2017 dah berlalu. Memang banyak kenangan suka duka. Kenangan kegagalan dan kejayaan.
Yang mana baik2 tu kena diteruskan yg buruk tu bagus juga untuk dijadikan pengajaran dan muhasabah diri.
Antara kenangan yg best di tahun 2017 ialah kenangan pergi TRIP..
Sejak cuti belajar ni, ada peluang nak pergi trip dengan kawan2. Trip "menyelam sambil minum air". First sekali trip di tahun 2017 ialah Kundasang Sabah. Yang ni join kawan2 sekelas. Kundasang ni memang tempat yg kakSu teringin sangat nak pergi. Sebelum kesana pernah letak gambar Gunung Kinabalu dan Kundasang kat wall laptop. Hari hari bila tengok sambil niat dlm hati nak pergi.
Akhirnya Allah makhbulkan. Cantiknya bumi ciptaan Allah. Pulau Manukan, Pulau Tamutik,Gunung Kinabalu, Kundasang cantik sangat.
Next trip ialah ke Solo dan Yogjakarta. Settle seminar di Solo, kami nikmati keindahan tempat2 menarik di Yogjakarta.
Pulau Timang yg sangat cantik, pengalaman naik gondola di atas air laut yg ombaknya besar, meluncur pasir di Gomok Pasir, menghayati keindahan Kalibiru. Posing maut di Pinus Yogjakarta, shopping di Milioboro. Melihat keindahan Gunung Merapi dan macam macam lagi.
Penutup 2017 adalah trip paling best. Sebab trip ni kakSu dah impikan selama 3 tahun. Trip free dengan shaklee. Alhamdulillah kerja keras selama ni Allah balas dgn trip naik Cruise bersama leader2 hebat di seluruh Malaysia. Teruja sangat sebab first time apat join dan rezeki kakSu kali ni bila shaklee bawa ke negara2 luar sekitar Malaysia. Kami round ke Langkawi, Penang dan Phuket.
Pengalaman naik cruise dengan layana mewah, posing ala ala Titanic atas cruise dengan suasana yg sangat2 cantik. Makanan yok sah cakap la, mabeles..
Pengalaman travel ni buaykan kakSu lebih bersemangat. Semnagt utk kerja lebih kuat. Nak kumpul duit banyak2 sebab nak juga bawa anak2 dan family pergi trip ni.
Sebelum trip tak pernah fikir utk simpan duit utk jalan2. Semua simpan utk tempat lain. Tapi lepas ni duit bonus dan duit gaji wajib simpan 20% utk trip saja.
Lepas habis trip dgn cruise tu memang semangat lain macam. Teruja dgn leader2 hebat disana. Ternyata nak berjaya bukannga mudah. Bukan setakat cakap dimulut tapi bertindak.
alhamdulillah..walaupun busy dengan nak siapkan tesis, bisness tetap jalan. Alhamdulillah next. trip ke Bangkok tahin 2018 sudah dekat dengan kelayakan. Doakan kakSu ye.
Sekarang ni, vision board kakSu dah ada list utk next next. trip.. semoga Allah permudahkan..
Tahun ni pun saya ada ke kundasang jugak. duduk dekat putatan.
ReplyDelete: JOM EDIT GAMBAR BAGI CANTIK
mesti best kan
Delete