Assalamualaikum..terima kasih sudi singgah entry kakSu hari ni.
Nak share sikit tentang penyakit diabetes. Hari ni ada seorang isteri yang call kakSu bertanya tentang penyakit suaminya. Mula-mula bengkak pada kaki diingatkan sebagi gout. Jadi bila pergi klinik, doktor pun cakap gout dan beri ubat gout. Lepas 2 hari , kaki suaminya mula bernanah. Jadi suaminya dibawa pergi mendapatkan rawatan semula. Alangkah sedih hati si isteri dan juga tuan punya diri, bila dapat tahu bengkak dan nanah pada kaki tu disebabkan diabetes. Terus je suaminya ditahan diwad. Kakinya terpaksa dibuat pembedahan dengan membuang isi-isi dibahagian luka dan nanah tadi. Katanya isi dibuang sehingga sampai nampak tulang. Risau betul hati si isteri bila doktor kata mungkin jari kakinya terpaksa dipotong.
Ini adalah diantara kisah kisah benar yang kawan-kawan kakSu alami. KakSu pasti, bukan dia saja yang mengalami masalah begini. Ramai lagi pesakit-pesakit diluar sana yang menghadapi masalah diabetes dan mungkin sehingga membawa maut.
Jadi selagi kita yang ada ni masih sihat, maka selalu selalulah beringat . Terutamanya yang memang ada sejarah keluarga yang mengidap diabetes. Kebanyakan kita akan menyesal selepas dah dapat tahu masalah diabetes sudah kronik. Ada sesetengah daripada kita mempunyai mitos tersendiri tentang diabetes. Sedangkan mitos tersebut adalah tidak benar. Menyebabkan mereka terus menerus mengulangi kesilapan tanggapan tentang diabetes sehingga membawa sakit itu ke hujung nyawa.
Jom kita ambil tahu apa mitos-mitos tentang penyakit diabetes ni. Yang mana fakta , yang mana auta
MITOS 1
Saya tidak mempunyai sejarah diabetes dalam keluarga maka saya tidak akan mengidapnya
FAKTA
Risiko mengidap diabetes anda lebih kecil jika tidak ada sejarah keluarga pengidap diabetes. tetapi jika gaya hidup tidak aktif, tabiat pemakanan yang salah, berat badan berlebihan, stres juga boleh mempengaruhi seseorang mendapat diabetes.
MITOS 2
Alkohol tidak menjejaskan pesakit diabetes
FAKTA
Alkohol yang diambil secara berlebihan akan memburukkan lagi penyakit diabetes. Ia juga akan bertindakbalas dengan ubat uabtan yang diberikan kerana sakit diabetes.
MITOS 3
Sebagai pesakit diabetes, saya selalu merasa letih. Jadi saya perlu berehat
FAKTA
Diabetes perlu dijaga dan dikawal. Semua pesakit diabetes perlu aktif dan mempunyai rutin senaman yang tetap. Walau bagaimanapun senaman tersebut tidaklah berat
MITOS 4
Pesakit diabetes tidak boleh mengambil sebarang makanan berlemak dan tinggi karbohidrat
FAKTA
Pesakit diabetes perlu mengambil jumlah lemak yang minimum. karbihidarat kompleks yang kurang kalori dan lebih banyak serat boleh diambil oleh pesakit diabetes.
Sumber:
Pandauan penjagaan kesihatan diabetes(Dr Ganesan)
No comments:
Post a Comment