Friday, 4 July 2014

MINYAK OMEGA 3 TERLARIS DIPASARAN

Selalu kita dengar orang sebut pasal DHA.Korang tau tak apa itu DHA? DHA atau nama sanitifiknya Docosahexanoic acid biasanya terdapat dalam minyak ikan


Macam-macam jenama minyak ikan yang kita boleh dapat dari pasaran sekarang ni.tapi pernahkah anda belek -belek pada botol apakah kandungan di dalam minyak ikan tersebut?
Jarang jarang nak belek kan...Jom kita belek botol minyak ikan ni...
omega


Ada Omega 3, EPA (ecosapentaenoic acid) dan DHA (Docosahexanoic acid )


Jom kita kenali apakah kandungan didalam omega guard shaklee ini

APA ITU  Omega-3




Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.


APA FUNGSI  EPA?
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                

APA TUGAS DHA?
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah KEBAIKAN Omega Guard Shaklee?

1. Melindungi Jantung Anda
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

2.Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

3.Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal

OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.



4.Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

KENAPA OMEGA GUARD LEBIH BAIK DARI MINYAK IKAN LAIN?

Shaklee omega guard ini sangat istimewa kerana ia melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul yang dipatenkan.Penyulingan tersebut adalah bagi memastikan minyak ikan tersebut bebas bahan berbahaya spt plumbum, merkuri, arsenik & PCB yg bertoksid tinggi. Dan proses ini tak memusnahkan sesetengah nutrient yg ada pada minyak ikan. Sebab tu Omega Guard ni bergred farmaseutikal. 

Kenapa ikan laut air dalam? 
Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Siapakah yang boleh mendapat manfaat daripada Omega Guard?
  • Bayi umur 1 tahun dan ke atas
  • Kanak-kanak 
  • Remaja
  • Lelaki dan wanita dewasa
  • Warga tua
  • Ibu mengandung
  • Ibu yang menyusukan anak 
  • Wanita yang PMS
  • Sesiapa yang obesiti
  • mereka yang nak jantung sihat
  • penghidap strok
  • penghidap ALZHEIMER
  • penghidap MIGRAN
  • penghidap SLE
  • sesiapa yang LELAH
  • mereka yang HEPATITIS
  • sesiapa yang menhidap PENYAKIT BUAH PINGGANG/BUAH PINGGANG ROSAK
  • MERANSANG KESIHATAN HATI SELEPAS PEMBEDAHAN
  • sesiapa yang MURUNG
  • KANAK-KANAK AUTISM
  • KEBIMBANGAN MELAMPAU
  • KANAK-KANAK HIPERAKTIF
  • PENGHIDAP SCHIZOPHRENIA
APAKAH PERBEZAAN ANTARA OMEGA GUARD DAN PRODUK JENAMA LAIN?
(Berdasarkan isi kandungan)


PERBANDINGAN PRODUK (kandungan)
Pristin Omega 3
Fish Oil 1200 mg
Kordels’ Wild Salmon & Fish Oil 1000 mg
Shaklee Omega Guard
1000 mg
EPA
396 mg
80mg
545mg
DHA
264 mg
120 mg
360 mg
Total Omega-3
660 mg
300 mg
1000 mg
Pharmaceutical Grade
Yes
No
Yes

SIAPAKAH YANG TAK BOLEH AMBIL OMEGA?

Salah satu fungsi omega guard adalah untuk mencairkan darah jadi ada ketika ,pengguna pengguna berikut tidak digalakkan untuk mengambil omega iaitu

2.Pesakit yang akan menjalani pembedahan 
3.Bayi berusia dibawah satu tahun.namun khasiat omega boleh diperolehi melalui ibu yang menyusukan bayinya.



omega
PEMINAT SETIA OMEGA GUARD





TESTIMONI

 hubungi

 0108798077
 facebook: suhaila abdul
Pengedar shaklee Masjis Tanah ,Kuala Sungai Baru, 
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia



