Tuesday, 19 May 2015

07:06

PUNCA MIGRAIN

Dulu saya sering sakit kepala, teutamanya semasa dalam keadaan stress dan pada cuaca yang panas.Kesakitan yang amat sangat dan berdenyut denyut .Tetapi saya belum sampai ke tahap hendak muntah atau  mual mual.Tapi sakit kepala seperti ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata. Selalunya ia berlanjutan dari beberapa jam 

Tapi tak semua sakit kepala ada kaitan dengan migrain.Ramai orang selalu berprasangka bahawa migrain sebagai sakit kepala biasa. So dorang rawat spt merawat sakit kepala biasa.. 




migrain



Tahukah anda, migrain boleh membawa kepada


 serangan  sawan, strok dan serangan teruk 

yang menyebabkan 

lumpuh!


Apa itu migrain?

Migrain adalah salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kajian menunjukkan bahawa kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki menghidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja. Namun, ia menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Biasanya, serangan migrain akan semakin berkurangan selepas umur 45 hingga 50 tahun. Walaupun begitu, sesetengahnya mungkin akan terus diserang migrain dan tidak hilang seumur hidup mereka.



Apakah sakit kepala biasa?

Sakit kepala biasa pula berbeza kerana ia menyerang pd bahagian kiri dan kanan kepala. Ia selalu dikaitkan dengan penat, stress, tekanan emosi, badan kurang sihat dan sinus.


APAKAH PUNCA MIGRAIN?

Menurut kajian, punca migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain, saluran darah akan mengembang dan menguncup lalu menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.

Antara faktor lain migrain

  1.  -Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
  2. -Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
  3. -Sering bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
  4. -Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
  5. -Stress dan tekanan
  6. -Jadual tidur yang tak tetap
  7. -Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .



APAKAH MAKANAN YANG SESUAI UNTUK 

PESAKIT MIGRAIN?

 *telur : kerana kaya dengan Omega 3 yg dikatakan amat baik untuk merawat migrain


* kekacang : kerana mengandungi magnesium. Tahukah anda bahawa kekurangan magnesium dlm badan boleh menyebabkan migrain. Selain itu, magnesium juga dikatakan berkesan utk menenangkan fikiran yg berada dlm keadaan tegang ketika tengah diserang migrain.



* susu : riboflavin atau vitamin B2 berfungsi membentuk sel darah merah, antibodi dlm tubuh dan membantu menukarkan karbohidrat kepada tenaga kerana kekurangan tenaga dikatakan salah satu punca migrain!



* bayam : kaya dengan magnesium

* salmon : tinggi kandungan Omega 3


CARA MENGUBATI MIGRAIN 

Saturday, 16 May 2015

9 MAKANAN YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DIMAKAN OLEH IBU BERPANTANG

Seronok betul tengok baby yang baru dilahirkan..rasa nak peluk peluk dan cium sepuas puasnya..bau yang sangat menyenangkan..kata orang ia bau dari syurga...walaupun muntah susu,tetapi baby tetap wangi..hihi

Bagi ibu ibu berpantang pula, walaupun happy dapat baby baru,melayan anak kecil bukanlah mudah.Disamping nak jaga badan sendiri yang tidak sihat, perlu juga perhatian yang lebih kepada baby.Sebab tu ibu ibu berpantang mesti jaga kesihatan dengan betul dengan mengambil makanan yang tidak memudaratkan diri sendiri atau juga bayi.Hari ini saya nak berkongsi pengalaman tentang makanan yang boleh diambil dan juga yang tidak boleh diambil oleh ibu ibu berpantang
ibu berpantang


4 MAKANAN YANG TIDAK BOLEH DI AMALKAN OLEH IBU BERPANTANG


1.Jangan makan makanan yang berbisa seperti bawal hitam, ikan cencaru ,terubuk,ikan pari,ikan sembilang akan menyebabkan turun darah dan bentan

2.Ikan masin/ikan kering tidak boleh diambil oleh ibu berpantang kerana akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering dan lemah badan

3.Ikan kembung ,tamban cencaru ,tongkol makanan laut akan menyebabkan kegatalan dan menimbulkan reaksi alahan

4.Air gas ,air sejuk dan sesetengah sayur sayuran seperti kangkung,timun,mangga nangka  dan durian belanda.Makanan ini menyebabkan sakit tlang ,sejuk otot dan lemah sendi seperti atritis dan rheumatisme apabila sudah tua kelak.

