Saturday 16 January 2016

BERAPA BANYAK PERLU MINUM DALAM SEHARI?


Tahukah anda kandungan air dalam badan manusia ialah antara 60%-70% dari berat badan.Kandungan air dalam lemak hanya 10% tetapi bagi yang obesiti kandungan air dalam tubuh adalah kurang dari 60%.
minum air

Apakah Fungsi air kepada tubuh

  • membantu proses metabolisme tubuh
  • mebantu proses pencernaan
  • menjaga daya tahan tubuh
  • mencegah penuaan 
  • melembabkan kulit 
  • mengeluarkan toksin 
  • mempertajam ingatan pada otak 
  • pengekalan suhu badan normal

Berapa banyakkah air yang diperlukan oleh tubuh badan kita?

Melalui aktiiviti harian kita bernafas , mengeluarkan tenaga, membuang air kecil dan air besar atau aktiviti seharian menyebabkan air hilang dari badan.Jadi air perlu digantikan semula agar proses dalam tubuh dapat berjalan dengan lancar

Institute of Medicine menyatakan bahawa keperluan air  orang dewasa lelaki antara 3 liter atau setara dengan 13 gelas air,bagi wanita  dewasa antara 2.2 liter setara dengan 9 gelas air  setiap hari .
minum air

Tetapi keperluan air yang dinyatakan di atas adalah tidak semestinya mengikut ukuran air tersebut kerana keperluan air juga bergantung kepada:

1. Aktiviti seharian
 Setiap orang memiliki kegiatan dan aktiviti yang tidak sama.Jika anda sentiasa aktif bersukan,banyak pelu yang dikeluarkandan cepat haus,maka anda memerlukan lebih banyak air.Begitu juga mereka yang bekerja sebagai petania atau buruh kasar.Mereka memerlukan air yang lebih banyak berbanding anda yang bekerja di dalam pejabat ber hawa dingin 

2. Iklim Dan Cuaca Tempat Tinggal.
 Faktor iklim juga sangat mempengaruhi keperluan  air pada tubuh manusia. Sebagai contoh orang yang tinggal di Afrika,  tentu akan lebih cepat merasa haus dan banyak minum air putih dibanding mereka yang tinggal pada iklim sejuk

3. Tahap kesihatan
  Orang yang sakit mungkin memerlukan lebih banyak  air putih, berbanding dengan orang yang sihat. Ini bertujan  untuk menggantikan cairan yang keluar lebih banyak dibandingkan orang yang sehat.

4. Faktor Lain.
  Ibu hamil dan juga menyusui juga perlukan lebih banyak air.Kerana ibu hamil dan menyusui lebih banyak mengeluarkan cairan dari tubuhnya. Selain itu ada juga faktor usia, faktor makanan yang dimakan contohnya buah buahan dan sayur sayuran yang tinggi kandungan air dapat menampung sedikit sebanyak keprluan air dalam badan.

minum air


Tips Minum Air Putih Setiap Hari Agar Sehat Dan Aman
  • Minumlah air putih secara rutin setiap hari minimum 2 liter atau 8 gelas air
  • Minum walaupun tidak merasa haus.Minum air dengan kerap Aturkan  jarak masa minum air. Minumlah air putih seperti setelah makan, sebelum makan, pada pagi harisebelum tidur.
  • Jangan minum air banyak sekaligus tetapi minum secara kerap tetapi sedikit demi sedikit.

Apa berlaku jika terlalu minum banyak air?

minum air

Tahukah anda bahawa kita tidak boleh minum secara berlebihan kerana minum berlebihan boleh mengundang bahaya?

Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah.Buah pinggang kita akan bekerja lebih masa.Makin lama ia akan cepat rosak kerana terlalu kerap memproses air yang diminum dan akhirnya berakhir dengan sakit buah pinggang.

Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, dan boleh mengakibatkan kematian.

Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Untuk mengelakkan ini minum air berlebihan , minum air secukupnya untuk menghilangkan dahaga .Jika perlu minum  dengan banyak , minum air isotonik seperti Gatorade,100 plus , Performance drink yang mengandungi vitamin dan elektrolit bukan semata-mata air.

Sharing is loving...dipersilakan share...

~kak su~ 


No comments:

Post a Comment