Friday, 19 September 2014

03:37

CARA PILIH KOLEGEN YANG TERBAIK

Kali ni saya nak kongsi dengan korang pasal kolegen.Korang mesti pernah makan atau pernah tengok ,macam macam produk kolegen ada dijual dipasaran kan..ada yang semurah rm 10 ada yang beratus ratus.Tapi korang pernah tak kaji label pada kotak kolegen tu?Atau beli yang tak ada label?Tak kn kut..

Hari ni saya nak share, kenapa saya dan kawan kawan saya sangat setia dengan kolegen dari shaklee.Banyak sebab..korang boleh baca kat entry saya pasal kolegen..Tapi salah satu sebab utama saya nak teruskan makan kolegen ni sebab berat molekul kolegen ..Kolegen shaklee hanya 1000 dalton dan ia merupakan molekul yang sangat kecil dan ringan dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan untuk kesan yang optimum

Kolegen yang mempunyai hanya berat 500 dalton adalah kolegen yang tidak stabil dan tidak elok kerana ia tidak akan  diserap oleh tubuh dan kekal dalam salur darah dan memberikan kesan negatif jangka panjang..
So lepas ni korang yang nak cantik dengan cepat,berhati hati memilih jenama kolegen,bukan sahaja kita pilih yang halal tetapi pilihlah yang halal , selamat , dan berkesan serta tidak akan memberi kesan NEGATIF untuk jangka masa yang panjang...

TESTIMONI PENGGUNA KOLEGEN 




testimoni kolegen






suhaila
FB:suhaila abdul
email:daniaazally@gmail.com
Tel:0108798077

Thursday, 18 September 2014

19:41

MENGEMAS RUMAH PALING CEPAT DAN MUDAH..

Assalamualaikum..
Hari ni nak kena tulis pasal tajuk kemas rumah..cabaran 30 hari blogging..baru nak berjinak jinak dengan blogging..time ni saya dah siap dah kemas rumah dah..sarapan pun dah siap..sekarang ada kat sekolah pulak..So hari ni saya nak share macamna saya mengemas rumah dengan cepat dan senang..

Saya ni ibu yang bekerja ,so time cuti sekolah dan cuti hujung minggulah nak kemas rumah dari hujung katil sampai hujung dapur...Setting masa dulu..nak kemas rumah mesti siap pukul berapa..baru senang nak urus ..banyak kerja lain lagi nak buat ..

So lepas je subuh..perkara pertama ...angkut semua kain baju kotor masukkan dalam mesin..sambil mesin tu dok basuh kain..masuk dapur..keluarkan ikan yang dah beku dalam peti sejuk..sebab target nak terus masak tengahari selepas masak sarapan..

Masak sarapan pagi..sambil sambil masak pastikan basuh pinggan mangkuk dalam singki..so selesai ja buat sarapan ,semua pinggan mangkuk dan meja dah siap kemas dah..hidang sarapan..

Projek mengemas pulak ,rumah saya ni bertingkat tingkat tingkat..so level paling bawah biasanya untuk tetamu dan memang kami tak guna sangat so kurangla nak kemas kat situ..jimat masa..sapu sikit mop kejap..ok..siap...

Kerja mengemop saya mudah saja dengan BASIC H..tak payah bilas banyak kali ..so jimatlah masa saya..Kat dapur pun sama..masukkan sikit BASIC H dan campur dengan air masukkan  dalam penyembur air, lepas je masak selesai..sembur dengan penyembur tu..sekejap saja minyak minyak yang melekat kat dapur bersih..berkilat cakap lu..tak yah nak sental lama lama..So selesai jer masak..dapur pun dah siap kemas..mata pun sedap jer pandang..

kalau pasal nak isi air pulak..menyambil lagi..sambil2 masak tu..isi la air dalam water pitcher..kejap jer air dah siap di tapis..dah boleh isi dalam botol air ..letak dalam peti sejuk..kan senang..Boleh buat kerja dalam masa yang singkat jer..Yang penting ..kita mesti cekap tangan tu..jangan dok sambil buat kerja melayan telefon sampai berjam jam..bila nak siap ...