5 MAKANAN TRADISI YANG BAIK UNTUK IBU BERPANTANG

1.Ulam kunyit  mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman

2.Lobak putih dan peria  mebanyakkan susu ibu

3. Asam jawa membantu membuang air besar,mengelakkan sembelit selain dari menyegarkan tubuh badan

4. Air kunyit membantu mengecutkan rahim dan mencuci darah

5.Air rebusan pegaga membersihkan darah dalam tubuh yang baru melahirkan anak

6.Manjakani berfungsi untuk mengeringkan dan mengetatkan pangkal rahim

7.Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga

8.Air madu memanaskan badan

9.Mengamalkan pemakanan seimbang disamping pengambilan suplimen untuk berpantang

Seronok betul kalau dapat jadi macam salwa nih..turun berat sampai 20kg? .apa dia buat?


Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.



Mahu mencuba set berpantang yang semulajadi?

KLIK DISINI


Hubungi saya sekarang!!!
Pengedar Shaklee MAsjid Tanah Melaka.Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia
0108798077/sms/whasup/telegram
facebook:suhaila abdul

MAKANAN YANG HARUS DI AMBIL OLEH IBU BERPANTANG

Makanan adalah aspek amat penting dalam rawatan berpantang bersalin.Kehamilan telah menganggu keseimbangan hormon ibu.Ibu ibu mengalami berbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi  akibat perubahan fizikal.Apalagi ketika melahirkan anak , tenaga dikerah dengan hebat , urat saraf banyak telah tercedera dan luka di bahagian tertentu.

makanan berpantang

Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan ibu ibu atau bakal ibu sekelian apakah makanan yang harus di ambil semasa berpantang.

1.Makanan berprotein tinggi seperti ikan segar  dan ayam kampung tanpa kulit

2.Cara masakan yang sihat iaitu makanan yang di masak secara pindang, banyak kandungan halia, asam keping, lada hitam dengan herba serta bawang putih yang banyak.Kurangkan makanan pedas dan berminyak

3.Jumlah keseluruhan kalori bagi wanita adalah berbeza bagi setiap individu mengikut beratdan ketinggian masing masing.Secara amnya wanita memerlukan  antara 1600-1800 kalori sehari.Kalori ini tetap semasa mengandung kerana penyususan secara ekslusif akan membakar 500 kalori sehari.Seandainya ibu berpantang tidak menyusukan bayi,dan ingin menurunkan berat badan  pengambilan kalori perlu dikurangkan  menjadi 1100-1300 kalori sehari.

4. Minum air kosong dengan banyak untuk membina susu badan dan mengurangkan berat badan.Minum air  ini perlulah diambil dengan kerap bukannya minum air yang banyak sekaligus.




 Ketahui bagaimana memastikan badan sentiasa bertenaga dengan makanan semulajadi semasa berpantang


Saya adalah pengedar shaklee kawasan Masjid Tanah,Alor Gajah,Kuala Sungai Baru,Pengkalan Balak.Perkhidmatan pos adalah diseluruh Malaysia.

Wednesday, 13 May 2015

8 CARA CEPAT KURUS SELEPAS BERSALIN

Ibu ibu selepas bersalin sememangnya akan bimbang tentang bentuk tubuh badan yang sudah berubah.Ini kerana selepas bersalin selalunya bentuk tubuh wanita meengalami perubahan fizikal.Kebiasannya paling ketara adalah bahagian perut yang menggelembir dan kendur.Jangan berputus asa ya kawan kawan.Saya juga tetap berusaha untuk tidak membiarkan tubuh saya berubah sepenuhnya dengan mengamalkan beberapa tips turun temurun dan juga hasil dari pembacaan.

