Asslamualikum. selamat sejahtera semua.
3rd Januari and 4th Jan 2018
Masih belum terlambat nak ucap Selamat tahun baru 2018 kepada semua.
kan ..hehe
Sebelum tu kakSu minta maaf sebab dalam 2 hari ni agak lewat nak pm dan nak balas message customer dan kawan-kawan. Dan maaf tak dapat nak jawab dulu apa yang berlaku pada kakSu dalam dua hari ni.
Ramai yang bertanya kenapa kakSu warded kan. Selagi belum dapat result memang susah nak ditarangkan apa sebenarnya sakit ni.
Daftar masuk wad
Sebenarnya saya tak sakit pun. Tapi ada masalah sikit pada bahagian leher di bawah telinga ada ketumbuhan dan dia bengkak sebesar 2.3 cm. Bengkak dah lama. Time stress kepala jadi sakit dan tengkuk ke bahu pun mudah sakit juga kalau over dose kerja. Dulu benjolan tu kecik jer. Lama-lama nampak saiznya semakin membesar.
Last year disember 2017 dah buat appointment dengan doktor untuk buat pembedahan. Bila dah bedah baru la kita tahu apa yang ada kat dalam benjolan tu. Dalam hati memang ada perasaan risau, maklumla sekarang ni macam macam penyakit pelik pelik.
Yang paling risau sekali ialah takut itu petanda kanser limfoma. Kanser limfoma juga ada simptom benjolan pada kelenjar dileher. Selepas dapatkan nasihat doktor, beranikan diri untuk buang. Biar kita lihat sendiri hasil operation tu kata apa. So tak da la nak teka teki lagi. Hati mana tak risau kalau ibu sendiri juga dah ada sejarah kanser. nauzubillah.
Rabu seawal jam 9 pagi dah sampai ke hospital Mahkota Medical Centre selepas pembedahan ni dah disahkan di cover oleh Insuran Prudential. Sampai sana settlekan masuk wad. Tapi rupanya sebelum operation memang kena puasa. Mana la kakSu tahu kena puasa. Dah minum esp dan kuih pagi tadinya hihi..Maka hari ni duduk macam kat hotel berehat di katil. Tapi sebelum tu nurse ambil darah, check tekanan darah, buat x ray dulu. Settle semua jam 11 pagi. Kebetulan pulak Dr Tay ada operation 3 hari ni. So kenalah sambung pada 4hb esoknya.
Dari 11 pagi sampai la kemalam duduk lepak makan tidur kat sini . Tinggal sebilik dengan nenek 91 tahun yang kena jangkitan kuman pada paru-paru. Tak tau dah nak buat apa sorang-sorang so tulis la blog, edit video la bagai. Tidur je terus jam 10 malam. Malam ni dah kena puasa.
Bangun pagi nurse datang bagi baju untuk operation. 8 am uruskan masuk bilik pembedahan. Sebelum tu terpaksa kira semua duit dalam hand bag satu demi satu . Punya la banyak bawak duit. Dah macam macam sampul dalam ni. Duit aktiviti Math Tari UKM pun hadoo..beg doremon betul. Tak sempat nak simpan kat rumah. Siap semua laptop dan barang barang berharga di dalam peti besi. Boleh tahan prosedur keselamatan dia kat sini.
Naik kerusi roda ditolak pergi ke bilik pembedahan. Alamak ai..berdebar debar pulak bila nurse tolak naik kerusi roda ke bilik bedah. Maklum la seumur hidup tak pernah masuk bilik bedah. bersalin 5 anak semua normal. DOktor dan nurse lalu lalang depan kita, memang terkenang-kenang waktu nak beranak dulu..hehe
Masuk dulu bilik pertama, setting ubat , masuk air la bagai. Pakar bius pulak ada emergency, so delay kejap. Bila pakar bius dah sampai baru masuk bilik bedah . Terbaring sambil menyedut wap . Busuknya, tarik nafas sambil terbatuk batuk. Tak sampai seminit kut terus je quyubbbb..tak sedar apa dah.
Tup tup sedar, nurse kata , kak akak dah siap dah. Buka mata ye. Eh..cepatnya..tapi dia punya mabuk kata pakar bius Dr Wong, macam minum arak 2 botol..haha..memang mabuk gila. Tak sedara diri. Dorang bawa masuk wad semula terus tertidur. Sampai la nurse datang nak ambil tekanan darah baru tersedar dah jam 3 petang. Cepat cepat pergi mandi. Tekak terasa nagat perit dan batuk. Cepat cepat togok vivix yang ada siap sedia dibawa dari rumah.
Dr Tay Ah Ba datang terkejut dia tengok kakSu. " eh dah sihat ke? tak sakit?" haha. Memang masih pusing lagi kepala ni tapi tak sakit , belum terasa apa apa pun kat bahagian bedah tu. Maybe ubat bius masih ada, tak sakit la.Sepatutunya kena tidur lagi semalam. Nak habiskan masuk antibiotik . Tapi kakSu minta keluar juga. Maklumla banyak kerja lain tergendala.
Oh rehat kat rumah je la..Rehat ke? of koz tak sempat nak rehat-rehat lagi dah. appointment nanti kena datang semula untuk tahu details , apa sebenarnya ada dalam benjolan tadi.
Kata doktor, secara amnya dia tengok ketulan tu tak ada yang merbahaya. Tapi apa apa pun result nanti kena terima dengan seadanya.Semoga tak da da pa2 yang pelik pelik.
So sebelum keluar wad ni sempat la nak tulis entry ni. Pesanan Kak Su pada semua. Jagalah kesihatan ye. Amalkan pemakanan sihat, bersenam. Dan kalau ada benda benda pelik wujud kat badan kita usah dibiarkan lama lama. Cepat cepat buat check up dengan doktor. Kalau kita dapat kesan awal, mungkin masih boleh diselamat berbanding dah kronik. So beware dengan perubahan pada diri sendiri.Jangan takut nak buat rawatan. Rawatan awal kos lebih rendah berbanding rawatan last minute yang mungkin belanja lebih besar. Dan mungkin waktu sakit kita dah kronik, sukar lagi untuk kembali pulih.
Satu lagi pesanan, ambilah insurans medical card. Rawatan di hopital kerajaan akan ambil masa yang lama, sebab terlalu ramai yang menanti giliran . Jangan sampai kita dok tunggu giliran, penyakit kita dah sampai tahap kronik dah. So nak buat medical car prudential boleh cari kawan kakSu , Herny.
Sekian saja cerita KakSu hari ni. Result akan diketahui pada 11 jan 2018 nanti. Terima kasih atas doa semua untuk kakSu. Semoga kawan kawan semua juga sentiasa sihat . Sihat itu nikmat yang tida tolok bandingnya.
Bye...
No comments:
Post a Comment