Saturday, 22 August 2015

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE

Dulu saya kenal dengan vitamin b semasa saya mengandung.Itu pun bila nurse bagi tapi saya tak makan pun.Biasala tu, dulu cetek sangat ilmu tentang vitamin ni.Semenjak dah tau yang vitamin b ni sangat bagus..memang tiap tiap hari saya akan makan.Anak anak pun wajib kena makan..kalau tak ibu mesti membebel..

Tau tak korang vitamin b complex dari shaklee ni memang sangat bagus.Mari baca apa kandungan dalam vitamin b ni.Tengok label ni dulu ye


1. Vitamin B1 - Tiamin

Tiamin diperlukan untuk mengubah karbohidrat menjadi tenaga. Sumber vitamin B1 boleh ditemui dalam beberapa makanan berkarborhidrat tinggi seperti bijirin, roti, dan tepung. Menurut Dr Ronda Greaves dari Melbourne's RMIT School of Medical Sciences, Australia,kekurangan vitamin B sering terjadi kepada anda yang mempunyai pola pemakanan yang buruk. Antara tandanya ialah pergerakan mata yang tidak dapat dikawal dan juga tangan dan kaki yang tidak seimbang. Kebanyakan vitamin B1 adalah mudah larut air dan lebihannya akan dibuang melalui air kencing. Sumber lain Vitamin B1 ialah makanan laut seperti kerang dan ikan dan juga ragi.

2. Vitamin B2 - Riboflavin

Riboflavin adalah vitamin B yang sangat penting untuk mata, kulit dan juga metabolisme tubuh badan kita. Wanita berusia antara 19-70 tahun memerlukan minimum 1.1mg sehari dan lelaki pada usia yg sama memerlukan 1.3mg sehari vitamin B2. Sementara bagi ibu yang menyusukan memerlukan lebih Roboflavin iaitu minimum kira kira 1.6mg sehari. Roboflavin boleh didapatkan dari sumber makanan seperti susu dan produk yg diproses, ayam, brokoli, cendawan dan juga bayam. walau bagaimanapun, kekurang vitamin B2 boleh menyebabknsenseviti kulit, terutama pada bahagian mulut dan hidung. Selain itu kekurangan Riboflavin juga bibir kering, mata merah dan sensetif pada cahaya.

3. Vitamin B3 - Niasin

Seperti Thamin, Niasin diperlukan untuk mengubah karbohidrat dari makanan menjadi tenaga. Fungsi Niasin ialah meningkatkan nafsu makan, juga untuk kesihatan kulit dan membaiki sistem penghadaman tubuh. Bagi wanita mengandung dan menyusukan memerlukan Niasin lebih dari biasa anggaran 17-18mg sehari. Vitamin B3 ni boleh didapati dari sumber bijirin, beras, kekacang, daging lembu dan cendawan. Kekurangan Niasin dalam tubuh badan boleh menyebabkan kulit kering dan mudah terluka, cirit birit dan juga cepat marah atau stress.

4. Vitamin B5 - Pantothenic Acid

Vitamin B juga penting untuk diet tau, kerana kandungan Vitamin B5 atau Pantothenic Acid dalam B complex berfungsi sebagai pemecah lemak, protien dan karbohidrat lalu menukarnya menjadi tenaga.Vitamin B5 ini digunakan untuk membuat Vitamin D dan beberapa jenis hormon untuk membentuk sel darah merah. Antara sumber untuk mendapatkan vitamin B5 ini ialah pada ikan sardin, ayam, avokado dan tembikai.Kekurangan Pantothrnic Acid boleh menyebabkan kelesuan, masalah tidur, mual dan loya, muntah dan kebas pada anggota badan. Bagus untuk mereka yang sering mengalami tekanan darah rendah dan juga wanita hamil.

5. Vitamin B6 - Piridoksin

Kekurangan Piridoksin boleh menyebabkan luka pada bahagian mulut, hilang deria rasa, dan kekurangan Piridoksin kepada orang dewasa boleh menyebabkan depresi dan anemia.Vitamin B6 ini diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah dan beberapa zat kimia dalam otak selain untuk membantu penyerapan vitamin B12 dan bagus untuk sistem saraf. Sebaliknya, ada kajian dilakukan berkenaan pengambilan berlebihan iaitu 1000mg sehari boleh mengakibatkan kerosakan saraf. Sumber Piridoksin boleh ditemui dari daging lembu muda, kentang, ikan, pisang, tomato, sayuran hijau dan buah berwarna unggu.