8 RAHSIA CEPAT KURUS SELEPAS BERSALIN


SUSUKAN ANAK

Seorang ibu yang menyusukan anak dapat menghilangkan lebihan berat badan.Ia akan membakar 500 kalori setiap hari.


BERGERAK

Pastikan kita sentiasa bergerak dan menjalankan senaman ringan yang tidak memudaratkan .Berjalan jalan sedikit disekitar kawasan rumah, membawa bayi didalam kereta sorong selama 30 minit  dan ia diamalkan sebanyak 3 kali seminggu.Jangan amalkan tidur terlau lama di waku siang.Anak tidur , ibunya pun tidur.Nanti berat badan akan bertambah bagai dipam pam.

ELAKKAN STRESS

Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing memrlukan waktu .Walaupun nampak macam mudah, tetapi hakikatnya tidaklah semudah yang disangkakan.Jangna terlalu memaksa diri sehingga menyebabkan anda stress pada diri sendiri keran berat badan tidak berkurang.Proses mendapatkanberat badan ideal yang diidamkan perlukan tempoh masa yang agak lama.Jadi bersabarlah

MAKAN SEDIKIT

Jika kita menunggu waktu lapar untuk makan, kita tak sedar yang kita akan mengambil lebih banyak kalori bila makan.Hindari makan terlalu banyak dan jagalah metabolisme dengan stal makan antara 5-6 sajian kecil setiap hari.


KUDAPAN SIHAT

Gantikan kudapan manis yang sering dimakan , gantikan dengan buah buahan atau salad.Bersihkan peti sejuk daripada kudapan tinggi lemak dan rendah serat seperti kerepek dan ais krim

BANYAKKAN SERAT 

Tetap kenyang lebih lama dengan makanan tinggi serat.Makanan banyak serat larut seperti bijirin , buah buahan segar dan sayur sayuran .Pilih roti gandum dan nasi daripada beras merah.

BANYAKKAN MINUM AIR

Air sama fungsinya sepreti minyak yang dapat melancarkan fungsi rgan di dalam tubuh.Pastikan tubuh sentiasa dipernuhi kerperuan cairan kerana ia amat pentng untuk menurunkan berat badan ,membantu pencernaan dan mengurangkan nafsu makan.

AMBIL PROTEIN

gantikan daging berlemak dengan ayam dan ikan.Ikan salmon merupkan sumber omega 3 yang telah terbukti mengurangkan dan membantu menurunkan berat badan

TESTIMONI
 Pn Anies mempunyai masalah berat badan selepas melahirkan anak yang pertama, berat naik sehingga  hampir 17 kg.Beliau telah mencuba berbagai produk slimming sebelum ini termasuk pergi ke pusat pelangsingan yang terkenal.Sangat menghampakan apabila hanya turun beberapa kilo sahaja.Selepas melahirkna anak yang ke tiga beliau mencuba produk shaklee iaitu alfalfa ,esp.Tanpa menahan lapar , beliau dapat berat idaman hanya beberapa bulan selepas bersalin.




ANDA BOLEH KURUS DENGAN BANTUAN SET BERPANTANG INI!!!!!

6 CARA MUDAH UNTUK KEKAL CANTIK



cantik sihat

Aktiviti bersukan menyihatkan badan

Sudah tentu anda tidak mahu jatuh sakit, bukan? Maka itu anda MESTI menjaga kesihatan diri setiap hari! 

6 cara mudah untuk kekal cantik dan menawan
  1. Detoks

Proses detoks adalah penting untuk menyingkirkan toksin yang terkumpul didalam badan.Cara mudah untuk di amalkan setiap hari ialah perahkan lemon didalam segelas air ,simpankan di dalam peti sejuk dan minum keesokan harinya selepas bangun tidur.

