Tuesday, 9 September 2014

SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Saya ni dilahirkan daripada keluarga yang sangat sederhana.Ayah saya seorang penjaja buah buahan tempatan di pasar-pasar malam.Saya tengok ayah saya ni selalu balik lewat dan keja dengan masa yang tidak menentu.Kadang-kadang berniaga di pasar pagi dankadang kadang berniaga di pasar malam.kami hidup dalam serba sederhana tapi cukup untuk menyara kami 8 beranak.
Perniagaan ayah yang kecil tu pun ayah perlu bangun awl pagi,pergi petik buah,peram buah dan ada kami yang tolong sama menjual petai dengan naik basikal keliling kampung..
Itu ayah..menyara hidup kami dari hasil jualannya sehingga kami dewasa..terima kasih ayah....


Saya pula tak ada langsung minat nak berniaga,asyik mengajar je..dah 18 tahun dah mengajar,suami pula ada perniagaan sendiri,constuctions.Saya tahu yang perniagaan memberi pulangan 9/10 daripada kerjaya lain tapi tak tau la nak bisnes apa..


Sehingga satu ketik adik ipar saya aka Mami miah memperkenalkan shaklee..rupanya shaklee ni boleh menjana pendapatan.Ramai dikalangan surirumah yang sekarang sudah mendapat pendapatan lebih dari 1k setiap bulan...bukan setakat tu ja ada yang dah cecak 5  6 angak dah..Sapa tak nak kan...Saja saja nak try bisnes dengan berkongsi cerita produk yang saya makan..dan lama kelamaan permintaan dari rakan taulan juga bertambah kerana hasil menggunakan shaklee dapat memberikan kesihatan yang lebih baik dengan izinNya .Alhamdulillah..saya suka..best kan kalau kita dapat tengok rakan rakan kita yang sakit dan kembali sihat dan ceria..itu yang bertambah menguatkan semangat nak teruskan bisnes ni.Feedback customer yang positif memberi semangat untuk saya terus nak bisness.

Saya mempunyai upline yang sangat awesome..sangat tidak lokek ilmu dan sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada saya dan teman lain...Wah..wah..semenjak join bisness ni makin ramai kawan saya..all over the state..biarpun jauh namun ukhwah yang terbina sangatlah baik.kami diajar bukan semata mata mengejar kekayan wang ringgit tetapi kaya dengan nilai persahabatan, tolong menolong dan kami  happy ...tukar cerita dan pandangan...hilang stress..(kalau stress telan ostrematrix)


Bezanya saya dulu dan sekarang...dulu saya busy..sekarang saya extra busy..siang menyiapkan kerja mendidik..petang surirumah..malam lepas anak tidur kerja dengan shaklee..kelas blog..kelas nutrisi..kelas motivasi dan sewaktu dengannya.Masa saya penuh terisi..Kurang masa borak dan lepak gossip2..

Di sekolah saya dibayar gaji kerana saya bekerja tetapi dalam shaklee saya bekerja untuk mendaptkan gaji..aikk macam sama.. tapi tak serupa...kannn..dua dua best..


Dulu saya buat sesuatu sebab diarahkan buat dan memang dah rutin wajib buat..,namun sekarang saya yang nak buat apa yang saya suka dan sejak join shaklee, banyak yang saya dapat apply kepada sekolah dan anak murid saya..yang paling saya perasan sekali ialah..motivasi..suka sangat nak bagi motivasi kat anak murid saya..sebab tu kat sekolah saya lebih suka pilih kelas yang ke 3 atau ke 4...mana taknya..selalu dapat motivasi dari group kami..group kami diajar supaya sentiasa berfikiran positif...cewah....kalau tak..dah lama dah tinggalkan shaklee..cabaran pun power..