6. Vitamin B7 - Biotin

Vitamin Biotin juga sering dikenali sebagai vitamin H. Ia berperanan sebagai pemecah lemak, protien dan juga karbohidrat yang menjadi bahan bakar digunakan oleh tubuh. 25mcg sehari diperlukan oleh wanita dan 30mcg diperlukan oleh lelaki, manakala bagi wanita hamil dan menyusukan pula memerlukn lebih kurang 30-35mcg sehari Biotin. Kekurangan Biotin menyebabkan rambut gugur, masalah mata merah, pucat, lesu dan kulit bersisik. Sumber untuk mendapatkan Biotin ialah melalui telur, kacang tanah, susu, ikan salmon, oat, tiram dan juga pisang. 

7.  Vitamin B9 - Asid Folik

Ramai tahu asid folik sgt diperlukan bagi wanita yang ingin hamil ataupun yg sedang hamil.  Ia bagi mencegah kerosakan saraf tunjang (spina bifida) pada bayi dalam kandungan. Sangat penting untuk ibu mengandung mengambil sekurang2nya 600mcg untuk keperluan harian. Selain itu Asid folik juga berfungsi untuk membantu mengawal perasaan dan nafsu makan dan memberikan kualiti tidur yang lebih nyenyak. Kekurangan folic dalam darah boleh diketahui dengan membuat ujian darah. Jika anda berasa penat, berat badan menurun dan anemia kemungkinan anda kekurangan folic dalam darah. Antara sumber makanan untuk meningkan kadar folik anda ialah susu, sayuran hijau, tembikai susu dan juga hati.

8. Vitamin B12 - Kobalamin

Vitamin B12 sangat penting untuk sistem saraf dan juga otak manusia. Penelitian di Oxford University menunjukkkan bahawa seseorang yang mempunyai kadar vitamin B12 yang lebih rendah berisiko 6 kali lebih tinggi mengalami penyusutan otak. Errr...seram la pulak dengar. Kekurangan Vitamin B12 menyebabkan kurang ingatan atau pelupa, murung, stress, hilang nafsu makan, hilang keseimbangan dan anemia. Lelaki dan wanita memerlukan 2.4mcg sekurang2nya vitamin B12 setiap hari. Sumber yang boleh ditemui melalui makanan ialah kacang soy, daging lembu, ikan, telur, susu dan rumpai laut. 

Ok ini kesimpulan daripada kandungan yang ada didalam b complex shaklee


Apakah Manfaat Utama Vitamin B Complex Shaklee ?


1) Menukarkan makanan  kepada tenaga - B Complex Shaklee membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

2) Melawan Tekanan - B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3) Membantu Tumbesaran - B Complex Shaklee menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4) Kesihatan Rambut - B Complex Shaklee memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. Ni sangat bagus bagi mereka yang ada masalah kekurangan rambut.

5) Kesihatan Mata - B Complex Shaklee mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.

6) Mengurangkan risiko mendapat anemia - B Complex Shaklee membantu pembentukan Sel Darah Merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.

7) Meredakan Senggugut - B Complex Shaklee baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8)  Mengurangkan risiko mendapat Perleche - B Complex Shaklee boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis),  jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.

9) Detoksifikasi - Meredakan Alahan.

Kesimpulannya, B Complex Shaklee adalah cara semulajadi untuk melawan stres/tekanan dan mengurangkan risiko mendapat pelbagai masalah kesihatan.

Di harapkan dengan perkongsian di atas, mampu memberikan anda sedikit maklumat tentang keperluan dan akibat kekurangan Vitamin B.