2. Sauna
Jika masa anda adalah terlalu terhad untuk bersenam dan berjogging, apa kata bersauna.Sauna untuk mengeluarkan peluh sekaligus memecahkan lemak degil, membantu menurunkan berat badan dan membuang toksin.Sauna juga boleh mengatasi masalah bau badan.Sauna juga dapat meningkatkan tahap kesihatan dalaman wanita.

3. Tidur awal

Jangan tidur lambat kerana ia mendorong anda untuk cepat berasa lapar .Tidur lewat juga akan menyebabkan tubuh badan keletihan dan mengundang masalah lingkaran gelap di bawah mata.Ketika tidur , tubuh akan berehat dan dirawat secara semulajadi .hasilnya kita akan nampak lebih berseri dan awet muda.

4. Makan secara konsisten

Makan sedikit tapi kerap adalah cara terbai untuk kekal langsing.Pilih makanan yang berkhasiat seperti buah buahan dan sayur sayuran.Zat dalam makanan membekalkan nutrien ang cukup untk tubuh.Contohnya vitamin E membantu mencerah dan melembabkan kulit.Elakkan makanan manis dan makanan ringan .Jangan tidur selepas makan dan usah biasakan diri menguyah semasa menonton televisyen

5.Minum banyak air putih

Elakkan minuman manis dan berais, amalkan minum air putih dengan banyak terutamanya ketika bangun pagi.Air yang cukup membantu proses penghadaman , mengelakkan rasa lapar dan mampu membakar kalori dengan lebih baik.Air yang cukup membuatkan tubuh dan wajah segar.

6. Disiplin

Set minda untuk tampak hebat dan menjaga kecantikan secara semulajadi.Motivsikan diri setiap hari dan senaraikan usaha akan dilakukan.Pastikan kita berdisiplin melaksanakan segala usaha tersebut.untuk langsing dan cantik , kita mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan berterusan.


CARA UNTUK  DETOKS 


Detox adalah proses membersihkan usus di mana

  •  segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.
  • mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius,
  • detoks juga memastikan vitamin/supplemen diserap dengan lebih sempurna.
  •  Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna. 
  • Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita.
  •   Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus).  
  • Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi.  Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil Usus besar boleh menyerap mineral dan air.  
  • Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit (tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil) 
  •  Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik

DETOKS DENGAN ALFALFA
DETOKS
Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan. Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, Alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, Alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol.

 Sangat hebat !!!! Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimia atau baja bukan organik,menjadikan ia Alfalfa berkualiti tinggi


HERBLAX
HERBLAX
Apa lagi keistimewaan Herb-Lax ni selain daripada mengempiskan perut?
    i. Membersihkan najis yang tersekat/ tersimpan lama dlm tubuh
   ii.Merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
   iii.Membantu masalah sembelit    iv.Melawaskan pembuangan air besar.

Kalau anda serius nak kempiskan perut supaya tidak lagi dilabel ibu mengandung, saya akan berikan cara yang tepat untuk memastikan perut anda kempis semula, di samping senaman sit up setiap hari. 

DAPATKAN SEKARANG
shaklee masjid tanah

Saya adalah pengedar Shaklee kawasan Masjid Tanah, Sungai Udang, Kuala Sungai Baru.Perkhidmatan pos boleh dihantar keseluruh Malaysia.Hubungi saya 

Telefon/sms/whatsup/telegram:010 8798077
Facebook:  suhaila abdul
Instagram:suhailacute21


Sunday, 10 May 2015

9 KELEBIHAN SET BERPANTANG SHAKLEE

 Sedang mencari cari produk penjagaan berpantang ke?Malas nak minum herba herba yang kena rebus? Nak cantik dan kurus semula selepas berpantang.?Nak pasikan susu ibu yang dihasilkan adalah maksimum untuk sikecil?