Bab menggosok dah tak payah nak risau..sebab semua baju sekolah anak anak anak akan gosok sendiri.Baju ibu dengan ayah dia..yang susah nak gosok seperti sutera ,saya hantar dobi jer lah..sehelai RM 1 aje..yang penting satu almari saya penuh dengan baju yang semuanya dah siap gosok..so senang la hari hari nak pergi kerja..pilih mana yang berkenan dihati..kan senang..


Siap sudah mengemop 
                                         
Ok..dah selesai..boleh la saya berehat sebentar...bye..




su|shaklee Masjid Tanah|Kuala Sungai Baru|Sungai Udang|Pengkalan Balak|ALorgajah|Pos seluruh Malaysia.

03:11

BENARKAH SHAKLEE TAK SELAMAT?

Beuntunglah korang yang muda muda dah ada kesedaran tentang pentingnya mengamalkan pemakanan seimbang dan muda muda dah mula mengambil suplimen..macam saya,bila usia dah 30 an dan dah beranak 4 baru nak mula menjaga kesihatan dengan lebih serius..kalau dulu..tak da vitamin..ubat dari klinik jer..itu pun kalau dah sakit atau demam..ubat paling wajib ada kat rumah panadol..Dalam peti sejuk..melambak ubat..sampai tak termakan..buang jer.

Ada sorang kawan saya ni, dia pun cikgu..memang perasan yang dia suka sangat mengamalkan suplimen..kulit dia cantik jer walaupun dah berusia..Tapi kadang kadang rasa risau dan takut juga nak ambil vitamin atau suplimen..banyak cerita cerita dari media cetak dan elektronik tentang kesan pengambilan produk makanan dan produk kecantikan kulit yang meninggalkan kesan negatif  ,mula mula ok lepas tu..ko...

Tapi semenjak try mkan suplimen shaklee..saya rasa lebih yakin la pulak..mungkin jaminan pihak shaklee yang memberi keyakinan kepada saya untuk terus menggunakan produk ni..

Apa keistimewaan shaklee dibandingkan dengan produk lain?

Syarikat makanan tambahan asli no 1 di Amerika Syarikat dan merupakan syarikat warisan lebih dari 50 tahun

      SENTIASA SELAMAT
      # lebih 83000 ujin kuliti setiap tahun
      #menjalankan lebih 350 ujian ke atas bahan bahan botani yng baru
      # jaminan dan kesucian
      # 100% kepuasan dijamin

    SENTIASA BERKESAN
     #USD 300 juta dilaburkan dalam R & D 
     #100 kajian klinikal diterbitkan
     #55 paten
     # 54 pingat emas olimpik yang dimenangi oleh atlet yang menggunakan produk shaklee
     # Landmark study

    SENTIASA MESRA ALAM

     # tiada perasa tiruan
     # tiada pemanis tiruan
     # tiada ujian haiwan
     # tiada bahan kimia
     #pembungkusan adalah bebas bisphenol-A, phtalates dan dakwat toksik
      #pembungkusan menggunakan bahan dikitar semula


Kerana itu Shaklee menjamin tentang tiga perkara yang benar....
SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN, SENTIASA MESRA ALAM...

Bukti eksperimen shaklee adalah yang terbaik dalam semua ujian ...
pada masa yang sama , ia membuktikan bahawa, mengambil makanan tambahan yang salah adalah lebih buruk daripada tidak mengambil apa apa makanan tambahan!!!!!!!


multivitamin pertama didunia

Salah Satu daripada suplimen keluaran shaklee

Anda berhak untuk memilih....Pilihlah yang terbaik...

Suhaila...

0108798077

Wednesday, 17 September 2014

TEMPAT MAKAN PALING SEDAP DI PARIT BUNTAR

Korang suka tak makan char keteow?

