Monday, 22 January 2018

MY THESIS JOURNEY PART 3

MY THESIS JOURNEY

22 Jan 2018 Monday

Hari ni aku ke UKM bersama Absha Atiah. Dah lama sangat kami tak jumpa dan hari ni aku nak jumpa supervisor, dan dia nak cari bahan di perpustakaan.

Memang dah jadi lumrah aku kalau nak ke Bangi memang akan ada banyak persinggahan. Jadi target sampai UKM jam 11.30 pagi selepas selesai shopping di shaklee.

suhaila abdul
It's Me...I'm happy with my life

Aku hanya mampu merancang tapi Allah jua yg tentukan. Dalam perjalanan, tiba tiba kereta berhenti bergerak, alamak jem pulak. Rupanya ada kemalangan yg agak teruk di Ainsdale. Nak elak jem kami keluar tol dan konon2 nak cepat elak jem.

Tapi malangnya bila pusing kami masuk semula ke lebuh raya tadi dan sambung jem tadi. haha.. punya la nak cepat maka jadi lagi lambat.

Disebabkan masa yg cemburui, terpaksa ubah plan. Pergi ukm dulu. Matlamat pergi cepat sebab nak jumpa Ain nak bagi ESP dan juga ada benda penting kami kena discuss dengan Ain. Aku, Tia, Ria dgn Ain cuba usaikan  keksusutan yg melanda.. kata sepakat dah dapat.. aku teruskan misi ke shaklee.

Shopping cepat2 sebab ada banyak lagi list nak buat hari ni. Settle shopping kat shaklee aku hantar ria ke stesen LRT.

Tiba2 masuk message di telegram "perjumpaan kita tangguh ke pukul 4"..

ubah lagi. sepatutnya jam 3. Ada hikmahnya.. sempat lagi nak study dan cod shaklee ke student GMI. 

Aku dan Tia gerak balik UKM. Jam dah hampir pukul 2. Set gastrik siap sampai ke tuannya di GMI. Baru aku tau kat situ rupanya GMI.. hehe

Terus meluncur laju kembali ke UKM. solat dan terus ke Libry. Oh ya.. dari pagi tadi aku asyik melantak sandwich je. Sandwich ni testing nak bagi kawan2 rasa. Tapi tak ramai plak yg datang. So memang sandwich ni la jadi makanan dari pagi sampai petang. Mujurlah sedap giler..

Masa dah kian hampir ke jam 4. Aku terus ke Kolej Keris Mas utk jumpa Dr siti. Sampai sana sesat pulak nak cari bilik dia. adusss.. lupa bangat sih.. aku tanya dr siti boleh dia kata..

"CARI" 😆

Akhirnya jumpa juga bilik dia lepas dah berkali2 pusing naik turun  tangga.

Sebenarnya hari ni aku nak kasi Dr check bab 3 dan bab 4 tesis aku. pastu nk Dr check artikel yg aku nak present kat jepun.

Dr semak dari bab 3 sampai bab 4. Memang ada kena betulkan. Nampaknya Dr puashati dengan data aku.

Lepas dah explain apa yg nak di ubah, ditambah atau dibuang then  kami discuss pasal artikel pulak.

"Dr ni artikel yg saya nak present kat Jepun tu. Dr check la apa nak tambah atau nak ubah"

Dr siti baca sekali lalu dan bila dia komen artikel aku.

ACEID 2018

"betul ke awak ni nak pergi present artikel ni kat jepun?"

"kenapa doktor? conference ni katanya memang high impact punya publish. so saya nak la try" 

"bagi sini alamat saya check"

sambil semak..

'bagi saya la, artikel yg baik macam ni tak payah present kat sini. Lebih baik awak masukkan kat Jurnal Matematik yg ada Scopus"

dengan rasa terkejut beruk aku terus tanya lagi.. "apa Dr, artikel saya ni bagus ke?"

"Ye, kalau macam ni punya result awak jangan hantar semua masa present kat Jepun nanti. Awak buat 5 ms jer hantar sana. Yg result lain ni awak hantar kat jurnal math."

"Ye ke Dr. Saya ingatkan artikel saya ni biasa2 jer 😆."

