Wednesday 10 June 2015

HIKMAH DISEBALIK GEMPA BUMI DI SABAH

Khamis 4 Jun 2015

Hari ini adalah hari terakhir program Perkampungan Intelek di sekolah ..selesai program kira kira jam 10.30 pagi..Firdaus demam pulak ..mujurlah dah selesai program tu.So  saya dengan Firdaus ke Melaka untuk membeli kelengkapan mendaki ke Gunung Kinabalu pada 9 Jun 2015 hari selasa depan..Dalam demam demam pun Firdaus sanggup nak pergi beli kelengkapan naik  gunung..memang exited sangat la tu..Tak cukup nak beli  kat Sports Centre tu, kat Masjid Tanah pun beli lagi...Sampai rumah dah pukul 4 lebih..lega dah beli semua barang..Letih sangat..Firdaus makin demam dan tidur jer la ..Adik adik kat rumah pula exited tengok abang beli barang barang ..masing masing menerai ler.."Aus..dalam jadual yg cikgu bagi tu balik sini bila?"  Ahad la ibu..jawab firdaus...
"kalau pergi minggu ni kan bagus..tak da la letih nak pergi sekolah Isnin nanti"..

itu yg terdetik dalam hati aku..

Hari Jumaat 5 Jun 2015..

Masa tu suami baru lepas solat jumaat.Suami beritahu  ada gempa bumi kat Sabah.Nak kata terperanjat tak la juga..sebab masa tu suami saya pun cakap macam tak da apa apa jer yang pelik..dalam hati saya ingat gegaran macam yang selalu terjadi kat KL tu jer....so tak ambik kisah sangat..

Semakin hari semakin rancak kisah tentang gempa bumi di Sabah..di khabarkan ramai pendaki yang terperangkap di atas Gunung Kinabalu."Pergi bagitau dekat penganjur yg  daki Kinabalu tu , abang tak benarkan Firdaus pergi ..minta ditangguhkan " itulah reaksi suami saya selepas mendengar berita yang sangat mengejutkan dari tv  dan gambar gambar dari whassup....
 Selama 2 hari di National Conference ..hati masih tak tenteram fikir pasal Firdaus..Kisah yang menyayat hati dari artikel ini..


Ini artikel yang saya ambil dari AWANI..yang membuatkan hati kecut tak nak bagi Firdaus pergi..


Pagi Jumaat lalu, gempa bumi berukuran 6 skala Richter mengegarkan Ranau, Sabah. Ketika artikel ditulis, difahamkan seramai 19 mangsa dan jumlah itu dijangka meningkat.


mayat kinabalu

Bencana alam ini adalah antara yang terburuk pernah berlaku di Malaysia selain tragedi tsunami pada tahun 2004.Liputan meluas mengenai tragedi gempa bumi Ranau ini kian memenuhi dada-dada akhbar dan portal-portal media.

Jumlah kesemua mangsa korban gempa bumi di Gunung Kinabalu adalah 18 orang dan semuanya sudah ditemui pada 7 Jun 2015. 11 Mayat ditemui pada 6 Jun 2015 manakala 2 mayat pada 5 Jun 2015 dan 5 mayat pada 7 Jun 2015.


Selain dari gambar gambar mangsa gempa bumi tersebar di media sosial..saya mula resah kerana pihak penganjur tidak menyatakan apa apa tentang perjalanan pendakian pada 9 hb Jun nanti..apapun yang terjadi kami rasa lega apabila pengumuman dibuat iaitu pendakan ke Gunung Kinabalu di tutup..sudah tentu pendakian tidak dapat diteruskan...syukur alhamdulillah



mayat kinabalu


Sebenarnya perancangan pendakian ini telah lama dirancang oleh penganjur sejak dari awal tahun 2015 lagi..kalau ikutkan hati, memang saya yang teringin sangat nak pergi.nak lihat kecantikan dan keajaiban Allah..merasai kesejukan di Kundasang dan indahnya pemandangan di atas puncak Gunung Kinabalu.Selama ni asyik dengar orang bercerita saja..expecially penganjur tegar Kak Zainani Ngah..Disebabkan anak yang masih kecil so saya bagi peluang untuk Firdaus merasai terlebih dahulu..tetapi..kita hanya mampu merancang..Allah yang menentukan..perjalanan pendakian di ubah kepada percutian di kawasan Kota Kinabalu dan tempat tempat pelancongan di Sabah ..

9 Jun 2015

Seawal 7.40 pagi Firdaus dah bersiap siap dengan beg pakaian untuk meneruskan percutian ke Sabah.Walaupun matlamat sebenar mendaki gunung Kinabalu terkubur pada ketika ini.Perjalanan yang dirancang diubah ke destinasi pelancongan lain di Sabah.

Semasa menunggu Firdaus naik bas, kami bersembang dengan seorang peserta pendakian yang telah beberapa kali mendaki...Ya Allah..sesungguhnya Allah masih sanyangkan Firdaus dan peserta peserta pendakian ni...katanya ..tarikh kejadian 5hb Jun 2015 adalah tarikh yang dipilih oleh pihak penganjur pada awalnya..Jika diikutkan jadual perjalanan asal 5hb Jun itu mereka berada di puncak gunung.Tetapi tarikh tersebut telah penuh maka di tukar kepada tarikh 9hb Jun 2015..Terasa sebak , sedih dan terharu..bayangkan jika tarikh tersebut Firdaus dan yang lainnya berada di sana..Allahuakhbar..syukurlah pendakian diubah tarikh...sujud syukur ..


Menanti masa untuk naik kapal terbang

Semoga perjalanan kalian melawat ke Sabah sentiasa di lindungi dan dirahmati Allah .Kepada keluarga mangsa mangsa kejadian gempa bumi yang kehilangan nyawa..di ucapkan takziah..semoga Allah memberi kesempatan kepada Firdaus untuk menawan puncak Gunung Kinabalu di lain waktu...
Kinabalu
Bersama cikgu Husaini..

tak dapat mendaki dapat pergi honeymoon jerlah kan

1 comment: