Thursday 3 August 2017

WANITA GEMUK BERISIKO TINGGI DIABETES

Assalamualaikum dan haiii semua. Alkisahnya suatu hari tu akak berada di Bangi. Atas urusan menyiapkan penulisan tesis maka kak su dan beberapa orang teman saja nak discuss pasal kerja kami di salah sebuah kedai makanan segera. Ni first time tau buat kerja macam ni. Sebelum ni duduk dalam bilik je . hihi
Apa yang buat akak terperanjat ialah, restoran makanan segera ni penuh sehingga orang terpaksa menunggu sampai di luar restoran. Kereta yang beratur nak beli dekat pandu lalu pun panjang sampai la ke jalan besar. Bukan satu hari je macam ni tau..tapi tiap tiap hari. lagi penuh kalau waktu dapat gaji..huhu..

Peliknya . Kenapa orang bandar besar ni asyik makan makanan segera. Kebanyakan dari mereka adalah berusia dalam 20 ke 30 an. Patutla ramai yang obesiti. Terdetik dalam hati , patutla rakyat malaysia cepat sangat dapat penyakit...sedih pun ada.
makanan segera
say no to fast food
Sebetulnya apa yang kak su lihat telah terbukti daripada kajian. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkataTinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) tahun lalu (2015) oleh kementerian Kesihatan ,mendapati kira-kira 30 peratus atau tiga daripada 10 rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas berdepan masalah berat badan berlebihan.
Katanya, kajian itu juga menunjukkan 18 hingga 20 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dikategorikan sebagai obesiti atau gemuk disebabkan terdapat lemak berlebihan.
"Dalam erti kata lain, mereka ini adalah kumpulan yang mengalami berat berlebihan yang boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit.
"Lebih membimbangkan lagi ialah 48 peratus rakyat Malaysia menghidap kolestrol, darah tinggi dan ia terus meningkat, manakala 17.5 peratus pula menghidap diabetes dengan 89 peratus penghidap diabetes tidak tahu mereka ada penyakit itu.
"Apabila mereka mengetahuinya, keadaan sudah terlambat kerana keadaan badan sudah mengalami 'kerosakan' yang tidak dapat dipulihkan, ditambah dengan penyakit lain seperti masalah buah pinggang," ..itu kata Menteri Kesihatan tau...
Jadinya , kak su terfikir juga, patutla ramai sangat remaja sekarang yang gemuk dan muda lagi dah kena diabetes. Ada yang sampai tahap nak buang jari kaki tau baru je umur 24 tahun dan perempuan pulak tu.
Macamana gemuk boleh menambahkan risiko dapat diabetes?
Kebiasaannya dorang ni mengidap diabetes type 2 ( DIABETES MELLITUS) punca utama adalah tabiat pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat. Diabetes mellitus iaitu kegagalan sel untuk menerima tenaga daripada makanan menyebabkan gula daripada makanan berada bebas di dalam darah . Diabetes mellitus sangat berisiko pada orang yang gemuk( obesiti) dimana risiko sangat tinggi untuk sel sel badan mereka tak kenal insulin untuk membuka pintu sel bagi membenarkan glukos masuk ....so glukos tak dapat masuk dalam sel dengan efektif..maka gula akan beredar dalam darah dengan seronoknya..

Bila sel tak dapat glukose..maka sel tak dapat tenaga maka itula yg membuatkan org diabetes selalu sangat penat letih dan tidak bermaya..Jika dibiarkan sel2 semakin merosak dan akhirnya terjadilah risiko mata buta, kaki kena potong rosak buah pinggang dan macam-macam  lagi komplikasi lain.
.
Setiap pesakit diabetes melittus boleh sembuh kalau...JAGA PEMAKANAN..SENAMAN KONSISTEN..GAYA HIDUP SIHAT..
makanan sihat

Macamna nak bantu pesakit diabetes?
Bersambung ...
Jom baca kat entry nie..KLIK SINI

Baca juga artikel ni..makan burger berisiko diabetes

www.wasap.my/60108798077

1 comment:

  1. Fast food kat kl ni tumbuh macam cendawan.. btw, blogwalking..

    http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/

    ReplyDelete