Dulu saya punya ramai teman dikalangan guru dan kawasan sekitar namun sekarang saya bertemu dengan ramai orang yang terdiri daripada pelbagai golongan..dan dalam group saya ni..saya la yang umurnya lebih tua gitu..tua pada angka..tapi jiwa macam muda..ye la tu)))));



Nak cerita pasal amalan rohani.. ..mmmm..dulu memang buat la juga tapi tak la macam sekarang kut..pasal saya ni jumpa dengan group yang sangat menekankan amalan rohani.. syukur alhamdulillah..amalan rohani tu kan bagus..back to basic la kan..apa lagi buatlah..kan bagus tu..kalau dulu nak buca Quran seminggu sekali pun termiss..tapi sekarang alhamdulillah ...ada yang bagi tips..jika kita ulang buat sesuatu perkara dalam tempoh 21 hari,ia akan jadi satu habit..21 hari je pun..kalau dapat jadikan habit dalam masa kurang dari tu lagi bagus..



Income bulanan ..kalau dulu hujung bulan baru dapat gaji..sekarang sebulan dapat dua kali gaji..shaklee bayar tengah bulan ..dapat gaji tetap hujung bulan..so alhamdulillah dapat la cover penengah bulan yang selalu termiss..Bonus!!!!starting bisness..alhamdulillah..siap boleh cover semua yuran extra kelas anak anak..semakinn hari semakin bertambah..dan tak semua wang kita dapat itu milik kita tetapi ada hak orang lain didalamnya..so berilah pada yang berhak..


.............................................................................
Alamak mengantuk la pulak..nanti sambung lah lagi..tapi saya nak bagitau..yang saya memang sudah jatuh cinta dengan bisness shaklee dan rakan rakan shaklee saya..mmm..nanti saya sambung dalam entry lain..apa halangan yang saya tempuh selama dalam bershaklee..

cau,...
salam sayang la sangat..

#duniaku inspirasiku..
O
national conference
Merasa la juga pergi NC 2014

Monday, 8 September 2014

MASTERCHECKLIST PHYSICS

Hari ni pergi sekolah aku rasa macam serba tak kena..ish..dok pikir apa aku nak buat lepas ni..camna nak susun masa aku ni...
Sampai je kat meja ..dah ada dah kerja kerja baru nak diteruskan.almaklumlah dah 4 hari cuti.Lupa pasal sekolah.Kerja sekolah..hmmm dari awal tahun sampai akhir tahun tak pernah habis..Makin hari makin bertambah ada lah..Tapi apa nak dikesalkan..memang itulah kerjaya yang aku pilih...cikgu suhaila...Kalau stress sangat aku telan 2 biji ostremmatrix jer..lepas tu lari buat kerja sorang sorang..diam diam tanpa gangguan..
physics
Physics A+

Emm..sekarang tengah musim exam..paper percubaan fizik aku belum pun habis bertanda.Cuma tadi tiba tiba Allah anugerahkan saya satu idea yang sebelum ini tak pernah pun  terfikir sampai begitu sekali.Ni mesti penangan GEGEMASU semalam la ni...

Biasanya..saya akan minta anak murid saya buat last target selepas selesai percubaan Fizik..kalau buat awal awal depa ni tak berapa nak heran sangat.Bila lepas percubaan ni baru dia tu dia ni boleh upkan markah sampai setinggi mana.Cuma kali ni target diorang lebih jelas dan spesifik berbanding hanya target nak A kurus ke..nak A gemuk ke..dan mesti kena tuliskan langkah nak secara jelas

Saya memang tiru   master checklist daripada geng geng shaklee ni.Cuma pengisian sikit ditukar..Sangat jelas dan nya.Ada jadual yang mesti mereka lengkapkan setiap hari bermula 9 september hingga hari peperiksaan.Dan saya bercadang untuk jadikan ini sebagai bahan untuk projek guru..hehe..apa tu kita panggil.... KAJIAN TINDAKAN...of course setiap MASTER CHECKLIST PHYSICS mereka akan dikumpulkan pada hari peperiksaan kertas fizik berakhir nanti...nanti kita compare dengan markah percubaan dengan markah SPM FIZIK sebenar setelah menggunakan master checklist ni..camna rupa mastercheclist fizik saya ye...takleh tunjuk..rahsia...tapi ai konfident jer ..mesti succes kalau budak ni ikut betul betul..