Hari ni saya nak berkongsi tentang set berpantang yang semakin popular ...mana taknya..set ini boleh dimakan bukan saja semasa berpantang..malahan habis pantang pun boleh makan lagi tau..
Tp banyak sangat produk dipasaran sekarang..Macamna nak pilih yang terbaik untuk diri anda? Ok..sini saya kongsikan 9 kelebihan set berpantang shaklee untuk anda..Mesti beli punyalah lepas ni..kalau tak menyesal..
Mengapa mesti memilih shaklee sebagai set berpantang anda?

1) Selamat dan boleh diambil seawal 2 jam selepas melahirkan bayi.

2) Selamat kerana ibu yang bersalin normal atau secara pembedahan boleh ambil suplemen Shaklee

3) Selamat kerana boleh dimakan oleh ibu walaupun anak sakit kuning dan jaundis

4)Boleh digunakan bukan 40 hari , tapi boleh tahan sehingga 180 hari

Set Berpantang Shaklee bukan hanya diambil semasa tempoh 40 hari berpantang, tetapi  boleh tahan sehingga 6 bulan.  Sangat Berbaloi . Tak percaya kan? Ramai juga yang tak percaya sebenarnya. Dan lebih terkejut bila dapat tahu boleh tahan berbulan-bulan lamanya. Berbanding dengan jenama lain yang hanya digunakan semasa tempoh berpantang sahaja. Satu lagi penjimatan yang ibu boleh dapat dengan set berpantang Shaklee ialah menyokong pengeluaran susu badan. Dah dapat pakej 2 in 1 .

 Set Berpantang + Set Penyusuan. Kalau yang anda ada bajet besar  boleh jadi pakej 3 in 1 – Set Berpantang + Penyusuan + Kurus
So jimat sungguh dengan set ni sambil merawat , boleh menambahakan kualiti dan kuantiti susu ibu, boleh menguruskan badan lagi...best giler kan...

5) Anak comel, gebu, sihat, kuat dan tembam.. Ibu kurus dan cantik
Yang akhir sekali ni bonus sebenarnya. Siapa yang tak suka kan bonus kan. Amalkan set pantang Shaklee bukan sahaja badan terasa segar, sihat, bertenaga, luka cepat sembuh dan sebagainya. Malah dapat bantu si ibu turunkan berat badan dengan cara yang selamat. Silap haribulan habis sahaja tempoh berpantang dah dapat turun berat badan dengan banyak. Dan tak mustahil selepas 2-3 bulan dapat semula berat badan yang asal. Best kan? 


6)Bab kulit bertambah cantik sudah semestinya. Lagi pun ada sebahagian daripada set berpantang Shaklee adalah set untuk kulit cantik juga. 
Bila ibu dah ceria, sihat, bertenaga, cukup nutrisi, cukup pengambilan air kosong, dah tak mengeluh jaga anak siang dan malam sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran susu badan. Bila baby kenyang dapat susu badan yang berkualiti, maka baby pun jadi tumpuan orang ramai.Masalah bayi menangis kerana kurang susu juga dah tiada lagi.Akan timbul satu kes dimana bayi asyik tidur kekenyangan..dan pipi gebu dan putih bersih. 

7)  Kenapa Set Berpantang Shaklee ada pelbagai set?
Nak memudahkan ibu-ibu memilih set berpantang terbaik mengikut keperluan sendiri. Tak semua orang mengalami pengalaman bersalin yang sama. Ada yang bersalin normal, ada yang bersalin awal dan ada juga yang bersalin cara pembedahan. Sebagai contoh kalau ibu yang melahirkan anak pra-matang perlu tambah produk ESP untuk menyokong pengeluaran susu badan. Bagi ibu yang bersalin cara pembedahan pula ambil ESP untuk memulihkan parut pembedahan cepat hilang.

8) Cukupkah berpantang hanya ambil vitamin?

