankan sebelum makan.Makanlah vitamin anda mengikut dos yang disarankan supaya tidak menjejaskan kesihatan anda.
Pastikan anda mengamalkan cara pemakanan vitamin yang betul agar setiap sen yang anda laburkan berbaloi baloi..Jika anda ingin mendapatkan vitamin ekslusif ini  dengan harga istimewa sila klik DISINI.

No comments:

Post a Comment