Sunday, 14 December 2014

KENAPA MAKAN VITAMIN SHAKLEE TAK BERKESAN?

Assalamualaikum selamat malam...Hari ni terasa nak share dengan semua pelanggan pelangan tentang cara yang betul untuk makan vitamin.Ada di kalangan pengguna yang bertanya bagaimana cara pengambilan vitamin dengan betul..So setiap kali anda nak memulakan makan vitamin pastikan anda mendapat kan cara makan vitamin yang betul dan bila dah disarankan, sila ikut seperti yang diserankan kerana mungkin cara pengambilan yang tidak betul akan menyebabkan penyerapan tidak efisien.


cara makan vitamin


Cara pengambilan vitamin yang betul

1. Alfalfa

Alfalfa tidak boleh diambil bersama dengan vitamin E dan GLA.Vitamin E tidak dapat diserap dengan berkesan kerana dihalang oleh alfalfa.Vitamin E adalah vitamin larut lemak manakala alfalfa adalah serat.Vitamin E diserap dengan baik jika ada lemak.

2. ESP (energizing Soy Protein)

Masa  terbaik untuk minum ESP ialah pada waktu pagi ketika perut kosong. Ini kerana pada waktu pagi kadar metabolisma kita adalah paling tinggi berbanding pada waktu lain.Oleh itu semua asid amino dapat diserap dengan berkesan.

3. OSTEMATRIX

Ambil sebelum tidur untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Sangat sesuai dimakan  bersama susu. TIDAK boleh diambil bersama IRON ( VITLEA multivitamin) kerana zat besi menganggu penyerapan kalsium.

4. VITAMIN C , VITAMIN B ( vitamin larut air)

Vitamin c boleh di ambil dengan mematahkan terlebih dahulu supaya penyerapan lebih cepat.Vitamin C dan vitamin B sangat baik dimakan bersama segelas air kosong dan ELAKKAN pengambilan bersama makanan berlemak kerana ia akan menganggu proses penyerapan nutrien dalam makanan.Vitamin c juga boleh dibancuh bersama air untuk dijadikan masker pada wajah.

5. VITLEA

Jangan diambil bersama dengan produk tenusu atau bersama dengan ostematrix kerana ia akan menggangu penyerapan zat besi.Sangat baik diambil bersama vitamin c kerana iron memerlukan vitamin c untuk lebih mudah diserap

6.VITAMIN LARUT LEMAK (A, D ,E,K)

Diambil selepas mengambil makanan berlemak atau berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan

7.MINUMAN BERKAFEIN

Jangan makan vitamin bersama minuman berkafein atau bergas kerana ia akan mengganggu penyerapan nutrien oleh badan

8. AIR KOSONG

Minum air kosong (plain water) sekurang kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
cara makan vitamin shaklee

Cadangan pengambilan vitamin

Pagi : Vitelea ,B complex

Minum Pagi : ESP

Tengahari          : Vitamin C , Alfalfa

Minum Petang    : ESP

Makan Malam    : Lecithin / Viamin E / Ostematrix

Zinc                  : Sebelum makan, seminggu dua kali kecuali mereka yang mengalami  masalah keguguran rambut serta malah kesuburan

Alfalfa: Untuk ibu menyusu masa terbaik ialah selepas mengepam susu

Cara makan vitamin shaklee yang disarankan ialah dengan mengambil vitamin selepas makan kecuali sesetengah vitamin yang disarankan sebelum makan.Makanlah vitamin anda mengikut dos yang disarankan supaya tidak menjejaskan kesihatan anda.
Pastikan anda mengamalkan cara pemakanan vitamin yang betul agar setiap sen yang anda laburkan berbaloi baloi..Jika anda ingin mendapatkan vitamin ekslusif ini  dengan harga istimewa sila klik DISINI.