kita sambung nnti ye..hebatkan kesan GEGEMASU ni..
rasanya kawan saya nama manja dia Anies ,mesti terus berenti kerja selepas join GEGEMASU nanti..hehehe...kenapa yek? apa yang hebat sangat GEGEMASU ni....
Nantikan mereka tiba ditempat anda...kui..kui..kui

Ilmu boleh dapat dari pelbagai cara..

#gegemasu 
#duniakuinspirasiku

Sunday, 7 September 2014

PROJEK JADI MASTER

Syukur alhamdulillah hari ini tercapai sudah matlamat untuk berjumpa dengan tok guru tok guru yang hebat hebat.Projek GEGEMASU...adalah projek yang dijalankan oleh group Supermom expecially 6 orang leader dari supermom sisters.Mak saya mami Miah dan Dedi PB...

Kalau tak silap maksud GEGEMASU ni ialah gerak gempur supermom (kalau salah tolong betulkan) dimana leader leader dari group supermom target untuk mecapai master dalam cycle ini berakhir February 2015.So saya juga termasuklah dalam projek gegar ni..GEGEMASU GEGEMAKAKSU...Hari ni gegemasu bersiaran di melaka iaitu dirumah Ahey dan rumah saya bersama kehadiran Che Za..

Apa yang kitorang buat?
Biasala..makan makan..merapatkan ukhwah tapi yang lebih penting satu jam bersama Master Kamarul dan Master Hadhatina.Menyelami hati kami dalam menjalankan bisness shaklee.pastinya saya menceburkan diri dalam shaklee kerana hasil yang positf yang saya dapat apabila menggunakan produk shaklee dan akhirnya berminat dan sayang dengan bisness shaklee cuma matlamat jangka pendek dan jangka panjang sebelum ni  tidak di nyatakan dengan jelas dan tidak fokus dalam bisnes ni.

Hasil dari dialog bersama master Hadha dan master Kamarul dapatlah disimpulkan bahawa

1. Dalam bisness kita hendaklah mempunyai matlamat yang hendak dicapai iaitu visi dan misi.Visi dalah target pencapaian untuk jangka panjang manakala misi matlamat jangka pendek.
So misi saya adalah untuk menjadi seorang senior coordinator dalam cycle ini berakhir februari 2015
Semestinya misi saya adalah untuk menjadi master.Tanpa matlamat ibarat kita memandu kereta tanpa destinasi yang hendak dituju.Minyak habis, buang masa, buang tenaga, buang duit....hmmmm


2.Setiap matlamat jangka pendek dan jangka panjang perlu mempunyai target masa untuk dicapai.bermula dari bila sampai bila.kalau saya , pastinya bermula dari sekarang sehinggalah ke Februari 2015 saya telah mencapai target menjadi senior coordinator .Bonua 15K...yakin boleh..saya boleh...

3. Kenalpasti syarat syarat untuk mencapai matlamat sebagai contoh, untuk menjadi senior koordinator mestilah mempunyai 4 point atau 5 point

5.Kenalpasti anak-anak yang berpotensi untuk menjadi leader.Luaskan kuasamu ....dlm MLM shaklee..jika upline tidak aktif ,anak lebih aktif maka upline tak dapat apa2 ye...siapa rajin dia dapat..siapa goyang kaki..hai hai bye bye...barulah adil..cuma seorang leader yang hebat apabila dia dapat melahirkan lebih ramai leader hebat sepertinya atau lebih hebat darinya...

6.Kenalpasti masalah yang kita hadapi dan cuba cari jalan selesaikannya.Carilah orang orng berpengalaman,leader leader hebat, master2,cari ilmu dengan membaca, cari ilmu dari kawan kawan yang berpenglaman.Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Malu bertanya sesat jalan.