Wednesday, 2 July 2014

SEBAB AKU MESTI JATUH HATI DENGANMU

Alhamdulillah..bulan Ramadhan yang ku nanti kini telah tiba dan dapat ku lalui bersama keluarga tercinta.Biarpun masaku terlalu padat dengan kerja kerja disekolah dan dirumah serta sibuk menguruskan anak-anak,pastinya badan terasa letih dan tidak bertenaga.Tetapi itu bukan alasan.Bulan ramadhan hanya datang sekali setahun ,itu belum pasti selagi nyawa masih di kandung badan.Dalam menjalani ibadah puasa kesibukan kerja berserta amalan baik yang sangat dikejar dibulan ramadhan,bertadarus,berterawih serta amalan amalan lain pastinya yang setiap amalan baik yang dilakukan mendapatkan ganjaran berlipat kali ganda.Syukur alhamdulillah,Allah mengurniakan nikmat sihat kepada hambanya..Itulah nikmat yang paling istimewa.Tanpa kesihatan yang baik pastinya kita tidak dapat menjalani iabadah puasa dengan baik.Terima kasih Allah..

Bercakap tentang sihat ,ramai juga dikalangan kita yang Allah uji nikmat sihat mereka dengan berbagai penyakit..Namun setiap penyakit pasti ada ubatnya.Hari ini saya nak kongsi kebaikan VIVIX yang telah beberapa bulan saya amalkan.Alhamdulillah dengan izin Allah sehingga ke detik ini saya belum berkunjung ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan..Syukur..

Apakah yang istimewanya vivix ni?

Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi  polifenol.
 Vivix merupakan satu paten tertunda yang hebat dengan campuran botani eksklusif 
i.   poligonum cuspidatum,
ii.  anggur muscadine
iii. Elderberi Eropah dan
iv. Lobak unggu



Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah ke purple. Vivix Shaklee merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. 


Vivix mempunyai rasa yang sangat sedap..Kalauu boleh saya nak minum lebih dari satu sudu..hehe..sehingga menjilat sudu..




Apakah kehebatan Vivix Shaklee?



a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.



b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.



c) Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.


d) Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)


vivix


Bagaimana Vivix bertindak dengan berkesan?

Rahsianya kerana Vivix melindungi dan membaikpulih sel DNA kita di samping mengelakkan penimbunan protein AGE dalam badan.

Kebaikan Vivix Shaklee

* Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk 

   mereka yang baru menjalani pembedahan


* Memelihara keseluruhan kesihatan

* Anti oksida yang sangat baik - awet muda

* Membantu anda merasa lebih bertenaga

* Mengurangkan risiko kanser

* Membantu pesakit diabetic

* Menguatkan sistem imun

Dah tau kan apa kelebihan vivix...cakap saja tak best..saya dah cuba..itulah sebab saya telah jatuh hati dengan vivix..Sekarang ni saya masih sayang nak buang botol vivix ni..sebab cantik sangat..hehe..


       
Tak dapat jumpa master Lyna dan Atok Zainol, dapt selfie dgn gambar diorang pun ok lah..kiki




Nak order? VIVIX HEBAT



Hubungi saya 


suhaila

0108798077

FB: suhaila abdul









Sunday, 29 June 2014

VIDEO KLIP RAYA..

Tanggal 28 Jun 2014 bersamaan 30 syabaan. .first time aku join aktiviti bersama 9 family..Aktiviti yang tak pernah la aku ni sebagai cikgu join benda benda ni semua..Aktiviti memasak kueh tart dan mengacau dodol. Aktiviti ni dah biasa group supermom buat tapi ini kali pertama la aku dapat join sekaki..


Mengacau dodol dengan penuh semangat

Supermon pakat dok gulung tart nenas sampai kul 2 3 pagi..jenuh..masa buat tart nenas ni aku tak join.diorang buat di homestay.Hari sabtu pulak sisuami mengacau dodol dengan bersungguh sungguh.Meleleh segala peluh. Sambil sambil makan durian..Best kan...Merasai suasana kampung menyambut hari raya..macam real jer program rakaman ni..Mak mertua aku pula jadi model ibu yang turut membantu membuat bancuhan dodol..memang real betul lah !!