Kalau suka, sama lah dengan saya..sedap ooo..Hari ni saya nak kongsi resepi...bukan resepi tapi makanan sedap..expecially kalau makan kat kedai kat kampung saya ni...Dah banyak juga la tempat makan yang ada char koteow ni tapi tekak kami sekeluarga memang tak masuk la..Ada jer yg tak kena..

along char kotew


Kat tempat ni memang agak perfect la..satu pinggan tak cukup..order yang special baru best..Selak selak udang baru nampak koteow..hehe..time dia menggoreng udang..api naik sampai cecah bumbung..tak caya? meh tengok
 sendiri..


charkoteow
Ya ampunnn..makan tak hengat

Apa yang istimewa sangat charkoteow ni? First...udangnya yang banyak..satu pinggan ada 6 ekor udang sebesar ibu jari orang dewasa la..lepas tu udang tu diorang goreng dulu..kulit udang yang rangup dan bau dan aromanya..fuhhh..tak sabar nak makan..

Lagi..kuahnya yang berlinang, kehitaman dan pekat..langsung tak ada rasa hanyir telur...tak yah letak daun kucai..letak tougeh segar aje..fuhh..sehingga menjilat jari dan sudu..Kalau makan kat sini..tak yah la ko nak pakai sudu dan garpu nak makan udangnya..tak sempat nak toleh kiri kanan..sedap punya pasal..udang yang banyak tu..kumpul dulu..makan last..pakai tangan la beb..apa barang nak pakai sudu garfu..kunyah kulit kulit udang sekali..rangup..pakai tangan lebih nikmat..

Harga?...char koteow biasa sepinggan baru RM 3.50..yang special..RM 4.50..murah kan...sebab tu la kat tempat ni..kedai belum buka dah ada orang tunggu nak makan..kalau boleh nak tolong susun kerusi meja sekali..kalau korang nak saja saja lepak makan kat gerai ni...lupakan ajalah...gerenti tak best..sebab ...orang yang ramai menunggu akan tunggu kat tepi ko sampai korang habis makan ..dia dah nak cop nak mik tempat....haha..

So korang kalau nak makan sambil bersantai..borak borak..pergi kat tempat lain ye..kat gerai ni hanya untuk orang makan..sudah makan blah..memang sentiasa tak cukup kerusi..always full..
Eh lupa pulak nak bagitau..Gerai kecik ni dekat pekan Parit Buntar..nama specifik tempatnya Kampung Kedah..200 m dari masjid kampung Kedah..Kira-kira 3 km dari Bandar Parit Buntar...

Sekali sekala nak ke Penang..singgahlah...sekali cuba mesti korang nak datang lagi...kalau kami balik kampung  sampai kampung petang kat parit buntar..mesti kami singgah dulu kat sini sebelum balik rumah abah...bungkus sekali untuk orang kampung....mesti order yang special..

Kolestrol tinggi tuuu..tak pa..balik kang telan phytocol

Eh..gerai ni tutup hari selasa..Hari lain dibuka mulai 6 petang sampai la habis charkoteow dia...Gerai ni tepi jalan utama...senang ja nak cari...

Jom..jom..p makan CHARKOTEOW ALONG...

along char kotew

Yang baju merah tu la taukeynye...

Korang ada masalah kolestrol dan darah tinggi ke? Apa kata layan video ni...ada jalan penyelesaiannya..

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Monday, 15 September 2014

ALL ABOUT ME .....

Assalamualaikum..hai semua..salam perkenalan bagi teman teman baru..dan salam ukhwah salam cinta kasih sayang bagi yang dah pun mengenali saya..

Dilahirkan tanggal 21 Feb 1975..tahun depan masuk 4 series.....saya asal dari negeri Pulau Pinang tapi tempat lahir Parit Buntar.6 orang adik beradik..saya yang ke lima.Saya ada dua orang ibu..ibu kandung saya dah meninggal dan kini ibu tiri saya menggantikan tempat ibu kandung..syukur ada orang yang masih sudi mencurahkan kasih sayang buat abah dan kami adik beradik..

Saya dah dijodohkan dengan pilihan hati..Noor Azally Mohamad..orang Melaka..jumpa masa dok rajin bersilat kat UTM dulu..hehe..sekarang ni saya dah 80% dah tuned dengan adat ,budaya orang Melaka..almaklumlah dah duduk sini 18 tahun sudah...tempat lahir sendiri pun selalu sesat..kat Melaka kira ok la..
Chinta hati...

