Penyakit sendi tulang
Sendi-sendi berfungsi untuk melicinkan pergerakan diantara pertemuan dua tulang.Sendi-sendi anda ada dibahagian bahu, pergelangan tangan,punggung, lutut,buku lali,dan jari kaki dan tangan.
Penyakit sendi tulang terjadi tidak kira umur.
KENAPA TERJADI PENYAKIT SENDI?
Biasanya anda tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi dan tulang.
Kesakitan sendi berpunca dari lapisan kulit, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf.
MENGAPA ANDA MENGALAMI KESAKITAN SENDI?
- Anda mungkin melakukan aktiviti yang berat seperti mengangkat berat,
- Postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul dan menyebabkan terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak menyebabkan sakit sendi
- Obesiti
- Kecacatan anggota
- Kecederaan disebabkan kemalanga atau bersukan.
- Sakit sendi arthritis
- Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
- Penyakit tulang
- Ketumbuhan
- Jangkitan kuman
- Penyakit kronik
- Ubat-ubatan
- Rawatan sakit sendi-bagaimana anda merawat sendiri sakit sendi tulang
TIPS REDAKAN SAKIT RINGAN SENDI DAN SARAF?
- merehatkan sendi dengan penggunaan pengampu(splint).
- Kenakan ais yang dilipat dalam tuala pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan atau keradangan.
- Selangkan penggunaan pek sejuk dan panas selepas 3 hari. Urut lembut membantu peredaran darah
- Makan ubat sakit sendi seperti paracetamol(panadol).
- Kurangkan berat badan
- Guna kasut bertumit rendah
GAMBARAN SENDI LUTUT
BILAKAH ANDA HARUS BERJUMPA DOKTOR?
- Anda mengalami sakit berlarutan walaupun telah merawatnya sendiri
- Sakit sendi anda bertambah teruk dan tidak lega dengan ubat paracetamol.
- Anda patut berjumpa doktor jika sakit sendi disebabkan kecederaan
- Anda tidak berupaya untuk berkerja
- Sakit anda disertai dengan demam, muntah, sesak nafas, kebas dan lemah
- Anda mengalami penurunan berat badan yang serius
- Hilang keupayaan untuk mengawal buang air kecil atau besar
- Sakit sendi anda bengkak dan merah
- Doktor anda akan memberi ubat sakit sendi seperti ponstan,voltaren atau naproxyen
- Anda dinasihatkan untuk berihat jika membuat kerja-kerja berat
- Doktor anda mungkin menasihatkan agar mengambil ubat Glucosamine dan chondroitin untuk nutrien sendi
- Postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok
- Elakkan mengangkat barang berat semasa sakit
- Bersenam - senaman kerap akan memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
- Pengurangan berat badan boleh membantu
- Amalkan regangan dan rehat apabila memandu terlalu lama, berdiri atau duduk yang lama
Cer tengok , kawan saya ni pulak, walaupun mengandung masih mampu naik tangga Candi Borobudur.Tiada masalah sendi atau lutut.Apa yang beliau amalkan?
Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.
Pengedar shaklee Masjid Tanah,Melaka
Pos Seluruh Malaysia
Suhaila
010 8798077
bagusnya takde sakit2 sendi nie...senang nak bergerak... :)
ReplyDelete