7.Mengurus masa dengan baik ,mempunyai planner harian, bulanan atau tahunan..Wah power kalau dapat buat ikut planning.Manusia yang gagal adalah manusia yang gagal merancang.

8.Satu lagi.setiap apa yang dirancang perlulah dicatatkan dan diletakkan ditempat yang sangat mudah dibaca dan ditenung selalu..contohnya kat cermin ke..kat meja kerja ke atau dimana mana asalkan senang nak baca hari2.

9.mami Hadha kata, hari hari mesti buat RCA..rahsia cermin ajaib...lepas ni hari hari saya nak senyum depan cermin dan sebut  " Februri 2015 saya jadi seniour kordinator" BONUS SAYA 15K....wah..bestnya..

10.Amalan rohani.Dahulukan yang wajib perbanyakkan yang sunat..lengkapkan master checklist.Apabila kita menjalankan sesuatu pekerjan, dan pekerjaan itu membawa kita jauh dari Allah maka ada something wrong dengan perniagaan itu atau kita yang memang wrong...Alhamdulillah,semenjak join shaklee, kami banyak diajar untuk lebih bergantung kepada pencipta Allah swt....

Yang pastinya saya memang tabik spring dengan leader-leader ni sebab sanggup turun padang untuk menjayakan projek GEGEMASU ni...mereka langsung tidak lokek ilmu yang ada, makan nasi lemak bungkus atas lantai..gelak-hgelak happy..semoga ikatan persahabatan in akan kekal abadi selamanya disamping kita semua berjaya mencapai matlamat yang diiginkan.Syukr alhamdulillah saya bertemu dengan group yang sangat sporting dan awesome..terima kasih daun keladi...lain kali datanglah lagi..kecik tapak tangan stadium hang tuah saya tadahkan....Terima kasih tak terhingg kepada Mater Hadhatina MKB dan Master Kamarul , Mami miah dan dedi PB, Ainul dan Faiz, Sarah, Jiha Che za diatas perkongsian yang sangat sangat bermakna...

Bye..

korang kalau berminat nak join group kitorang yang best ni..jom la..

suhaila 010 8798077

Friday, 5 September 2014

01:37

MINUM AIR KOTOR?


Hari ni terasa nak kongsi pengalaman dan kisah pasal air.Sebabnya bila balik kampung ,biasalah..ramai yang balik rumah abah,banyk air nak guna nak  minum,bila time nak buat air mestilah nak pakai air bersih.Penapis air kat rumah memang ada tapi....emmm..dah lama dah guna sampai air pun dah tak nak keluar lagi.Almaklumlah,4 cathridge ada dalam satu penapis ,satu pun tak tukar semenjak beli..hehe..dah expired dah..mana la air nak keluar walaupun dah dibersihkan..

Start dari situ saya pun terfikir, ada tak cara lain nak dapatkan air bersih dengan cara yang paling mudah dan selamat...Lepas tu baru teringat kat satu penapis air ni...namanya water pitcher..Belum pernah cuba tapi ada orang yang dah guna..macam best jer..google..google..study..mmm..memang bagus dan sangat praktikal untuk orang yang 'rajin'macam saya..hehe

Ni nak kongsi la dengan korang apa sebenarnya water pitcher ni..apa kebaikannya? selamat atau tidak, sebab nampak terlalu simple..macam tak percaya..