Sebenarnya aktiviti macam ni memang best sangat. dapat la aku berkenal rapat dengan geng geng supermom sister..mereka makan makan dan berehat di rumah aku..Aktiviti kemuncak ialah proses rakaman video untuk lagu raya..haha..berlakon dan miming lagu raya la jap....susah juga kan nak buat video nih..cameraman  ni memang expert jer cuma kitorang yang ramai ni la macam macam gaya ..dengan anak menangis la..berlari ke sana ke mari lah....nak lagi berseri , siap ada vespa lagi .bertambahlah real gambar sambutan raya ni...hehe



menyayi lagu raya


Macam macam  gaya ada..punya la mami hadha dengan dady kamarul bersungguh sunguh nak siapkan kad raya special untuk kami..sampai ke malam baru siap...dapatla kami kad raya paling istimewa dari team supermom tahun ni..yang paling best sekali..muka aku la ...ada sekali kat dalam tu. .perasan jap....Nantikan ye..siapalah yang bertuah dapat kad serta kueh tart dan dodol dari team raya kami...hehe..Selesai kacau dodol dan mengetart aktiviti anak anak pulak....mandi kolam.


Terima kasih Allah kerana pertemukan aku dengan insan insan hebat yang menjadi sumber inspirasiku..Disini jalinan kasih sayang dan ukhwah kami semakin erat..semoga aku ada peluang lagi untuk join aktiviti bersama supermom yang terlajak hebat  nih  !!!!  Haha..

 semua aktiviti kami ditaja oleh mami Hada dan Dady Kamarul...time kasehhhh..



Possing jap....


K byee....

Selamat Menjalani Ibadah Puasa..........






Tuesday, 24 June 2014

15 keistimewaan MEALSHAKE yang MESTI diketahui

Heboh sangat ..sana sini mak mak budak cerita pasal mealshake..dulu ai pu tak tau juga..apa kebenda la mealshake ni..apa shake shake nyer..Ada la sorang kawan ai tu..siap pergi cari kat farmasi ..masa tu dia tak tau pun mealshake ni apa..pasal teruja sangat dengar kehebatan mealshake ni,dia terus pi tanya adik kat farmasi tu..Adik tu pun tercengang ...dia pun tak tau..hehe..tu la pasal..barangan shaklee ni hanya ekslusif boleh diperolehi daripada ahli yang berdaftar sahaja..farmasi memang tak da la..

Kenapa mealshake ni menjadi sebutan?
mestilah ada sebabnya...di sini saya nak kongsikan kebaikan mealshake..jom khatamkan..

15 Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:

  1. Kurangkan Ekzema
  2. Untuk Tumbesaran
  3. Untuk Perkembangan Minda
  4. Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
  5. Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
  6. Untuk Anak kekal aktif
  7. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  8. Meningkatkan berat badan anak
  9. Membantu anak fokus
  10. Membantu kurangkan kekerapan asthma
  11. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  12. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  13. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  14. Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  15. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu

Kalau nak dikira harga memang la sangat berbaloi-baloi..RM 113 sahaja..

mealshake shaklee

Saya adalah pengguna mealshake, menjadi kegemaran anak saya  Faheimy...sekarang tak perlu lagi saya berkunjung ke klinik untuk mengambil ubat selsema atau demam..Alhamdulillah..
Jadi mari cari jalan penyelesaian pada masalah anak anda...
mencegah lebih baik dari mengubati...

Anda boleh menghubungi saya di no berikut

suhaila abdul
0108798077
FB:suhaila abdul

06:15

10 TIPS AJAR SI MANJA BERPUASA

Lagi 4 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan..Ada yang terkejar-kejar nak ganti puasa tahun lepas....kannn..awal awal tak nak ganti....haha..aku pun dulu-dulu camtu gak..cuma sekarang ada baik sikit la..awal sikit la dah ganti...

Dok sebut pasal puasa,orang yang paling heboh sekali la Dania..asyik pesan jer kat ibu suruh kejutkan dia bangun sahur..masa kakak nak puasa ganti,dia pun sibuk suruh kejutkan dia nak makan..tapi bila tiba masa nak sahur liat juga...

