Thursday 5 March 2015

KURUS LEPAS BERSALIN SAMPAI 20KG

Hai mommy mommy sekelian. Terima kasih sudi singgah blog kak Su. Sedang mencari cara untuk kurus lepas bersalin?

Kalau korang nak tahu, masa berpantanglah masa yang sesuai untuk korang dapatkan kembali bentuk badan yang seperti anak dara dulu...tapi syaratnya kenalah sabar dan ikutlah petua orang orang lama tau.

Hari ni kak Su nak berkongsi amalan dalam pantang yang kak su yang sdah melahirkan 5 orang anak nih. Mungkin boleh juga korang jadikan sebagai panduan...

7 Amalan Berpantang Yang Mesti Anda Buat Untuk Kurus Lepas Pantang

 1.Amalan bertungku.

Biasanya kak su akan mula bertungku selepas 3 atau 4 hari apabila luka agak kering.Kata mak, tak leh bertungku hari pertama dan kedua,luka jahitan masih basah.Amalan bertungku sangat hebat.Biasanya saya menggunakan tungku besi yang dipanaskan kemudian dibalut dengan daun mengkudu dan kain tebal.Aroma daun mengkudu boleh release  stress.Kat mana nak tungku?

Haaaa...tungku kat peranakan..letakkan diabahagian atas ari ari dan tolakkan tungku perlahan lahan ke arah atas.Tujuannya untuk menaikan semula perakan kita yang sudah turun semasa bersalin.Bertungku di bahagian ini juga akan mepercepatkan peranakan kita kecut semula.

Lepas tu sila letakkan tungku tersebut diseluruh bahagian punggung dan ke bawah.Letak tungku dengan satu satu bahagian seminit dua untuk membiarkan haba sampai ke urat saraf.Yang tak kurang penting juga..pastikan anda meletakkan tungku tersebut di tapak kaki.Bahagian tumit  akan membantu perjalanan darah yang baik dibahagian peranakan.

Anda akan merasakan badan akan lebih segar dan sihat selepas bertungku..  Gambar di bawah ketika kak su berusia 40 tahun dengan anak 5 possing bersama ibu muda anak 3..

                      BERSALIN





2.LETAK BAWANG DI TELINGA



ni petua mungkin orang lain tak buat kut..akak akan sediakan bawang putih yang sudah dibuang kulit.Letakkan kat lubang telinga.Boleh pakai sampai kecut.Bila dah kecut tukar baru tau.Bawang putih tu guna dia untuk elakkan angin masuk dalam kepala.So itulah 'earphone'  ai dalam pantang 44 hari.

MANDI AIR REBUSAN DAUN

Tau dak..hari pertama bersalin mak tak bagi mandi.huhu..ada sebabnya...Mak kata orang bersalin baru baru 1 atau 2 hari tak leh mandi dulu..sejuk katanya.so saya akan mandi juga hari kedua tapi wajib dengan air suam.

Minggu pertama bersalin mandi 2 hari sekali je tau.Bila hari yang tak mandi tu lap saja badan dengan tuala.Bila dah masuk seminggu hari hari boleh mandi tapi air mesti sentiasa air suam juga.Sampaila habis pantang.Sekali sekala mak akan bagi saya mandi dengan air rebusan daun pandan,serai wangi,daun daun herba yang lain.Fuhh..lepas mandi dengan air ni..badan memang rasa segar seharian.cubalah..

3.MAKANAN ORANG PANTANG



Time makan ni la yang saya paling tak suka.Sepanjang berpantang terutamanya minggu pertama saya akan diberi sayur dan ikan yang direbus je.Kat melaka ni biasanya makan ikan parang.Haa..walaupun namanya parang..tapi orang melaka kata ikan ni tak bisa.So hari hari makan ikan parang.kadang kadang ikan parang goreng dengan halia dan kunyit hidup.

Nak bagitau..semasa dalam pantang ni lah kita perlu sangat jaga pemakanan.Sumber protein mesti cukup sebab nak membaiki luka-luka yang kesan semasa bersalin.Badan mesti sihat untuk mengahasilkan lebih banyak air susu untuk bayi.So biasanya minggu pertama saya akan tertidur bersama dengan lauk-lauk yang tidak menyelerakan.