Macam ni rupanya...



water pitcher


Get Clean water

# ia adalah sistem penapisan yang telah disahkan oleh persatuan kualiti air (WQA) untuk mengurangkan sehigga 99% lead, serta berpuluh puluh bahan pencemar lain

#Multipatented Get Clean Water menggunakan blok pepejal karbon untuk menapis dan membersihkan air 

#satu penapis air boleh mengendalikan 80 gelen air 

# setiap penapis dibuat dari tempurung kelapa yang mampan karbon yang menggunkan proses zeroemission

# Get Clean Water adalah water pitcher pertama dengan sistem penapis carbon blok yang boleh diisi semula

#Memelihara alam sekitar  kerana ia menggunakan blok blok isian semula dimana ia dapat mengurangkan sisa timbunan sampah

#setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar 

#dapat menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada turasan iaitu dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain

# menjimatkan kos rakyat Malaysia yang membazirkan wang dengan meminum air botol

#Get Clean water dapat memberikan air bersih dan rasanya enak   

# Get Clean Water mempunyai bacaan meter yang boleh menandakan bilakah masanya untuk menukar penuras tersebut  tanpa perlu mencuci ...
water pitcher


Anda berminat untuk mendapatkan Water Pitcher Get Clean Water?

Hubungi:

suhaila

0108798077
email: suhaila_abdul@yahoo.com
FB: suhaila abdul

Monday, 1 September 2014

CARA MAKAN KOLEGEN POWDER

CARA MAKAN KOLEGEN
Ini cara saya ))))))))))));;;;

Tips nak minum kolegen powder shaklee

1.Kolegen powder berbentuk serbuk yang mudah larut.So bancuhkan dengan air sejuk atau suam suam kuku

2.ELAKKAN daripada membancuh dengan air panas kerana ia akan merosakkan rangkaian kolegen dan juga elakkan daripada minum bersama kopi atau teh kerana ia akan menyebabkan penyerapan kolegen akan berkurangan/terganggu

3.Minum satu sachet saja sehari tau..jangan lebih lebih- lebih..ikut dos yang telah disyorkan

4.TIPS  untuk menghilangkan bau hanyir ikan anda boleh mimum bersama dengan minuman kegemaran seperti jus buah buahan, sunquick ,yogurt, atau boleh juga decampur bersama dengan MILO

5.Untuk menambahkan #shaklee effect anda boleh juga bancuh bersama dengan 1 sudu  ESP

6.Boleh diminum bersama dengan air kosong ,kolegen serbuk sangat mudah larut

7.Pastikan anda minum air kosong 2 hingga ke 3 litter sehari bagi mendapatkan kesan yang sangat awesome..



selamat mencuba...))))))))))))))

Beli kolegen powder..klik COLEGEN SHAKLEE

FB: suhaila abdul
CALL: 0108798077
EMAIL: suhaila_abdul@yahoo.com

CaRa MeNdApaTkAn KuLiT cAnTiK

Assalamualaikum semua..hai apa khabar?
tentunya pembaca kali ni perempuan kan..ye la..mesti nak cari cara macamana nak cantikkan kulit kan?Kalau pembaca ni lelaki pun ok juga..Ada juga dikalangan kaum adam yang mengalami masalah kulit ..kan gitu?

Entry kali ni saya nak kongsi bagaimana saya dan teman-teman saya yang dah dapat kulit cantik..cantik ke? Ye la..mestila cantik..cantik la daripada dulu..kalau dulu kulit kusam..kering,berjeragat,sekarang ni boleh la dikatakan semua tu hanya tinggal kenangan.....Macamna ye nak buat?

Ada banyak produk kecantikan kulit..Untuk luaran dan juga untuk dalaman.Hari ni saya nak kongsi produk untuk kecantikan dalaman dan mengaurakan kecantikan luaran...Cantik di dalam , cantik juga di luar.Pastinya tidak asing lagi..KOLEGEN POWDER la jawapan yang paling tepat untuk anda pilih sebagai anti kusam, anti kedut,anti kulit kering ,anti jeragat dan lain lain yang sewaktu dengannya.

Kenapa saya pilih kolegen powder?