"sekarang ni kalau awak nak pergi juga present kat Jepun tu awak buat 5 ms jer. Ingat tau 5 ms jer. Jgn lebih lebih. Ambil yang deskriptif saja"

"Seriously saya rasa ni memang tak berbaloi, lebih baik artikel yang bagus u translate dalam bahasa inggeris , u publish kat jurnal. Kalau U nak sambung PhD nanti U dah ada publication dalam jurnal"

Aku hanya mampu mengiayakan kata2 Dr siti. Dan aku tak pernah sangka data dan penulisan artikel kira bagus untuk publish dalam jurnal.

Dalam hati.." ye ke aku nak sambung PhD?.."


present jepun


Memang semalam adalah hari yang happy buat aku. Selama ni dah teruk berhempas pulas siapkan tesis bersengkang mata, korban masa dan tenaga.. syukurlah, ada juga impactnya data aku ni. Selama ni aku rasa tesis aku ni macam suam suam kuku jer.. haha

"Awak siapkan semua ni sampai bab 5, sambil tu saya nak 3 orang bawah saya nanti menulis buku bawah seliaan saya dan Dr Ros. Sambil buat tesis dapat juga awak buat something new." 

Alamak buat buku? memang tak pernah terfikir dlm. kepala otak aku nak jadi semua macam ni. Tapi aku bersyukur sangat dapat Supervisor mcm. Dr siti, walaupun dia busy tahap gaban tapi tiap kali jumpa dia mesti buat aku makin bersemamgat nak siapkan tesis dan nak terus menulis. 

Selesai discussion dgn Dr siti aku berkejaran nak balik sebab si Tia dah menunggu di fakulti sampai dah nak dikejar dek monyet.. hehe..

dengan rasa penuh happy aku sampaikan berita gembira pada Tia dan beri ... dan dia pulak tak sabar2 nak jumpa Dr Isa nk juga tunjuk bab 3 dan 4 serta artikel yg nak present di Jepun..dia ni aku tak heran, sure la artikel dia lagi kebaboom..penulis buku la katakan.

Tak terhenti disitu aku balik singgah lagi di tol senawang sebab nak serahkan ESP pada Zaliza yg dah kegersangan stok ESP..

Sampai rumah hampir azan maghrib.. aku keletihan. Bila buka wasap dan telegram, penuh berjela. message yg tak dibaca dan tak dibalas.

Walaupun hari ni aku busy tapi aku puas. Aku yg tak reti menulis dulunya kini kian dapat semangat untuk terbitkan lagi artikel2 baru dr data tesis sendiri.

Sepanjang hari kami bermusafir, hanya sempat mengalas perut dengan sekotak sandwich yg dibeli dr adik ipar aku Azu.. sandwich Melatopp..sure esoknya berak sandwich ajer..

Dan aALlah bagi rezeki lagi , bila mak mertua kau pula bagi durian untuk makan dengan santan dan nasi. My feveret. Tak jadi nak belanja makan kat luar sebab dah kenyang makan nasidurian..hehe


Alhamdulillah ya Allah dengan hari yang penuh makna buat aku hari ni..

perjuangan menyiapkan tesis akan diteruskan disamping sama2 bantu kawan2 yg masih juga sama seperti aku.

semoga kami semua dapat graduate bersama2 dan tak da sorang pun yg tercicir.. amin

Penulisan ni adalah coretan kenangan sepanjang perjalanan aku dalam journey menghabiskan pengajian master. Suatu hari nanti boleh ia jadi penguat semangat aku kalau ada niat nak sambung PhD. Aku bersyukur sangat dapat kawan penguat semangat seperti Ery, Tia, Kak Saliza, Ain, kak Ita, Kirah dan my big mentor dalam penulisan si Nurfitrianty aka Rya dan kawan2 aku yang positif belaka. Semoga aku diberi kekuatan untuk meneruskan penulisan tesis aku dengan baik dan dapat terbitkan 2 lagi artikel untuk aku publish dalam Jurnal. Amin...

terima kasih kerana sudi membaca luahan hari ni.. k bye

No comments:

Post a Comment