Thursday, 11 December 2014

KESAN KEKURANGAN KOLEGEN

Orang perempuan kalau nak cantik ,memang nombor satu.Ada yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat kullit cantik dan gebu.Tapi ada juga yang nak cantik tapi sangat lokek nak keluarkan duit.Nak cerita pasal kolegen.. kenapa orang kata kolegen shaklee sangat mahal?
Saya tanya anda ye...kenapa kereta BMW mahal berbanding kancil? Mesti anda tahu jawapannya kan...Macam tu la juga perbandingan kolegen jenama jenama lain jika nak dibandingkan dengan kolegen shaklee.Belum cuba belum tahu..kalau dah  cuba mesti jatuh hati akan kesannya..
Mari kita kaji apa fungsi kolegen dalam badan kita dan apakah kesannya jika kolegen semakin berkurang di dalam badan.

kesan kekurangan kolegen

Kesan Kolagen terhadap badan kita:


· memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
· memelihara kelembapan kulit
· menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
· menguatkan otot dan tulang
· membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
· memelihara  kelenturan sendi
· mengurangkan keradangan(inflammation)
· memberi tenaga
· membantu pola tidur

· memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

Tanda-tanda penuaan

· kulit kusam
· tak bermaya
· tiada seri
· kulit kedut dan mula kendur
· pigmentasi kulit
· cepat letih dan lesu
· sakit badan dan sendi
· mudah lupa
· kurang penglihatan

Fungsi Kolagen:


· menghasilkan asid amino  penting seperti :
· lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur   
  tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
· hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -
  melembapan kulit.
· alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan 
  menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
· arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
· mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
· melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
· menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
· menampung air dalam tubuh.
· meningkatkan penyerapan kalsium.
· menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
· meningkatkan isyarat induksi
· menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

kesan kolegen

 Hasil Penggunaan Kolegen 

Dapatkan pati kolegen anda sekarang.KLIK DISINI atau hubungi saya |su| 0108798077

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Hari ni kakSu share  tentang bagaimana nak daftar menjadi ahli Shaklee.Sebab ramai juga yang bertanya apa kelebihan menjadi ahli Shaklee ni? Almaklumlah, katanya nampak macam meriah jer..
Menjadi ahli Shaklee sebenarnya tak adalah susah pun. Cuma daftar dan gunakan produknya, kumpul points.


cara jadi ahli shaklee

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli/pengedar Shaklee

Cara pertama
Anda boleh mendaftar dengan menbuat pembayaran untuk registration fee, ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM670 Semenanjung & RM850 Sabah/Sarawak) untuk mendapat keahlian percuma.
Cara ke dua

Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 949183 sebagai sponsor.
Yuran keahlian Shaklee
Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. (RM20 untuk Sabah dan Sarawak)

Apa yang diperlukan sekiranya saya nak daftar sendiri di branch?

Anda perlukan sponsor iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Anda boleh hubungi saya, pengedar sah Shaklee dengan nombor ID 949183  sekiranya anda berhasrat untuk bersama2 dengan saya (satu hari nanti ke) dalam bisnes Shaklee.
Maintain point dan keahlian
Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase

Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Tak perlu.

Apa kelebihan jadi ahli Shaklee

Anda dapat membuat pembelian dengah harga ahli. Setiap pembelian, anda akan diberi points yang ditukar kepada cash setiap bulan.
Dengan menjadi ahli di bawah saya (949183), anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team kami.
Saya mengucapkan selamat datang kepada ahli2 Shaklee yang baru mendaftar di bawah naungan GMF dan SAPPHIRE TEAM. Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh terus mendapatkan saya dengan HUBUNGI SAYA untuk maklumat lanjut.


www.wasap.my/60108798077


Monday, 8 December 2014

PENGEDAR SHAKLEE MASJID TANAH MELAKA



Assalamualaikum....
Cuti sekolah bulan Disember ni best banyak..hehe..rasa lega dan bebas dari tugasan mengajar..rehat jap..baru terperasan dalam banyak banyak post blog saya ni, belum ada lagi yang saya declare bahawa saya ni  ialah Shaklee Independent Distributor (SID)...Pengedar Sah Shaklee dan boleh C.O.D untuk kawasan Masjid Tanah, Alor gajah  dan juga sekitar Sungai Udang Melaka. Selalu juga hantar barang kawasan tempat mengajar dulu Kuala Sungai Baru dan Kuala Linggi.
Pengedar shaklee
Saya adalah  SID yang terlatih dan telah mengikuti Seminar dan Bengkel Kesihatan yg dianjurkan oleh Shaklee sendiri melalui Pakar-pakar Nutrisi mereka. Inilah sijil yang terkini yang pernah saya ikuti pada tahun 2014.Insya Allah saya boleh memberikan tips tips kesihatan dan konsultasi seandainya diperlukan.