Anak? Hampir sedozen tapi kurang satu..hehe 5 ajer..Yang sulung dah 16 tahun, ke dua 13 tahun, ke tiga 11 tahun, ke empat 6 tahun dan yang bongsu 2 tahun setengah..Orang seusia saya ada anak kecik2 lagi..tapi anak saya dah 16 tahun..kalau jalan sama macam kakak kut..jangan mara..^^.. I kawin umur 21 tahun..bukan ai gatal ye..tapi dua2 gatai..ish ish..idok le gitu..dah jodoh namanya...syukur alhamdulillah..

Macam macam ragam..

Kerja sebagai cikgu..baru mengajar di 2 buah sekolah menengah kat Masjid Tanah Melaka..mengajar baru 18 tahun..sekarang ni anak murid saya dah ramai yang dah beranak pinak..ada yang dah mengajar sama-sama jadi cikgu..Mengajar subjek Fizik..dengan matematik..kat sekolah..mana-mana pergi mesti dapat  jadi guru disiplin..tak sangka badan kecik macam ni diorang sanggup suruh jadi guru disiplin..hahaha..tapi kalau diaorang nampak cikgu kecik ni, sapa duk lepak kat luar kelas mesti cabut lari masuk dalam..kalau nak cerita pasal kisah guru disiplin  ni memang banyak..buat kat entry barulah nanti..baru minggu lepas dapat surat layang dari student..dia ponteng sekolah sampai 4 hari..pastu hantar surat minta maaf,jangan pindahkan dia sekolah..dia sayang cikgu..ish..ish..ish..dah pun kena tangkap pasal menyorok kat masjid..eh tercerita pulak..
SPM 2013

Kerja part time..dah hampir dua tahun dah join Shaklee..Sekarang baru Sr Supervisor..Suka pulak join bisness ni..Macam best jer..masa senggang saya sekarang ni semuanya penuh terisi..nak tengok tv pun dah tak sempat..So buat masa sekarang ni..shaklee memang banyak beri pengalaman yang berbeza dari alam pendidikan..Dalam bidang pendidikan ,saya rasa satu kepuasan bila apa yang kita ajar anak murid kita faham..dalam shaklee..satu kepuasan tak terhingga apabila pelanggan bagitau yang dia semakin siha selepas makan vitamin shaklee...So saya happy dengan kerjaya saya sekarang..saya happy berkongsi ilmu dengan anak anak didik saya dan saya happy berkongsi kelebihan shaklee pada semua orang dan yang paling penting segala yang saya lakukan di dunia akan ini diterima oleh Allah dan semoga diberi ganjaran pahala..

So tu lah serba sedikit tentang diri saya..nak tau lebih ..jom la ...join jadi ahli group kami..awesome...

cauuuu..bye.............^  ^

Sunday, 14 September 2014

18:14

BENARKAH MIGRAIN MENYEBABKAN STROKE??????

Teringat saya pada kisah yang berlaku beberapa minggu lepas semasa peperiksaan Percubaan SPM..Peperiksaan berlangsung di dewan dan saya bersama 2 orang guru perempuan yang lain adalah guru yang mengawas peperiksaan tersebut.Hari tu exam paper sejarah kertas 3...Tiba-tiba saya di panggil oleh seorang pelajar yang memaklumkan bahawa kawan sebelahnya sudah menangis kerana menahan kesakitan, apabila ditanya, beliau memaklumkan yang dia mengalami migrain...
Situasi ni berlaku sudah saban tahun..Tiap kali exam je mesti ada yang stress dan memang akan ada pelajar yang jatuh pengsan, pening kepala, loya, dan migrain yang amat sangat.Kebanyakan kes pening keterlauan dan migrain ni adalah pelajar perempuan.Disini saya nak berkongsi sedikit tentang punca punca migrain
Hasil pembacaan saya dari blog DR Zubaidy Hj Ahmad 12- 15% (28 juta orang) dari penduduk dunia adalah pengidap migrain.Pengidap migrain akan mengalami sakit kepala di sebelah bahagian kepala, loya, muntah dan amat sensitif kepada cahaya dan bunyi bising