Tak cukup. Fungsi bagi setiap vitamin adalah untuk menyokong dan mengembalikan nutrisi yang telah hilang selepas bersalin. Ibu yang berpantang masih perlu menjaga makan dan pergerakan. Walaupun ada vitamin C dan zinc complex untuk mencepatkan proses luka bersalin jangan ingat semua makanan boleh dimakan. Bataskan juga pergerakan dan amalkan petua orang-orang lama walaupun badan rasa cergas. Pengambilan Vitalea dan B-Complex berfungsi membekalkan tenaga berpanjangan supaya ibu dapat menjaga baby yang kadang-kadang suka jaga tengah malam. Memang badan kita akan rasa sihat, bertenaga, cergas sepanjang hari. Tapi jangan pula kita sesuka hati melakukan kerja-kerja berat bila dirumah. Nanti macam-macam masalah pula yang timbul.

8) Apakah makan Set Pantang Shaklee akan memberi kesan pada bayi seperti makan jamu?

Mestilah akan ada kesan juga dekat baby. Apa yang ibu makan, baby pun akan dapat juga tau. Sebab tu ada ibu yang tak boleh makan jamu. Nanti baby akan meragam. Contohnya naik ruam pada badan sebab panas. Itu kalau jamu. Ini lah yang buat orang suka berpantang dengan Shaklee. Antara sebabnya ialah sistem imun baby akan kuat (sebab ada vitamin C), kulit baby putih, halus dan gebu(sebab ada ESP) dan kalau ada ibu yang nak kurus tambah Lecithin atau Omega boleh bantu perkembangan otak. Ada juga yang ambil Ostematrix untuk kurangkan sakit-sakit pinggang, dan kesan nya menguatkan tulang baby dan nampak tegap. 

9) Adakah minum banyak air kosong menyebabkan  rahim kembang?

Ini lagi satu kerisauan ibu yang mengambil Set Berpantang Shaklee. Kena banyak minum air kosong. Sedangkan kalau ikut petua orang lama, jangan minum banyak air kosong nanti rahim kembang. Betul ke?

 Secara logiknya badan kita perlukan air yang cukup untuk mengurangkan masalah seperti sakit kepala, mengelakkan sembelit, jangkitan kuman dan sebagainya. Kesihatan pun terjaga. Doktor juga sarankan minum air kosong secukupnya semasa dalam pantang. Yang paling penting sekali bila minum banyak air kosong, susu badan pun akan turut banyak. Kalau kurang minum air, dari mana pula sumber penghasilan susu? Cuba konsistenkan diri minum 8 gelas atau 2L sehari. Minum dengan kerap tetapi sedikit demi sedikit.Tak perlu risau sangat minum air banyak nanti rahim kembang. Sebenarnya lagi bagus kalau kita cukup minum air kosong setiap hari. Lagi cepat rahim tu kecut.

berpantang

Cantik macam che ta!!!!

Berikut adalah set berpantang daripada Shaklee

1) Bcomplex dengan Asid Folik


- Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan Ibu yang sedang berpantang.

- Ia juga dapat meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga.

-  Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan , sesuai dengan namanya B for Beauty..

2) Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi

- Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.
- Zat Besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran
- Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

3) Vitamin C
- Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin.  Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren.
- Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.

4) Zink
- Sangat penting bagi membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman.  Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan.  Namun adalah agak sukar untuk mendapat dan memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.
- Pengambilan vitamin zink ini adalah tepat untuk ibu berpantang kerana zink dapat membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.  Selain itu rambut ibu tidak mudah gugur dan luka bersalin akan cepat baik.

5) Energizing soy Protein-  ESP
- Ramai yang tidak mengendahkan tentang keperluan protein dengan mengandaikan sudah memadai jika makan ikan, daging, telur serta minum air soya.
- Tahukah anda, protein cuma bertahan pada suhu tidak lebih 36°c . Jadi bila kita goreng dan memasak tentu suhunya lebih tinggi dari suhu tersebut.Ini akan mengganggu kandungan asid amino dalam protein tadi.
- Ramai yang tidak tahu, pengambilan protein yang mencukupi dengan asid amino yang lengkap membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat kuku yang elok serta penghasilan susu ibu dengan kadar lebih cepatdan anak akan kenyang bila menyusu dan tidak meragam.
- Orang yang mengidap GOUT menjalani proses penyembuhan dengan ESP. Ini kerana kandungan asid amino dalam ESP Shaklee adalah lengkap dan selamat diambil