Anda boleh dapatkan vitamin b complex dengan hanya klik DISINI


Atau hubungi saya

kak su
0108798077  

Friday, 21 August 2015

UBAT KURANGKAN STRES

Nak meredakan stress dengan cara semulajadi?..ada banyak cara mengatasi masalah stress ..terpulang pada korang nak pilih cara mana..tapi kalau dengan cara mendapatkan suplimen..saya boleh cadangkan pengambilan B complex..saya adalah pengguna utama b complex..tujuan saya ialah untk saya meredakan tekanan kerja saya .Bukan saya saja yang makan..tapi saya pastikan ke tiga tiga anak saya yang sedang belajar untuk makan b complex...



Supplemen boleh kurangkan stres sebab dengan peningkatan kualiti nutrisi pemakanan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur.  B Complex Shaklee juga mengurangkan stres dan risiko penyakit-penyakit kronik.

Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stres

B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1,  Vitamin B2,  Vitamin B3,  Vitamin B5,  Vitamin B6,  Vitamin B12; asid folik dan 100% Biotin.

  •   Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan,  menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma
  •  Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.
  •  Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi. 
  •  Vitamin B5~mengurangkan stress fizikal dan mental,  membantu mengurangkan penuaan pramatang
  •  Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi,  mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya
  • Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual
  •  Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit
  •  Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya 

stres


Keistimewaan Vitamin B Complex Shaklee

  1. B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu B1,  B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik yang semulajadi dan 100% Biotin.
  2. Asid folik yang digunakan adalah semulajadi dan dicipta oleh saintis Shaklee yang pertama seumpamanya di dunia. Ianya dihasilkan dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.
  3. Asid folik semulajadi biasa tidak mudah diserap oleh tubuh kita dan 99% asid folik di pasaran terkini bersifat sintetik, dan bukannya semulajadi seperti yang ada di dalam Vitamin B Complex Shaklee. 
  4. Vitamin B adalah vitamin larut-air; oleh sebab itu, sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan (sebab itu air kencing kita akan berwarna kekuningan sekiranya mengambil vitamin B). Jika tidak berwarna kekuningan itu bermakna anda mengalami kekurangan Vitamin B.

 Kenapa anda perlu pilih b complex shaklee?
Kerana Shaklee memastikan produk-produk mereka adalah seimbang dan selamatdengan
melakukan 83,000 ujian kualiti (QC test) setahun.


Untuk mendapatkan b complex anda..hubungi

Kas su
0108798077

21:33

5 PENYAKIT AKIBAT STRESS

Zaman sekarang kadar stress semakin tinggi. Stress adalah punca utama kepada kebanyakkan penyakit. Kenapa mereka stress? kerana hidup dizaman sekarang adalah jauh lebih sukar. Orang zaman dulu tak ada tanggung loan rumah 30 tahun..orang zaman sekarang hutang keliling pinggang!! mana tak stress?? Pengambilan Supplemen seperti B complex contohnya memang membantu dalam menurunkan kadar stress.
(#supermomshakleestory)


Dalam entry yang lepas saya ada share tentang cara saya atasi stress.Hari ni nak share pasal stress juga..tapi nak share apa akan jadi kalau stress kita dibiarkan tanpa diatasi..bahaya rupanya..

Jom kita tengok..samada kita tergolong atau tak dalam golongan orang dibawah ni..


stres

5 PENYAKIT AKIBAT STRESS


1.OBESITI

 Korang obesiti ke? Cepat cepat pergi timbang..kira sekali dengan BMI yer..Kebiasaannya orang yang stress akan cenderung untuk makan lebih banyak sebab nak alihkan pemikiran negatif.Walupun tak lapar tapi tetap nak makan.Pengambilan makan ringan ,snek tinggi garam , minuman berkarbonat danberperisa, diambil secara berterusan menyebabkan berat badan semakin bertambah.

2.PENYAKIT JANTUNG

Akibat dari makan yang tidak terkawal dengan pemakanan yang tidak sihat , boleh mengkibatkan penyakit berkaitan kardiovaskular seperti tersumbatnya pembuluh darah atau jantung.


3.KERAP SAKIT

Cuba check diri korang.Selalu sangat tak sakit? kemungkinan stress adalah penyebabnya.ia juga ada hubungan antara stress akut dan daya ketahanan badan.Ini kerana beberapa hormon stress yang dikeluarkan oleh badan boleh mempengaruhi kemampuan kelenjar thymus untuk mengatur aktiviti sel darah putih.Akibatnya daya ketahanan badan akan menurun untuk melawan penyakit.