#ANTI PENUAAN...mengecilkan liang liang pori anda yang gedabak besar..( terpaksa tutup dengan bedak tebal)

#MELEMBABKAN KULIT...bagi mengurangkan rasa kering dan kegatalan pada kulit muka

#MENCERAH...mengurangkn pigmentasi, jeragat dan tona kulit tidak sekata

#MENGEMBALIKAN KEANJALAN...menjadikan kulit anda anjal dan lembut serta menegangkan payudara

#MENINGKATKAN PERGERAKAN...menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang

#MENYUBUR...menjadikan rambut, kuku yang lebih kuat serta menguatkan akar rambut dan bersinar

Tak rugi saya melabur..berbaloi saya korbankan duit bila hasilnya sangat memuaskan hati...

testimoni kolegen shaklee
shaklee effect

Ingat ye kawan kawan..bila kita nak hasil yang menakjubkan..kena la ikut peraturan yang disyorkan dan yang paling penting kenalah istiqomah....

Segalanya mungkin....)))))))))))));


kolegen shaklee
Kolegen dengan penyerapan unggul





Jom add friend...
FB:suhaila abdul

email: suhaila_abdul@yahoo.com
pengedar shaklee : masjid tanah, pengkalan balak,kuala sungai baru , sungai udang,Melaka, seluruh malaysia

Saturday, 23 August 2014

7 SEBAB KENAPA ANDA PERLUKAN SUPLIMEN

Saya dulu adalah seorang yang tak pernah kisah dengan pengambilan suplimen.Bila sakit, demam cari lah doktor..Bayar rm 50 rm 60 atau lebih.sehari dua sihatlah..Kemudian kalau sakit atau demam lagi..ulang benda yang sama.hehe..Sampai dalam peti sejuk tu penuh dengan ubat.Bila sakit makan..bila rasa sihat..tak payah la makan..Tapi itu dulu..sekarang..semua ubat2 yang melambak dlm peti sejuk dah berganti dengan suplimen..kenapa saya beralih kepada suplimen?

1.Sebab paling utama ialah bila timbul kesedaran la..sebelum ni macam macam orang cakap..tapi tak kisah sebab tak sedar..hehe..sekarang banyak ilmu yang saya dapat dari teman2 tentang suplimen dan kelebihan suplimen berbanding ubat ubatan.

2.Bila dah cuba sendiri.baru tahu...saya ni banyak penyakit..kata orang tak padan yang kecik..boleh tahan penyakitnya. .iyo la..anak pun udah 5..banyak urat tersimpul..putus. .kolegen dah habih. usia makin meningkat.Tapi bila dah mencuba suplimen..rasanya macam muda 5 6 tahun..keke.

 Disini saya nak kongsikan

 7 sebab mengapa  badan kita perlukan suplemen...

 1.Tidak semua makanan yang kita ambil membekalkan dos vitamin yang mencukupi kepada tubuh badan.contohnya vitamin c atau vitamin e yang ada dlm makanan tidak cukup untk kesan pencegahan penuaan.

2.Penggunaan racun perosak,racun serangga atau bahan pencemar menyebabkan kualiti sayur sayuran atau bauh buahan terjejas.

 3.Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.Contohnya vitamin c dan enzim mudah dimusnahkan melalui haba semasa memasak.

 4.Pil penahan sakit, laksatif,alkohol dan  antibiotik boleh menganggu penyerapan zat makanan.  Diet yang tinggi kafein lemak gula dan garam dpat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh badan

5.Makanan seharian tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan

6.Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak dirumah dan lebih gemar makan makanan segera yang tinggi kandungan MSG
 
 7.Bagi yang bekerja, makan tengahari biasanya diluar dan hidangan malam yang disediakan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang kadang kala tidak dititik beratkan


shaklee


Ketahui bagaimana memilih suplimen terbaik untuk diri anda!!!!!!!!!!



Nor suhaila Abdul
 email :suhaila_abdul@yahoo.com
 fb: suhaila abdul
 tel:010 8798077









 










.













