Dalam entry yang lepas kak su telah kongsikan tentang punca berlakunya anemia . Hari ini kak su nak kongsikan pula simptom-simptom enemia dan kesan buruk anemia kepada pesakit.
Sel darah merah
Sebelum itu akak ringkaskan punca anemia yang biasa dihadapi.
Terdapat 6 punca anemia
1. Iron deficiency dimana badan mengalami kekurangan darah akibat kurangnya zat besi di dalam tubuh badan
2. Nutritional deficiency berlaku apabila pesakit mengalami kekurangn protin , zat besi , asid folik dab vitamin B12
3. Hypoplasia adalah disebabkan penyakit yang kronik seperti leukimia
4. Aplasia adalah kekurang sel darah merah akibat daripada racun, dadah dan masalah penghasilan sel darah merah dari sum sum tulang
5. Sickle adalah dimana sel darah merah tidak normal
6. Haemolysis adalah infeksi kesan dari malaria, terbakar , pemindahan darah yang tidak sepadan.
Anemia berlaku akibat sel darah merah yang rendah menyebabkan oksigen tidak dapat dihantar keseluruh bahagian badan.Apabila jumlah sel-sel darah merah menjadi amat rendah atau tahap rendah tetapi tidak dirawat dalam jangka masa yang lama, kesan anemia boleh menjadi teruk. Contohnya, anemia kadang-kadang boleh membawa kepada degupan jantung yang tidak teratur, yang dipanggil aritmia boleh merosakkan otot jantung dari masa ke masa. Dalam kes-kes yang teruk, ia boleh membawa kepada kegagalan jantung dan kerosakan organ lain, yang kadang-kadang boleh membawa maut.
Ikhsan gambar google
Ia juga boleh membuat keadaan kesihatan seseorang mempunyai lebih teruk lagi, yang boleh membawa kepada pelbagai komplikasi.Rawatan perlu dijalankan untuk membantu menyelesaikan kesan anemia dan mencegah kerosakan jangka panjang kepada badan.
Rawatan yang tepat yang digunakan biasanya bergantung kepada punca anemia. Sebagai contoh, dalam kes-kes kekurangan makanan, makanan tambahan dan pengubahsuaian diet mungkin diperlukan. Jika anemia yang disebabkan oleh kehilangan darah,doktor biasanya akan mengambil langkah-langkah untuk membantu menghentikan kehilangan darah. Rawatan lain mungkin termasuk pemindahan darah, makanan tambahan hormon dan ubat-ubatan lain untuk merawat sebarang masalah kesihatan yang boleh menyumbang kepada tahap sel darah merah yang rendah.
Yang merah menunjukkan tubuh sihat
Seterusya mari kita ketahui apakah simptom-simpton yang terjadi sekiranya kita mengalami masalah anemia:
- keletihan
- pucat
- kuku cekung
- kuku rapuh
- keradangan lidah
- Hilang selera makan
- bibir pucat
- mulut yang sakit
- kelopak mata letih
- sakit kepala
- Sesak nafas selepas senaman
- masalah tumpuan
- masalah tidur
- denyutan jantung yang cepat
- degupan jantung yang tidak teratur
- Sakit dada
- Pening
- keupayaan kognitif lemah
- kulit sejuk
Jika anda mengalami sebarang simptom di atas silalah berjumpa dengan doktor sebelum ia menjadi semakin parah.
MESTI BACA:Apakah rawatan untuk pesakit anemia?
No comments:
Post a Comment