4.GANGGUAN KITARAN HAID

Adakah waktu ni kitaran haid korang terganggu? Kalau ya apa kata cepat-cepat pergi buat pemeriksaan dari pakar. Kitaran hadi tidak teratur bukan penyebab ketidakseimbangan hormon tetapi mungkin disebabkan stress yang berpanjangan..awas ya..

5.DEPRESI

Apabila stress tidak diatasi , ia boleh mengakibatkan depresi.Terlalu fokus pada kerja hingga lupa nak berehat.Tak ada masa untuk diri sendiri untuk bercuti.Jadi keadaan stress yang berterusan menyebabkan seseorang itu gelisah dan sedih berterusan.Lama kelamaan ,depresi mempengaruhi keadaan badan secara fizik,gangguan kesihatan mental dan sebagainya.

6 CARA ATASI STRESS
20:54

6 CARA ATASI STRESS MUDAH DAN MURAH

Lama sangat saya tak update blog kan..hari ni baru dapat masa paling free..so bangun awal pagi siapkan makan minum hingga untuk lunch...kemas rumah..dan mesti duduk depan komputer pukul 10 pagi...sebab dah niat nak update blog..so hari ni saya nak sharing dengan korang tentang pengalaman saya nak atasi stress..

Saya seorang guru..di sekolah Kluster Kecemerlangan..boleh katakan setiap hari kami cikgu cikgu akan pulang lewat ..sebab setiap hari akan ada program sekolah samada kelas tambahan, aktiviti kokurikulum , program program yang telah dirancang dan banyaakkkk sangat program -program yang tidak dirancang tapi mesti dijalankan ..ada yang ad- hoc...tak kira waktu sekolah atau sabtu ahad..kami cikgu cikgu berkampung kat sekolah...Sekolah kami juga selalu sangat dipilih jadi tuan rumah..apa lagi..kalau tuan rumah kojo lebih la kan...

Agaknya la kan..kalau dah pergi sekolah jam 6.45 pagi..sampai rumah kul 6 petang..kalau tak stress..memang power la orang tu kan..bohong la tak stress..nak siapkan kerja kat sekolah..balik rumah nak uruskan hal keluarga lagi..nak ajar anak pula kat rumah..yang nak ambil SPM, UPSR ..macam macam exam nak dihadap...24 jam sehari berlalu dengan sangat pantas..rasa macam tak cukup jer masa tu..nak cerita kat sini..walaupun kerja sekolah ada ..saya tak juga stop buat bisness on line..dah jadi kebiasaan nak bisness ni..so masa saya memang tak akan ada yang terluang..

Dalam dok nak settle kerja wajib, kerja sunat dan kerja harus saya ni...of course la saya akan rasa stress..bohong hari hari happy..khannn..ada masa sampai sakit kepala..badan letih..nak makan pun tak lalu..sehingga satu tahap boleh jadi migrain ..oh stress..kenapa kau hadir dalam hidup ku..

6 CARA SAYA ATASI STRESS

1.Untuk saya tidak alami stress keterlaluan , saya harus niatkan semua kerja saya lakukan adalah kerana Allah..bersyukur saya diberi peluang untuk berkhidmat dan mendidik klien saya iaitu anak anak murid saya sehingga mencapai satu tahap yang sangat membanggakan..biarlah saya kerja teruk berhabis habisan dan saya dapat melihat kejayaan mereka suatu hari nanti..tak kira anak atau anak murid..bila mereka  berjaya..pastinya itulah pengubat duka dan stress saya..Baru baru ni anak murid saya telah menjadi Johan peringkat negeri untuk Pertandingan Persembahan Sains Petrosains dan akan keperingkat kebangsaan Oktober nanti..ni la dia pengubat stress saya yang paling berkesan..i'm happy yang amat..Alhamdulillah syukur..segala penat lelah..masa tenaga dikorbankan..akhirnya Allah bayar dengan kegembiraan..
Cara atasi stress

Gembira..pengubat stress

2.Kalau balik dari kerja ..badan terasa letih dan pening..lepas solat saya akan terus mandi dengan air suam..segarnya badan..mandi lama lama sikit yer...sambil sambil tu nyanyi lagu kegemaran...dapat pula sabun yang bau harum..bau lavender..wahhh..lagi best..rasa lega sangat..