Wednesday, 13 August 2014

06:45

BERSUA DENGAN ANGKASAWAN DR SYED MUZAFFAR

12 hb Ogos merupakan hari bersejarah  buat warga SMK Ghafar Baba, Masjid Tanah..Kehadiran  Datuk Dr Syed Muzaffar sangat dinanti..Tetapi sebelum dapat pihak kaunselor Pn Norazlida  dan En Mat Shah. .masih terdapat kekangan...dimana pihak sekolah perlu mencari 300 orang peserta untuk membeli buku beliau yang berharga rm30 sebuah..

Masa cikgu Azlida buat promosi tu..ramai murid yang kurang berminat...susah nak cukupkan 300 buah buku..nak m3nampung kos hingga RM 9000..Namun sebahagian dari peserta motivasi tersebut di dahului dengan semua pemegang biasiswa  sekolah.

Antara orang yang sangat exited ialah sorang cikgu fizik iaitu..ehem..ehem..tuan yang menulis ni laaa...saya ni kalau bab promosi..boleh aja..tak lepaskan peluang promosi pada anak anak murid tingkatan 5. ..mestilah sangat berkait dengan fizik. ..dengan angkasawan  dan juga Dr Muzaffar...

Dipendekkan cerita..akhirnya pihak sekolah dapat juga kumpulkan rm 9000..sehingga disaat akhir sebelum Idola ni datang..buku dah tak cukup..tandanya..ramai yang nak join sekali..Antara sekolah yang turut serta ialah sekolah Men  Talib Karim dan sekolah Men. Lubok China..
angkasawan malaysia


Dia hadir pada kira2 12.30 tengahari...emmmm..kami la penyambut tetamu yang tak diundang..hehe..ok la tu..sebelum masuk dewan Dr Muzaffar sempat gebang2 dengan cikgu cikgu..siap suruh panggil ramai2 untuk penuhkan dewan..
bila nampak.jer Dr Muzaffar..semua macam kena rasuk puaka..haha..exited kalah jumpa Aaron Aziz..

Nak cerita la kan..pasal dok happy senyum..perkenal diri
sebagai cikgu fizik..of course la. ..dapat la aku pose separuh maut kat depan dengan dia...peluang beb..mmm..


 Apa yang cerita Dr Muzaffar selama 1 jam 30 minit?

Dr Syed mestilah cerita macamna dari.mula ujian pemilihan sampailah dia turun kebumi semula..Cara makan..cara tidur..cara solat..ujian ketahan..all about angkasawan

Yang bagusnya dia kata kalau nak jadi angkasawan
..mesti berusia 21 tahun ke atas..tak semestinya tinggi macam dia..lagi pendek lagi bagus..haha..pastikan korang tak da kesan kesan parut bekas jahitan dibadan..gigi tak da yang bertampal..takut nanti naik ke angkasa..tercabut semua gigi gigi sampel atau bekas tampalan..kesan parut yang boleh. .kesan jerawat jer..tubuh badan mesti sihat...



Kat mana nak lancar roket ni..ada  tempat yang tertentu sahaja yang sesuai  seperti Florida..Kazastan kat Malaysia kat Tawau agak sesuai..
Panjang nak cerita ni..kalau korang nak juga jemput Dr syed Muzaffar..bolehlah cari rm9000 minimum..dan bacalah hasil tulisannya dari mula kisah hidup seorang angkasawan yang korang mesti beli sebelum dapat jemput beliau datang..Nanti saya tulis entry lai  lah ye..cara cara nak jumpa Datuk Syed Muzaffar...

bagi yang dapat bersalam dengan beliau..mesti sayang nak basuh tangan kan? keke..Yang paling best..bukan budak yang exited..tapi cikgu dia lagi exited..terutama cikgu fizik...hmmm..mesti tak lepas peluang selfie..


Sebagai kesimpulan..aku gembira bila seorang anak Malaysia sedang menjadi sumber inspirasi kejayaan anak anak Ghafar Baba...

 Untuk aku...TIADA YANG MUSTAHIL JIKA KITA USAHA.......

siapakah bakal angkasawan Malaysia yang seterusnya????

Tidak mustahil..andalah orangnya..



 k..bye...