Saturday 20 June 2015

7 TIPS AJAR ANAK BERPUASA RAMADHAN


Dok sebut pasal puasa,orang yang paling heboh sekali la Dania..asyik pesan jer kat ibu suruh kejutkan dia bangun sahur..masa kakak nak puasa ganti,dia pun sibuk suruh kejutkan dia nak makan..tapi bila tiba masa nak sahur liat juga...

Puasa


Disebabkan dania terlalu sibuk nak berpuasa ,so nak try la ajar dia puasa tahun ni.lagipun tahun ni Dania dan 7 tahun..dapat separuh hari pun ok kan..sikit-sikit .Lagipun dia belum  cukup umur baligh.Tak ada makna juga kalau mengajar anak seharian berlapar dan dahaga sampai melepek..tapi tak pula mengajar anak untuk solat..Rasanya kena lengkapkan dulu solat mereka,lepas tu ajar sikit demi sedikit untuk berpuasa.Puasa tanpa solat hanya menahan lapar dan dahaga,pahala pun ta dak..

Ada juga baca hadis shahih ni..
"Perintahkan anak-anak kalian untuk (melakukan) shalat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka (ketika meninggalkan shalat) saat berumur sepuluh tahun. Dan pisahkan ranjang diantara mereka." (HR. Abu Daud, 495 dishahihkan oleh Al-Albany dalam shahih Abu Daud)



Bagi ke tiga-tiga abang dan kakaknya dulu akan mula berpuasa ketika usia 7 tahun.Disini saya nak kongsi sikit tips macamana anak anak saya dulu mula berpuasa.

TIPS AJAR ANAK BERPUASA

1.Permulaan puasa biasanya tak pernah lepas sehari.jadi saya biarkan mereka berpuasa sekerat hari ,so hari seterusnya akan ditambah masa berpuasa sikit demi sedikit.

2.Kejutkan mereka bangun sahur agak lewat, kira kira jam 5.20 pagi sangat membantu mereka di siang hari

3.Biasanya kalau anak puasa mesti nak masak makanan kegemaran anak-anak..mesti dia suka

4.Memberi sedikit duit hadiah jika dapat berpuasa penuh.Perlu difahamkan anak-anak supaya mereka berpuasa bukan untuk mendapat ganjaran duit atau hadiah tetapi berpuasa kerana Allah dan pahala akan diberikan oleh Allah sebagai ganjarannya.Cerita la kat anak di syurga ada pintu yang dinamakan Ar-Rayyan ,dan hanya muslim yang berpuasa di bulan ramadhan layak untuk menghuninya

5.     Puji la sikit  diorang di depan keluarga sewaktu berbuka, ketika sahur. Bolehla menaikkan semangat .

6.      Mendorong semangat berlumba-lumba antara adik beradik  tanpa harus mencela yang tertinggal.

7.      Melalaikan rasa lapar dengan tidur atau dengan mainan  yang tidak memerlukan tenaga. Sebagaimana para sahahabat yang mulia melakukan terhadap anak-anaknya.

8.Sekiranya anak kurang selera makan atau terlalu letih,saya akan memberikan makanan tambahan sebagai pelengkap nutrisi yang mungkin hilang kerana hilang selera makan atau kekurangan zat makanan dari makanan yang di ambil.Mealshake ni memang kesukaan anak anak..Rasa yang sedap..boleh dibuat sejuk atau suam dan boleh juga campur dengan milo atau horliks.Bagi si abang dan kakak, saya memangwajibkan diorang ambil vitlea dan juga b compleks supaya esok dalam kelas tak letih atau mengantuk.

Biasanya kalau anak saya merasakan keletihan yang sangat, saya tak paksa untuk menyempurnakan puasanya. Hal itu agar tidak menjadikan sebab mereka benci beribadah atau    menjadi sebab berbohong atau timbulnya penyakit. Kerana pada dasarnya, dia belum termasuk mukallaf (terkena beban kewajiban). Hendaknya masalah ini diperhatikan, jangan terlalu keras dalam memerintahkannya berpuasa.

puasa

Selamat menyambut bulan Ramadhan...
Semoga kita masih bertemu lagi dengan ramadhan kali ini dan tahun akan datang....amin

Semoga ibu-ibu dapat sama-sama melatih  anak kita untuk berpuasa tahun ni...insyaallah...


wallualam


Shaklee ID:949183
Phone:01089798077



1 comment:

  1. Assalammualaikum .
    Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Baca Tips Mudah Untuk Melatih Anak berpuasa Di Bulan Ramadhan. Jom kita jalani kehidupan yang sihat dan miliki tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas .

    ReplyDelete