3.Shopping..kalau stress pergilah kedai kegemaran..window shopping pun okey..senyum jer tengok baju baju cantik..belila sekali..lagi boleh hilangkan stress..seronok tau shopping..terapi yang boleh menambahkan hati gembira..dapat baju cantik..hihi

4. Bila stress, seronok kalau dapat bergumpal , bergomol dengan faheimy..geletek dia sampai dia ketawa berdekah dekah..ibu pun turut ketawa..cubalah ..of course hilang semua rasa stress korang tau..hilai ketawa anak adalah satu anugerah terindah..bila anak gembira ,hati ibu pun akan gembira..
STRESS
Happy happy dengan anak..

5. Stress saya akan reda selepas mengadu dengan Allah..tak kira waktu dan masa..lebih berkesan kalau mengadu waktu malam..tanpa ada gangguan bunyi bising..adulah sepuas puasnya..nangislah sepuas-puanya..Bacalah surah Al insyirah..dalami maksudnya..insyaAllah hati akan menjadi tenang..

AL-INSYIRAH
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
( baca ayat ini tiupkan di tangan sapu dibahagian dada)
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
( baca ayat ini tiupkan di tangan sapu dibahagian bahu)
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
( baca ayat ini tiupkan di tangan sapu dibahagian pinggul kebawah)
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
( baca ayat ini tiupkan di tangan sapu dibahagian muka ke arah atas)
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

6.Stress..stress..banyak kerja..sampai jer rumah..mesti cari ostematrix dengan b complex..ni suplimen paling best sekali nak atasi stress..ambil 4 biji ostematrix..2 biji b complex..dapat lelap kejap dalam 1/2 jam..badan akan rasa segar..tak dak nak stress lagi..best giler dua suplimen ni..korang kalau nak try mai beli kat saya..saya ada jual tau..murah sangat larr....dua dua suplimen ni selalu sold out..hots tau..lagipun ostematrix dengan b complex ni semulajadi..no chemicals okeyyy...

Rasanya sampai sini jer kot perkongsian cara nak atasi stress ni..kalau korang ada cara lain yang lagi  best..why not ..silalah sharing kat comment ye..sharing is caring...jangan biarkan diri anda diselubungi STRESS!!!!!!


Sunday, 9 August 2015

08:22

CARA MEMBUAT SELUSUH UNTUK IBU BERSALIN

Pernah dengar tak air selusuh atau minyak selusuh?Kebanyakan orang tua tua akan suruh ibu ibu mengandung untuk minta selusuh dari orang orang tertentu bertujuan untuk memudahkan proses bersalin. Mengikut pengalaman saya, selusuh ni ada banyak jenis, ada yang kita kena minum mulai dari usia kandungan 7 bulan dan juga yang kita kena minum ketika dah masuk labour room..
Kadang kadang kena marah dengan nurse sebab baru buka 2 cm dah minum air selusuh banyak banyak..nanti sakit bagai nak rak tapi laluan belum buka..hihi..jangan buat camtu tau

selusuh

Kesakitan saat melahirkan

Kita hanya mampu berusaha, tapi Allah yang akan menentukannya..Ada banyak faktor yang mempengaruhi mudah atau sukarnya ketika bersalin.Kalau ikutkan saya, tiap kali bersalin semuanya saya kategorikan sebagai susah sebab , saya sakit yang agak lama tapi bukaan sangat lambat..ambil masa 7 ke 8 jam sakit baru berasalin.....tapi maybe  selusuh juga ada  membantu mudahkan meneran.2 kali teran dah selamat..bila fikir balim terasa kwngiluannya....alhamdulillah dengan izin Allah dapat dah 5 anak..

Ada juga yang saya tengok..sakit sikit sikit pun dah terus boleh bersalin..ada yang tak sempat nak masuk labour room ,terus bersalin atas kerusi roda..punya mudahnya bersalin.Itu semua rezeki masing masing.

