Saturday, 8 April 2017

JOURNEY TO PADANG INDONESIA

Time ni tengah menanti masa untuk masuk dalam kapal terbang. Mata dah mengantuk dah ni. Dari hari khamis memang tak cukup rehat , makan minum tidur pun tak menentu.
Padang indonesia

Hari Sabtu pukul 6.30 pagi dah gerak  dari Melaka untuk ke Bangi . Ada kelas KP2. So disebabkan nak tinggalkan anak dan suami 4 hari jadi , bangun awal2 pagi masakkan sarapan spagetti kegemaran faheimy dan dania. Kelas kat Bangi mula jam 8 pagi sampai 10 pagi. Selesai kelas pergi COD barang pada customer. 

Disebabkan jauh nak balik melaka , maka terpaksalah lepak kat rumah Ain. Dapat juga siapkan bahan untuk present. Almaklumla, slide sebelum ni dalam bahasa melayu, rupanya kena buat dlm BI. Kena la buat semula. 

Pagi pagi jam 1.30 pagi dah bangun siap sedia nak ke KLIA. Memang tidur pun 2 jam je. Mata mengantuk tapi dah kena gerak . Mujurla ada orang sanggup nak hantar kami berempat ke KLIA. Terima kasih nisa.

Klia
Exited sampai awal

Pasang indonesia

Amat pun datang, Hantar ummi Tia nak ke padang. Mulut dia..keletah sangat..gigit kang


Awal pulak sampai KLIA. Tak boleh masukkan beg dulu so lepakla kejap makan KFC ala ala bersahur la gitu. Jam 4. 15 pagi baru dapat  timbang beg . Lepas tu lepak lagi nak tunggu masa masuk flight plak. Memang lepak la kat mana yang sempat. Ramai yang tidur je kat tepi dinding sekitar kawasan masuk check kastam ni. 

Klia

Gelandangan sementara

Naik buggy
Merasa naik buggy menumpang tuah orang mengandung dan orang bawa baby

Kami masuk surau. Nak tunggu solat subuh. Siap kena marah lagi dengan sorang mak cik ni. Katanya kami bising  padahal tak borak pun cuma anak ain je nangis sebab dia tak sihat, demam pulak dia. Sian baby..siap halau kami suruh keluar lagi. Huhu..tak pa la mak cik. Teguran yang mungkin tak kena caranya. Huhu

Ok la..nanti sambung lagi. Dah nak masuk dalam flight dah ni..sampai padang nanti kami akan terus ke Bukit Tinggi untuk jalan jalan sebelum fokus seminar.

Bye 

No comments:

Post a Comment