6) Alfalfa
- Untuk pengetahuan ibu-ibu diluar sana, Alfalfa adalah merupakan raja segala tumbuhan.
- Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang
- Bertindak seperti 'kacip fatimah' kepada wanita
- Melegakan sembelit bagi ibu berpantang
- Membantu membanyakkan susu ibu.
- Membuang angin dalam badan dan
- Memulihkan urat selepas bersalin

7) Omega Guard
- Boleh mengurangkan kemurungan bagi ibu yang berpantang
- Boleh mengurangkan sakit kepala
- Boleh mengekalkan tekanan darah normal
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan an
Set berpantang madjid tanah



Fara wahida sering stress dengan kerja seharian dan stok susunya semakin  berkurangan..bagaimana farah mengatasi masalah stok susu beliau..???


Sebagai kesimpulan, setiap wanita haruslah menjaga kesihatan diri sendiri , membahagiakan diri sendiri terlebih dahulu agar dapat kita membahagiakan orang lain.Apabila badan sihat, barulah wajah akan kelihatan ceria dan muda jelita. Semakin hari semakin jelita dan semakin hari semakin disayangi suami.Ada orang tua tua kata, jika nak kembalikan tubuh secantik anak dara, maka berpantanglah dengan betul dalam tempoh 44 hari atau lebih,nescaya anda akan dapat menikmati semula zaman kegemilangan ketika anak dara biarpun anda sudah beranak 5.



Jika anda berminat untuk mencuba set berpantang ini boleh hubungi saya di talian 010 8798077 melalui wassup/telegram/smsPengedar shaklee kawasan Masjid Tanah,Alor Gajah, Kuala Sungai Baru, Sungai Udang, Melaka.Pos seluruh Malaysa.

Friday, 24 April 2015

KEBAIKAN SUSU IBU

Susubibu

Mmmmmm....bestnya kalau apat cium baby baru lahir..baunya walaupun tak mandi tapi sedap jer..kalau cium sekali , nak cium berkali kali kali..lagi pulak kalau lepas dia baru lepas menyusu.Minum susu ibu..Suatu keajaiban apabila seorang bayi yang baru beberapa minit dilahirkan ,apabila diletakkan diatas dada seorang ibu , dia kan terus mencari cari susu ibunya.Betul pulak tu..huhu..ya Allah , tidak dapat digambarkan dengan kata kata betapa gembiranya hati ini bila melihat anak sendiri dipangkuan,hilang semua rasa sakit melahirkan...rindunya saat tu..hihi..


kelebihan susu ibu


Wangian dari syurga
Biasanya selepas sahaja bayi dilahirkan dan dibersihkan, nurse akan meminta ibu untuk menyusukan bayi mereka.Kali pertama susu ibu yang diminum oleh bayi mengandungi kandungan kolestrum yang sangat tinggi.Biasanya susu ini berwarna kekuning kuningan.Bertuahlah si anak jika dapat menikmati susu pertama siibu.

Jika dihospital kerajaan, memang tidak dibenarkan ibu membawa botol susu masuk ke dalam wad bersalin kerana ibu ibu digalakkan untuk memberi susu ibu.Kalau jumpa botol mesti nurse atau doktor suruh simpan..kantoi..

Terdapat berbagai kebaikan susu ibu ,baik kesan kepada ibu dan juga kesan kepada anak itu sendiri.Jom kita tengok kelebihan susu ibu 

Kebaikan Susu Ibu
Untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
kelebihan susu ibu

Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Tetapi alangkah dukacitanya si ibu bila hajat untuk menyusukan bayi tidak kesampaian dek kerana ketiadaan atau terhad sangat susunya.Bagaimana cara nak membanyakkan susu ibu?