Selusuh digunakan sebagai ikhtiar yang berpandukan Al Quran  dan hadis.Dari segi hukum Islam selusuh adalah harus selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam seperti bacaan yang mengandungi jampi dan serapah.Ada baiknya menggunakan pelbagai ayat Al quran .Ada ibu ibu yang suka jika bacaan selusuh dibuat oleh para alim ,tetapi boleh juga selusuh dibuat sendiri oleh ibu mengandung atau dibuat oleh para suami masing masing.

Saya nak kongsikan cara membuat selusuh mudah

1.Beristighfar sebanyak 3 kali
2.Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Mahmmad saw para sahabat dan para pengikutnya
3.Al Fatihah satu kali
4.Selawat 11 kali
5.Alal Nasyrah tujuh kali
6.Al Ikhlas tiga kali
7.Al Falaq tiga kali
8.An Nas 3 kali
9.Al fatihah satu kali

Kemudian doa apa yang dihajati.
selusuh

Air zam zam digunakan untuk air selusuh

Selain daripada berusaha menggunakan selusuh, sudah semestinya ibu ibu perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang disamping amalan rohani yang berterusan.Bagi ibu ibu yang kali pertama hendak melahirkan anak..saya doakan semoga dipermudahkan.

Untuk memastikan ibu ibu sihat sepanjang berpantang , pemakanan semasa berpantang sangat penting bagi memastikan ibu dan bayi dalam keadaan sihat.Amalkan set berpantang yang telah dijamin selamat dan amalkan cara berpantang yang betul.

~kaksue~
ironwomenfamily
0108798077

Saturday, 8 August 2015

7 SEBAB SEBELUM ANDA PILIH SUPLIMEN SHAKLEE

Saya dulu adalah seorang yang tak pernah kisah dengan pengambilan suplimen.Bila sakit, demam cari lah doktor..Bayar rm 50 rm 60 atau lebih.sehari dua sihatlah..Kemudian kalau sakit atau demam lagi..ulang benda yang sama.hehe..Sampai dalam peti sejuk tu penuh dengan ubat.Bila sakit makan..bila rasa sihat..tak payah la makan..Tapi itu dulu..sekarang..semua ubat2 yang melambak dlm peti sejuk dah berganti dengan suplimen..kenapa saya beralih kepada suplimen?

Sebab paling utama ialah bila timbul kesedaran la..sebelum ni macam macam orang cakap..tapi tak kisah sebab tak sedar..hehe..sekarang banyak ilmu yang saya dapat dari teman2 tentang suplimen dan kelebihan suplimen berbanding ubat ubatan.

Bila dah cuba sendiri.baru tahu...saya ni banyak penyakit..kata orang tak padan yang kecik..boleh tahan penyakitnya. .iyo la..anak pun udah 5..banyak urat tersimpul..putus. .kolegen dah habih. usia makin meningkat.Tapi bila dah mencuba suplimen..rasa badan macam muda 5 6 tahun...lebih bertenaga dan lebih sihat.

Dipasaran sekarang ada pelbagai jenis produk suplimen yang dijual.Macamna nak pilih?Dan ada pula yang tak pernah kisah untuk memilih..hentam saja..yang penting 2 3 hari dah ada kesan..5 hari dah putih melepak..4 hari makan dah boleh berlari keliling kampung? Ramai yang dah makan shaklee juga tapi stop kerana tak berkesan.Katanya lambat sangat nak nampak kesan...

So bagi anda yang tercari cari suplimen yang sesuai dan selamat ..ikuti kisah pengalaman saya ini..

7 sebab mengapa saya masih setia dengan shaklee


1.Saya tahu yang  Shaklee adalah produk yang selamat.
Sebabnya Shaklee mempunyai banyak back-up science studies.So, saya lebih confident dan saya dibukakan hati  untuk seterusnya menggunakan produk Shaklee.Lagi pun multivitamin shaklee dah dipasarkan 100 tahun dah pun.Kalau tak selamat mesti dah lama berkubur.Apa yang saya pelajari, Shaklee telah membuat ujian kawalan kualiti lebih daripada 100,000 .Ia juga mempunyai pengesahan bahan botani daripada pihak ketiga dan dijamin 100% kepuasan terjamin.
Cuba tanya diri anda..adakah anda pengguna suplimen?Adakah suplimen anda dijamin kualitinya dan dijamin selamat atau sekadar meletakkan artis popular atau wanita cantik sebagai pelaris.fikir fikirkan..Apa yang kita makan haruslah selamat buat jangkamasa panjang



Shaklee mempunyai banyak back-up science studies.