Alhamdulillah..tadika tempat dania belajar,tadika Amirah,tadika al hafiz..sentiasa mendidik anak anak kami mempelajari solat dan juga kewajipan lain sebagai umat Islam.Jadi sedikit sebanyak dania dan kawan kawannya dah tahu doa-doa harian,bacaan dalam solat,cara bersolat dan juga adab-adab sebagai muslim sejati.

Disebabkan dania terlalu sibuk nak berpuasa ,so nak try la ajar dia puasa tahun ni.lagipun tahun ni Dania dan 6 tahun..dapat separuh hari pun ok kan..sikit-sikit .Lagipun dia belum  cukup umur baligh.Tak ada makna juga kalau mengajar anak seharian berlapar dan dahaga sampai melepek..tapi tak pula mengajar anak untuk solat..Rasanya kena lengkapkan dulu solat mereka,lepas tu ajar sikit demi sedikit untuk berpuasa.Pusa tanpa solat hanya menahan lapar dan dahaga,pahala pun ta dak..Ada juga baca hadis shahih ni..
"Perintahkan anak-anak kalian untuk (melakukan) shalat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka (ketika meninggalkan shalat) saat berumur sepuluh tahun. Dan pisahkan ranjang diantara mereka." (HR. Abu Daud, 495 dishahihkan oleh Al-Albany dalam shahih Abu Daud)


Bagi ke tiga-tiga abang dan kakaknya dulu akan mula berpuasa ketika usia 7 tahun.Disini saya nak kongsi sikit tips macamna anak anak saya dulu mula berpuasa.


1.Permulaan puasa biasanya tak pernah lepas sehari.jadi saya biarkan mereka berpuasa sekerat hari ,so hari seterusnya akan ditambah masa berpuasa sikit demi sedikit.

2.Kejutkan mereka bangun sahur agak lewat, kira kira jam 5.20 pagi sangat membantu mereka di siang hari

3.Biasanya kalau anak puasa mesti nak masak makanan kegemaran anak-anak..mesti dia suka

4.Memberi sedikit duit hadiah jika dapat berpuasa penuh.Perlu difahamkan anak-anak supaya mereka berpuasa bukan untuk mendapat ganjaran duit atau hadiah tetapi berpuasa kerana Allah dan pahala akan diberikan oleh Allah sebagai ganjarannya.Cerita la kat anak di syurga ada pintu yang dinamakan Ar-Rayyan ,dan hanya muslim yang berpuasa di bulan ramadhan layak untuk menghuninya

5.     Puji la sikit  diorang di depan keluarga sewaktu berbuka, ketika sahur. Bolehla menaikkan semangat .

6.      Mendorong semangat berlumba-lumba antara adik beradik  tanpa harus mencela yang tertinggal.

7.      Melalaikan rasa lapar dengan tidur atau dengan mainan  yang tidak memerlukan tenaga. Sebagaimana para sahahabat yang mulia melakukan terhadap anak-anaknya.

8.Sekiranya anak kurang selera makan atau terlalu letih,saya akan memberikan makanan tambahan sebagai pelengkap nutrisi yang mungkin hilang kerana hilang selera makan atau kekurangan zat makanan dari makanan yang di ambil.Mealshake ni memang kesukaan anak anak..Rasa yang sedap..boleh dibuat sejuk atau suam dan boleh juga campur dengan milo atau horliks

Biasanya kalau anak saya merasakan keletihan yang sangat, saya tak paksa untuk menyempurnakan puasanya. Hal itu agar tidak menjadikan sebab mereka benci beribadah atau    menjadi sebab berbohong atau timbulnya penyakit. Kerana pada dasarnya, dia belum termasuk mukallaf (terkena beban kewajiban). Hendaknya masalah ini diperhatikan, jangan terlalu keras dalam memerintahkannya berpuasa.
ramadhan


Selamat menyambut bulan Ramadhan...
Semoga kita masih bertemu lagi dengan ramadhan kali ini dan tahun akan datang....amin

Semoga ibu-ibu dapat sama-sama melatih  anak kita untuk berpuasa tahun ni...insyaallah...


wallualam