So kalau korang berada berhampiran dengan tempat saya ni, Masjid Tanah, Alor gajah  dan juga sekitar Sungai Udang Melaka usah malu usah segan, hubungi saya.Saya mempunyai barangan Shaklee “ready stock” ... saya akan hantar sehingga ke tangan anda sendiri.Anda boleh call/whats Apps/telegram di talian 0108798077  atau 011 12296203 (Azira) untuk temujanji dan juga konsultasi percuma untuk pelanggan saya sahaja.

Kepada yang berada jauh , jangan khuatir kerana saya menyediakan penghantaran melalui POSLAJU ataupun Courier service yang efisyen  untuk menjamin produk yang anda order sampai segera ke tangan anda. Anda juga akan mendapat konsultasi dari kami secara percuma secara Online.

pos shaklee

 Pos kan adeee

Sekiranya anda berminat untuk menjadi Ahli Shaklee, sila hubungi saya di no yang tertera di bawah dan dapatkan maklumat kebaikan sekiranya mendaftar sebagai ahli .Insyaallah disamping menjana pendapatan, banyak lagi keistimewaan yang anda perolehi. Janagn gusar, sekiranya anda tidak berminat untuk berniaga, tidak mengapa, jadi ahli untuk mendapat kemudahan di website dan semestinya dapat harga ahli untuk setiap produk

Sekian saja untuk kali ini..ingat Shaklee ingat saya..sebab…. .SAYA IALAH PENGEDAR SHAKLEE KAWASAN MASJID TANAH, ALOR GAJAH, SG UDANG MELAKA. Jom hubungi saya!

Facebook :suhaila abdul
Hp/Wsp : 010-8798077/011 12296203



Luv U…
Suhaila

Thursday, 4 December 2014

KELEBIHAN VITAMIN E

Alhamdulillah..macam tau tau jer bulan ni promosi vitamin kecantikan terulung…vitamin E..vitamin E sangat popular dikalangan kaum wanita..of course untuk kecantikan..memandangkan bulan Disember ini bulan ramai yang naik pelamin..apa kata korang baca kenapa vitamin E ini menjadi pilhan wanita cantik diluar sana.

Kelebihan Vitamin E

Vitamin E adalah nama umum untuk 2 kelas molekul yang mempunyai aktiviti vitamin E dalam pemakanan iaitu
1- Tocopherol ( TCP) - Kumpulan kima organik (alpha, beta, gamma, delta)
2- Tocotrienol - Kumpulan semulajadi ( alpha, beta, gamma, delta)

    Bila vitamin E ini dijumpai dan siapa pula yang menjumpainya? Vitamin ini dijumpai pada tahun 1922 di California oleh Dr. H.M. Evans melalui kajian pada tikus yang bunting di mana jika tikus betina yang bunting kekurangan vitamin ini, janin tikus akan mati manakala bagi tikus jantan pula terdapat perubahan dan kesan pada testisnya. Oleh itu, vitamin E juga dikenali sebagai vitamin anti kemandulan.

     Sedikit maklumat mengenai Tocopherol :-
1- Tidak larut dalam air tetapi larut dalam minyak, lemak, alkohol, aseton dan ester.
2- Hanya boleh dicerna dengan bantuan hempedu sebagai pengemulsi minyak.
3- Tahan kepada pemanasan namun boleh vitamin boleh rosak jika suhu terlalu tinggi.
4- Akan teroksida secara perlahan-lahan jika terdedah kepada udara.
5- Akan bertukar warna kepada warna gelap secara berperingkat apabila terkena cahaya.

     Sumber asli Vitamin E boleh diperolehi pada :-
1- Sayuran (hijau, taugeh)                            8- Asparagus
2- Buah-buahan (kekacang)                         9- Pisang
3- Susu                                                       10- Strawberi
4- Mentega                                                 11- Biji bunga matahari
5- Telur                                                      12- Kacang buncis
6- Gandum                                                 13- Ubi-ubian
7- Minyak Jagung


     Kegunaan Vitamin E adalah :-

1- Meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mengatasi stress, meningkatkan kesuburan, mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.
2- Baik untuk kesihatan kulit dengan meningkatkan kelembapan kulit, mencegah proses penuaan diri, melindungi kulit dari kerosakan sinar radiasi ultraviolet serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.

3- Sebagai antioksidan yang membantu melindungi struktur sel yang penting seperti membran sel.

4- Melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan dari kerosakan dan juga melindungi vitamin A.

     Kekurangan Vitamin E ini akan menyebabkan :-

1- Sel darah merah terbelah.
2- Perubahan degeneratif pada sistem saraf dan otot.
3- Kesukaran dan lemah untuk berjalan.
4- Gangguan penglihatan.
5- Anemia.
    Dalam beberapa keadaan, Vitamin E boleh mendatangkan gangguan terhadap sistem imuniti badan dengan gejala seperti :-

1- Sakit kepala.
2- Lemah badan.
3- Selalu lelah.
4- Gangguan penglihatan.
PANDUAN MEMBELI VITAMIN E


Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'. Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. 

Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

KENAPA MEMILIH SUMBER ASLI?


Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan. Ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

MASKER VITAMIN E 


Sebelum tidur

Sapu sebiji vitamin E sebelum tidur..Caranya, vitamin E tu cucuk dengan jarum dan picit perlahan-lahan sampai keluar minyak vitamin E dan sapu keseluruh muka secara nipis. 

atau 

Pagi 

Sapu muka dengan plain yogurt yang dipicitkan dengan Vita E dan biarkan selama 5-10minit. Memang best..! Atau boleh campur yogurt tu dengan sesudu kecil ESP. Tepek kat muka sampai rasa kulit muka menegang (sampai yogurt tu kering). Besttt sangat masa ni, kalah masker yg kita dok tepek mcm topeng tu. Lepas dah kering tu terus basuh dgn pencuci muka. Memang lembut jer rasa kulit .Basuh pula dengan pencuci muka nutriwhite..lagi mabeles

Vitamin E ini bukan sahaja untuk orang perempuan tau..lelaki juga penting ..sebab tu vitamin E ini digelar juga sebagai vitamin cinta

     Oleh itu, penting bagi anda untuk mendapatkan vitamin E yang mencukupi untuk tubuh badan anda supaya tahap kesihatan anda lebih baik dan terhindar dari penyakit. Pengambilan yang disyorkan juga perlu diikuti supaya tidak terlebih pengambilan vitamin E untuk badan. 

vitamin E


     Jika anda ingin mengambil Vitamin E ini sebagai makanan tambahan anda, so saya mencadangkan Vita-E Complex with Grape seed Extract yang mengandungi 120 biji kapsul di dalam satu botol. Harga pasaran untuk sebotol adalah RM 149.00. Boleh dipos ke seluruh pelusuk Malaysia dengan kadar yang berpatutan daripada syarikat perkhidmatan Poslaju Malaysia.


Testimoni penggunaan vitamin E yang terkena minyak panas

 su|0108798077|Masjid Tanah|Alor Gajah|Sg Udang|Pengkalan Balak|Kuala Sg Baru|Pos satu Malaysia|

KEBAIKAN VITAMIN C



Assalamualaikum...dah  2 hari dah tak tulis entry blog..sibuk buat closing hujung bulan..so hari ni saya nak buat entry agak panjang juga laa...tapi penuh maklumat tau..korang baca la sampai habis..
Cuba korang fikir , agak gak la, semasa korang mula makan vitamin, apakah jenis vitamin yang korang mula makan?..mesti ramai yang akan cakap vitamin c kan...of course la...Vitamin C, vitamin paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.

 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.



2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.
demam


3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

darah tinggi


5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik.Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan plumbum. 

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.



7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C bolehmengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagaibahan bakar untuk kurangkan berat badan.

gemuk jadi kurus



8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.



9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi butadikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi bolehmenghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.


katarak


10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.


11. Tenaga.

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsiadrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.


13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.


Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.


15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.


18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utamapenghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

19. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin Cmembantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Bacaan Lanjut: Vitamin Untuk Kulit Cantik


Kebaikan Vitamin C untuk Rambut.





20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

22. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untukmengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.



23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.





24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.





25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.



Vitamin C Shaklee 


Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.

Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.



Dapatkan Vitamin C Shaklee Anda Hari ini.



Harga : RM92.50 (180biji)

Tahan sehingga 6 bulan.


Apa tunggu lagi. Order SEKARANG. Hanya satu klik dan anda boleh dapat 1001 Kebaikan Vitamin C Shaklee




suhaila|0108798077|masjid tanah|Sg Udang|Kuala Sg Baru|Pengkalan Balak|Londang|Pos 1 Malaysia