2. Saya telah menggunakan supliemn shaklee selama 2 tahun lebih.Saya konsisten dengan pengambilan vitamin c ,vivix dan kolegen.Dan saya telah mencuba lebih dari 10 produk shaklee.Ternyata saya dan keluarga saya semakin sihat berbanding dulu.Jadi Shaklee telah buktikan bahawa produknya adalah berkesan.Shaklee sanggup melaburkan lebih dari 300 juta dalam pengujian penyelidikan dan pembangunan.Bukan cakap kosong tau.Siap ada 70 kajian klinikal bertulis yang dijalankan oleh 60 saintis shaklee.Kajian ulangtahun ke 50 menunjukkan bahawa pengguna makanan tambahan shaklee dalam jangkamasa panjang mempunyai kesihatan lebih baik daripada mereka yang anya mengambil hanya satu multivtamin atau tiada makanan tambahan langsung.






3.Produk shaklee ternyata telah digunakan oleh berjuta rakyat di dunia yang merasai kesan positifnya termasuklah atlit sukan olimpik dan bertaraf dunia.So kenapa tidak saya juga merasai kelebihannya?


Antara pengguna supliemen Shaklee


4.Produk shaklee adalah halal dan hanya mengandungi bahan semulajadi.Tiada persa tiruan,tiada pemanis tiruan,tiada pewarna atau lemak trans,tiada bendasing tersembunyi,tiada ujian keatas haiwan,tiada bahan bahan yang diharamkan,tiada peluntur klorin. So shaklee sentiasa mesra alam dan pastinya selamat untuk kita pengguna.


5.Shaklee dijual dengan harga yang sangat berpatutan.Saya suka sangat vitamin C.Siap boleh bertahan sampai 6 bulan lagi.Banyak lagi produk shaklee yang boleh digunakan lebih dari sebulan.Sangat berbaloi baloi.Kalau nak lagi murah ,joinlah jadi ahli..dapat diskaun sehingga 20%.Kalau ada promosi bulanan lagi best.Ahli shaklee akan dapat penghargaan melalui potongan harga runtuh.Jimat sungguh.Seisi keluarga saya bagi makan suplimen shaklee.

Cuba fikirkan ni?
Mengapa anda pilih kereta Honda sedangkan ada banyak jenis kereta tempatan yang boleh dipilih?

6.Disamping saya mendapatkan kesihatan diri dan keluarga yang lebih baik , shaklee bagi peluang untuk saya jana pendapatan sampingan.Walaupun saya mempunyai gaji tetap setiap bulan, saya lebih suka mendapatkan bonus dari shaklee juga.Tambahan pendapatan boleh menyumbang lebih banyak untuk akaun dunia dan akaun akhirat saya...Lebih baik kaya daripada hidup banyak berhutang.Setiap bulan shaklee akan bayar saya bonus biasanya 14 haribulan setiap bulan.Kalau saya yang dah ada pendapan bulanan pun boleh mendapat pendapatan sampingan apatah lagi korang yang surirumah ..kan lagi bagus kalau ada duit pendapatan sampingan sendiri.Kalau nak cuba saya boleh tolong.

7.Macam macam berita buruk yang orang sebarkan pasal shaklee.Sampai kena buang peranakanlah, mati akibat makan alfalfa lah...tapi akhirnya segala dakyah dan khabar buruk itu ternyata tidak benar.Dan dibuktikan tidak benar.PHD dalam hati manusia ni memang tak boleh dikawal.Sukar untuk mengakui kelebihan shaklee tapi mudah untuk sebarkan fitnah.Pada korang yang telah terpedaya dengan khabar palsu dan percaya akan kisah tersebut..saya pun turut kesian kat korang..sebab korang percaya dan akhirnya korang juga yang rugi..

lain kali kalau nak tahu kisah sebenar tanya pada orang yang betul.Ini tidak.."ko sakit gigi kau pergi jumpa doktor mata...tentunya kepakaran mereka berbeza..jawapan yang berbeza tak kena pada situasi.."