Tu pasal berat badan akak boleh turun mendadak semasa dalam pantang.kalau boleh tak nak makan nasi.Bila masuk minggu ke 3 dan ke 4 ,dah boleh makan telur,daging atau ayam.Baru la best Makan pedas pedas pun tak boleh nanti anak tak tahan perut ,akan cirit birit pulak nanti.

Dalam pantang tak boleh makan buah buahan seperti tembikai ,langsat,manggis..banyak lagi buah buah tempatan yang dikategorikan sebagai 'sejuk' oleh nenek moyang.Ada yang meroyan atau boleh kancing gigi kesan dari pemakanan yang salah.Sup ikan haruan..Kalau tak lalu nak telan ni..telan jer ostematrix , vitlea dan vitamin c

                                BERPANTANG

4.Amalan berurut.

Selepas 3 atau 4 hari selepas bersalin pastinya saya akan berurut dengan bidan kampung.Bila bidan dah berurut badan akan terasa lebih segar dan sihat.Bidan juga akan membantu berurut bagi menggalakkan penghasilan susu ibu.

Biasanya saya berurut dalam tempoh 7 hari berturut-turut.Mungkin orang yang melahirkan melaui pembedahan,agak merbahaya untuk berurut.4 dari 5 kali bidan yang mengurut mesti puji..hehe..apa yang dia puji?katanya peranakan saya cepat kecut.Tengok la sapa yang jaga..Ibu mertuaku sayang Pn Hjh Aminah Said.Berpengalaman melahirkan 8 orang anak.Terima kasih mak.
.

5,Amalkan makan jamu 




Memang sangat membantu untuk mengecutkan semula rahim serta melancarkan perjalanan darah.Makanan tambahan dan vitamin yang sesuai juga penting untuk memastikan badan sihat dan dapat menghasilkan susu ibu yang cukup kepada si bayi .

Makanan tambahan atau vitamin juga dapat membantu mengembalikan wajah cantik si ibu malahan boleh lebih anggun dari sebelum beranak.Jika badan sihat maka lahirlah wajah yang cantik.Vitamin di bawah boleh diamalkan terus oleh si ibu sebaik sahaja melahirkan bayi.Tablet dan sangat senang ditelan...pasti gebu dan sihat dan anggun si ibu 

6.Amalan memakai bengkung.




Ini adalah perkara wajib yang mesti saya akan buat.Selepas sahaja berada di dalam wad bersalin saya akan memakai bengkung.Bengkung yang mudah dipakai dan dibuka iaitu bengkung zap on.Kerana semasa dalam wad keadaan kita yang masih belum cukup kuat ,bengkung dapat membantu perut saya terasa lebih padat dan terasa selesa apabila memakainya.
       


Lagi pun bengkung zap on ini mudah dibuka dan dipakai ketika keadaan kita masih lemah.Selepas beberapa hari saya kan bertukar bengkung iaitu bengkung kain yang lebih panjang dan boleh diikat dengan lebih ketat dan selesa.Rugi tau tak pakai bengkung.nanti perut kita akan buncit macam mengandung 5 bulan pulak.Biasanya saya akan memakai bengkung selama 44 hari tanpa jemu.Selepas 44 hari kadang kadang pakai dan kadang kadang tidak.Bengkung membantu perut yang menggelembir supaya kembali padat dan elakkan perut buncit.


          


Belit belit dahulu, ramping ramping kemudian


Mommy momy wajib jaga badan dari sekarang. Bukan kata lepas pantng baru nak daet. Memang takan jadi lah. Akak dah amalkan tips diatas dahingga ke saat ni berat akak masih maintain seperti umur baru baru kahwin. Jom skodeng facebook akak..suhaila abdul

Dan set berpantang ni lah juga mommy dalam video ni guna sampai turun 2o kg selepas berpantang. Nak tau set apa? KLIK SINI.


Teruja tengok video ni..dulu gemuk..sekarang boleh kurus dan lebih cantik berbanding dahulu...20 kg wow.....kalau dia boleh kurus..mesti kita pun boleh kan? Jom kita pakat tengok....


Lepas bersalin ada yang hadapi masalah period tak teratur. Jom tengok video ni untuk tahu cara atasi







Hubungi kak su untuk.dapatkan tips yang lebih banyak
0108798077

1 comment:

  1. KISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM

    Assalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih

    ReplyDelete