Migrain
Punca migrain
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.
Faktor keturunan.Cuba tanya mak ke, saudara seibu ke, saudara sebapa ke..mungkin juga mereka pengidap magrain.
Perubahan mutasi pada genetik menyebabkan tubuh pesakit menghasilkan lebih banyak asid homocysteine sejenis asid amino
Genetik yang menyebabkan migrain juga akan menyebabkan pesakit mengalami stroke kerana telah dibuktikan bahawa asid homocysteine menyebabkan salur darah tersumbat dan pelbagai masalah saluran darah coronary
Bagimana mengenali penyakit Migrain?
  1. Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
  2. Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
  3. Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.
Bagaimana nak mengatasi masalah migrain?
Oleh kerana pesakit migrain menghasilkan asid homocysteine yang tinggi maka haruslah kita cari cara bagaimana nak merendahkan asid homocysteine tersebut.?
 Kajian telah menunjukkan bahawa vitamin B6, B12 dan asid folik  dapat mengurangkan asid homocysteine yang dihasilkan oleh pesakit migrain sebanyak hampir 40%.
Vitamin B2 pula diperlukan oleh tubuh untuk menjana tenaga.Jika tenaga yang dijana tidak mencukupi akibat "mitochondria" yang menjadi "powerhouse"  tidak mendapat vitamin itu , akan menyebabkan migrain.
Pesakit akan merasai kesan pengambilan vitamin B secara konsisten apabila kekerapan migrain yang di alami semakin berkurangan .
Selain dari itu pesakit dan juga kita yang tidak sakit ni pun haruslah mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan makanan yang seimbang.Tak semua makanan yang kita makan mempunyai zat yang cukup untuk tubuh badan jadi ,bagi  menampung  zat makanan yang tidak mencukupi itu ambillah makanan tambahan.Penting juga....keluarkan peluh dengan senaman.
Seandainya sakit kepala yang anda alami semakin hari semakin kuat dan tidak mendapat kelegaan walaupun telah diberi ubat penahan sakit dengan dos yang sangat tinggi ,eloklah anda membuat pengesahan  dengan melakukan imbasan CT Scan dan MRI otak kerana tumor otak sekecil 1cm dapat dikesan melaluinya.
Bagi ibu bapa yang mempunyai masalah anak yang migrain, carilah jalan penyelesaian, usah dibiarkan anak anda menanggung kesakitan dan berlarutan sehingga menyebabkan ia menjadi semakin kronik.Ibu bapa yang sayangkan anaknya pasti akan mencari jalan untuk merawat.Perlu diingat pengambilan ubat penahan sakit (ponstan) hanyalah untuk sementara bukan untuk merawat.Kesan jangka panjang ubat penahan sakit akan menyebabkan masalah hati .Klik disini untuk kesan ubat penahan sakit
Jika anda biarkan masalah ini berlarutan mungkin satu hari nanti anda akan berbelanja puluhan ribu ringgit untuk mengubati ,dan mungkin juga ketika itu sudah telambat...

Berbalik kepada kisah anak murid saya tadi.Selepas disoal rupanya masalah migrain beliau sudah menjadi kebiasaan dan akan bertambah sakitnya apabila mengalami tekanan ,kurang tidur dan rehat dan tambahan pula dia tidak bersarapan pada pagi tersebut.Semoga pelajar yang akan menduduki SPM 2014 ini akan bersedia dan pastikan kesihatan anda dijaga..Kalau badan tak sihat..nak jawab exam pun terganggu...

Anda berhak memilih...
Saya pilih untuk sihat sepanjang hayat...


K....Bye....^^

KANDUNGAN VITAMIN B

Vitamin semulajadi


suhaila
0108798077
fb:suhaila abdul
pengedar sah :Masjid Tanah, Londang,Kuala  Sungai Baru,Melaka seluruh Malaysia

Saturday, 13 September 2014

03:59

UBAT TEH UNTUK KURUS

Ramai wanita di luar sana selalu mengeluh keletihan kerana seharian menguruskan rumahtangga bagi sururumah sepenuh masa dan tak kurang juga bagi wanita yang berkerja...pagi penat bekrja dan pulang kerumah pula perlu melaksanakan tanggungajwab di rumah...mesti penat kan...

hari ni saya nak berkongsi cerita tentang bagaimana anda nak mengurangkan rasa keletihan yang anda alami di samping tu dapat juga menurunkan berat badan..percaya tak?

Jom kita study..
cinch tea
Sedap diminum sejuk atau panas
bersama halia atau lemon....

Cinch tea merupakan minuman yang ringkas di dalam sachet yang sangat mudah di bancuh dan sangat mudah di bawa kemana mana...terutamanya anda yang bekerja..

Kelebihan cinch tea:

Apakah kebaikan dan khasiat teh putih dan teh hijau.



1.Merupakan penggalak semulajadi
2.Meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
3. Boleh diguanakan sebagai minuman alternatif menggantikan kopi, soda atau air manisan bagi mengekalkan kecerdasan tubuh badan
4.Tanpa perisa, pewarna atau pemanis tiruan, tanpa Gluten

5.Sesuai untuk semua golongan kerana ia dapat membekalkan tenaga semulajadi  dan sangat sesuai untuk golongan yang aktif bekerja  

6. Cinch tea diekstrak dari daun teh terpilih seperti matcha green tea, ted tea extract ,white tea dan rooibos red tea

6 sebab Kenapa Cinch Energy Tea mix jadi pilihan

1.Ia selamat ,peningkatan secara semulajadi.Boleh diminum sejuk atau panas
2. Alternatif bagi minuman bergula atau kopi
3. Bungkusan yang comel kecil yang mudah dibawa untuk satu hidangan
4. Peningkatan tenaga segera
5.Tanpa perasa dan pewarna tiruan

KELBIHAN CINCH TEA BERBANDING JENAMA LAIN

1. Rendah kandungan kafein (teh putih)
2. Tinggi dengan antioksida
3. Mencegah kanser
4. Mengurangkan kolestrol
5.Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
6. Meningkatkan metabolisma badan dan membakar lebih banyak lemak
7. Mengurangkan gula dalam darah.Membantu mengurangkan gejala kencing manis
8. Menguatkan tulang
9.Menggalakkan kulit sihat10.baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
11. Bantu lawan penyakit seperti athma denganmengembangkan saluran pernafasan



Mula mula suka kan CINCH TEA ialah selepas sebulan tak jumpa dengan abang kandung sendiri..bila jumpa nampak di semakin slimmm..rupa rupanya dia mengamalkan minum cinch tea selama sebulan dah...wah..boleh lah korang nak try...
saya minum untuk dapatkan tenaga berpanjangan..untuk kurus,..tak kut..dah cukup kecik dah...yang penting sihat...

Ketahui bagaimana Puan Maria Alwi menghadapi masalah keletihan dan mengantuk dengan CINCH TEA


Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.

order CINCH TEA

ok...cau..jumpa lgi..

suhaila 0108798077

fb:suhaila abdul

email: daniaazally@gmail.com

Pengedar sah berhampiran anda: Melaka,Masjid Tanah,kuala sungai Baru,Kolej Matrikulasi Londang,Pengkalan Balak..seluruh Malaysia..

MEMBELI BELAH DI PASAR KEMBOJA PARIT BUNTAR

Assalamualaikum...
Musim cuti sekolah dah bermula..pastinya ibu bapa telah merancang sesuatu untuk memenuhi masa berharga bersama keluarga ...ada yang nak pergi melancong, balik kampung dan ada yang pilih nak berhat berehat bersama keluarga dirumah sahaja.Jimat duit kan..apa pun yang anda rancang semoga semuanya mengeratkan lagi silaturrahim anak beranak kan..

Cerita pasal berjalan jalan shopping ,pastinya orang perempuan lah yang paling suka..dan yang pastinya saya pun camtu lah..Hari ni saya nak kongsi pengalaman saya bercuti pendek di kampung ..korang pernah dengar tak pasal Pasar Kemboja?Pastinya orang yang berhampiran dengan Parit Buntar dah tak asing lagi dengan Pasar Kemboja ni..

Pasar Kemboja bukan pasar jual ikan dan sayur tapi pasar jualan pakaian..Apa yang menarik ,pasar ni menjual pakaian seperti tudung, baju kurung, jubah dan pelbagai pakaian dengan harga yang sangat murah gilerrr..hehe..Biasanya yang datang dari jauh datang untuk membeli secara borong,ada juga yang dijual bilangan kecil .nak beli satu harga lebih mahal dari beli harga borong tapi masih lagi jauh 100% lebih murah dari beli kat pekan Masjid Tanah

Pasar Kemboja terbesar di Pekan Parit Buntar terletak 500m dari simpang empat Parit Buntar dan Berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat.Kalau bulan puasa, lebih daripada 20 hingga 30 biji bas pelancong datang untuk membeli belah.Time tu korang kalau pergi ...memang nak berjalan pun terpaksa bertolak tolak..macam sardin...Musim cuti sekolah ni ramai la juga..kalau time belum gaji atau hari hari biasa..kurang la pengunjungnya..

Korang yang nak bak buat bisness online atau bisness kecil  kecilan dari rumah sangatlah bagus kalau datang shopping kat sini..Tapi make sure rancang dulu apa nak beli ..kalau tak..semuanya korang nak beli sebab murah sangat ..kang bajet lari..rambang mata , tok sah nak cakap la..terlalu banyak pilihan dan terlalu murah..Setiap kali saya nak balik kampung,mesti kawan kawan kirim untuk mereka,tudung, baju, jubah dan macam macam lagilah...
pasar kemboja
Pilih mana yang berkenan

Opps..lupa nak bagitau..Pasar Kemboja ni hanya dibuka pada hari Sabtu je tau kat tempat ni..mulai dari pukul 7 pagi hingga 2 petang..ada juga pasar Kemboja tempat lain..kecik.. tak best..sini paling best..

Tips sebelum pergi membeli belah...

  #sarapan dulu..pastikan perut anda dah berisi..kat sana memang ada  kedai makan tapi bila orang terlampau ramai..nak makan pun sangat la susah..hanya ada gerai-gerai kecil di tepi tepi jalan..tapi saya kalau pergi sana..lupa nak makan..ke..ke..

# jangan dok bawa anak kecik yang bawah 4 tahun..kalau tak..rugiii..anak menangis kepanasan..maknye belumm habis nak shopping

#tulis senarai barang yang nak beli dulu..kalau tidak..sampai sana semuanya nak beli..pasal murahla katakan...rambang mata

#bawa duit yang cukup cukup jer untuk beli barang yang korang nak..supaya..tak semua duit yang ada dalam handbag habis digunakan untuk bershopping...saya pernah jadi camtu..huhu..tak sedar pun ..bila balik ..duit dah habis buat shopping...

#parking sangat terhad..so pastikan anda berkongsi kereta dan sampai awal sebelum pukul 8 pagi..ni memang saya yang buat..pergi kul 7.30 pagi..balik 12 tegahari..tu pun rasa macam tak cukup masa..nasib baik kena balik sebab anak dah menangis kat umah..hehe..

#gerai terlalu banyak..dan berbagai pilihan..so korang tak sedar yang korang dah berjalan kaki sejauh 1 km..so siapa yang tak cukup tenaga..alamatnya memang tak larat la jawabnya..sebab tu sebelum kami pergi shopping sakan kami mesti sarapan dan mesti kami nak minum http://akukaksu.blogspot.com/2014/09/minum-teh-pun-boleh-kurus.html?m=1cinch tea..cinch tea best sebab korang tak akan rasa penat sepanjang beberapa jam ..so boleh la jamu mata dengan tenaga yang cukup..hehe

So kalau korang nak tau lebih lanjut pasal pasar Kemboja ni..leh la google tempatnya ye..Nak buat bisness lagi bagus...okey..cau..
pasar kemboja


#suhaila
#0108798077
#duniakuisnpirasiku