Dan satu peringatan buat diri saya dan juga korang sekelian Badan kita adalah satu mesin kompleks yang istimewa yang Allah ciptakan. 

Beri dia nutrisi atau zat yang diperlukan, dia tahu untuk ‘repair’ sendiri. 

Body Healing Mechanism. Subhanallah.

Saya telah mendapat  kebaikan dari produk Shaklee. Kenapa tidak saya berkongsi dengan rakan rakan yang lain?

Adakah anda telah membuat pilihan yang tepat?

Anda berhak memilih tetapi pilihlah yang selamat....bye...bye




Nor suhaila Abdul
 email :suhaila_abdul@yahoo.com
 fb: suhaila abdul
 tel:010 8798077

Wednesday, 1 July 2015

CARA ATASI SEMBELIT DALAM PANTANG

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Berpantang adalah satu proses penyembuhan bagi ibu ibu lepas bersalin.Luka dalaman dan juga luaran perlu dijaga dengan rapi agar tubuh ibu sihat seperti sediakala.Tetapi masalahnya ialah apabila ibu berpantang mengalami sembelit.Saat ini akan menghantui ibu ibu untuk pergi ketandas.

6  Cara Bagaimana hendak meredakan sembelit selepas bersalin?

  1. Menyusukan anak membuat kita dahaga, jadi kita perlu banyak minum. 
  2. Bangunlah dari katil sebaik saja kita bersalin dan bawa berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika kita masih di hospital, atau semasa di rumah. Berduduk atau berbaring untuk masa yang lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.
  3. Kalau terasa hendak ke tandas , jangan pula tidak mengendahkannya. Duduk sepenuhnya di tandas duduk, jangan sesekali mencangkung
  4. Luruskan belakang  dan angkat lutut  supaya lebih tinggi dari punggung. Jika boleh, letakkan kaki  atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki kaki. Letakkan siku  atas lutut.Tujuannya ialah supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung sebab ini cara yang paling baik untuk menggerakkan usus. 
  5. Mula dengan rutin makan dan minum secara teratur sebaik saja  melahirkan bayi . Cuba makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan, dan minumlah banyak cecair.
  6. Makan suplimen iaitu ostematrix secara konsisten
Apa kebaikan ostematrix ni sehingga dapat selesaikan masalah sembelit ibu mengandung ni?

buasir semasa mengandung

Magnesium didalam Ostematrix Shaklee selain daripada membantu dalam asimilasi kalsium kedalam tulang ia juga secara tidak langsung membantu pergerakan otot usus untuk mengeluarkan najis. 

Magnesium juga menarik air, penambahan air didalam kolon menyebabkan najis menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan. Jadi ibu ibu yang mengandung, disarankan minumlah air sekurang kurangnya 3 liter sehari.

              Bagi ibu yang sedang mengandung selain daripada membantumengatasi masalah sembelit 
Ostematrix Shaklee juga berperanan
  • membantu ibu-ibu mendapatkan rehat yang berkualiti
  • sebagai sumber kalsium tambahan
  • mengelakkan gigi rosak dan sakit tulang 
  • melegakan otot dan saraf ibu 
  • membantu menambah susu badan
CARA ATASI MASALAH SEMBELIT DENGAN CEPAT


           Berapa harga sebotol Ostematrix Shaklee ?
Sebiji harganya RM 0.51 saja tau.Ada 120 biji .
Sebiji ostematix adalah bersamaan dengan segelas susu segar dan 80 biji badam. Okey nak tau harga sebotol? 
 RM61  jer..Murah kan.Nak lagi murah? Klik DISINI


ORDER NOW!!
SID:949183
CALL/WHSUP/TELEGRAM/SMS:0108798077

Untuk dapatkan set berpantang yang lengkap ketahui kelebihannya DISINI