Nanti saya akan kongsikan cara membanyakkan susu ibu..semoga bermanafaat...sharing is caring..


Tuesday, 21 April 2015

9 CARA MUDAH MENCAPAI BERAT IDEAL SELEPAS BERSALIN

Kesibukan kerja seharian mendorong kita mengambil jalan mudah dari segi pemakanan dan memilih makanan segera sebagai amalan harian.Lebih parah lagi jika gemar memakan makanan manis seperti kek dan biskut.Kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang menyebabkan ramai dikalangan kita yang mengalami obesiti.Tidak terkecuali kaum hawa yang sering mengadu bahawa berat badan naik mendadak selepas melahirkan anak.Mengapa berat badan bertambah selepas bersalin?


Ada beberapa sebab mengapa wanita gemuk selepas melahirkan anak 
  • Wanita semasa hamil akan meningkat berat badan secara semula jadi. Ini adalah kerana semasa hamil terjadinya perubahan hormon yang menyebabkan badan mengumpul lemak dan air. Lemak yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas melahirkan anak. Salah satu sebab mengapa wanita menjadi gemuk selepas melahirkan anak ialah kerana tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Jika wanita tidak menyusu, lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul di dalam badan. 
  • Sebab kedua ialah mungkin wanita selepas melahirkan anak tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak meningkatkan aktiviti fizikalnya.




  1. Tidak  menggemari minuman bergas yang mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi.Coklat is my feveret tapi makan sikit jer tak boleh lebih..cepat muak..
  2. Mengambil sarapan pagi.Sarapan awal pagi saya ialah dua sudu ESP atau 2 sudu cinch shake sudah cukup mengenyangkan saya dari pagi sehingga ke tengahari.Kadang kadang lupa nak makan kerana terlalu sibuk
  3. Saya seorang gemar makan buah buahan, tetapi sayur sayuran saya lebih suka makan ulam ulaman berbanding sayur yang digoreng
  4. Makan nasi hanya satu senduk sahaja setiap hidangan tetapi suka makan lauk lebih lebih.
  5. Makan kerap tetapi kuantiti yang sedikit.
  6. Makan malam untuk saya sekeluarga ialah sebelum jam 9 malam.No food after 9 pm.
  7. Menjalankan aktiviti fizikal pada setiap hari.Cara saya ialah dengan mengemas rumah yang agak luas dan bertingkat tingkat tanpa bantuan pembantu rumah .Terima kasih kepada suami saya yang pandai design rumah di mana saya perlu sentiasa naik turun tangga untuk ke dapur dan ke bilik tidur.hihi...
  8. Menyusukan anak bagi ke lima lima anak saya.Anak kelima saya dapat menyusukan anak sehingga usianya 3 tahun.Sepanjang penyusuan anak berat badan saya tidak naik malah akan lebih turun .Itulah kelebihan ibu ibu yang menyusukan anak
  9. Faktor keturunan juga memainkan peranan penting.Saya di lahirkan dari keluarga yang bertubuh kecil tetapi ada juga dikalangan ahli keluarga saya gemuk lepas bersalin.
  10. Saya mengamalkan pengambilan suplimen untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran.Antara suplimen yang saya amalkan ialah vitamin c, vivix, ESP ,ostematrix dan colegen.Ia membantu saya mengekalkan berat badan yang ideal serta membantu menjaga kesihatan dan kecantikan.Almaklumlah bila usia dah bertambah tahap kesihatan semakin menurun dan kesan penuaan semakin jelas.Pengambilan suplimen membantu mengelakkan saya tua sebelum waktunya.

kurus dan cantik

Suker tengok gambar ni..saya dikelilingi ibu mengandung yang cun melecun

Rasanya cukuplah sampai disini perkongsian saya untuk hari ini...kita jumpa lagi di lain post yer...


Pengedar shaklee Masjid Tanah, Kuala Sungai Baru ,Pengakalan Balak.Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia